Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, October 28, 2010

Setelah 6 minggu...


First sekali nak ucapkan takziah kepada kawanku Nadzirah di atas kehilangan babynya seawal 4 bulan. Hopefully Nad tabah ye... InsyaAllah akan ada rezeki lagi nanti. Banyak-banyakkan bersabar ye Nad...


Secondly, congrates buat my bff Bain yang telah disahkan preggy. Dia da preggy ala-ala lebih kurang aku, sebulan lebih suda. Buat Bain,


"Babe, tak sangkekan kita dpt preggy sesama. Dulu asyik cakap nak preggy sesame je. Last-last ter'same' jugak. Haha". Tuhan tu Maha Mendengarkan??


Ok, jom start dengan kejadian yang telah berlaku setelah 6 minggu preggy. Berikut adalah kejadiannya:


1. Morning sickness yang sangat teruk. Hoho... setiap ape yang ditelan bakal dikeluarkan kembali. Kalau once makan tak muntah tu, memang tadah tangan bersyukur sangat-sangatlah! Yela, kalau da makan asyik muntah, mestila perut asyik bunyik-bunyik laparkan? So, bila tak muntah tu, rase seronok giler sebab baru nak merasa nikmat kenyang. Huhu... Kesiankan?


2. Badan lembik. Bila da makan asyik terkeluar balik, badan pun takde tenaga. Nak turun naik tangga rumah ni pun kena tarik nafas dulu. Huhu. Sedih!


3. Tak boleh bau 3 benda. Ikan bilis, bawang dan bau dapur. Haha... Dekat 2 minggu jugak la aku tak masak. Masuk dapur je rase macam loya. Belum bau lagi ikan bilis dengan bawang. Bau sikit je boleh terus ke wek wek. Kesian my hubby asyik kena makan luar je lately. Tapi bukanlah bermakna aku tak masuk dapur langsung. Boleh masuk dapur, tapi kena tutup hidung dulu. Haha...


Setakat ni itu jela kot. Mengidam benda pelik-pelik tu belum lagi. Haha. Tapi setakat ni tekak boleh terima nasi lemak dengan nasi goreng je. Yang lain-lain tu boleh makan, tapi bila da makan, alamatnye keluar balik la. Haha...


Kadang-kadang tu rindu giler nak masakkan untuk hubby. Kesian tengok hubby asyik tak berselera je makan luar. So sorry ye dear. Nanti bila da sihat sikit, saya buat nasi ayam untuk kamu ye!


Ni masa 5th week pregnant. Doc kata, yang bulat merah tu cuma kantung baby je. Baby tak nampak lagi sebab tersangatlah kecik.


P/s: Lately banyak sangat dengar saudara-mara terdekat kehilangan baby masa dlm kandungan. Takutnya! Semoga Allah melindungi kandunganku ini. Amin....

Friday, October 22, 2010

Meh nak bagi Tips sikit...


Sepanjang 5 bulan lebih berkahwin, aku hari-hari dok tanya hubby,

"Bila la kita ni nak dpt babykan?"

Then hubby jawab...

"Belum ada rezeki lagi. Sabarla ye..."

Kalau tepon my mum, aku selalu tanya,

"Nape macam lambat je dpt baby ni mak? (dengan nada sayu)

Then my mum jawab...

"Takpe, belum ada rezeki. Habiskan la dulu tesis tu."

Bila jumpa kawan-kawan, semua tanya,

"Dah berisi ke belum? Nanti kalau jumpa kitorang lagi, jangan la berdua lagi ye. Bertiga la pulak."

Alasan aku selalu jawab,

"Sabarla. Tunggu aku abes tesis dulu br pk baby." Padahal hati da buak-buak nak baby!!!

Bila tengok kawan-kawan yang kawen after aku kawen da nak dpt baby, rasa macam.... =( Lagi bila tengok diorang post hari-hari dekat fb, ngidam nak makan tulah, ngidam nilah, baby da tendang-tendanglah, sakit kepalalah, asyik muntah-muntahlah, perut da nampaklah!

Lepas tu sibuk nak tanya-tanya orang lain, "Da berisi ke belum?". "Cepat-cepatlah!"

Ape igt senang ke nak buat anak?? Perrghhh! Rasa annoying gile!

