Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 24, 2009

..:Aku GUMBIRA dpt tag!!!:..


Tag kali ini datangnya dari Diya dan Cik Zizie. Terima kasih tidak terhingga kepada kalian berdua kerana telah memberikan tugasan tag ini kepada saya. (hehee.. poyonye tulis ayat dalam bahasa baku)

Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!

TAG 1

Bekas kekasih saya adalah : Saya tidak pernah mempunyai bekas kekasih. (waawaa..jujurnya!)
Saya sedang mendengar : Lagu PERGI dinyanyikan oleh Aizat.
Mungkin saya patut: Lebih teliti menjaga muka sebab sudah banyak jerawat tumbuh sekarang ini.. =(
Saya suka : Bunga!!! Ada ke orang yang tidak suka bunga???
Sahabat-sahabat baik saya : Adalah orang yang memahami saya dan tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan saya..
Saya tak paham : Kenapa jerawat suka tumbuh di wajah saya.. Arggghh!!!
Saya kehilangan : Berat sewaktu di universiti tetapi mengalami pertambahan berat sewaktu di rumah =(
Ramai yang berkata : Bahawa saya ini adalah seorang yang sangat cerewet. Betulkah??
Makna nama saya : Adalah sahabat yang baik. =)
Cinta itu adalah : Suatu perasaan kasih sayang yang ikhlas..
Di suatu tempat, seseorang sedang : Demam. Dia selalu membuatkan saya risau akan dirinya.. =(
Saya akan cuba : Untuk menguruskan pipi yang tembam ini. huhuu..
Ayat SELAMANYA membawa maksud : Sehingga ke akhirnya..
Telefon bimbit saya : Adalah jenis Sony Ericsson K810i berwarna hitam.
Bila saya terjaga dari tidur : Saya pasti mencari telefon bimbit untuk melihat jam sudah pukul berapa.
Saya paling meluat apabila : Seseorang membuang sampah merata-rata!
Pesta/Parti adalah : Acara yang sangat menyeronokkan.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Hamster!!
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Semasa saya di bangku sekolah rendah.
Hari ini : Saya kepenatan akibat baru sahaja balik dari kampung mengutip buah manggis dan buah durian.
Malam ini saya akan : Mula mengemas baju yang berselerak dalam bilik saya. hehee..
Esok pula saya akan : Melayari internet dan menulis blog sepuas-puasnya.
Saya betul-betul inginkan : Percutian di Genting Higlands dan Bukit Tinggi Colmar Tropical lagi =(
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Saya terlihat beberapa beberapa butir jerawat sudah timbul!! Arggghh!!
Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah.
Makanan Barat atau Jepun : Makanan Barat. Tetapi saya sangat suka sushi!
Bilik yang terang atau gelap: Bilik yang gelap dengan sedikit cahaya oren dari luar tingkap. (Rindunya semasa di kampung dulu)
Makanan segera adalah : Seperti megi.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? "Ye mak!"

TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Bercampur-baur
Saya nak makan? Nasi goreng masakan mak saya
Saya tak suka? Manusia yang merampas hak orang lain!! Sangat tidak suka!!
Impian saya? Ingin mendirikan rumah tangga bersama insan yang bertahta di hati.
Haiwan yang saya tak suka? Lipas!!!!
Saya harapkan? Apa yang saya inginkan tercapai.
Jika boleh putarkan masa? Saya ingin memperbaiki segala salah dan silap pada masa lampau.
Saya pada 10 tahun akan datang? Saya sudah berkeluarga, mempunyai pekerjaan tetap, kewangan yang stabil dan mendapat apa yang diinginkan.
Handphone saya adalah sebuah? Hadiah daripada yang tersayang =)
Saya pernah bercinta sebanyak? Satu kali.
Kawan-kawan saya? Adalah kawan-kawan yang saya harapkan tidak akan melupakan saya.
Pernah dikhianati? Tidak. Harap tidak akan.
Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Sekiranya ada.. maaflah, saya ini pendendam orangnya. Jaga2! Hehee...
Siapa yang anda nak Tag? Apai, Opie, Mirae dan Kak Dda. =) Buat ye jgn tak buat..

Huh, susah jugak nak buat tag dalam Bahasa Malaysia ni..

9 comments:

diyadeary said...

first time seh jmpe org happy giler dapat tag!! wakakaa.. piya piya..

Pya said...

bese la diya.. org baru men2 blog ni.. mustila gumbire.. kehkeh...

ZaliHazali said...

bukan je jumpa org happy dapat tag
tapi pernah jumpa dis gurl dekt meranti
eating ikan keli cicah air asam
ayoookkkk

Cik Zizee said...

bagus si piya nie...nnt aku selalu kasi kau tag k...aku pon baru gak dlm dunia blog2 nie tau..hehehe

Cik Zizee said...

nnt aku kasi byk2 tag kat kau..hehe...

piya..aku pon budak baru belajar jugak dlm dunia blog nie..

Pya said...

To myself:

Kamu pernah menengok saya?? Hehee.. Ni kes pelik ni.. Adakah anda melihat org yg betul atau anda salah org?? Anyway, nice to know u..

Pya said...

To Cik Zizie:

Tu la zie, cam jakun je bile dpt tag2 ni. Hahaa.. Ko bagi je byk2 lagik pown tak pew. Buley mengisi mase lapang ni.. Hehee..

Pya said...

To Cik Zizie:

Cam pelik pulak nape ko bagi 2 komen yang mempunyai makne yang same.. Hehee...

rimieilya said...

akan ku gigihkan diri membuat tag kamu yg panjang ni ye..