Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Kelahiran Muhammad Afeef & cerita sebelum bersalin


Assalamualaikum semua! Ibu Afeef dah kembali bersiaran! Dulu ibu boyot, sekarang da tukar jadi ibu Afeef. Hee... Rindunya nak berbelog. Rindu nak menaip, rindu nak blogwalking ke blog kawan-kawan, rindu nak mengomen. Tapi bila dah ada anak ni, masa sangatlah terbatas. Ni Afeef tengah syiok tido ni so curik2 la masa sekejap nak story tentang kelahiran dia ke dunia.


10 Jun 2011, Jumaat.

Around 2 pm, pergi ke bilik air untuk lepaskan hajat kecil. Tengok-tengok ada keluar lendir darah. Terasa macam nak melompat bintang je dalam bilik air tu. Haha... Cool je lagi sebab tak sakit pon. Tunggu hubby balik dari kerja, sementara tu mengemas barang untuk di bawa balik ke kampung, Muar. Isnin dan selasa hubby ada seminar di Renaissance Hotel, KL so ingat nak berhoney'baby'moon sekali la kat sana. So, sabtu dan ahad ingat nak spend time dekat kampung dulu before pergi ke KL.

Hubby balik je terus bagitau da keluar lendir darah. Hubby cuak then terus gegas-gegas balik kampung. Kononnya nak bersalin kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) jela. Disebabkan tak sakit-sakit lagi, so pospone pagi esoknya baru pergi HPSF.

11 Jun 2011

Sampai-sampai je kat HPSF, terus kena check ctg & upacara seluk-menyeluk tula. But sadly, bukaan baru 1cm dan dinding rahim
still tebal lagi. Tapi still kena admit jugak sebab memang procedure HPSF memang kena admit for 24 hours untuk pantauan.

Paling tak suka kena cucuk mende alah ni :(


Seharian kat wad, lendir darah still keluar but tak rasa sakit-sakit pun. Air ketuban pun tak pecah. Doc buat scan, degupan jantung baby ok, air ketuban ok, so doc tambah pulak hari edd dari 18 Jun ke 26 Jun. Kalau still baby tak keluar, 27 Jun kena induce. So, ibu boyot pun discharge la dari HPSF dengan rasa hampa sebab baby still takmo keluar. Tapi yang seronoknya, masih boleh berhoney'baby'moon dengan hubby di KL. Yeay!!! My mom kat kat kampung risau je anaknya yang menunggu hari ni ligat lagi berjalan. Haha...


12-14 Jun 2011

Selamat sampai di Renaissance Hotel, KL. Yeay! Hubby pergi seminar, aku berendam dalam bathtub main buih sabun plus tengok movies kat Star Movie. Hee...


Sangat best hotel ni! ^_^

Malamnya kami makan Pizza Hut. Sebelum bersalin baik melantak abes-abesan. Haha...

Me @ 39 weeks ++

Esok malamnya makan nasi kandar dekat Nasi Kandar Pelita. Sedapnya!

Ketam goreng tu sedap gilos!

Selama kat hotel tu aku tak lunch pun sebab dah melantak breakfast free yang super sedap kat hotel.

Sempat snap first trip punya breakfast je.
Yang lain dah tak ingat nak snap dah sebab khusyuk sangat makan. Hee..


15-17 Jun 2011

Selamat sampai di rumah, Taman Scientex, Johor. Dah mula rasa sakit-sakit especially time nak tidur tapi tak la kerap sangat. Dalam sejam sekali sakit.


17 Jun 2011

Malam sebelum kelahiran Afeef, sempat tengok movie dekat laptop dengan hubby cerita Kungfu Panda 2. Sambil tangan usap-usap perut boyot then cakap-cakap ngan hubby bila la baby nak keluar. Then time nak tidur mula terasa sakit-sakit mengeras yang agak menyakitkan. Tapi cool lagi. Tunggu sampai esok sebab takut false alarmkan?

Sampai la ke subuh menahan sakit. This time memang hubby jaga masa tengok perut mengeras setiap 5 minit. Lendir darah pun keluar banyak. So hubby paksa pergi Hospital Sultan Ismail (HSI) sebab hospital tu paling dekat. Hospital kerajaan je la sebab company baru hubby tak tanggung cost untuk wife bersalin. Huhu...

