Welcome to my blog!!! This is my story. Enjoy reading my sweet moments that so-called LIFE
Monday, January 3, 2011
Sayonara 2010 & Welcome 2011!!!
Hari nie 3 Jan 2011. Terlambat sudah nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua bloggers. Apepun, semoga tahun baru nie akan menjadikan kita masing-masing lebih matang dan berjaya dalam hidup (skemanya ayat!)
Bila blogwalking je blog rakan-rakan bloggers yang lain, masing-masing dah list-down azam tahun 2011. Yang buat senarai kesyukuran pun ada! Baguskan?? Dan tiba-tiba terasa nak buat benda yang sama pulak. So, mari kita lihat senarainya.
Senarai Kesyukuran Tahun 2010
1. Selamat menjadi suri kepada Muhammad Abu Bakar As-Siddiq B. Khairi pada tanggal 8 Mei 2010 iaitu pada hari kejadian beliau.
Gambar review kejadian 8 Mei 2010.
2. Mendapat duit poket setiap bulan dari pakcik tersayang untuk menampung perbelanjaan pengajian sarjana.
3. Mengetahui diri ni preggy setelah 4 bulan menanti. Alhamdulillah.
4. Berjaya menghabiskan sarjana dan akan berkonvo dengan sukahati pada April tahun ini. Wallah!
Seterusnya,
Senarai Azam Tahun 2011
1. Menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. Tidak mahu lagi keras hati & merajuk berhari-hari. Heheh...
2. Mencari pekerjaan tetap dengan gaji yang lumayan. Selepas itu barulah boleh menjadi anak yang solehah dengan mem'bank-in'kan duit bulanan kepada ibubapa tercinta. Heheh...
3. Sentiasa solat di awal waktu.
3. Banyakkan mengaji Al-Quran lagi-lagi time preggy nie.
4. Menjadi ibu yang penyayang & bertanggungjawab sekiranya diberi peluang untuk melahirkan anak kesayangan dengan selamat. InsyaALLAH.
5. Mahu makan makanan berzat untuk diberi kepada anak kandungan kesayangan. Tolonglah hilang cepat simptom muntah-muntah nie!!!
6. Mahu lebih rajin menvariasi masakan untuk suami. Ni kalau tak asyik masak kari ayam, siakap 3 rasa, sup ayam, nasi goreng, ikan masak kicap, telur & ikan masak sambal. Ape lagi masakan yang sedap ye???
7. Mahu men'decorate' rumah sewaan menjadi lebih selesa diduduki.
8. Mahu bercuti berdua-duaan ke suatu pulau yang cantik sambil snorkeling melihat ikan nemo.
9. Mahu handphone baru. Heheh...
Tu je kot azamnya. Sikit je kan? Tak cukup sepuloh pun! Just berharap tahun 2011 nie akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Amin...
P/s: Azam tahun lepas hanya satu je tercapai kot yakni mendapatkan segulung sarjana. Heheh...
Wednesday, December 29, 2010
Jelajah I-City & Wedding Farid
Semenjak kawin ni, kami laki bini jarang beno keluar berjalan. Kalau berjalan pun mesti tak ke Muar, ke Lumut yakni kampung halaman masing-masing. Tengok wayang tu adalah sekali dua. Maybe sebab dah feel kami laki bini suka menghabiskan masa di rumah dan membuat aktiviti rekaan sendiri seperti menanam rumput, mencabut rumput yang menggangu rumput yang kami tanam, menengok tv siaran tempatan (ye, rumah kami tiada astro lagi) dan sebagainya yang boleh dilakukan di rumah. Sangat boringkan??? Hihi...
So, Sabtu yang lepas kami laki bini berjaya memecah tradisi dengan menjelajah ke I-City. Haha... Ingatkan best lah sangat tempatnya. Penuh dengan pokok-pokok berlampu je pun. Tapi disebabkan dah menjejakkan kaki, kami laki bini pun buat-buat macam tempat tu best jela sebab taknak spoil mood. Ambil gambar pun buat-buat muka hepi padahal... Hokeh malas cerita panjang. Layan jela gambar di bawah ye!