Then bila baca blog pon same. Tapi tak la rase se'annoying' dekat fb. Haha...

Then, bila turn aku pulak preggy, terus senyap orang yang dok tanya-tanya kat atas tu. Ucap tahniah pun tak. Ape kes???

Sori, ter'emo' sekejap. Haha...

Actually, tujuan aku tulis entry ni bukanlah nak bangga diri ke ape. Just nak share some tips yang maybe boleh membantu bloggers yang mungkin menanti rezeki yang satu ni. Tips-tips ni aku collect dari pembacaan dari internet, buku-buku & petua-petua orang-orang tua. Tips untuk meningkatkan kesuburan. Hihi... Terbukti berkesan kot sebab aku dah amalkan. Plus dengan doa yang tak lekang, InsyaAllah Allah akan makbulkan...

Tips-tipsnye...

1. Elakkan makan makanan segera @ fast food. McD ke, KFC ke, Pizza Hut ke, Burger King ke burger tepi jalan ke, maggie ke... semualah! Sebab dikatakan di dalam makanan segera ni mengandungi bahan yang boleh membantutkan kesuburan. Serious bila tahu fakta ni, aku dengan hubby terus tak makan makanan segera ni. Then, bila da preggy baru start makan balik. Haha.. boleh pulak macam tu.

2. Elakkan makan semua jenis jeruk @ asam. Dalam tu pun ada bahan yang diterangkan seperti di atas.

3. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kaffein. Haha... Yang ni aku agak fail! Tapi aku cuba jugak la sebab aku mmg addicted dgn nescafe. Siap dpt anugerah pembancuh nescafe tersedap dlm family. Haha.. So, bila dah tahu fakta ni, aku pun try la kurangkan dari beberapa cawan nescaffe sehari kepada satu cawan sahaja. Then, ada kajian menunjukkan, secawan minuman kaffein sehari dpt meningkatkan kesuburan, tetapi lebih dari secawan minuman kaffein sehari dpt mengurangkan kesuburan. Tp bila dah preggy, boleh pulak stop minum. Hihi.. Mind set betol!

4. Amalkan makan asid folik. Baik untuk meningkatkan kesuburan. Then ada kajian menunjukkan yang suami pun patut kena makan asid folik. Tapi my hubby tak makan pon.

5. Jangan minum minuman berais dan bergas. Yang ni tak tau atas sebab ape...

6. Yang predict hari subur tu rase semua dah tahu kot. Kalau boleh, hari ke 12, 13, 14, 15, 16 selepas datang period tu pandai-pandai la ye buat ape yang patut. Haha.

7. Ni petua aku reka sendiri. Sejak dari dekat u lagi aku ada dapat satu doa ni. Doa untuk murah rezeki. Rezeki yang tidak terjangka. Doanye senang je. Surah At-Taubah ayat ke-2 terakhir tu (Laqad jaaa akum...), amalkan 7 kali setiap solat. Lebih baik kalau hafal. Then bila baca tu, niat dalam hati nak dpt baby. Like me, bila start amalkan surah ni, sebulan kemudian dah disahkan preggy. Alhamdulillah...

Then, kalau nak tau jugak, disebabkan aku selalu amalkan surah inilah rezeki sejak dekat u asyik melimpah-ruah. Akhir tahun degree tiba-tiba dpt biasiswa dekat 10k. Then tambah pulak my uncle bagi biasiswa jugak. Then my uncle sponser kahwin lagi... See! Rezeki tak terjangka. So, manalah tahu bila amalkan doa ni rezeki baby pun boleh dpt. InsyaAllah...

Banyak lagi nak share tapi yang ni jelah dulu. Kena sambung men'tesis' balik. Tapi tengok hubby tido rasa mcm nak tido pulak. Huhu... Oit Pya! Cepat sambung buat tesis!!!

Thursday, October 21, 2010

Kenapa Orang Yahudi Bijak Pandai???


Harap maaf. Entry ni ada sedikit panjang (bukan sedikit, tapi banyak!). Thanks to my lil bro yang bersusah payah mencarikan kakaknya article di bawah. Siap suruh kakaknya ni buat equation math lagi hari-hari. Hihi... So cute la my lil bro!


Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hariuntuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya poun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya! Ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau, semoga beliau menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu, beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengahari, makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau, ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Saya perhatikan mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak). Maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun diuniversiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiapkumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, makatidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satucaranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun. Mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak bolehdilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok.


Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidunganda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essaynya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato'! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Menarik bukan???

Tuesday, October 19, 2010

Orang Laen Hepi, Aku Stress!


Orang lain kalau dapat tahu diorang pregnant, mestilah hepikan??? Bukanlah nak kata aku tak hepi. Hepi... Hepi sangat-sangat!! Siapa tak hepi nak ada anak sendiri. Tapi... disebalik hepi tu, stress lagi lebih kot. Stress pasai apa??? Apa lagi... tesis kot!!!


Semalam jumpa my lovely supervisor, En. Norazam Othman dekat Geomatika College. Penat dia bagi kata-kata perangsang suruh aku siapkan tesis secepat mungkin. Dan lagi, dia suruh aku submit draft dekat dia end of this week. Haha... Mana tak stress mak oi!!


Hopefully, aku boleh siapkan tesis ni secepat mungkin! Penat dah! Serious, lagi sanggup ambil berjuta-juta examssss dari buat tesis (iye je berjuta!). Mungkin la kot masa degree dulu aku just main dengan system. Yang payah pon nak cari data jela. Then da jumpa data, sumbat-sumbat dalam system, running-running, then keluar result. Senang! Tak la senang sangat, tapi senang la jugak nak banding dengan tesis master ni yang memerlukan otak baca case law panjang-panjang, then buat conclusion sendiri. Salah conclude, abes........


Nasib baik ada hubby yang boleh dibawak berdiskusi bersama. Kadang-kadang tu bila discuss dengan dia pasal tesis, dia pulak yang macam terlebih paham. Ape yang aku tak paham tu dia boleh paham. Terrorkan??? Hihi... Macam malam tadi, tiba-tiba aku craving nak makan nasi lemak ayam berempah. So, sepanjang perjalanan ke gerai yang kitorang selalu makan nasi lemak tu, hubby tanya progress tesis. Dia suruh aku recall case law ape yang aku dah baca. Paham tak contents dia... Then dia yang tolong relatekan dengan tajuk tesis aku. Hihi... Love my hubby so much!!!


Oh, esok nak kena buat first check-up at DEMC (Darul Ehsan Medical Centre). Hubby awal-awal da book pakar sakit perempuan PEREMPUAN. Not LELAKI. Hopefully, semuanya ok. Doakan la ye...


Saturday, October 16, 2010

Kisah Pregnancy Test yang menakutkan. Part 2


Sebab da pernah buat upt or urine pregnancy test tu, aku pon selambe je la test. Da tak bace ape2 da instruction kat belakang packing tu. Bila da test tu, terus tutup mata, tak mo tgk dulu. TAKUT! Haha... Serious! Pregnancy test memang sesuatu yang sungguh menakutkan!


Tapi sampai bila nak takutkan? Last-last mesti kena tengok jugak. So, after 5 minit termenung sambil berfikir "Nak tengok ke tak? Nak tengok ke tak?". Last2, tertengok la jugak. Hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Positive! Yeah! Yeah!


Tapi perasan tak line yang satu lagi tu tak clear. Terus stop hepi sekejap. Dalam hati kate, "Ni pregnent ke tak ni?" Tiba-tiba datang perasaan tak puas hati. Hubby pulak kedekut beli satu je pregnancy test. Huhu.. Then ape lagi, terus call hubby nak bagitau yang aku da jumpa pregnancy test tu lalu ter'test'. Tapi hubby tertinggal bb dia dekat rumah pulak! Haiyooo! Call officemates dia, tp semua belum pun sampai office.


Last-last hubby call. Tanpa lengah-lengah lagi terus bagitau dia yang aku da buat pregnancy test tu dan result dia Positive! Punyalah dia hepi. Lepas tu aku tanya dia, siapa yang suruh call ni? (sebab aku call 2 orang officemates dia & bagitau suruh dia call balik). Then hubby ckp takde orang suruh dia call pun. Dia sendiri yang nak call nak suruh aku ambil pregnancy test tu and test! Haha... Beria dia sorokkan, last-last dia pun tak sabar da nak tau result!


