Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Demo Lecithin Shaklee sebagai Agen Pecah Lemak


Bismillahirrohmanirrahim & Assalamualaikum w.b.t.

Apa itu Lecithin dah diceritakan di dalam entry sebelumnya. But meh la nak copy lagi, senang ye dak tak payah nak pergi tengok lagi dekat entry lain.


So apa itu Lecithin

Lecithin Shaklee adalah pengemulsi semulajadi daripada kekacang soya. Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina (suatu komponen neuropenghantar asetikolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf). Kolina adalah sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya yang menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Pengemulsi semulajadi yang dimaksudkan yang terdapat di dalam Lecithin Shaklee adalah, ia membantu dalam memecahkan lemak-lemak di dalam badan manusia (agen pecah lemak) terutama lemak-lemak yang terdapat di dalam salur darah. Seterusnya lemak-lemak tersebut akan terapung-apung di salur darah dan tidak melekat di salur darah. Kesannya, badan akan mampu menyingkirkan lemak-lemak tidak berguna dengan lebih mudah. Selain membantu mengurangkan kebarangkalian menghidap strok, Lecithin juga amat sesuai dimakan untuk kurus secara sihat. Pengambilan bersama Alfafa Complex mampu mempercepatkan pembuangan lemak-lemak dari badan kerana Alfafa Complex mampu membuang toksin dan lemak-lemak yang terapung di salur darah dengan lebih cepat dari badan.


 Agen Pecah Lemak semulajadi

So, entry kali ni just nak tunjukkan, IYE KE LECITHIN NI BOLEH PECAHKAN LEMAK? Mula-mula join Shaklee pun aku tengok iklan orang jual Lecithin, "Agen Pecah Lemak" katanya. Dalam hati, iye ke boleh pecahkan lemak? Macam tipu je. Haha. Sampailah satu hari terjumpa satu poster menunjukkan demo Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak. Tapi tak bolehlah nak copy poster tukan? Penat-penat orang tu buat poster sendiri kita senang-senang je nak ambil kesempatan. Buatlah demo sendirikan? Mana tahu lebih menarik dan mampu mempengaruhi orang membeli Lecithin. Haha.

So, terjadilah poster di bawah semalam. Dengan bantuan hubbyku sayang. Dia tolong kacau-kacau minyak plus menjaga 2 budak ligat, Afeef dan Arissa dari mengacau ibunya membuat demo. Hehe. Thank you so much B! Love you till Jannah! *sempat



Poster, Lecithin Shaklee sebagai Agen Pecah Lemak!


Oklah kan? Walaupun tak semenarik mana, tapi ada jugalah effort untuk buktikan kepada my lovely customer yang membeli SET BAJET KURUS (Lecithin + Alfafa) bahawa memang betul Lecithin ni mampu memecahkan lemak di dalam badan mereka.

Oh, meh la nak ceritakan details tentang demo semalam.

 
1. 2 sudu minyak masak (contoh lemak) dimasukkan ke dalam segelas air. Kelihatan minyak dan air tidak akan bercampur walaupun kita kacau-kacau mereka berdua.

2. 3 biji Lecithin ku korbankan untuk demo di atas ye. Huhu! So, pecahkan 3 biji Lecithin dan masukkan ke dalam campuran minyak dan air tadi.

3. Campuran tersebut dikacau selama beberapa minit. Kelihatan minyak (contoh lemak) sudah mula terurai walaupun dalam masa beberapa saat.

4. Kelihatan minyak (contoh lemak) terurai dengan lebih dahsyat sekali selepas seketika. Haha. Nampak tak, nampak tak?

5. Campuran minyak, air dan LECITHIN SHAKLEE selepas beberapa minit. Kelihatan minyak (contoh lemak) sudah terurai sehingga mencecah bawah gelas.