Then, keesokan harinya pula kami laki bini ke Kundang menghadiri majlis perkahwinan geng satu kelas time sekolah rendah dulu. Oh, maybe ada yang tak tahu kami laki bini ni dah kenal dari zaman belum akhil baligh lagi iaitu darjah 5. Haha... Tapi kenal je since darjah 5, bercintunnya start zaman matriks.
Kawan kami ni namanya Faridatul Farhana, tapi disebabkan beliau ni ala-ala tomboy gitu time skewl dulu, so kami panggil dia Farid. Dulu tomboy, sekarang ni... Wow! Meletop mak! Cantik bangat! Anyway, congrates Farid dan pasangannya Najmi. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Aminnn....
Thursday, December 23, 2010
Nausea Again??? Arghhh!!
Lately, aku muntah teruk balik. Sehari kadang-kadang lebih 4x sehari. Dulu masa baru 2 months preggy memang tak payah cakap la. Makan ape je confirm keluar balik! Dah la muntah teruk, masak pun tak boleh. Segala bau-bauan semuanya pasti akan meloyakan termasuklah bau dapur, bau orang belakang rumah menumis, then sometimes bau selimut gebu (yang dulu dirasakan bau yang paling sedap) pun rase loya nak bau. Bila dah tak boleh masak, hari-hari sebelum hubby pergi kerja, dia akan belikan stok nasi lemak untuk aku. Sehari dua boleh la telan. Hari-hari makan nasi lemak tak ke haru?? Then my hubby dah tak larat sangat tengok wife dia ni muntah teruk hari-hari, dia pun membuat keputusan menghantar aku pulang ke rumah my mum. 3 minggu jugakla aku dekat sana = berjauhan dengan hubby. Tapi demi kesihatan, terpaksa jugak la.
Dekat rumah my mum, hari-hari my mum yang masakkan. So, breakfast, lunch, makan petang, dinner semua lengkap. Mula-mula tu memang la muntah jugak. Tapi dah 2-3 hari duduk rumah my mum, dah tak muntah dah. Just kalau salah makan je baru muntah teruk. Macam hari tu, jiran sebelah rumah my mum bagi seplastik buah ciku. Then aku pun sedap-sedap makan sampai dekat 10 bijik! Last-last hambek ko. Muntah teruk 2-3 hari. Seriknya~~~
Then bila dah 3 minggu, dah rasa macam ok banyak. So, disebabkan kesian dekat my hubby tinggal sorang-sorang, aku pun buat keputusan balik ke rumah. Tapi nak dijadikan cerita, balik je rumah aku muntah teruk lagi. Huuuaaaaa~ Pegi check-up baby 3 months, berat aku turun 0.05kg dari yang sebelumnya. Doc nasihat, kena banyak makan makanan berkhasiat. Tapi dah kalau makan asyik muntah je macam mane tu?? Last-last doc bagi ubat tahan muntah.
Even dah telan ubat tahan muntah pun aku still muntah jugak. Sabo kan jela. Then sekarang ni aku dah start takde selera nak makan. Cakap je ape, spagetti, mekdi, nasi ayam, nasi ayam penyet, roti canai ke... Semuanya... terase meloyakan! Ape yang boleh diterima perut hanya roti cokelat dengan buah pisang je. Nasi plus lauk-lauk lain pun kalau makan pasti ke toilet bowl la jawabnya. =( Kalau selamat dalam perut tu, alhamdulillah la...
Oh oh oh~~ Semoga nause ni cepat-cepat hilang. Dah tak sabar rasanya nak makan best-best macam dulu. Baru terasa nikmatnya dulu dapat merasa makan sedap-sedap. Huhu... Kadang-kadang kesian dekat si kecik ni. Tah dapat zat yang cukup ke tidak sebab ibunya asyik tak lalu nak makan je. Harapkan 2 biji pil yang aku telan hari-hari ni jela bagi zat dekat dia.
Oh oh oh~~ Semoga nause ni cepat-cepat hilang. Dah tak sabar rasanya nak makan best-best macam dulu. Baru terasa nikmatnya dulu dapat merasa makan sedap-sedap. Huhu... Kadang-kadang kesian dekat si kecik ni. Tah dapat zat yang cukup ke tidak sebab ibunya asyik tak lalu nak makan je. Harapkan 2 biji pil yang aku telan hari-hari ni jela bagi zat dekat dia.
