Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

Set Bersalin (Jamu)


Last two weeks masa balik kampung hubby hari tu, me ada la survey2 tentang set jamu bersalin ni. Ala, survey dekat toko jamu je. Macam-macam ado. Yang kami tengok2 tu set bersalin seperti di bawah:

Set Bersalin Leesa Formula
Source: Google

Set Bersalin Jamu MakDara
Source: Google

Set Bersalin Salindah
Source: Google

Set Bersalin Sendayu Tinggi
Source: Google


Then, bila survey2 lagi tru internet ni, banyak lagi rupanya set bersalin seperti:

Set Bersalin NR
Source: Google

Set Bersalin Amway
Source: Google


Hoho... jenuh nak buat pilihan macam ni. Dalam hati macam nak pilih Set Bersalin Leesa Formula je sebab dah terpengaruh dengan iklan dia yang cakap "Ianya mudah dan senang". Kalau boleh nak yang simple2 je takdelah menyusahkan my mum nanti nak menjaga time pantang. Tapi bila baca blog2 ex mom-2-b yang lain, ada cakap Set Bersalin Amway pun sangat ok. Range harga pun lebih kurang sama. Yang paling mahal sekali rasanya Set Bersalin Sendayu Tinggi yang mana complete set dia boleh mencecah lebih RM400. Hoho.. mahal sangat tu, so... reject!


Oh, ni nak share sikit dengan mom-to-be yang lain. Masa 5th checkup hari tu, adalah tanya doktor tentang set bersalin ni. Doc kata semua ok. But she said, "Tolong jangan amalkan set mengandung & bersalin Salindah". Mengikut pengalaman dia, patient yang selalu amalkan Set Salindah ni akan mengalami sakit bersalin yang sangat lama. Hoho... so, dah boleh reject la set bersalin Salindah. Sekarang ni sama ada nak pilih Leesa Formula or Amway. Yang mana agak-agak paling ok ya?

Sunday, February 20, 2011

5th CheckUp & Alisha Az-Zahira


So, Jumaat yang lepas ada check-up lagi @ DEMC.
Mesti ramai pelik napa ya mesti DEMC? Sebabnya, sepital tu panel hospital untuk company hubby. So, segala check-up men'check-up' ditanggung beres oleh company hubby. Wee... (^_^). InsyaAllah maybe deliver juga di sana. Kalau takde yang menanggung, comfirm la deliver dekat sepital kerajaan je. Manalah mampukan nak bayar mahal-mahal. Baik duit bayar nak deliver baby tu buat kenduri qiqah baby ke lagi bagus! Kan..kan? Doc check baby ok. Alhamdulillah! Berat baby pun dah setengah kilo. Just doc bising suruh makan banyak lagi sebab me tak naik sangat berat badan. Huhu...


Berikut merupakan kenaikan berat badan sela
ma 5 month++ preggy:

2 months preggy: 55 kg (dengan ketinggian 165 cm
) So, ideal weight!
3 months preggy: 54.5 kg (-0.5 kg)

4 months preggy: 55.5 kg (+1.0 kg)

5 months preggy: 56.5 kg (+1.0 kg)


See!


So, overall, berat naik just 1.5 kg. Tolak
berat baby -0.5 kg, so lelemak yang melekat di badan cuma 1 kg. So, no wonderlah perut me tak boyot kan? Die boyot kat montot je kot yang 1 kg tu. Heheh... Masa berdiskusi dengan doc yang check tu, adalah tanya tentang detail scan dengan scan 3d/4d. She said, DEMC will charge RM250 untuk itu. Wah mahalnya! Terbantut terus nak buat detail scan di situ. Haruslah survey klinik private lain untuk buat scan 3d/4d.

Its me @ 5 month++ preggy. Semua orang cakap takde rupa orang preggy 5 month pon!


Oh, kebetulan hari jumaat tu my ex-officemate Kak Zita merangkap hubby's officemate (me pernah kerja sementara di company hubby) deliver di DEMC jugak. So, lepas je habis check-up, terus pergi menengok si ibu & si
baby girl. MashaAllah!! Sangat putih merah si babynya ikut kulit ibunya. Sejam mengulit baby tu rasa tak puas giler! Rasa macam sangatlah tak sabar nak ada anak sendiri. (^_^)

Kak Zita with her baby.