Sampai-sampai HSI dalam pukul 9am terus kena upacara seluk-menyeluk tu and guest what, jalan dah terbuka 4cm dan air ketuban pun dah kurang. Pelik sebab aku takde rasa air mengalir pun. So doc decide nak induce takut baby lemas. Aku redho jela kena induce sebab nak baby selamatkan? Even tau induce tu menyakitkan, tapi bila da rasa, MASYAALLAH, memang sakit sangat! Rasanya sakit tu 5 kali ganda sakit contraction yang 5 minit sekali tu. Memang ALLAH bagi sakit tu pada orang yang boleh tahan je kot. Yang tak tahan ALLAH bagi bersalin tanpa induce. Nak mintak epi, HSI memang takde offer epi. Yang ada cuma pethidine & oksigen je.

Pukul 10.45am aku ditolak masuk labor room. Kena HO lelaki pulak yang bertugas nak sambut my baby. Adoi! Relakan ajela. Kena seluk lagi then HO tu pecahkan air ketuban. Orang kata pecahkan air ketuban tak sakit, tapi aku rasa sakit je. Huhu... Tapi sakit yang boleh tahan la. Lepas tu baru rasa sakit contraction yang perrghh! SAKIT woh! Nurse cantik datang pasang ctg. Sembang-sembang ngan nurse tu dia kata nanti da induce lagi sakit. Sakit berkali-kali ganda. Huu... sabo jela... Pukul 11 lebih camtu baru aku kena induce.

Muka tengah tahan sakit :(

Pukul 11.30am aku dah tak boleh tahan sakit contraction tu. Rasa macam nak pinggang nak terputus dua je. :( Pegang besi tepi katil tu sampai biseps ngan triseps aku sakit balik. Hubby suruh pegang tangan dia tapi macam tak sampai hati je. Last-last terpaksa jugak aku mintak kat HO tu pethidine. Dah masuk pethidine, hamek ko. Mamai terus. Mula-mula memang rasa sakit tu berkurang, tapi dah lama-lama rasa tak berfungsi dah pethidine tu. Menanggung la rasa sakit contraction yang maha dahsyat dalam keadaan mamai.


Pukul 2.45pm suppose HO tu kena check bukaan balik. Tapi pukul 2.30pm tu aku dah terasa sakit then macam nak meneran dah. HO tu terus check bukaan then ALHAMDULILLAH dah fully dilated, 10cm. HO tu apalagi suruh aku push kuat-kuat. Bermulalah upacara push-mengepush yang tak sampai 8 minit, then keluarlah seorang makhluk ALLAH dari perutku yang selama ini kukandung hampir 10 bulan tepat jam 2.38pm.

Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq
aka
my TEMBAM!


Tak habis-habis aku ucap ALHAMDULILLAH masa HO tunjukkan my baby yang dah keluar. Lepas tu letakkan atas dada. Biru sungguh kulitnya. Then nurse bawak my baby keluar untuk dibersihkan dan hubby ikut keluar untuk azankan baby. HO yang bertugas meneruskan tugasnya mengeluarkan uri dan sesi jahit-menjahit. Agak banyak jugakla aku kena jahit. Huhu..

Begitulah kisah kelahiran Muhammad Afeef. 3 jam lebih yang sangat azab tu terubat dengan melihat wajah anak tersayang. ALHAMDULILLAH!


Oh, bagi yang nak tahu maksud Muhammad Afeef tu, maksudnya:

Muhammad: yang terpuji.
Afeef: sederhana, jujur dalam pertuturan dan perbuatan, suci dari kejahatan nafsu berahi.


More Pics of Muhammad Afeef:

Tuesday, May 31, 2011

Mahu bersalin di mana neh???


3 minggu yang lepas, hubby tiba2 memberitahu yang dia ada saja2 apply kerja baru dekat Pasir Gudang, Johor. Bidang yang sama. Tapi katanya, belum tentu dapat. Saja apply, mana tahu ada rezekikan? Sebabnya hubby request salary yang lebih tinggi daripada yang sebelum ini. Sebagai isteri, siapa tak suka kalau hubby naik gajikan? Buleh tumpang 2 kaki. Heheh...


