Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 22, 2010

Meh nak bagi Tips sikit...


Sepanjang 5 bulan lebih berkahwin, aku hari-hari dok tanya hubby,

"Bila la kita ni nak dpt babykan?"

Then hubby jawab...

"Belum ada rezeki lagi. Sabarla ye..."

Kalau tepon my mum, aku selalu tanya,

"Nape macam lambat je dpt baby ni mak? (dengan nada sayu)

Then my mum jawab...

"Takpe, belum ada rezeki. Habiskan la dulu tesis tu."

Bila jumpa kawan-kawan, semua tanya,

"Dah berisi ke belum? Nanti kalau jumpa kitorang lagi, jangan la berdua lagi ye. Bertiga la pulak."

Alasan aku selalu jawab,

"Sabarla. Tunggu aku abes tesis dulu br pk baby." Padahal hati da buak-buak nak baby!!!

Bila tengok kawan-kawan yang kawen after aku kawen da nak dpt baby, rasa macam.... =( Lagi bila tengok diorang post hari-hari dekat fb, ngidam nak makan tulah, ngidam nilah, baby da tendang-tendanglah, sakit kepalalah, asyik muntah-muntahlah, perut da nampaklah!

Lepas tu sibuk nak tanya-tanya orang lain, "Da berisi ke belum?". "Cepat-cepatlah!"

Ape igt senang ke nak buat anak?? Perrghhh! Rasa annoying gile!

Then bila baca blog pon same. Tapi tak la rase se'annoying' dekat fb. Haha...

Then, bila turn aku pulak preggy, terus senyap orang yang dok tanya-tanya kat atas tu. Ucap tahniah pun tak. Ape kes???

Sori, ter'emo' sekejap. Haha...

Actually, tujuan aku tulis entry ni bukanlah nak bangga diri ke ape. Just nak share some tips yang maybe boleh membantu bloggers yang mungkin menanti rezeki yang satu ni. Tips-tips ni aku collect dari pembacaan dari internet, buku-buku & petua-petua orang-orang tua. Tips untuk meningkatkan kesuburan. Hihi... Terbukti berkesan kot sebab aku dah amalkan. Plus dengan doa yang tak lekang, InsyaAllah Allah akan makbulkan...

Tips-tipsnye...

1. Elakkan makan makanan segera @ fast food. McD ke, KFC ke, Pizza Hut ke, Burger King ke burger tepi jalan ke, maggie ke... semualah! Sebab dikatakan di dalam makanan segera ni mengandungi bahan yang boleh membantutkan kesuburan. Serious bila tahu fakta ni, aku dengan hubby terus tak makan makanan segera ni. Then, bila da preggy baru start makan balik. Haha.. boleh pulak macam tu.

2. Elakkan makan semua jenis jeruk @ asam. Dalam tu pun ada bahan yang diterangkan seperti di atas.

3. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kaffein. Haha... Yang ni aku agak fail! Tapi aku cuba jugak la sebab aku mmg addicted dgn nescafe. Siap dpt anugerah pembancuh nescafe tersedap dlm family. Haha.. So, bila dah tahu fakta ni, aku pun try la kurangkan dari beberapa cawan nescaffe sehari kepada satu cawan sahaja. Then, ada kajian menunjukkan, secawan minuman kaffein sehari dpt meningkatkan kesuburan, tetapi lebih dari secawan minuman kaffein sehari dpt mengurangkan kesuburan. Tp bila dah preggy, boleh pulak stop minum. Hihi.. Mind set betol!

4. Amalkan makan asid folik. Baik untuk meningkatkan kesuburan. Then ada kajian menunjukkan yang suami pun patut kena makan asid folik. Tapi my hubby tak makan pon.

5. Jangan minum minuman berais dan bergas. Yang ni tak tau atas sebab ape...

6. Yang predict hari subur tu rase semua dah tahu kot. Kalau boleh, hari ke 12, 13, 14, 15, 16 selepas datang period tu pandai-pandai la ye buat ape yang patut. Haha.

