Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 4, 2011

33 Weeks ++ & Wedding Kawan2


Lamanya tak update belog. Bukannya takde benda nak cerita, tapi bila dah blogwalking belog moms-to-be yang lain, komen-komen, terus ralit then terasa malas pulak nak update belog sendiri. Huhu...



Masuk hari ni dah 33 weeks 4 days me preggy. Alhamdulillah! Kira lagi 3 weeks ++ baby nak matang & lagi 6 weeks ++ my edd which is 18 Jun. Bila baca belog moms-to-be yang lain, kebanyakannya macam mengharapkan baby keluar awal which is week 37 ke atas. & me too!!! Oh sungguh tak sabar nak berjumpa my baby. Tak sabar nak cium & gomol-gomol dia puas-puas! Tapi kalau baby nak keluar week 40 pun takpe, ibu tetap bersabar sayang. Ececeh...


Oh cuti labour day hari tu me & hubby balik rumah parent hubby dekat Lumut. Memang dah niat nak balik sana sebab hampir 3 bulan jugak tak menjenguk my PIL. Lagi pulak ada 2 orang kawan kebetulan majlis kahwinnya dekat Perak 1 Mei hari tu. Seorang adik angkat masa sekolah rendah dulu & seorang lagi bestfriend masa form 4-5. But sadly, masa pergi majlis adik angkat tak dapat nak tengok dia bersanding dekat Lumut sebab kena rushing pergi majlis kawan seorang lagi dekat Taiping. Yang majlis dekat Taiping tu sampai-sampai majlis dah nak habis. Sob...sob...


Nak tengok gambar my adik angkat yang sangat cantik tak??? (oh my adik angkat lelaki, Mohsien namanya. Gambar dia yang sangat cantik ^_^)

Cantik gilerkan? Ade tak siapa-siapa terasa macam nak kahwin lagi???
(Saye!!!)


Masa wedding Mohsien & Fiya ni tak dapat nak snap2 gambar sebab pengantin pun tak sampai lagi. Kami laki bini sempat pas hadiah & makan je. Sedih sangat! (-_-)


Second wedding pulak wedding my bestfriend, Fayzal @ Pesot. Pesot ni kawan satu kelas masa form 4-5. Wife dia, Ika pulak kenal masa dekat UTM & kami selalu pergi vacation bersama-sama time uni dulu macam pergi vacation dekat Air Papan, Mersing & Genting Highlands. Rindunya time dolu-dolu (-_-). Sekarang ni masing-masing dah kahwin Alhamdulillah! Lagi syiok la kami bercuti berempat nanti, eh silap. Berlima, tah-tah berenam! Hehe...


Kenangan dolu-dolu
@ Air Papan, Mersing. Pantai paling cantik kot yang pernah dilawati


@ Genting Highlands


Dekat wedding Pesot ngan Ika ni pulak hujan lebat selebatnya time kami sampai tu. Sempat pas hadiah, snap2 gambar sikit (dengan baju basah, huhu...) then makan. Nak borak-borak panjang pun tak dapat. Sedey jugak (-_-). Oh gambar outdoor mereka juga sangat cantik! Nak tengok tak???


Cantekkan? Cantekkan???


Sangat jeles hokeh nengok gambar outdoor yang cantek-cantek ni. My gambar outdoor dulu adalah sangat tak cantek! Sob...sob... Menyesal hire photographer yakni kawan sendiri (kawan hubby). Dah la mahal, tak cantek pulaks tu. Sabar jela... Takde rezeki nak dapat gambar cantek-cantek macam yang di atas.