Tapi tulah, disebabkan line yang satu lagi tu tak clear, aku pun minta hubby belikan lagi pregnancy test lain sebab nak confirmkan lagi. Hasilnya pun same. Positive tapi yang satu line lagi tak clear.


See! Satu line tu tetap tak clear!


Hubby tak puas hati. Then malam esoknye kami berdua pun ke klinik. Sampai klinik, doc tanye "Ye sakit ape??" Aku pon macam gagap-gagap cakap, "Nak buat pregnancy test". Haha... Then bila doc tanye da lewat bp hari period, then ada tanda-tanda awal kehamilan macam muntah ke ape ke?? Then bila aku kata ada, doc terus suruh buat upt tu lagi. Last-last dekat klinik line yang satu tu macam clear pulak tak macam before dis. (tak sempat pulak nak snap gambar). Akhirnya, doc kira-kira, aku da 5 weeks pregnant. ALHAMDULILLAH.....


Tapi still early lagi. Kena banyak-banyak doa semoga semuanya berjalan lancar.

Friday, October 15, 2010

Kisah Pregnancy Test yang menakutkan. Part 1


Lately, aku mengalami beberapa simptom-simptom yang kurang enak iaitu seperti di bawah:


1. Sakit br***t yang teramat-amat sangat. (Tak paham?? Sila abaikan ye!)


2. Disebabkan sakit yang di atas tu, menyebabkan aku susah nak tido malam. Insomia melanda.


3. Disebabkan tak boleh nak tido malam, jadinye mengantuk yang teramatlah sangat di waktu siang. Lepas hubby pergi kerja je, terus terbongkang tido balik. Lagi rela tido dari makan ke, study ke tengok tv ke, menengok bunga ke....


4. Bila da mengutamakan tido dari makan, akibatnya, selalu lambat makan, perut masuk angin lalu muntah. Ni tak tau nak salahkan perut masuk angin atau ape..


5. Selalu cramp dekat perut. Sakit ooo... Macam nak period tapi tak period-period pon.


6. Dekat seminggu tak period. (Ceh baru seminggu da kecoh!)


Ha... disebabkan simptom-simptom di atas tu, aku pun pergilah memujuk hubby pergi membeli pregnancy test tu. Hubby sebenarnya malas nak beli sebab dulu kalau dia beli, belum miss period lagi aku da pegi menge'test'. Haha... Tak sabar-sabar punya perempuan!


Tapi disebabkan hubby pun perasan yang aku mengalami simptom-simptom di atas tu, so hubby pun dengan baik hati telah membeli pregnancy test yang lain. Yang ni hubby beria nyorok-nyorokan sebab taknak bagi aku test dulu. "Tunggu 2 weeks miss period baru boleh test", katanya... Buat muka sedih pun hubby tak bagi jugak. Pasrah!


Last-last semalam bila hubby pegi kerja, aku pon punyalah selongkar bilik. Cari punya cari............... Jumpa!!!! Ngeh... ngeh! Ape lagi, dengan tiada perasan bersalah, pergilah menuju ke bilik air lalu menge'test'.


Bersambung part 2.....


Wednesday, October 13, 2010

Sikit Lagi... Pelan-pelan kayuh...


Makin dekat tarikh submission tesis ni, makin slow pulak progressnya. Adoi... penin kapla! Dekat chapter 4 ni pulak dia nak stuck! (taknak bg aku grad ke ape...) Hari-hari merupakan hari memujuk hati plus otak ni supaya bertahan menyiapkan tesis. Dan hari-hari berfikir,


"Sanggup ke nak extend lagi?" Oh Tidak!


Lagi berfikir,


"Semua orang dah nak siap ni, ko je tak siap lagi macam mane ni?" Oh Tidak!


Lagi berfikir,


"Semua orang dah kerja, dah bagi duit dekat mak pak masing-masing. Ko je dok ngulat-ngulat buat tesis. Tak ke buang masa namanya!" Oh Tidak!


Lagi berfikir,


"Bukan ko tak leh buat. Orang lain boleh siapkan masa short sem, ko pon mesti lagi boleh siapkan!" Yeah...yeah... Semangat!


Lagi berfikir,


"Kesian dekat hubby, selalu kena tinggal tido sorang-sorang sebab aku kena siapkan tesis sebab mood optima buat tesis selalu datang tengah-tengah malam."


