Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 27, 2011

Worldless Wednesday

My hand.
Semua urat macam dah nak terkeluar.
Sob.. sob... (-_-)

Tuesday, April 26, 2011

7th Check-up. 32 Weeks ++ already!


Syukur alhamdulillah. Dah 8 bulan ++ dah aku jadi ibu boyot. Perasaan??? Of course la happy tersangat! Tinggal sebulan lebih je lagi nak bertemu anak kesayangan ni.
Wee~ tak sabo!!! So semalam ada check-up lagi @ DEMC. Berjumpa pakar gynea kesayangan Dr. Mazita Mashor. Dr. Mazita ni sangat best ok! Dah la sangat lembut, pastu banyak cakap pulaks tu! Haha...

Nak jugak tepek gambar Dr. Mazita ni ^_^


So, apa perkembangan terbaru setelah entering 32 weeks ++ ni:


1. Berat naik 2 kg! Sekarang sudah mencecah angka 6 iaitu 61 kg sudah! (Aritu timbang dekat Jusco berat turun dari 59 ke 57.5 kg. Penipu betol penimbang tu!!!)

2. Tapi berat baby naik sikit je. Masa scan 3d/4d @ 29 weeks ++ aritu, berat baby 1.5 kg. Ni dah 32 weeks ++ berat baby baru 1.87 kg. Rasa memang takde can berat baby nak cecah 3 kg kot!

3. Tekanan darah semua normal. 113/77. Tapi memang sebelum ni tekanan darah sentiasa normal pun. Tak pernahnya tinggi sangat & tak pernahnye rendah sangat. Alhamdulillah!

4. Urine pun ok. -ve

5. Kedudukan uri ok. Air ketuban pun ok, just makin kurang. Doc kata memang dah2 nak dekat due air ketuban akan makin kurang.


Tu jela kot. Then masa scan perut tu, adalah tanya doc, "Doc, kepala baby ok tak? Besar tak?" Heheh... Takut sangat kepala baby besar sebab takut baby tak leh keluar ikut bawah tu. Then doc kata, "Saiz kepala baby ok je. Boleh sangat bersalin normal ni." Wee~ Alhamdulillah!


Scan photo muka baby dari sisi.
Nampak macam baby tengah buat bubble! Hehe...


Doc siap suruh pack hospital bag dah sebab dah tak lama dah kan? Isy... kekadang macam tak caye je tinggal lagi sebulan lebih nak due. Kadang2 tu rasa macam cepatlah bersalin! Tak sabar nak jumpa baby. Tapi kadang2 tu rasa takutnya nak bersalin. (T_T) Harap sangat nanti dipermudahkan semuanya. Amin~~~


Ok, nak pergi mamam. Tah kenape lately selera makan sangatlah kurang. Hari2 dok pikir nak makan ape. Tension betol sampai hubby pun dah terikut sama tak selera makan. Last2 malam tadi ingat tak nak dinner sebab masing2 takde selera. Tiba2 tengah2 malam boleh pulak perut bunyik2. Last2 masing2 telan maggie. Huhu...


"Sorry ye anak ibu. Ni last time ibu makan maggie pasni dah tak makan dah!"


Ok sambung next entry. Daa!

Wednesday, April 20, 2011

Ibu boyot yang mengidam


Dah seminggu lebih dah menahan diri dari nak makan 2 mende ni. Ingatkan lama2 boleh la lupe. Tah macam mane hari ni boleh plak sampai tertelan-telan air liur teringat 2 mende ni. Haha... Nasib baik Econsave yang dekat dengan rumah ada
jual mende ni. So, lepas je solat Zohor tadi berdesup terus ke Econsave Puncak Alam dengan misi mendapatkan 2 mende di bawah.


Ice blended chocolate oreo with pearl! Yummy!
(tak dapat cool blog, each a cup pon jadilah!)


Waffle sapu chocolate dengan peanut. Yummy jugak!


Last2 muak makan 2 mende ni sampai nak makan nasi pun tak selera. Haha... Tapikan, tekak ni adelah macam nak makan mee sup. Tapi taknak makan yang dekat kedai, nak sendiri yang masak. Muahaha!!! Boleh pulak mengidam masakan sendiri. So, tadi dekat Econsave belilah barang2 yang patut untuk buat mee sup. Beli barang sikit je tapi amek troli besar. Nak tolak troli pun tak larat. Bebudak UITM Puncak Alam yang bershopping kat Econsave tadi semua dah pandang2. Kesian gamaknye tengok ibu boyot ni dah la sorang2 shopping pastu macam tak larat je tolak troli. Haha...