Ok sambung cerita. Lepas je attended wedding dekat Taiping tu, kami laki bini terus ke Kuala Kangsar kampung halaman hubby, nak jumpa opah kesayangan. Lama tak jumpa opah. MIL kata opah macam dah kecik hati dengan kami laki bini sebab lama tak jenguk dia since raya tahun lepas. Huhu... Tapi kami tak bermalam pun sebab esoknya dah nak balik Puncak Alam. Sempat la opah bagi macam-macam petua especially time nak bersalin nanti. Plus ajarkan hubby cara nak bersihkan & tanam uri baby. Makcik-makcik hubby yang ada dekat rumah opah semua pun masing-masing bagi petua masing-masing. Huhu... Kira berbaloi-baloi la balik kampung opah hubby sebenarnya.


Balik-balik Lumut je badan terus rasa cramp lepas tu macam nak demam. Nasib cepat mandi. Malam tu jugak hubby tolong urutkan satu badan, sapukan bio-oil dekat perut boyot ni, lepas tu baru boleh tidur dengan tenang. Hehe... Mengadakan sang isteri ni.


Eh dah panjang sangat pulaks! Ingat nak cerita pasal hospital bag tapi nanti-nantilah. Montot sudah cramp pulaks duduk atas kerusi keras ni lama-lama. Hehe... Bersambung nanti ok! Daaa~~~

14 comments:

Rosie Rose said...

ouhhh... balek kg rupanya. patut la cam hilang je tetiba... :)

bila tgk pic kawen tu semua, haihh... teringat lak time kawen dolu. hiksss... *blushing!

buRn said...

panjangnye... ok2, fulstop. time keje skunk...huhu

mama_afiq said...

pya.. dah blk lumut knp xsinggah umah mam? hehe..

asna cute said...

hehe asna tak terasa nak kawin lg sekali.. serik dah haha =D

InA aWiE said...

piya sedih gambar outdoor xcantik??sekarang kan ade maternity photoshoot,sempat lagi nak buat kot..hehe

banyakkan bace surah Luqman,moga2 dapat anak yang soleh/solehah...amin.insyaAllah...

mommie yuyu said...

mmg superb la gmbr2 kawin tu.yuyu pun nak bergmbr dgn baju pengantin lagi..sbb dulu gmbr x cantik sgt...

best kan bila org duk bg petua2 ni..rasa mcm disayangi je

ally said...

pya, edd 18 jun ek..wah2...x lama je lagi..kot2 la baby kuar awal..jaga diri okeh..byk berjalan bgs..js cam ai..byk jln baby kuar awal..ewah..* ai suka gambo kahwin yg duduk kat pokok tu..view cantik sgt...*

Pya said...

To Mommy Rose:

A'ah balik kg hubby. Kan2 mommy Rose! Tengok orang kawen teringat time kita kawen dolu2. Hehe...

Pya said...

To B:

Awak la keje, saya tak keje. Heheh...

Pya said...

To mama Afiq:

Ha'ah la mama duk sitiawankan? Tak teringat pulak time balik Lumut aritu. Next time Pya blk sana kita gather2 ye mama ^_^

Pya said...

To Asna:

Nape Asna? Best ape kawen lagi. Hihi... Tp tula, menat sangatkan?

Pya just nak amek gambar outdoor cantek2 je. Nntla pas bersalin nnt nak pg amek gmbr outdoor lagi. Wee~

Pya said...

To Ina:

Sedih sbb photog tu tak pandai amek gambar tp charge mahal. Huhu...

Maternity shoot... Hurm, bestnya la kalau dpt buat. Tp keadaan tak mengizinkan la skrg.

Btw, thanks drop a comment ^_^

Pya said...

To Yuyu:

Cantek gilerkan Yuyu? Heles giler. Jom2 Yuyu nnt pas bersalin kita amek gambar outdoor pakai baju pengantin lagi.

Tula, terharu sgt bila ada orang caring pasal kita (-_-)

Pya said...

To Ally:

Tula ally. Sekejap je masa berjalan. Dah tinggal sebulan lebih je. Kalau nasib baik baby keluar awal cam ally bestnya!

Kan! Cantikkan gambar tu! Lagi2 view background ijau. Mendamaikan sungguh!