Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 25, 2011

9th Check-up @ Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)


Woha! Lamanya tak update belog! Bukan malas, tapi serious takde mood. Lately badan asyik tak bermaya je. Almaklumlah, duduk kampung 2 minggu hari2 makan masakan mak yang super sedap! Tapi ni bila dah balik rumah sendiri dekat Puncak Alam ni terus hilang selera makan (-_-). Tah ade badi kot dalam rumah ni. Huhu...


Oh, nak cerita pasal check-up baby pagi tadi. Actually, ni dah 2nd time check-up dekat SALAM. Hubby decide untuk tukar hospital bersalin disebabkan sebab2 tertentu. Heheh... Aku tak kisah pun bersalin dekat mana2. Yang penting baby keluar dengan selamat. Bersalin dekat hospital kerajaan pun ok (sebab dah ada experince duduk wad bersalin 2 hari). Tak la teruk mana pun layanan dari hospital kerajaan. Nurses pun semua adalah sangat baik ok! Setiap masa tanya sama ada aku ada sakit2 ke, ape ke... Just yang tak bestnya duduk hospital kerajaan bila setiap masa ada troli lalu-lalang. Kejap troli ubat, kejap troli makanan, kejap troli sorong ibu nak terbersalin. Pastu dengar orang menjerit tengah tahan sakit contraction. Pastu dengar baby nangis. Kalau boleh lelap untuk 2 jam tu dah kira magic la. Haha... (Agak2 dekat private hospital ada tak situasi macam tu???)


Eh panjang pulak mukadimahnya. So hari ni check-up macam biasa jugak. Cuma bertukar gynea jela, Dr. Siti Mariam namanya. Oh she's a very nice person ^_^


So, result hari ini:

1. Doc ucap tahniah sebab dah masuk 36 weeks 4 days dah! Heheh...

2. Berat naik sekilo. Sekarang dah 62kgs. Sukanya berat naik! ^_^

3. Berat baby pun dah 2.6kgs. Doc said my perut sangat kecik! Memang takde can berat baby nak 3kgs kot. Semoga nanti banyaklah susu badan sebab kalau boleh nak anak gebu2 senang nak gomol. Haha...

4. Tekanan darah ok. 122/77

5. Urine pun ok. -ve

6. Kedudukan uri kat atas & air ketuban pun ok.

7. Kena injection to avoid kancing gigi for 2nd time. Hoh sengal tangan!


Tapi yang syioknya, bila doc check2 perut, she said my baby kepalanya dah engaged! Yeay! Harap2 sangat boleh bersalin normal. Amin...


Oh oklah. Mau solat Zohor. Lambat suda. Huhu... Esok2 sambung lagi. Daaa~

16 comments:

mama_afiq said...

waa best2 kejap je dah 36 week.. Alhamdulillah sume pun normal... seronok dgr : )
yela pya dok spital kerajaan klo dpt tdo brg 2 jam mmg magic... mama dah rase mase kene admit psl demam n heavy vomiti ri tu... dgn troli dok lalu lalang... pastu patient india especially asek dok jerit2 melolong je.. adoii rimas + takut dgr... stress tau..

aYaH said...

tahniah ibu! ;)

~YUN~ said...

alhamdulillah semuanya okey..mudah-mudahan sng pya bersalin nti..aminn!! =)

Siti Syuhada said...

Moga2 nnti senang nak bersalinkan pya...K.ct pon hope macam tue jugak..:D

mommie yuyu said...

alhamdulillah.semuanya ok kan.yuyu pun nurse bgtaw kepala baby dh engaged..tp dia main tekan2 je perut pstu ckp.x scan pun.tp skrg mmg kdg2 dtg rasa mcm ada benda kat bwh ni..jalan pun terkangkang2 kalau sakit..
bersalin mana2 pun sama je sakitnya..yang bezanya service je la.tp kita bukan nk duduk lama pun kan..

asna cute said...

alhamdulilah.. =)) baby dah engage. so skrg kena beware lak tanda2 nak bersalin ya =))

xeea said...

wah, tak lama dah tu! Good luck mommy!

b.E.L.L.e said...

hee~~xlame dh lagi kan?hehe..hopefully everything will be fine..same2lah mendoakan eh..hehe..

Pya said...

To Mama:

Tulah mama. Kejap je da 36 weeks ++. Tak sangke. & alhamdulillah semua normal ^_^

Hihi... betol2 perempuan india la yg selalu terjerit2 time menahan contraction. Sabau jela. Huhu...

Pya said...

To Hubby:

Thanks a lot dear! ^_^

Pya said...

To Yun:

Thanks a lot Yun! Harap sgt dipermudahkan time bersalin nnt. Amin~~~

Pya said...

To Kak Siti:

Semoga kita semua dipermudahkan bersalin nnt kak siti. Missh u!

Pya said...

To Yuyu:

Tulahkan Yuyu. Sakit gak doc tu tekan2 perut smlm. Sabo jela. Tp takpe at least dah tau kepala baby dah engaged. Mula tu doc rasa2 perut je dia kate kepala dah masuk sikit. Then bila scan dia kata dah engaged betul2. Alhamdulillah.

Pya mmg tak kisah bersalin kat mane2 pun. Asalkan hubby ada kat sebelah dah cukup.

Pya said...

To Asna:

Tula. Skrg ni stp masa menunggu tanda. Tak sabar nak jumpa baby. Hihi... Anyway thanks Asna ^_^

Pya said...

To Sis Xeea:

Hee... Thanks sis! Love your blog to bits! ^_^

Pya said...

To Bain:

Harap2 ko bersalin dulu babe. Sbbnye aku nak g tgk anak ko dulu b4 aku terbesalin. Hihi...

Moga kita 2-2 dipermudahkan semua. Amin...