Then tiba2 hubby dapat offer interview position yang dia apply tu. Interview hari Isnin (16/5). Nasib tak 17/5 sebabnya akukan kena admitted sebab prem-contraction hari tu. And guest what, hubby terus dapat offer letter straight away after the interview session!!! & harus memulakan kerja di tempat baru on 20th/6. Kira sebulan notis berhenti kerja di tempat lama. MasyaAllah gembiranya tak terkata ibu boyot ni. My parents pun tumpang happy siap buatkan bubur merah bubur putih lagi bagi2 dekat jiran tanda syukur my hubby dapat kerja tempat baru plus gaji baru. ^_^


Tapi nak dijadikan cerita, bila hubby hantar resignation letter, his bos suruh berhenti kerja awal pulak, end of this May. Bos Pasir Gudang haruslah gembira bila hubby dapat start kerja awal kat sana. Tapi yang sedihnya aku la. Ingatkan sempatlah bersalin dengan tenang dekat Shah Alam ni sebab ikutkan edd 18/6, hubby suppose kena berhenti kerja 18/6 (sebulan dari tarikh dia submit resignation letter). Tapi nak buat macam mana, dah kena pindah awal pulak lagi2 time tengah sarat ni. Bukan mengeluh, tapi just worried kot2 my baby nak keluar time2 nak pindah hari Sabtu ni (4/6), tak ke haru biru dibuatnya.


Boleh bayangkan tak???

- Tengah orang sibuk2 angkat barang tiba2 aku nak terberanak pulak?
- Tengah2 hubby drive menuju ke Pasir Gudang tu aku sakit2 nak terberanak pulak?
- Sampai2 JB, aku sakit nak terberanak pulak?


Hoh! Macam2 dah dalam kepala ni fikir. Dah la sorang geng moms-to-be yang lebih kurang sama edd, mommy Yuyu dah selamat pun melahirkan her baby 3-4 hari lepas. Kira aku ni pun bila2 masa boleh terberanak lah kan??? Aiyork!


Solutionnya, hubby kata nak hantar aku balik Muar hari Sabtu ni. Kira bersalin dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah jela. Tapi macam kesian pulak kat hubby sorang2 berpindah randah. Ikutnya baby nak keluar ikut edd, lama la berjauhan dengan hubby. Ikutkan hati nak je bersalin dekat JB, hubby ada so boleh teman masuk labor room. Huhu... Kalau kalau dah kat Muar, alamatnya bersalin sorang2 la haku kan?


Hai la anakanda, anakanda nak keluar kat mana ni... Keluar sekarang boleh tak? Heheh...

Wednesday, May 25, 2011

9th Check-up @ Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)


Woha! Lamanya tak update belog! Bukan malas, tapi serious takde mood. Lately badan asyik tak bermaya je. Almaklumlah, duduk kampung 2 minggu hari2 makan masakan mak yang super sedap! Tapi ni bila dah balik rumah sendiri dekat Puncak Alam ni terus hilang selera makan (-_-). Tah ade badi kot dalam rumah ni. Huhu...


Oh, nak cerita pasal check-up baby pagi tadi. Actually, ni dah 2nd time check-up dekat SALAM. Hubby decide untuk tukar hospital bersalin disebabkan sebab2 tertentu. Heheh... Aku tak kisah pun bersalin dekat mana2. Yang penting baby keluar dengan selamat. Bersalin dekat hospital kerajaan pun ok (sebab dah ada experince duduk wad bersalin 2 hari). Tak la teruk mana pun layanan dari hospital kerajaan. Nurses pun semua adalah sangat baik ok! Setiap masa tanya sama ada aku ada sakit2 ke, ape ke... Just yang tak bestnya duduk hospital kerajaan bila setiap masa ada troli lalu-lalang. Kejap troli ubat, kejap troli makanan, kejap troli sorong ibu nak terbersalin. Pastu dengar orang menjerit tengah tahan sakit contraction. Pastu dengar baby nangis. Kalau boleh lelap untuk 2 jam tu dah kira magic la. Haha... (Agak2 dekat private hospital ada tak situasi macam tu???)