Lagi berfikir,


"Kalau ko tak stop berfikir then merapu dekat blog ni, memang tak siaplah tesis ko!"


Ya Allah, permudahkan urusan hambamu ini.....

Ala, Siti Kelembai da start la. Jap lagi la sambung tesis. Ngehngeh...

Tuesday, October 12, 2010

Semoga Allah Mencucuri Roh Mereka.


Macam-macam perkara terjadi pada tarikh keramat 10.10.10. Selain berita gembira seperti persandingan kayangan antara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina, pertunangan ex-classmate zaman degree dulu iaitu Siti Nur Apai (bukan nama sebenar), ada juga berita sedih terjadi pada tarikh keramat ini.

Antaranya ialah berita tragedi kemalangan di kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan. Ucapan takziah ingin diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan ngeri tersebut. Sehingga kini, 12 nyawa telah disahkan terkorban. Innalillah....


Tak sanggup nak tepek banyak-banyak gambar. Sungguh menyayat hati! Gambar separuh tangan tercabut pun ada! MasyaAllah! Apepun, semoga Allah mencucuri roh mereka & mereka semua ditempatkan di tempat orang yang beriman. Al-Fatihah...

Dan pada tarikh yang sama juga saya telah dikejutkan dengan pemergian seorang rakan lama, Nor Azam Bin Mustafa. Innalillah... Arwah nie merupakan rakan sekelas semasa di Sek. Ren. Sungai Karang, Kuantan. Dan yang paling menyedihkan, terdapat kabaran yang arwah meninggal akibat buatan orang. (harap sgt berita ni tak benar!!!)

Gambar Profile Fb arwah

Sedih! Tu je yang boleh digambarkan perasaan sekarang. Sebabnya, arwah ni seorang yang sangat-sangat baik. Even dapat mengenali arwah hanya beberapa tahun dan waktu itu masing-masing masih kecil, namun pemergian arwah sangat-sangat dirasai. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah....

Kadang-kadang tu baru terfikir. Hidup ni hanya sementara & yang kekal hanyalah di sana. Hari ini masih bernyawa, tah esok lusa siapa tahukan?

Friday, October 8, 2010

Oh Bunga!


Tajuk mcm tak sesuai (ke ok je?) Tapi takpela. Dah tak tau nak letak tajuk ape. Haha...

Lately, aku tak tau kenape aku suka sgt-sgt tanam bunga (mentang-mentangla submition thesis da d'extendkan). Disebabkan ada la sikit (byk sebenarnya) ms lapang dekat rumah ni, so aku habiskan dengan aktiviti menanam pokok bunga. Boring menengok laman yang hanya ada rumput+lalang-lalang, so aku pun tanamla sikit pokok bunga biar nampak sikit ada kaler-kaler2. Haha... Tapi ni baru permulaan, so takla byk sgt pokok yang ditanam. Just sekarang ni tengah gigih menanam rumput dekat laman depan rumah. Bukan rumput karpet ya! Rumput yang biasa-biasa aja. Yang tak payah susah-payah nak kena kerat sebab spesis dia takkan panjang punya. Kontot memanjang. Haha...

Jom tengok hasil setelah seminggu bercucuk-tanam.

Ini bunga Ros Jepun namanya.

Ini la rumput spesis kontot tu. Tah bp tahun agaknya baru boleh penuh laman.

Disebabkan terlebih rajin sebab asyik nak menengok plus mengira berapa bunga da kembang harini, so selalulah aku keluar rumah. Dan disebabkan aku ni selalu keluar rumahla aku dpt berkenalan dengan jiran sekitar rumah. Ramai yang dok tanya apa benda yang aku asyik dok terbelek-belek. Rupenya belek bunga. Haha.. Gian sungguh minah ni dengan bunga sekarang.

Yang paling kesian dekat my hubby la. Hari-hari asyik dengar bini dia dok berangan nak beli pasu besar letak ikan emas plus bunga kiambang nak letak dekat laman la, nak beli pokok bunga ros, nak beli batu-batu buat hiasan dekat laman, nak beli macam-macamlah! Haha... Tp yang penting kena abiskan merumput dulu. Byk lagi tak siap. Penat tu buat sengsorang. Esok cuti nak kerah hubby tolong merumput sekali. Yeah!!!