Alisha Az-Zahira Bt. Azimuhaiza


Comelkan??? Huhu. Tak sampai beberapa minit keluar dari wad si ibu, me dah rindu giler si kecik ni. Nanti ada anak sendiri macam mana agaknya. Mesti nak tinggal sekejap pun tak sanggup. Jadi, bagaimana mahu kerjaan nanti??? Oh, nanti-nantilah fikir pasal itu. Fikir keluarkan baby dulu. Heheh...


Oh, sekarang ni me da selamat berada di kampung halaman, Muar, Johor. Hubby hantar hari Jumaat hari tu sebab dah tak sanggup tengok me asyik muntah-muntah je duduk sorang dekat rumah. Yang peliknya, duduk dekat rumah my mum ni takde la pulak muntah. Sedap pulak makan sampai perut ketat plus senak sampai nak bernafas pun susah. Haha... Tak tau lagi sampai bila nak berkampung di rumah my mum ni. Kesian pulak tengok hubby tinggal sorang2 (T_T).

Thursday, February 17, 2011

ouh...ouh... sakitnya!


Da dekat seminggu tak membuka belog. Blogwalking apatah lagi... Ini semua gara-gara sakit gusi yang sungguh sengsara rasanya... Sakit yang begit
u... ouhh...ouhh... tak dapat nak di'describe'kan.

Tolonglah jangan sakit begini lagi. Tak sanggup sudah!

Source: Google


Actually, sakitnya bermula dari weekend yang lepas di mana hubby minta me masakkan nasi ayam spesial untuknya. Then bila waktu lunch tu, tiba-tiba terasa gigi geraham belah kiri atas macam sakit sikit. Lepas makan tiba-tiba me diserang sakit kepala yang sangat dahsyat! Yang peliknya sebelah kiri je pulak tu. Lepas sakit kepala, sakit mata belah kiri, then sakit pipi belah kiri. Semua sebelah kiri. Sampai menangis dibuatnya tak tahan tanggung sakit.


Dalam kepala ni dah risau, "Aku ni kena strok ke ape?" Sebabnya, adik ipar my brother dulu pernah kena strok sebelah badan time preggy. Tapi lepas deliver terus elok. Takutnyaaa!


Bila hubby tanya paling sakit dekat mana, me cakap la macam dekat gusi belah kiri. Then bila hubby check2, gusi tu memang macam ada bengkak sikit. Bila waktu malam mesti meleleh je air mata ni tahan bisa sakit sebelah muka ni. Hubby kesian then sapu-sapu la vicks dekat tempat sakit then urut-urut. Hari-hari kena macam tu baru lega sikit tapi bisa sakit tu tak pernah hilang. Sob...sob...


Then, nak dijadikan cerita, hari Selasa lepas my MIL jatuh sakit pulak. Demam yang amat dahsyat sampai tak boleh bangun dari katil. So, me & hubby pun bergegaslah balik ke Lumut untuk menziarah. Memang sedih tengok keadaan my MIL. Sampai nangis-nangis dia tengok kami laki bini balik semata-mata nak tengok dia. Tapi alhamdulillah, keesokan harinya my MIL dah sihat sikit dan boleh bangun dari katil. Maybe bila tengok anak kesayangan dia (my hubby) balik kot (^_^).


Bila bersembang dekat ruang tamu, me pun asyik la mengurut-urut sebelah muka nak bagi kurang sikit sakit tu. Tanpa disedari, my PIL tengok je gelagat me then tanya, "Sofia kenapa? Sakit ke?" Then hubby cakap, dah 2-3 hari sakit sebelah muka & maybe sakit sebab gusi bengkak.


Bila tahu je me sakit gusi, keesokan harinya my FIL terus hantar pergi pakar gigi dekat Hospital Angkatan Tentera (My FIL sangat caring giler orangnya). Oh, yang mana belum tahu, my PIL tinggal di dalam pangkalan TLDM Lumut. Doc pakar gigi tu kata, perempuan mengandung memang sensitif sikit dengan sakit gusi atau gigi. Maybe sebab hormon. Then bila check, memang ada bengkak disebabkan karang gigi dekat geraham gusi atas belah kiri. So, setelah mendapat rawatan scaling dari doc pakar yang sangat baik hati, buat scaling langsung tak sakit, sakit sebelah muka pun dah makin berkurangan. Tapi masih sakit jugak tapi taklah sebisa dulu. Alhamdulillah~~~ Berkat balik menjenguk ibu mertua yang sakit.


