Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 12, 2010

Semoga Allah Mencucuri Roh Mereka.


Macam-macam perkara terjadi pada tarikh keramat 10.10.10. Selain berita gembira seperti persandingan kayangan antara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina, pertunangan ex-classmate zaman degree dulu iaitu Siti Nur Apai (bukan nama sebenar), ada juga berita sedih terjadi pada tarikh keramat ini.

Antaranya ialah berita tragedi kemalangan di kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan. Ucapan takziah ingin diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan ngeri tersebut. Sehingga kini, 12 nyawa telah disahkan terkorban. Innalillah....


Tak sanggup nak tepek banyak-banyak gambar. Sungguh menyayat hati! Gambar separuh tangan tercabut pun ada! MasyaAllah! Apepun, semoga Allah mencucuri roh mereka & mereka semua ditempatkan di tempat orang yang beriman. Al-Fatihah...

Dan pada tarikh yang sama juga saya telah dikejutkan dengan pemergian seorang rakan lama, Nor Azam Bin Mustafa. Innalillah... Arwah nie merupakan rakan sekelas semasa di Sek. Ren. Sungai Karang, Kuantan. Dan yang paling menyedihkan, terdapat kabaran yang arwah meninggal akibat buatan orang. (harap sgt berita ni tak benar!!!)

Gambar Profile Fb arwah

Sedih! Tu je yang boleh digambarkan perasaan sekarang. Sebabnya, arwah ni seorang yang sangat-sangat baik. Even dapat mengenali arwah hanya beberapa tahun dan waktu itu masing-masing masih kecil, namun pemergian arwah sangat-sangat dirasai. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah....

Kadang-kadang tu baru terfikir. Hidup ni hanya sementara & yang kekal hanyalah di sana. Hari ini masih bernyawa, tah esok lusa siapa tahukan?

3 comments:

- Mimi - said...

eh, piya pon kwn dgn arwah azam ni jugak?

Pya said...

To mimi:

Kawan masa kecik-kecik. Dari darjah 3-4 kalau tak silap. Mimi mane kenal arwah?

buRn said...

Al-fatihah...