5. Hasil akhir, minyak (contoh lemak) tersebut tidak melekat di tepi-tepi dinding gelas. 


Teruja betul tengok demo sendiri buat. Haha! So, boleh imagine tak lemak-lemak dalam badan kita bila kita consume Lecithin? Lemak akan diuraikan dengan sangat pantas dan akan terapung-apung di salur darah (itulah yang dimaksudkan dengan emulsikan lemak). Means, salur darah kita tidak akan diliputi lemak tebal yang mampu menyempitkan salur darah dan membawa kepada penyakit jantung, strok dah masalah lain berkaitan jantung. Plus, bila Lecithin berjumpa dengan mana-mana lemak di dalam badan kita, InshaAllah lemak tersebut akan diemulsikan dan sekirannya anda mengambil suplemen untuk detoks seperti Alfafa atau Herb-Lex, lemak-lemak tersebut akan lebih mudah dibuang dari badan.

Alfafa Complex sebagai Agen Detoks yang superb! 
 
 Ada 2 saiz ye, botol kecil ada 330 biji & botol besar ada 700 biji.

 Bulan ni PROMOTION Alfafa Complex, so harga terlajak murah sangat u olls! Rugi tak beli!

Testimoni dari seorang kawan yang baru setengah bulan consume SET BAJET KURUS (Lecithin + ALfafa)

So, terang tak kisah Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak? So lepas ni boleh try sebotol Lecithin ya! Haha!

Oh cawan tu hadiah dari officemate hubby dulu masa kitorang kahwin, Kak Ti, secretary bos lama hubby di Trisystem. Thank you Kak Ti! Cantik sangat gelas tu, boleh buat coklat mousse. Haha tapi tak buat-buat pun. Dok tengok je Ana Olson buat tapi diri ini asyik didownkan oleh 2 orang budak ligat yang tak bagi can langsung ibu dia duduk lama-lama dekat dapur. Haha. Ni budak 2 orang bawah ni.

Buah hati pengarang jantung, ulu hati, perut dan sebagainya. Haha!

Oklah, mau tidur. Pukul 2 am sudah. Nak update blog kene tengah-tengah pagi sebab time ni lah 2 orang budak di atas nyenyak tidur. Dah seminggu update blog tengah-tengah malam mata pun dah kembali panda bear. Sungguh tak best! Huhu!

Bersambung lagi nanti, InshaAllah.

Wassalam.

Tuesday, January 7, 2014

Set Kurus Bajet & Terbaik dari Shaklee


Bismillahirrohmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t.

Selepas 5 bulan lebih menjadi pengguna setia Set Bajet untuk Ibu Menyusu iaitu ESP dan Alfafa, dan selepas aku bergelar Shaklee Independant Distributor, barulah aku mencuba Lecithin pula. Alfafa dan Lecithin merupakan SET BAJET KURUS yang amat mampu dimiliki oleh semua orang ye!

 SET KURUS BAJET by Shaklee

ESP + Alfafa Complex + Lecithin merupakan 
Set Bajet untuk Ibu Menyusu & Slim

Kenapa nak makan Lecithin? Haha sebabnya selepas bersalinkan Arissa, perut adalah sangat tidak syok dilihat. Gelebeh-gelebeh. Mungkin disebabkan semasa berpantang selepas melahirkan Arissa, aku ambil remeh hal berbengkung. Sebab berpantang sendirikan? Bila berbengkung tu rasa macam susah sangat nak buat kerja. Tak macam berpantang selepas bersalinkan Afeef dulu, berpantang di rumah mak so memang 44 hari berpantang dan dapat berbengkung dengan jayanya. Perut pun sekejap je dah macam sebelum pregnant. But sadly selepas kelahiran kedua, perut tidak seindah dilihat seperti dahulu. Huaaa!