Eh panjang pulak mukadimahnya. So hari ni check-up macam biasa jugak. Cuma bertukar gynea jela, Dr. Siti Mariam namanya. Oh she's a very nice person ^_^


So, result hari ini:

1. Doc ucap tahniah sebab dah masuk 36 weeks 4 days dah! Heheh...

2. Berat naik sekilo. Sekarang dah 62kgs. Sukanya berat naik! ^_^

3. Berat baby pun dah 2.6kgs. Doc said my perut sangat kecik! Memang takde can berat baby nak 3kgs kot. Semoga nanti banyaklah susu badan sebab kalau boleh nak anak gebu2 senang nak gomol. Haha...

4. Tekanan darah ok. 122/77

5. Urine pun ok. -ve

6. Kedudukan uri kat atas & air ketuban pun ok.

7. Kena injection to avoid kancing gigi for 2nd time. Hoh sengal tangan!


Tapi yang syioknya, bila doc check2 perut, she said my baby kepalanya dah engaged! Yeay! Harap2 sangat boleh bersalin normal. Amin...


Oh oklah. Mau solat Zohor. Lambat suda. Huhu... Esok2 sambung lagi. Daaa~

Thursday, May 19, 2011

Admitted to HPSF due to Premature Contraction


Kronologi Kejadian


15/5/2011 (Ahad):

Malam tu sakit perut & pinggang yang tak pernah dialami selama preggy. Biasa kalau sakit confirm boleh tahan lagi. Then kalau sapu minyak afiat confirm lepas tu boleh tidur. Tapi this time tak boleh lelap walaupun seminit (-_-).


16/5/2011 (Isnin):

Hubby gerak untuk solat Subuh sama2. Then hubby tanya "Tak tidur ke?", sebab dia nengok bini dia mata segar je. Ngadu kat dia sakit perut. So lepas solat, hubby urut2 sikit boleh la lelap kejap. Tapi lepas tu terbangun2 sebab sakit tu datang balik.

Start tengahari tiba2 kena diarrhea aka cirit-birit. Rasanya sampai setiap sejam adalah pergi membuang kot. Ditambah dengan sakit perut & pinggang yang teramat sangat, adalah termenangis jugak kat toilet tu. Huhu...

Malam macam semalamnya, tak boleh tidur jugak. Sepanjang malam berjalan2 mencari pot untuk tidur tapi gagal. Atas katil tak boleh, atas sofa tak boleh, baring sakit perut, duduk sakit pinggang. Huhu... 2 hari tak tidur plus menahan sakit perut dan pinggang adalah sangat teruk rasanya (-_-).


17/5/2011 (Selasa):

Hubby dah tak sanggup mendengar bininya mengerang sakit2 (tak pernah2 time mandi pun menangis sampai teresak2), so pukul 10.30 pagi tu hubby dengan my mum hantar pergi poliklinik terdekat. Doc check2 perut then dia cakap my perut mengeras. Doc tanya "Sakit tak?" Aku pun jawab "Sakit." Huhu...

Tapi aku cakap dekat doc maybe sakit sebab diarrhea tu kot. Tapi doc tu suspek premature contraction (sebab baru 35 weeks 3 days). Pastu doc cakap lagi, sesetengah ibu mengandung, diarrhea tu adalah tanda2 awal labor. Wuwuu takot! Then doc buat surat suruh refer ke Unit Kecemasan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, (HPSF) Muar.

First time dalam hidup kena admit masuk wad. Huhu...


Sampai sana terus ke Dewan Bersalin. Nurse suruh tukar pakai kain pink. Then kena baring untuk check ctg. Bila nurse tekan2 perut memang mengeras selang 10 minit. Aku yang blur2 ni tanya la nurse tu, "Mengeras2 tu contraction ke nurse?". Nurse pun jawab, "Ni premature contraction. Antara tanda2 baby nak keluar awal." Huhu... Sangat cuak waktu itu. Dalam hati pun dah doa2 harap2 baby boleh bersabar jangan keluar lagi, tunggu 37 weeks baru keluar.

Lepas setengah jam buat ctg tu terdengar nurse cakap dekat doc, "ctg tak berapa cantiklah doc." Then doc suruh masuk air (tak tau la air biasa ke air ubat). Mula tu kena cucuk amek darah dulu (sakit oo...) pastu baru masuk air. Dalam 20 minit lepas tu baru ctg ok. Lega.... Sempat nurse gurau2 cakap kat baby "Baby haus nak air ye..." Haha... Lawaks betol nurse ni!