Hopefully lepas ni dah tak sakit lagi... Sob...sob...


Sunday, February 13, 2011

22 weeks! (^_^)


Today genap 22 weeks me preggy! Yeay! Alhamdulillah! Lagi 18 weeks to go...


Just teruja tengok gambar baby dekat Prenology.com bila dah enter 22 weeks. Adakah my baby pun dah bentuknya cenggitu? So so cute! Ni yang tak sabar nak scan 3d/4d ni! Heheh...



Oh sekarang ni baby inside sangat aktif! Lagi aktif bila time me lepas makan. Gelembong-gelembong perut dibuatnya. So happy! (^_^)

Friday, February 11, 2011

Cerita semalam...


Oh semalam badan sangatlah tak sedap. Makan ape je semua keluar balik. Yang geram tu, agak-agak dah nak hadam kot makanan tu tiba-tiba datang loya pulak. Hambek ko~~~ muntah sampai sakit-sakit dada. Adalah dalam setengah jam dalam toilet tu menahan sakit dada. Adoyai... Tapi takpelah demi anakanda tercinta, ibu sanggup sakit ape je asalkan anak sihat.


So, nak dijadikan kesimpulannya, badan sangatlah tak larat nak buat apa pun. Masak untuk dinner pun tidak. Hubby kesian jadi bawalah me pergi dinner di luar makan nasi ayam Mustafah. Time nak makan pun kena slow-slow je sebab kebarangkalian nak keluar balik tu ada. Sungguh tak nikmat langsung makan time tengah loya. Nasib order air sirap limau so kurang sikit rasa loya tu.


Lepas habis dinner, hubby ajak pergi pasar. Saja ingat nak beli seluar sebab semua seluar kat rumah dah tak muat. Even seluar tidur pun semua pakai mesti senak semacam pahadal perut taklah boyot sangat.


Jalan punya jalan, ternampaklah gerai jual baju ni. So, me tanyalah akak owner gerai tu,


"Ada tak jual seluar panjang yang jenis kain lembut-lembut tu?"


Then akak tu jawab,


"Ada dik, tapi yang tinggal semua saiz besar, saiz adik ni dah habis jual dah."


Aku pun macam pelik. Eh akak ni tak perasan ke perut aku ni beso? Mesti la nak seluar saiz beso. Kalau boleh yang paling beso saiz XL tu. Then my hubby cakap la dekat akak tu yang me now tengah preggy so memang nak cari saiz besar. Akak tu macam terkulat-kulat tengok perut aku. Baru dia perasan kot! Last2, aku rembat semua seluar saiz besar yang tinggal. Balik-balik terus bawak tido & malam tadi dapat tido dengan nyaman sekali (^_^)


Kesimpulannya, my baby bump mmg sangat kecik. Harus makan banyak ni bagi tambah besar perut so tak lah pak-pak haji yang duduk makan di gerai-gerai tak salah anggap yang me & hubby ni couple. Sebabnya, kalau kami berdua jalan, pak-pak haji tu mesti pandang kami semacam macam kami ni buat salah je. Padahal kami ni dah kawin kot! Aku ni dah mak buyong dah pon! Tunjuk sijil nikah baru tau!!


Thursday, February 10, 2011

Saya berkonvo dengan perut comel (^_^)


Mari bermula dengan sarapan pagi iaitu nasi goreng putih plus air soya kotak. Huu... kenyang perut suka hati (^_^)


Jemput makan...


Actually, nasi goreng putih tu made for my hubby today untuk dia bawak bekal ke ofis. Malas nak makan luar katanya plus nak saving. Heheh... Rasanya dah lama betol me tak masakkan makanan berat untuk hubby since preggy ni. Air milo panas hari-hari wajiblah buat untuk dia. Tapi kalau makanan, tak biskut cap hup seng, roti bakar sapu mentega tabur gula sikit je me hidang untuk hubby pagi-pagi. Sangatlah pemalaskan si isteri. Maybe betul kata orang, kalau mengandung anak lelaki, si ibu akan jadi malas serb
a-serbi. Heheh...