Lepas tu tadi adalah blogwalking ke belog Mommy Asna, then tertengok list mengidam dia. Fuhh manyaknyew!!! Maybe sebab dalam keadaan perut tengah muak, dalam banyak2 list dia tu ada satu je yang me pon terasa nak makan jugak iaitu,


Mushroom soup & garlic bread Pizza Hut!
Source: Google


Sodapnya dapat makan time soup & roti tu panas2kan? Actually bukannye tak penah makan time preggy ni, tapi rasa nak makan lagi. Heheh...


Hurmm... Sepanjang preggy ni, me taklah mengidam sangat pon. Cuma masa baby tah bapa bulan tah tiba2 mengidam nak makan pulut kuning yang my mum buat. So bila balik kampung tu gesel2 la dengan my mum cakap nak makan pulut kuning. Terus2 je my mum suruh my apak beli beras pulut then petang tu dapatlah makan pulut kuning plus kari daging dengan nikmatnya! Sampai mengah2 makan. Hubby dengan my brother Aki pon makan macam orang mengidam (sebabnya ibu boyot ni makan sepinggan je tapi diorang makan 3-4 pinggan!). Haha...


Pulut kuning my mum yang sangat sedap!
Tah bilalah boleh makan lagi. Tunggu me pregnant anak 2nd kot. Hehee...


Pastu ada mengidam makan roti nan jugak. Ni pun dah selamat makan. Alhamdulillah! ^_^

Time ni makan roti nan sedap dekat Tangkak after temam my mum beli langsir ^_^


Lagi ape ye??? Steamboat Johnny's pon sudah. Spageti Secret Recipe yang tak sedap itu pon sudah. Hurmm... rasanya tu je kot list mengidam ibu boyot ni yang sudah pun selamat ditelan oleh baby dalam perut. Wee~ Hopefully lepas ni dah takde dah ngidam2 ni. Tension oo sebab nak tido malam pun susah asyik teringat je mende2 yang dingidam ni. Heheh...


Tibe2:

Comel tak bath tub my baby boy kaler pink???


Tibe2 macam serba salah pulak dekat my baby sebab me terbeli bath tub kaler pink untuknya. Takpelah kan baby boy mandi dalam bath tub pink. Kaler biru ada tapi tah kenape me ambil jugak yang kaler pink ni. Sebab kaler pink lagi comey kot. Haha...


Hubby kata, "Ape2lah ibu asalkan baby boleh mandi dalam tu". Kehkeh...

Monday, April 18, 2011

Checklist Hospital Bag


Baru lepas habis melipat baju2 baby. Berpeloh la jugak melipatnya. Pastu adalah terajin pulak meng'iron' receiving blanketnya (ikut mommy Yuyu). Tapi adalah sangat tak syiok sebab baju2 tersebut sudah berkedut2 sedikit (-_-).


Nak jugak tepek gambar baju baby yang dah dilipat.
Sila jangan muntah hijau ye!


Oh, semalamkan time membasuh bajus baby ni telah terhilangkan satu mitten. Alhamdulillah dah jumpa balik! Yeay gumbiranya ibu boyot ni tak terkata. Hubby yang jumpa, bawah tangga rupanya. Lepas tu hubby telah meminta maaf sebab katanya his fault sebab masa bawak turun baldi penuh baju baby tu dia dengan tak sengajanya telah terjatuhkan mitten tu.


"Oh it's ok lah dear! Asalkan dah jumpa balik ^_^"


Tapikan adalah sangat sedih jugak sebab hubby telah memarahi saya kerana ingat saya telah careless menjatuhkan mitten dalam lobang toilet tu sem
asa membasuh bajus baby semalam. Hoh!


Inilah mitten yang telah membuatkan si ibu & ayah sedih semalam. Heheh...


Oh sangat panjang mukadimahnye ye. Ok, jom kita nengok barang ape yang perlu di bawak ke sepital nanti (rumusan setelah melihat2 ke blog ibu2 boyot yang lain).