Tuesday, December 21, 2010
Di saat Kebosanan Keseorangan di Rumah
Bosannya! Hubby pagi2 da pegi keje. Yang aku pulak, disebabkan tengah jobless lagi sekarang ni, tinggal la keseorangan di rumah. Ape yang aku buat??? Kemas rumah, sapu halaman rumah, basuh pinggan mangkuk, siram pokok bunga yang sekangkang kera tu, facebooking, blogwalking, then tengok tv cite feveret, Alisa & Putera Katak. Almaklum la, rumah tak masuk Astro. So, tgk siaran tempatan je la.
Bila dah bosan nie, mula la desperate nak cari kerja. Dulu masa mula2 habis settlekan tesis, beria cakap nak duduk rumah puas-puas. Tapi sekarang nie dah lain pulak. Maybe sebab tgh preggy ni, bila tinggal sorang rase macam sunyi sgt. Kadang-kadang tu sampai bercakap dengan anak-anak kucing sebelah rumah sorang-sorang. Main-main dengan mereka, tidokan mereka. Haha... Serious! Dah bosan tahap dewa la tu!
Kadang-kadang cakap jugak dengan baby dlm perut ni, (even perut tak besa lagi) supaya baby cepat-cepat keluar. Then boleh teman ibu bila ayah pegi keja. Tak la ibu bosan duduk sorang-sorang dekat rumah.
Oklah, cukup la luahan perasaan hari ni. Nantikan hubby bace sedih pulak dia. Oh, patut la tangan kanan ni rase sesengal tak hilang lagi. Rasenye orang dekat lab hari tu amek darah tak betol kot. Macam salah cucuk. Dekat urat tak kena. Yang kena cucuk sebelah urat. Patut la sengal semacam je tangan kanan ni seminggu. Waaaa... seriknya nak kena amek darah lagi!
Bila dah bosan nie, mula la desperate nak cari kerja. Dulu masa mula2 habis settlekan tesis, beria cakap nak duduk rumah puas-puas. Tapi sekarang nie dah lain pulak. Maybe sebab tgh preggy ni, bila tinggal sorang rase macam sunyi sgt. Kadang-kadang tu sampai bercakap dengan anak-anak kucing sebelah rumah sorang-sorang. Main-main dengan mereka, tidokan mereka. Haha... Serious! Dah bosan tahap dewa la tu!
Kadang-kadang cakap jugak dengan baby dlm perut ni, (even perut tak besa lagi) supaya baby cepat-cepat keluar. Then boleh teman ibu bila ayah pegi keja. Tak la ibu bosan duduk sorang-sorang dekat rumah.
Oklah, cukup la luahan perasaan hari ni. Nantikan hubby bace sedih pulak dia. Oh, patut la tangan kanan ni rase sesengal tak hilang lagi. Rasenye orang dekat lab hari tu amek darah tak betol kot. Macam salah cucuk. Dekat urat tak kena. Yang kena cucuk sebelah urat. Patut la sengal semacam je tangan kanan ni seminggu. Waaaa... seriknya nak kena amek darah lagi!
Thursday, December 16, 2010
3rd Check-up @ DEMC
14.12.2010. My 3rd check-up at DEMC. Pepagi buta da mengekor hubby ke ofis sebab nak terus pg DEMC after hubby tab work card dia.
Takmo cite banyak (sebab tgh lapa). So, hari tu, aku kena buat:
1. Urine test. Alhamdulillah -ve. Means, takde diabetes kot.
2. Blood test. Part ni nak maki sikit org dekat lab DEMC tu. Ganas ngok! Ambil darah sampai sengal2 tangan kanan aku ni satu hari. Siap bengkak plus biru lagi. Compare dgn ambil darah dekat KK Sg. Rambai aritu. Tah bila nurse cucuk pun aku tak sedar. Alih2 da siap je. Takpelah. Maybe budak praktical kot. Dimaafkan le... (ibu mengandung tak baik marah2)
3. Ape lagi. Scan baby la! Nak tunjuk gambar scan baby ke tak? Sebab jelas sangat2. Takut orang terkejut je. Yela, baby baru 13 minggu, baru ade tengkorak, tulang belakang, tulang peha plus 10 jari. Dr. Mazita siap kira lagi jari baby. Cukup ada 5 & 5. Alhamdulillah~~ Eh, nak tunjuk ke tak??? Jgn terkejut ya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oklah. Lapa ni. Nak makan ape ye?? Hujan2 ni sodap ni makan cucur ikan bilis. Jumpa lagi di lain entry. Daa....