Lately, badan sangat rasa tak sedap. Perut berangin then kadang-kadang muntah. Selera makan pulak tersangatlah kurang. Sometimes tu fikir macam mana la perut nak membesar kalau bila makan je muntah balik. Kesian si kecik di dalam mesti asyik kelaparan.


Ok lupakan pasal itu. Berbalik kepada tajuk di atas
. Semalam me dapat utusan regarding konvokasi yang bakal berlangsung. Hepi (^_^)


Utusan dari UTM

The convocation will be held on 26-28 March 2011


So, kalau sekarang ni me dah 21 weeks, time konvo nanti maybe around 27 weeks (6 months ++). Huhu... Bakal naik stage dengan perut boyotlah gamaknya. Tapi nasib baik juga my belly tak besar sangat sekarang ni. Risau jugak tak larat nak beratur panjang plus naik stage amek scroll nanti. So sekarang ni harus berfikir nak pakai baju apa nanti. Baju pesyen-pesyen confirm dah tak bermain di fikiran. Maybe pakai baju kurung je kot. Oh, nak kena ke Jakel ni beli kain cepat! Wehee...


Tuesday, February 8, 2011

Next Shopping Baby's Stuffs.


Rasa macam dah banyak barang baby yang dah dibeli. Tapi bila skodeng-skodeng balik baby checklist tu, banyak jugak yang belum dibeli. Tapi takp
e. Bak kate hubby, "Kita beli sikit-sikit ye ibu. Next gaji beli lagi" Heheh..


Lately, hubby & me dah terbiasa pulak dengan panggilan 'ibu' & 'ayah'. Selonok pulak bila sebut panggilan cenggitu. Terasa seperti sudah ada baby dalam rumah. (^_^) Then bila masuk bilik yang kami letakkan baby cot & semua barang baby, lagilah terasa macam dah ada baby. Dengan bau bedak baby yang sampai menusuk hidung kalau masuk bilik tu. (^_^).


Ok, barang lain yang mungkin perlu dibeli adalah
seperti di bawah.

- Receiving Blanket. Dah survey2 dekat littlewhiz
.com. Sangat mahu beli yang di bawah nie.

Ada 3 pcs.


- Bedding set. Hari tu survey dekat Jusco mahalnya! Then tengok dekat littlewhiz.com ada design Pooh Bear yang sangat comel.

Bedding set Classic Pooh


- Mosquito Net. Haritu tengok dekat IKEA sangat cute! Harga pun ok.

Cute huh!

- Baby bath tub. Yang ni beli kat Jusco je kot.

- Cot mattress. Pun ni beli kat Jusco je kalau ada yang murah.

- Laundry detergent. Untuk cuci baju baby.

- Barut baby. Nanti tempah dekat Bilikjahit AnggunFlora. My mum said, 5 helai barut je cukup.

- Towel baby. Kena beli 2 helai lagi.

- Set tilam kekabu baby.



Ok, itu je list berangan hari ini. Heheh..

Checklist Baby's Stuffs & Apelagi.... Jom Shopping!!!


First of all, me start dengan checklist baby's stuffs dulu. Ini a
dalah hasil rujukan dari blog mom-to-be Ilyani yang dengan baik hatinya menepek checklist di tepi blognya. (^_^)

Baby's Cloth
Baju baby newborn lengan panjang & seluar panjang
Baju baby newborn lengan pendek & seluar pendek
Baju baby 3-6 month
Rompers
Mitten & Booties
Barut
Napkin (buat bedung)
Baby Hat
Receiving Blanket
Baby Shoes

Bath & Body Care

Towel Baby
Toiletries Set (travel set)
Baby Top-to-Toe Wash

Cotton Buds
Bath Tub

Nail Clipper
Diapers (Newborn)
Changing Mat
Baby Box
Wet Tissue
Termometer
Nasal Spray / Aspirator
Safety Pin
Minyak Yuyi / Telon
Laundry Detergent

Feeding

Breast Pump
Bottles Breast Pump
Berus Pencuci Botol
Bottle Sterilizer Liquid Cleanser

Nursery

Baby Cot
Cot Mattress
Bedding Sets
Set tilam kekabu
Drawer
Mosquito Net

Outing

Stroller
Car Seat
Baby Sling / Baby Carrier

BARANGAN IBU

Beg
Kain batik/Shirt Longgar
Stokin
Selipar
Nursing Bra
Nursing Pad
Disposable Panties
Maternity Pad
Set Bersalin



So, weekend yang lepas, my hubby dengan baik h
atinya telah mengajak me pergi bershopping barang baby. Weheee!!! Hari Jumaat bershopping barang baby di Jusco Bukit Tinggi. Then hari Sabtu pulak ke IKEA, Tesco & Jusco Bukit Raja.