Tak suka kena masuk air. Sakit... (-_-)


Tapi lepas tu doc still nak buat operasi 'seluk' jugak takut jalan dah terbukak. Huu... merasa la jugak kena seluk tu. Sakit giler tapi malu lagi mengatasi segala2nya kot. Haha... Alhamdulillah jalan still tertutup, means baby masih belum boleh keluar.

Lepas kena seluk tu, terus kena tahan wad sebab doc nak pantau baby. Kat wad dah tak kena diarrhea pulak. Adalah sekali je membuang lepas tu elok je. Tapi perut still sakit plus mengeras setiap 10 minit. Malam tu pun tak still tak boleh tido jugak. Sedey (-_-).

Muka semenyeh tak tidur 2 hari.


18/5/2011 (Rabu):

Lepas solat subuh baru terasa perut dah kurang sakit. Nurse yang datang check jantung baby plus tekanan darah pun cakap perut dah kurang mengeras. Alhamdulillah. Bila doc datang check je terus tanya, "Dah boleh balik ke doc?". Heheh...

Doc kata belum lagi sebab perut masih mengeras. Huuu... Tapi suruh jugak hubby pujuk doc nak mintak balik sebab dah nak kena balik Puncak Alam, hubby kena kerja. Last2 after scan perut buat kali terakhir, then condition semua ok, diarrhea pun dah ok, doc pun bagi balik. Yipeee!!!

Tapi balik2 rumah je terus sakit perut balik. Huhu padan muka. Natijahnya hubby kena balik Puncak Alam sorang2, aku tinggal la kat kampung sementara sebab takut nak berjalan jauh. Sedey (-_-).

Sunday, May 8, 2011

Ada Apa dengan 8 Mei 2011???


Baru lepas mendodoikan my hubby. Dah krohh.. krohh dah pun. Senang betol nak tidokan bakal bapak orang ni. Tak sampai 5 minit popok2 dah tido. Hehe... My hubby memang jenis senang tido. Sangat jeles ok! Lagi2 la sekarang ni dengan cuaca yang
amat panas, duhhh susahnya ibu boyot ni nak tido. Kadang2 sampai dah tak tahan, termandi jugak tengah2 malam. Tu pun tak hilang2 jugak panasnya. SubhanALLAH! Ni barulah panas dekat dunia, belum panas dekat padang Mahsyar lagi... Insaf sekejap (-_-)


Oh 8 Mei 2011! Tarikh yang sangat2 bermakna for memyself. Why??? Ok, meh nak cite satu2. Bear with me ok!



1. Our First Anniversary! ^_^


Alhamdulillah, genap setahun sudah usia perkahwinan kami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang suami yang for me, sangat2 sempurna! He completes me, really!

Mengimbau semula kenangan di hari pernikahan.
Ececeh...

Sangat2 bersyukur mendapat seorang suami seperti beliau yang sungguh sabar melayan pelbagai kerenah si isteri yang kadang2 amat menjengkelkan ni. Hehe... Doakan semoga hubungan kami ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kami ye.
Amin...

Actually, semalam hubby request nak makan nasik ayam.
Ingatkan nak masak nasi ayam hari ni sempena our first anniversary (sebab tanya hubby nak masak spagetti ke ape ke semua dia takmo). Jadi hari ni masak ape yang ado je kat fridge tu (ikan bawal masak kicap plus petola masak air). Plus, aku pun tak berapa sihat hari ni setelah 2-3 hari tidak dapat tidur nyenyak di malam hari. Kepala sangat sakit plus tekak pun rasa tak sedap. Oh sangat sedey (-_-)...

Nasik ayam semalam. Silalah tengok nasik yang banyak tu. 2-2 orang makan banyak giler macam orang kebulur. Hehe...

Serious tak tau nak bagi suprise ape kat hubby. Almaklumla orang tak bekerja. Duit pun nan ado. Duit balance biasiswa dulu dah habis beli ke barang baby semuanya. Heheh... So semalam, tiba2 terfikir buat menda bawah ni. Tutup2 mata hubby bawak pergi bilik sebelah then... TADA!!!

Happy 1st Anniversary & Happy Birthday Sayang! I LOVE U!

