Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, April 19, 2009

...:Rahsia Hari Lahir Wanita:...


ISNIN


Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA


Tabiat wanita ini suka mencari kesalahan orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat cermat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU


Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi kepada orang lain. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban demi cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS


Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT


Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.


SABTU


Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat cermat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD


Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami, taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkoraban apa sahaja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan cari jalan lain.


p/s: korang lahir hari ape?? kalo tak tau, g la chek calender cpt2.. If ade yang tak elok n mende tu korang rase ade pada diri korang, perbetulkan la ye.. rahsia ini didapati dari kitab tajul muluk kalau tak silap...

hehe.. sy lahir pada hari RABU.. pendendam tu.. huyooo...takut tak??? ngeee... =)

3 comments:

rimieilya said...

aku lahir ari sabtu.tapi kalau tak suke budak2 tu kire cam salah la ek..suke kebendaan tu ada la skit2.hehe..kl bertikam lidah tu jauh skali kot..

Anonymous said...

babe ari rabU?!!....Waaa... tktNye...hehee

Pya said...

ala mira, yg tu tak sume betul.. tp aku betul pendendam.. heheeh.. bee takut ke??? kuikui...