Baby's Bag:

4 x baby's cloth (2 pasang lengan pendek, 2 pasang lengan panjang)
2 x receiving blanket
1 x baby towel
1 x baby hat
2 x mittens & booties
3 x barut baby
2 x washcloth @ sapu tangan kecik
2 x nappies
6 x diapers
4 x plastik bag (untuk isi uri & baju kotor)
Baby wipes
Baby wash, baby lotion & baby powder, baby oil (travel set)


Mommy's Bag:

IC ibu & ayah

Kad kahwin & Sijil Nikah (thanks Mommy Nad Nazira!)
Kad lawatan hospital

3 x blouse/t-shirt

3 x kain batik
1 x sweater

2 x socks

1 x towel

6 x disposable panties
2 x nurs
ing bra
4 x nursing pad

Maternity pad
Toiletries
Al-Quran
Telekung (thanks Mommy Nad Nazira!)
Tudung
Kurma for tahnik

Air selusuh

Slipper

Handphone & charger

Camera

Minyak Angin (thanks mama Amani!)

plus


Baju hubby 2 pasang

Towel


....................................................


Ade yang tertinggal ape2 tak? Hopefully takdelah kan? Barang baby sudah boleh packing tapi barang ibu banyak tak settle lagi. Huhu... Takpelah, buat checklist dulu. So, next adalah shopping barang ibu pulak seperti:


- Nursing bra
- Nursing pad
- Disposable panties

- Socks

- Maternity pad



Oh, Mommy Aini ada advice, siap2 pakai disposable panties before nak ke hospital nanti. Nasihat yang berguna tu ye mom-2-b sekalian. ^_^


Oklah, nak pegi nengok Nur Kasih. Daa~


P/s: Cakap pasal Nur Kasih, teringat one of my friend baru sahaja mendapat hidayah dari Allah. Sudah bertudung litup dan segala percakapannya adalah sangat indah di dengar, semuanya berkisar hal agama, usrah dan segala berkaitan Allah. Syukur Alhamdulillah! Kepada Nurzawani Muktarah @ Juju, Pya doakan semoga Jue di bawah jagaan Allah sentiasa. Amin~


Lagi satu, Selamat Bertunang Jue! Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin & hingga akhir hayat! Amin~~~


Ayukan kawan saya ni? ^_^

Sunday, April 17, 2011

Yeay! Basuh Baju Baby = DONE!


Yeay! Selesai sudah kerjaan membasuh baju baby. Alhamdulillah! Hari2 dok pikir bilalah nak basuh baju baby ni. Pikir2 balik macam awal lagi. Ingatkan dah masuk 32 weeks nanti baru nak hegeh2 basuh baju baby. Tetapi, setelah dinasihat oleh Mommy Nad Nazira & setelah menengok geng boyot yang seangkatan seperti Mommy Yuyu dah p
un basuh baju2 babynya (siap dah pack pon hospital bag!), so me pun dengan S.E.M.A.N.G.A.T telah menyelesaikan misi ini pada hari ini. Ngeeee!!!


Oh sebelum itu, jom kita nengok proses2 ibu Pya
basuh baju baby dia. Hubby kata si isteri sangat cerewet sebab basuh baju baby pon ade step2 pastu lama pulak tu. Haha...


Keluarkan dulu baju baby. Time ni rasa sayangnye nak basuh sebab kalau basuh nanti mesti ade kedut2 dah tak comey dah. Haha...


Me using baby laundry detergent jenama Tollyjoy. Beli yang kecik je. Ala, nak pakai sabun biasa pon boleh. Saje gatal gak nak beli baby laudry detergent ni. Btw, sabun ni sangat wangi okeh!


Ok, mula2 basuh blanket baby dulu. Basin ni kecik sangat so kena basuh one by one. Receiving blanket ni sebab tengok kain dia sangat lembut, so terbeli lagi 1 set untuk buat bedung baby. Hehe...


Pastu basuh napkin baby pulak. Oh sungguh syiok basuh napkin baby ni sebab kaler dia putih gebu gitu.


Then basuhlah baju2 baby. Time ni lagi syiok tengok baju2 baby yang kecik2 tu. Siap boleh berangan lagi dah ade anak time ni. Hoho...


Then ape lagi, bilas & sidai! Part sidai paling lama sebab baju2 baby tu sangat kecik pastu hanger yang ade pulak besar. Jenuh nak muatkan jugak baju baby tu masuk hanger. Haha..


Yang kelakarnya, ade jiran2 depan rumah siap ngintai2 lagi nengok me sidai baju baby ni. Haha... Adakah awal sangat me basuh baju baby? Taklah kan? Nanti dah boyot sangat tak larat pulak nak basuh.


Ok, next adalah kerja2 lipat2 baju then pack hospital bag pulak! Wee tak sabar pulak nak mem'packing'. Tapi bag baby belum beli lagi. Dah survey aritu kat Jusco beg Pureen kaler brown tapi macam kecik la pulak. Hoh! Pakai beg plastik je boleh tak?