Berpeloh2 gak la nak menyalakan lilin satu2 tu. Nasib la ade balance lilin time wedding dulu. Hubby sampai sebak nengok I LOVE U tu. Mission berjaya! Yeah! ^_^


2. Hubby's Birthday! ^_^

8 Mei 2010 juga genap la umur 25 tahun my hubby. Yes, my hubby muda 4 bulan ok dari saya. Saya dah belajar merangkak, dia baru keluar dari perut ibunya. Huhu... Tapi even dia lagi muda, tapi dia sangat matang ok!

So, after usai solat Isya', kami berdua pun ke Secret Recipi Puncak Alam untuk misi makan kek! Orang yang sambut birthday tak rasa nak makan kek pun tapi ibu boyot ni yang nak sangat makan kek. Hehe... Kami just makan simple2 je. One slice Choclate Indulgence cake bersama mushroom soup plus bun. Minum ice blended choc. Habis makan terus rasa muak pulak. Huhu...

Kek yang kalau makan seorang confirm takkan boleh habis. Huhu...

My dear hubby! Love u sayang...

Ibu boyot pon nak bergambar jugak! ^_^

Ice blended choc yang memuakkan. Huhu...

Kami makan ini je.


Niat di hati balik je rumah nak telan nasi dengan ikan masak kicap tu. Tapi sebab dah muak, tak termakan pulak. Sian ke nasi yang banyak dan lauk2. Tapi takpe, esok saya nak berpuasa ganti. So, harap2 bolehlah bangun sahur dan makan nasik & lauk2 tersebut ^_^.


3. Mother's Day!

Just nak wish kepada my mom tersayang, Hasnah Bt. Ismail, "Selamat Hari Ibu, mak!!! Adik sayang mak sangat2!"

LOVE my mom so much!!!

Juga kepada my MIL, "Selamat Hari Ibu, mak! Terima kasih kerana melahirkan Siddiq ke dunia! Sayang mak jugak!"

My mom with my MIL. My MIL sangat awet muda ok! ^_^

Juga buat semua moms-to-be, Happy Mother's Day! Semoga kita semua menjadi ibu yang penyayang & bertanggungjawab. Amin~~~


4. I'm 34 Weeks Pregnant! ^_^


So, today genap 34 weeks my pregnancy. Alhamdulillah. Dah 8 1/2 bulan dah! Sekejapnya masa berlalu. Tinggal lagi beberapa minggu je lagi nak jumpa my baby. Sungguhlah tak sabar! Oh, Selasa ni ada check-up di SALAM Specialist. Maybe bersalin pun kat sana. Bukan di DEMC lagi seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Oh nantilah cerita.

My baby pun semakin aktif. Oh ada dengar kena buat catatan pergerakan baby. My previous gynea takde cakap ape2 pun. Tapi my brother aki dah warning kena buat. Tapi tak la beria tick2 dekat buku merah tu. Agak2 dah 10 kali baby gerak dalam sehari sudah. Kadang2 pagi kira, tengahari kira, malam kira, nak tido pun kira lagi. Hehee... Alhamdulillah setakat ni baby bergerak almost >50 kali kot. Aktif sangat sampai senak perut dibuatnya.

Oh tiba2 rindu dekat anak buah yang paling bongsu. Adi Putra namanya. Comelsss sangat anak my brother Ijal ni. Tapi sayangnya sangat tak friendly. Orang nak ambil dia sokmo taknak. (-_-)

Comelsskan??? Nanti my baby macam mana agaknya rupa dia???

Oh tak sabarnya ibu nak jumpa kamu sayang...

Sekali tulis belog bukan main panjang lagi. Heheh... Ok, mau tito. Esok nak bersahur. Banyak lagi hari kena ganti ni. Huhu... Daaa~~~

Wednesday, May 4, 2011

33 Weeks ++ & Wedding Kawan2


Lamanya tak update belog. Bukannya takde benda nak cerita, tapi bila dah blogwalking belog moms-to-be yang lain, komen-komen, terus ralit then terasa malas pulak nak update belog sendiri. Huhu...



Masuk hari ni dah 33 weeks 4 days me preggy. Alhamdulillah! Kira lagi 3 weeks ++ baby nak matang & lagi 6 weeks ++ my edd which is 18 Jun. Bila baca belog moms-to-be yang lain, kebanyakannya macam mengharapkan baby keluar awal which is week 37 ke atas. & me too!!! Oh sungguh tak sabar nak berjumpa my baby. Tak sabar nak cium & gomol-gomol dia puas-puas! Tapi kalau baby nak keluar week 40 pun takpe, ibu tetap bersabar sayang. Ececeh...


