Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, April 30, 2009

..:Ngape ni & STEAMBOAT:..


Actually arini satu ari aku terlantar atas katil.. Why?? Because my perut yang tak berapa nak sedap ni.. iskh2x.. salah makan ke?? or tut2x is around the corner?? Apepn, aku sangat tak bermaya hari ni until my bee call pon aku tak larat nak angkat.
Just wanna wish thanks to my bee yang da bersusah payah belikan nasi n sushi.. (macam tau je ya nak makan sushi.. hehee) Even perut ni tak sedap pon still ade selera nak makan sushi.. hehe.. Nasib baik Viva da abes.. If kene time viva tak ke naye??? huhu..

Cedapnye sushi!!! (sayang nak makan.. hikhik)

Nak story skt ttg steamboat yang kami and geng (yumi, elly, edot, ruby and yanie) buat semalam.. Best sgt!!! Makan sampai sume perut ke depan.. Memang melantak abes la.. Satu periuk nasik and satu multicooker.. heheh.. And thanks to NADHIR yang kasi borrow kereta.. hehe.. Tanpa your kerete, maybe plan nak buat steamboat tak jadi.. huhu.. (my bee punyer kereta masuk bengkel.. huhu sgt sedey..)

Nak upload pics tapi sume pics kat edot dan dia da dkt umah da skrg ni.. so next time k!!

..:A Moment In my LIFE:..


Yeaaaahh!!! VIVA da selesai!!! Huh!! Thanks to GOD Alhamdullillah... Segalanya berjalan dengan lancar.. Wihout any gangguan semasa time presentation tu & ahli2x panel pown sgt sporting! Thanks to mama and Dr. Norsiah who gave fully concentration on my presentation... (VIVA was on 29:04:09)

Me yang HEPI after abes VIVA!!!!

So, ini adalah petanda yang aku akan grade tahun ni dan berkonvo bersama kawan2x sume!!! Yay yay... and the important thing is.. buleh bergambar campak2x topi wif my bee because kami akan berkonvo bersama2x!!! Wah.. is that an amazing moment?? Cannot wait until that time..

But still after dis ade lagi beberapa task yg belum diselesaikan.. Huh!! But I still wanna enjoy dis moment especially wif my bee yang baru abes mengharungi last examnye hari ini.. His voice on phone described that he can do it very well.. =)

Hehe.. sekarang adalah time utk kemas2 barang nak angkut bawak balik tonight and tomorrow at my house, we will be having some BBQ to celebrate my adik yang nak masuk matrix.. Wah, cannot wait!!!! bubbye..

Tuesday, April 28, 2009

..:Horay!!! Vs Tak Horay:..


Horay!!!!


-Sebab da abes sume test yang sangat memenatkan otak membacenyer (membace yang tak masuk2).. haha..
-Buleh stat ngemas2 bilik yang mak ai bersepah gler tahap ...? huhu.. Dis time le aku tunggu2 di kala abes sem.. Ske nak ngemas2 ni.. Bio ler bersin2 pown tak pe asalkan dapat mengosongkan bilik.. heheh.. Tapi just wondering nak letak kat mane barang2 aku ni kat umah sbb banyak sgt.. (confirm mak membebel) haha..
-Buleh membloging tanpa mengira masa, waktu dan sebagainyer!! Waa.. satu kepuasan yang paling nikmat skali... Sbb time exam aritu nak bukak blog je cam da takut2 sbb tak abes study lagi.. (tp bukak gak) =) Thanks to mira yang ngajo den membloging =) Ni yang kene beli broadband ni.. kehkeh..
-Ley balik uma.. Buat BBQ kat uma, celebrate my adik yg masuk matrix.. (Ayam, sosej, kentang, coslow, spegeti n kek!) Nyum2..

Tak Horay..