Thesis Done! Yeay!!
Salam...
Wuhuuu!!! Lamanya tak berbelog! Sangat2 takde mood lately... Lagi pulak before dis busy dengan thesis. & Alhamdulillah, tanggal 1 Disember aritu aku berjaya jugak submit thesis dengan jayanya! Tersangatlah perit nak menyiapkan thesis tersebut. Meh nak cerita sikit beberapa pengalaman yang sgt memeritkan...
1. Masa tengah pulun buat Chapter 4 (case analysis yakni part paling susah), aku mengalami simptom-simptom perempuan mengandung yang amat dahsyat! Muntah tak ingat dunia! Muntah memanjang. Nasibla hubby ada di sisi bagi sokongan moral yang sepenuhnya agar aku tak putus asa siapkan thesis. Dan Alhamdulillah~ aku berjaya jugak siapkan walaupun aku tau confirm byk correction kena buat! Haha..
2. Presentation thesis. Part ni memang takkan lupa sampai mati kot. Sangat2 cuak! Dah la present sorang dalam bilik di hadapan 3 orang panel (suppose 5 org tp 2 org lagi ada hal). Tapi nasib baik la present sorang2. Kalau ramai yang tengok, tak ke malu kena tembak dengan panel. But Alhamdulillah~ my presentation went very smoothly. Ade la 2 soalan aku main tembak je jawab. Tapi panel angguk2 iyekan je. Haha...
Tips nak bagi kurangkan nervous - Baca surah Alam Nasyrah banyak kali. For me, ia terbukti berkesan! Tapi kena well-prepared la jugakkan?
3. Second Reader. My second reader takde masa presentation. So, dia sangat banyak tanya tentang my thesis. Dekat 2 jam jugakla aku meng'explain' dekat dia. Last2, dia just suruh ubah tittle thesis dari 'Current Status of Force Majeure Clause in Construction Contract in Malaysia' to 'Applicability of Force Majeure Clause in Construction Contract in Malaysia'. Tapi, kalau dah tukar tittle, abes satu thesis jugakla aku kena betulkan rite? Sebab memanjang dalam thesis aku cot-cet2 pasal current status, then kena ubah kepada applicability pulak. Huhu... Pasrah jela...
4. Correction thesis. Part ni memang lagi perit. Tengah2 buat correction thesis tu la kena demam, batuk, selsema plus muntah2 lagi. Adoyai... Seksa! Tapi perjuangan harus diteruskan.
5. Submission thesis. Yeay! Akhirnya thesis berjaya dihantar! SYUKUR ALHAMDULILLAH~~~
& nak wish congrates buat Lina, Kak Aisyah, Ika & Ronnie yang jugak telah berjaya menyiapkan thesis sehingga ke akhirnya. Oh, yang lain tu dah terlebih advance dpt siapkan thesis in short sem! Kami terlambat sikit. Hehee...Oh, wanna wish special thanks to my lovely supervisor En. Norazam Bin Othman yang sangat2 caring dengan studentnya. En. Norazam ni sgt sporting tau! Selalu discuss pasal thesis dgn dia sekejap je. Menyembang je byk. Hihi...
& also to my lovely husband, parents & siblings yang banyak memberikan sokongan moral. Love u all till infiniti~~
& also to my lovely husband, parents & siblings yang banyak memberikan sokongan moral. Love u all till infiniti~~
Lepas ni dah boleh fikir nak pakai baju apa time konvo! Yeay!!! Tapi tak boleh nak bergaya sakan kot sebab tgh preggy. Hopefully my baby bump tak la obvious sgt time konvo tu. Hihi~~
Sunday, December 5, 2010
Alhamdulillah...
Yeay!! Akhirnya... Thesis berjaya di submit!! Syukur ALHAMDULILLAH... Berjaya juga mengejar segulung sarjana. So, sekarang dah boleh berangan berkonvo dengan perut yang memboyot. Ngeee~
P/s: Akan update dengan panjang lebar bila nausea da hilang =(
P/s: Akan update dengan panjang lebar bila nausea da hilang =(
Subscribe to:
Posts (Atom)