P/s: Cerita sedih di sebalik ibu Pya membasuh baju babynya. Satu mitten dah hilang! Penat dah carik tapi tak jumpa. Masuk lobang toilet ke? Tak mungkin la pulak. Uuuu sedey... (-_-)

Sunday, April 10, 2011

30 weeks & 1 day pregnant


Haha... Ingatkan hari ni genap 30 weeks me preggy. Sekali sudah terlebih sehari la. Takpe la, yang penting my baby dah mencecah umur 30 weeks. Alhamdulillah! So, dah boleh start minum air selusuh la kan mommy Rose! (^_^) Harus rengek kat hubby mintak dia buat air selusuh ni.


Oh, semalam my bestie Mommy Bain dengan hubbynya, Mi
zie datang my house. Tujuannya??? Ada operasi pasang wiring kipas syiling dekat guest room (yang terletaknya work station tu).


"Thanks Mizie sebab tolong pasangkan kipas! & Thanks B
ain sebab introducekan Mizie untuk buatkan wiring." Hehe...


Bukan ape, kalau orang luar mesti agak mahal diorang charge. Tapi dengan Mizie ni sangat berpatutanlah harganya! Saja je nak pasang kipas sebab memikirkan bila ada guest nak datang rumah after dis mesti selesa nak tido dekat bilik tu. An
d me pulak boleh la senyap2 berbelog tengah2 malam dengan selesanya after dis sebab sudah ada udara nyaman dekat bilik itu. Hehe... Tapi hubby awal2 dah pesan. Nak tau dia pesan ape???


"Nanti bila dah ada kipas kat bilik sebelah, jangan pulak nanti kalau merajuk pergi tido dekat bilik sebelah lepas tu, then kunci pintu. Kalau b
uat macam tu nanti B bukak balik kipas tu!"


Adoyai... Nampak sangat sang isteri kuat merajukkan? Haha... Tapi bila dah preggy ni takde perasaan pulak nak merajuk teruk2. Sebabnya? Nanti takde sape nak tolong me urut2 if me sakit kaki ke sakit pinggang ke. Hehe...


So, saje nak update perkembangan diri bila dah mas
uk 30 weeks ++ preggy ni. Antaranya:


1. Selera makan dah ada. Muntah pun dah kurang. Alhamdulillah.

2. Masih lagi larat untuk solat berdiri. Alhamdulillah.

3. Kaki & tangan masih lagi tulang rangka, means belum swollen lagi. Heheh...

4. Stretch marks pun belum ada lagi. Maybe sebab awal2 preggy dulu rajin nyapu baby oil kot. Tapi sekarang ni dah bertukar ke Bio Oil sebab ramai cakap lagi bagus!

5. Masih lagi larat buat kerja2 rumah seperti kemas & mop2 lantai. Tapi mesti malam tu sakit2 pinggang & kaki.

6. Berat pun masa 6th checkup hari tu dah naik 59 kg. Means, 7 bulan ++ preggy, my weight naik 4 kg. Berat baby pulak dah 1.5 kg.


07 weeks preggy : 55 kg
13 weeks preggy : 54.5 kg
18 weeks preggy : 55.5 kg
22 weeks preggy : 56.5 kg
28 weeks preggy : 59 kg


Hopefully time deliver nanti berat badan taklah lebih 65 kg. Risau pulak takleh nak turun pulak berat after confinement nanti. Means, ade 2 bulan ++ ni me kena jaga makan supaya berat tak lebih 6 kg. Will try!


Oh, saje jugak nak bercerita perihal my hubby sepanjang me preggy ni.


1. Oh hubby sangat rajin tolong di dapur. Kebiasaannya after me habis masak, hubby akan tolong kemaskan dapur sebersih mungkin plus buangkan sampah jugak.

2. Pantang dengar bininya ngadu sakit kaki ke, sakit pinggang ke... Cepat je tangan dia ambil minyak afiat then urut2kan bini dia ni. Hehe... Sampaikan cadar katil tu ade je tumpah2 minyak afiat. Dah tu mengurut time ngantok2. Hehe...

3. Pantang dengar bininya nak makan ape, cepat je keluar belikan. Wee~ bestkan???


Oh banyak lagilah tapi karang kembang kempis pulak idungnya baca my entry ni. Hehe... Apepun, me bersyukur sangat2 dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang yang amat seperti my hubby. Kadang2 tu rasa nak nanges pon ado sebab terharu sangat dengan apa yang dah dibuat oleh my hubby.