Oh cuti labour day hari tu me & hubby balik rumah parent hubby dekat Lumut. Memang dah niat nak balik sana sebab hampir 3 bulan jugak tak menjenguk my PIL. Lagi pulak ada 2 orang kawan kebetulan majlis kahwinnya dekat Perak 1 Mei hari tu. Seorang adik angkat masa sekolah rendah dulu & seorang lagi bestfriend masa form 4-5. But sadly, masa pergi majlis adik angkat tak dapat nak tengok dia bersanding dekat Lumut sebab kena rushing pergi majlis kawan seorang lagi dekat Taiping. Yang majlis dekat Taiping tu sampai-sampai majlis dah nak habis. Sob...sob...


Nak tengok gambar my adik angkat yang sangat cantik tak??? (oh my adik angkat lelaki, Mohsien namanya. Gambar dia yang sangat cantik ^_^)

Cantik gilerkan? Ade tak siapa-siapa terasa macam nak kahwin lagi???
(Saye!!!)


Masa wedding Mohsien & Fiya ni tak dapat nak snap2 gambar sebab pengantin pun tak sampai lagi. Kami laki bini sempat pas hadiah & makan je. Sedih sangat! (-_-)


Second wedding pulak wedding my bestfriend, Fayzal @ Pesot. Pesot ni kawan satu kelas masa form 4-5. Wife dia, Ika pulak kenal masa dekat UTM & kami selalu pergi vacation bersama-sama time uni dulu macam pergi vacation dekat Air Papan, Mersing & Genting Highlands. Rindunya time dolu-dolu (-_-). Sekarang ni masing-masing dah kahwin Alhamdulillah! Lagi syiok la kami bercuti berempat nanti, eh silap. Berlima, tah-tah berenam! Hehe...


Kenangan dolu-dolu
@ Air Papan, Mersing. Pantai paling cantik kot yang pernah dilawati


@ Genting Highlands


Dekat wedding Pesot ngan Ika ni pulak hujan lebat selebatnya time kami sampai tu. Sempat pas hadiah, snap2 gambar sikit (dengan baju basah, huhu...) then makan. Nak borak-borak panjang pun tak dapat. Sedey jugak (-_-). Oh gambar outdoor mereka juga sangat cantik! Nak tengok tak???


Cantekkan? Cantekkan???


Sangat jeles hokeh nengok gambar outdoor yang cantek-cantek ni. My gambar outdoor dulu adalah sangat tak cantek! Sob...sob... Menyesal hire photographer yakni kawan sendiri (kawan hubby). Dah la mahal, tak cantek pulaks tu. Sabar jela... Takde rezeki nak dapat gambar cantek-cantek macam yang di atas.


Ok sambung cerita. Lepas je attended wedding dekat Taiping tu, kami laki bini terus ke Kuala Kangsar kampung halaman hubby, nak jumpa opah kesayangan. Lama tak jumpa opah. MIL kata opah macam dah kecik hati dengan kami laki bini sebab lama tak jenguk dia since raya tahun lepas. Huhu... Tapi kami tak bermalam pun sebab esoknya dah nak balik Puncak Alam. Sempat la opah bagi macam-macam petua especially time nak bersalin nanti. Plus ajarkan hubby cara nak bersihkan & tanam uri baby. Makcik-makcik hubby yang ada dekat rumah opah semua pun masing-masing bagi petua masing-masing. Huhu... Kira berbaloi-baloi la balik kampung opah hubby sebenarnya.


Balik-balik Lumut je badan terus rasa cramp lepas tu macam nak demam. Nasib cepat mandi. Malam tu jugak hubby tolong urutkan satu badan, sapukan bio-oil dekat perut boyot ni, lepas tu baru boleh tidur dengan tenang. Hehe... Mengadakan sang isteri ni.


Eh dah panjang sangat pulaks! Ingat nak cerita pasal hospital bag tapi nanti-nantilah. Montot sudah cramp pulaks duduk atas kerusi keras ni lama-lama. Hehe... Bersambung nanti ok! Daaa~~~