Oh, before berjalan di IKEA, sempat mamam2 di re
storan bawah IKEA. Habis je makan boleh pulak perut ni tiba-tiba berangin sampai nak bangun pun senak. Nasib baik sakit tak lama. Risau jugak takut-takut tak boleh nak berjalan shopping. Heheh...

Mamam time!


Dekat IKEA mula-mula ingat nak survey baby cot dengan drawer nak letak baju baby. Baby cotnya harga boleh tahan around RM3++. Drawer yang berkenan di hati pulak mahal sangat. So, KIV dulu. Last-last terbeli 2 benda alah di bawah ni je. Haha...

Jam dinding murah & bakul rotan (saje gatal beli!)

Bakul rotan tu gatal beli sebab nak isi toiletries baby. Nanti nak kena bikin sarungnya pulak. Heheh.. Baby's stuffs banyak beli dekat Jusco Bukit Tinggi. Beli barang basic je pun. Beli sikit-sikit. Next time beli lagi. Heheh... Antara barang yang dirembat:

Baju baby newborn lengan panjang + seluar panjang

Baju baby newborn lengan pendek + seluar pendek + baby hat

Rompers

Mittens & Booties

Towel baby


Balik rumah terus sumbat dalam box semua baju baju baby tu. Hati berbunga-bunga time nak mengemas baju-baju baby tu. (^_^)

Kotak isi baju. Belum beli drawer, so isi dalam kotak dululah.

Bila dah habis mengemas (^_^)


Barang lain yang dibeli adalah seperti baby wash top-to-toe, baby powder, baby oil, baby wipes, changing mat, cotton buds, pampers newborn & napkin buat bedung.

Barang lain-lain.

Dekat Jusco Bukit Raja pulak saja je nak menengok barang baby. Tiba-tiba tengok ada baby cot Sweet Cherry murah!! Heheh... So, hubby terus beli. Malas nak fikir katanya. So, balik rumah terus hubby excited pasang.

Baby cot


So, lepas ni kalau nak shopping pun maybe beli cot mattress, bedding sets, baju baby lagi & keperluan ibu pulak. Hoho... sangat selonoklah shopping barang baby ni!!!


Friday, February 4, 2011

Baby Boy vs. Baby Girl


Actually, me & hubby tak kesah pon samada inside my b
elly ni baby boy ke baby girl. Lagipun first babykan? Tak payah la nak berkira sangat pasal gender baby tu. Lain la kalau second baby. Mesti nak baby yang jantinanya lain dari first babykan?


Tapi disebabkan beberapa situasi di mana kedua-dua belah keluarga, means my family & hubby's family mengharapkan jantina baby yang berlainan. Tak paham??? Teruskan pembacaan.


Actually, belah my family dah terlalu ramai anak sedara perempuan. So, of course la my parents nak my baby ni kalau boleh baby boy. Me ada 8 orang anak sedara & di kalangan mereka cuma ada 2 je hero. Tu pun yang paling tua dan yang paling cinonet. Haha...


My parents in law pulak baru ada sorang cucu & it's a boy. So, kalau boleh, my MIL nak la sangat-sangat baby kami ni baby girl.


So, ada percanggahan di situ. Tapi Allah dah tentukan apa
yang terbaik untuk kami & our baby is
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masa scan at 18 weeks hari tu, saja tanya doc, "Dah boleh tau ke gender baby ke?"


Doc sengih je. Maybe sebab dia dah tau kot baby boy masa dia dok godek2 alat scan atas my belly. Then doc cakap,


"Haa... nak tau baby apa... Tuuuu..." Sambil menunjukkan suatu di skrin yakni our little prince punya bebird! Heheh... So cute!!!


So, lepas ni nak bershopping baby's stuffs kena lah avoid yang pinky2. Heheh... Tetiba rasa macam sedih pulak tak dapat beli skirt baby yang kiut-miut...