Wohoo my baby dah sakan menendang ni. Lapar gamaknya. Dari pagi si ibu hanya telan 3 keping roti bakar je. Oklah, nak pergi cari nasik kejap. Sambung next entry wokeh! Daaa...

Tuesday, April 5, 2011

3d/4d Scan @ Vision College (29 Weeks ++)


Ohoh... mood tengah nan ado sekarang ni. Daku keciwa... wawawa... Sebabnya??? Gara2 my baby la ni. Oh he is so pemalu (-_-).


Ceritanya bermula pada hari Sabtu yang lepas. Seperti y
ang digembar-gemburkan oleh pemilik belog, pada hari Sabtu yang lepas, beliau bersama sang suami pun pergilah ke Vision College untuk scan 3d/4d baby. Nak dijadikan cerita, punyalah excited kami berdua ni nak menengok our baby dalam perut ni. Tapi bila sonographer tu start scanning process, the result was... sungguh menghampakan (-_-). Our baby yang pemalu itu telah menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya ok!



"Saya malu la ibu".


Bila dah agak2 15 minit scanning process tu tapi my baby still takmo alih tangan & kakinya, sonographer tu pun suruh me keluar jalan2 around 20 minit. Sambil berjalan sambil goyang2kan perut dengan harapan agar my baby akan alihkan tangan & kakinya. Haha... Sempat minum teh & makan roti dekat kedai kek depan Vision College tu sementara menunggu 20 minit.


Jemput minum.
Abaikan tangan saya yang dah macam rangka itu (-_-)


Bila 20 minit dah berlalu, me pon masuk balik bilik scan
tadi. But sadly, my baby still malu2 masih lagi dengan tangan dan kaki di atas mukanya (-_-). Sonographer tu pon macam give up je so re-scheduled balik appointment lain which is pada hari ini 5/4. Sedihnya ibu boyot ni tak tau nak cakap macam mana.


So hari ni hubby telah curi tulang sekejap semata-mata
meneman sang isteri buat sekali lagi scan 3d/4d. Again, my baby still covered his face. Tapi ada jugak la masa2 yang dia alih tangan & kakinya. Itupun sekejap yang amat. Sedey (-_-).


Ini jela gambar yang agak jelas pon. Yang lain semua tak clear! Nyampah!


But tak boleh nak salahkan diorang jugak. Dah
memang my baby nyorok2 mukanya so sangatlah susah nak capture gambar yang jelas. Tapi takpelah. At least dapat cd yang penuh dengan gambar & video my baby dalam perut. RM90 tu kira berbaloi-baloi la. Haisy sungguh tak sabar nak tengok my baby depan mata. Nak cium2 pastu nak gomol2 puas2. Huhu...


So before balik tu kami laki bini sempatlah bergambar di Vision College tu. ^_^


Cd 'Baby of Sofiah' ^_^


Me & hubby @ Vision College.


P/s: Kena balas jasa baik hubby dengan temankan dia main futsal malam ni. Hoho... Baik ada makna tu rupanya... ^_^

Monday, April 4, 2011

Suprise from Adik Farah for my baby ^_^


Wanna wish lots of thanks to
adik Farah sebab bagi akak suprise! ^_^ Seriously memang akak tak sangka yang Farah nak bagi akak gift ni. Ingatkan nak bagi akak invitation untuk birthday party ke, ape ke... (memandangkan Farah kata bukan wedding invitation). Hehee...


Kenal adik Farah ni dalam dunia belog. Tapi rupa2nya adik Farah ni satu fakulti rupanya with me dulu. Kira junior la even lain course. She's taking architecture course. Pernah terjumpa sekali je dulu dekat Jusco Taman U Skudai dekat McD & she's so peramah like kenal macam dah lama je bila bersembang tu. ^_^


So, ape suprisenye???


Wee~ Dapat kotak teddy yang cute!


So, ape dalamnya???


Rompers for my baby! Wee~~


Ibu baby sangatlah happy sampai tersenyum sorang2 sampai nampak gusi. Sebabnya, dapat tambah collection rompers lagi for my baby ^_^


So now my baby dah ada:
5 rompers for newborn, 2 for 3-6 months, & yang adik Farah bagi 2 for 6-9 months.


Thanks Farah! Lurve u so much!!! (Baby akak pon said "thanks auntie ke kakak Farah sebab hadiahkan rompers cute ni ^_^)


P/s: Nak cerita pasal 3d/4d @ Vision College tapi... ermm... Aina, nanti Pya story k!