-Sebab aku tak abes lagi Viva!!! iskh..iskh.. rilex2... Just do the best je ari Rabu ni.. huhu.. Wish me luck k!! Kene score gler2 ni time pezen ni sbb nak merebut 20%.. Hopefully mama and Dr. Ho hanginnya OK time tu..
-External Examiner!! Husy, mende ni yang den paling rimas ni.. Sume bende da nak abes, dtg pulak org luar ni.. Isy.. ikutkan je la sbb nak jg name baek U punye pasal..
-Print & binding hard cover Tesis!! Tang ni yang kene bersengkang mate ni sbb nak kene menjage tepi printer tunggu selai2 ketas kluar.. (riso ink printer abes).. da le 4 copy pulak tu!! Wallah!! Serius kopak duet.. seb baik ade my uncle.. Lap U UNCLE USOP!! =)
-Adikku da nak masuk matrix.. Sure da tak best kat uma time cuti sbb da tak de org nak teman aku nengok muvie malam2.. Waa... tak sanggupnyer nak mengharungi time tu.. =(

Sunday, April 26, 2009

..:Recipe Hari Ini:..


Today, dengan tak semena-mena aku and my bee teringin nak makan kari ikan bawal.. hehe.. So, pepagi lagi pegi pasar kat Taman U beli bahan2 sume.. Isk..isk.. sampai pasar tu rambang mata.. Ikan sume segar2, sayur pown.. Tapi sayur tak beli la sbb da masuk bendi dlm kari.. hehe.. save budget.. kuikui..

Sape2 yang berminat nak masak kari ikan, buleh le try recipe ni ok!!!

So, bahan2nyer adalah:

1. 3-4-5 bijik bawang merah (ikut la nak masak byk, letak byk sket) *
2. 2-3 bijik bawang puteh *
3. 1/2 inci halia *
4. Satu sudu teh halba (yg ada jintan putih kasar dan biji sawi)
5. Satu paket kari ikan (babas ke faiza ke...)
6. Santan 1 biji (pati jek..)
7. Air (separuh acap ikan)
8. Ikan Bawal Itam (arini I masak 2 ekor belah 2. Cuci ngan air asam dan toskan)
9. Tomato 2-3 bijik
10. Bendi 5-6 bijik
11. Lada merah 2 bijik
12. Asam keping or sumtimes org panggil asam gelugor 2 keping
13. Daun kari 2-3 tangkai.. (but dis time tak sempat nak rembat kat rumah fellow.. haha)
14. Garam dan sedikit perasa

Inilah bahan2nya..

Cara memasak:

1. Tumbuk bahan * dengan sedikit garam sampai agak lumat
2. Then, masukkan satu paket rempah kari ikan dalam lesung tu, gaulkan bersama bahan 1 dan tmbh skit air


3. Panaskan satu senduk minyak n tumis bahan 2 bersama halba dan daun kari


4. Bile da naik bau, dlm 5-7 minit tumis, masukkan sedikit air (agak2)
5. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ikan, asam keping, garam dan sedikit perasa


6. Lepas 2-3 minit tu, baru masuk santan, tomato, bendi dan lada merah.
7. Bile da masuk santan, kene slalu godak (slow2) sbb takut santan tu bergentel. Biar mendidih atas api kecik selama 10 minit
8. Tadaaaa!!!!

Inilah hasilnye.. huhu..

..:Hanya Untuk Mengingatkan:..


Hopefully, setiap kali aku membaca perkara di bawah ni, aku akan menjadi lebih insaf dan berusaha menjadi insan yang solehah.. Begitu jugak dgn you all semua.. Sampai2kanlah pesanan baik kepada yang lain...


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


..:AMARAN!!! 24 Perkara Jangan Dilakukan:...


Actually, aku saje je letak mende ni.. Untuk peringatan kepada diri sendirik dan kepada kawan2 yg membaca.. Ade 24 perkara yang seharusnya kita elakkan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri...

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~


..:BBQ NITE wif my courseMATE:..