7. Ni petua aku reka sendiri. Sejak dari dekat u lagi aku ada dapat satu doa ni. Doa untuk murah rezeki. Rezeki yang tidak terjangka. Doanye senang je. Surah At-Taubah ayat ke-2 terakhir tu (Laqad jaaa akum...), amalkan 7 kali setiap solat. Lebih baik kalau hafal. Then bila baca tu, niat dalam hati nak dpt baby. Like me, bila start amalkan surah ni, sebulan kemudian dah disahkan preggy. Alhamdulillah...

Then, kalau nak tau jugak, disebabkan aku selalu amalkan surah inilah rezeki sejak dekat u asyik melimpah-ruah. Akhir tahun degree tiba-tiba dpt biasiswa dekat 10k. Then tambah pulak my uncle bagi biasiswa jugak. Then my uncle sponser kahwin lagi... See! Rezeki tak terjangka. So, manalah tahu bila amalkan doa ni rezeki baby pun boleh dpt. InsyaAllah...

Banyak lagi nak share tapi yang ni jelah dulu. Kena sambung men'tesis' balik. Tapi tengok hubby tido rasa mcm nak tido pulak. Huhu... Oit Pya! Cepat sambung buat tesis!!!

10 comments:

Mrs Drac said...

piya..congrates da ade gud news..and thanks 4 sharing..hehe
bab soalan2 annoying dari org tu tak bole nak dielakkan..ape bole buat kan..mulut orang..

akak masih blum ade rezeki lagi..tapi maybe boleh cuba tips nih..dlu gile makan asam ngan fast food..tapi skg mkn nasi pun tak bole sbb dah kene ulcer perut..huhu..bahana bnyk sgt minum air gas ngan asam la nih...
i'll try eh..=p

apai said...

oit pya.share la ape doa nye.kasi yg full.mls mau gugel.hehe

Qistina said...

owh macam tu ke....
xtaw pulak fast food, maggi,asam & caffein bleh jejas kesuburan.....
maybe da kena kurangkan amek dr skrg....
suka tip no 7...ilmu br ni
thanks kak!
info yg berguna....

MamaPatch said...

Alhamdulillah dah ade rezeki tu...cuma cepat dan lambat je. Allah tu maha adil. plz extra take care yer.

Anah said...

hai pya..
sama la ng anah dl, 5 bln kawin org duk tnya2, padahal mood honeymoon xabis lg..tp lps stop makan asam ngan nescafe, terus lekat..rezeki Allah bg..Alhamdulillah

alianurashikin said...

nak amalkan jugak la doa tu..saya nak grad 1st class mcm akak! tp skrg cp tgh sangkut adoyai cne ni???

Nora Diana Rohimi said...

nak gak lah amalkan surah at taubah tu.great.thnx pya.btw congrates and take care luv

Pya said...

To Mrs. Drac:

First of all, thanks kak suraya. Ms belum dpt tu, mmg kena byk sabar. Huhu...

Hopefully penyakit akk tu tak teruk. Akk try la amalkan ape yg pya tulis tu k. InsyaAllah, mane tau rezeki Allah nak bagikan? Bila2 masa je =)

...................................

To Apai:

Nanti aku kasi k!

...................................

To Qistina:

Dulu pun akk tak tau. Then bila akk byk baca, baru akk tau yg kadar kesuburan tu kita yg tentukan especially mll pemakanan. Elok jugak qis nak start dr sekarang. Boleh makan tp dgn kadar yg sedikit =)

...................................

To Mrs.aisheiteru:

Thanks a lot Faeza! Tulahkan. Rezeki tu ada tp cepat atau lambat je =)

...................................

To Anah:

Hye Anah! Thanks ye drop komen. Tulah kan. Begitu berkesan kalau jg pemakanan. Anyway, nice to know u =)

...................................

To Alia:

InsyaAllah Alia blh buat. Akk dulu pun byk sangkut gak. Tp kena kuat la k! Anyway, Gud Luck utk tesis!

...................................

To Nora:

Jom2 nora. Kita amalkan bersama. Hihi... thanks too cyg!

Anonymous said...

hai bagus tips u ney insyaAllah jihan nak cuber...,btw salam perkenalan i baru jer follow u..;)

Pya said...

Thanks jihan! =) follow u too k! =)