Haha.. today, for the first time aku memerap ayam utk dibakar malam BBQ ni.. Actually, bukan aku sorang je, Mira, Tumey and Nana pown same2 memerap ayam.. Ayumey tukang siram rempah-ratus.. Yanie tukang tengok.. Kembar tolong belah sosej.. haha.. Yg laen da buat keje basuh ayam.. So, dis time, turn aku pulak.. Siap rempah-ratus tu sampai ke lengan jadinye time perap ayam tuh! haha!! Punyer la expert!!

So, bbq ni stat kul 8.30.. Kitorang isya' dulu then baru pg.. Tempatnyer di Taman Tasik UTM.. Manyaknyer makanan sampai tak larat nak abiskan.. Ade mihun, buah, ayam, sosej, coslow n otak2.. Thanks la kepada sape yg organize ye terutama LAN our bos! hehe.. After mentekedarah, ktorang karaoke kat dalam bilik tu.. Tah bilik ape tah.. After karaoke, ktorang men regu pulak.. Tp aku kat situ tak lama sbb da ngantok dah.. huhu.. sori guys!! So kat bwh ni ade some pics..

Ayam & sosej bakar! nyum2..

Mira.. & Edot yg sedang berpura2 membakar ayam.. haha..

Aku, Mira, Edot & Kak As

Dalam bilik mendengar karaoke =)

Muke Lesung time karaoke =)

Ni gelas Tumey. Dia geram sgt kat Ijat yg sgt giler mic time karaoke smpai gelas dia jd camni.. haha..

..:hepi besday PESOT!!:..


Dear my best buddy:

PESOT

Hepi BESDAY!!!

Sweet 23!!!

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping family and IKA.. =)

Just want u to know, u r my really BEST FREN!!!!

Take care and ALWAYS keep in touch OK!!! =)

He wif IKA..

PESOT & Me

Saturday, April 25, 2009

..:Tgk Wayang Lagik??:..


Ni la keje aku ngan my bee ble ade ms free sket.. Asek2 g CS tgk wayang.. But today's movie yang ktorang tgk ni actually da lame kluar.. But, tak tau nape, mcm tak de instinct nak tgk even ramai orang kate best gler.. But then, ktorang tgk gak la sbb da tak tau nak tgk movie ape.. haha.. So, seb baik arini ktorang ontime.. Movie stat kul 9.30pm, ktorang beli tiket kul 9.15pm. Nak tau movie ape?? Ni kat bawah ni..

The Fast & The Furious 4

Best gler ah cite dia!!! Ruginyer tak tgk awal2.. huhu.. Tapi tak best sbb Letty mati.. Heroin da mati awal2.. Tak syok!! huhu.. Tapi sesape yg belom tgk lagi, g la tgk sbb serius mmg pasti anda akan excited menontonnya.. haha..

Before tgk movie tu, ktorang mentekedarah Yong Tau Fu kat medan selera dulu.. Isk2..isk.. da lame rasenye kitorang tak g makan Yong Tau Fu kat situ.. Macam mengidam pulak.. haha.. My bee pulak mengidam donut J-Co..

Emm.. yummy!!

Gambo dari pandangan atas.. hikhik..

My bee yang da tak sabo nak makan (^,^)

Actually de 6, tp yg 4 lagi tak sempat snap gambo da abes..huhu..

Ms utk pulang.. ey, bee buat muke gedik! hehe..

Tah la, rasenyer dis time is the last time kitorang g tgk wayang.. Kot?? hehe.. Sbb after dis sume da nak berakhir hopefully dpt berakhir dgn jayanye.. Ade beberapa task lagi sedang menunggu:

Exam Ethics 27:04:09
Viva PSM 29:04:09
Submit da real Abstract 2 copy 5:05:09
Exhibition Last Year Studio 11:05:09
Presentation & Dialogue Session wif External Examiner 12:05:09
Submit Thesis Hard Binding 15:05:09 for my case, 4 copy.. wawa..kopak duet..

Waaawaa.. mak.. nak balek.. windu mak!! =(