So apa itu Lecithin

Lecithin Shaklee adalah pengemulsi semulajadi daripada kekacang soya. Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina (suatu komponen neuropenghantar asetikolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf). Kolina adalah sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya yang menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Pengemulsi semulajadi yang dimaksudkan yang terdapat di dalam Lecithin Shaklee adalah, ia membantu dalam memecahkan lemak-lemak di dalam badan manusia (agen pecah lemak) terutama lemak-lemak yang terdapat di dalam salur darah. Seterusnya lemak-lemak tersebut akan terapung-apung di salur darah dan tidak melekat di salur darah. Kesannya, badan akan mampu menyingkirkan lemak-lemak tidak berguna dengan lebih mudah. Selain membantu mengurangkan kebarangkalian menghidap strok, Lecithin juga amat sesuai dimakan untuk kurus secara sihat. Pengambilan bersama Alfafa Complex mampu mempercepatkan pembuangan lemak-lemak dari badan kerana Alfafa Complex mampu membuang toksin dan lemak-lemak yang terapung di salur darah dengan lebih cepat dari badan.


 Klik pada gambar untuk pembesaran ya!

Alhamdulillah, selepas sebulan mengambil Lecithin, perut macam ada kurang gelebeh. Kurang ye bukan kempis sepenuhnya. So aku keep consume juga Lecithin sampailah bulan Disember ada PROMOTION OMEGA GUARD pulak. Omega Guard ni membakar lemak 2 kali ganda daripada Lecithin. Lecithin adalah agen pecah lemak manakala Omega Guard pula agen bakar lemak. Omega Guard juga mampu meneutralkan hormon leptin di dalam badan iaitu hormon yang menghantar isyarat lapar kepada otak. So, bila makan Omega Guard ni rasa lapar akan berkurangan, InshaAllah dan anda akan mudah berdiet. Akan cerita lebih lanjut tentang Omega Guard ni dalam entry akan datang ya!

SET KURUS TERBAIK by Shaklee

Alhamdulillah, kesan memakan ESP + Alfafa + Lecithin dan Omega Guard secara konsisten, beserta meminum sekurang-kurangnya 2 liter plain water sehari, perut yang mengelebeh semakin kembali kepada bentuk asal seperti sebelum pregnant dulu. Haha happynya! 

Berminat untuk mendapatkan SET BAJET KURUS atau SET KURUS TERBAIK? Contact saya ok ataupun tinggalkan komen anda di bawah beserta nombor telefon. Saya sendiri akan menghubungi anda =)

Sofiah Abdollah | 011-11335711
Shaklee Independant Distributor [1074019]

Wassalam.

Monday, January 6, 2014

Set Bajet Shaklee untuk Ibu Menyusukan & It Works on Me!


Bissmillahirrohmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t.


So today nak story serba sedikit tentang macam mana boleh terjumpa dengan suplemen Shaklee ni, menjadi pengguna setia dan seterusnya menjadi Shaklee Independant Distributor.

Memang dah tahu tentang Shaklee dari my parents. My abah pernah consume ESP Shaklee, hadiah dari adiknya yang sangat concern dengan penyakit diabetis my abah yang sangat kronik. So mulanya ingat Shaklee ni OBAT! Haha.

So, tahun 2012 adalah tahun Khayla Arissa dilahirkan. Memang dah berniat di dalam hati nak cuba menyusukan Arissa sehingga genap 2 tahun. Sangat sedih ok Afeef cuma dapat fully breastfeed sampai 7 bulan setengah je. Lepas tu susu mengering, mungkin disebabkan aku pregnantkan Arissa.

Lepas Arissa lahir, susu badan memang melimpah-limpah. Banyak sangat hokeh. Sampai bengkak-bengkak dibuatnya. Nak tidur malam pun tak lena. Haha. Nak pump, pump lama dah letgo pulak sebab sakit hati, pump je keluar susu sikit sangat (masa Afeef dulu).



My old medela swing dalam kenangan. Huhu!


Then suddenly susu tiba-tiba drop! Masa tu Arissa dah 6-7 bulan kot. Tidur malam Arissa tak lena pernah lena dah, setiap jam bangun menyusu. Mulalah ibunya menggelabah sebab Arissa ni alergic susu lembu. Memang tak bolehlah nak sumbat susu lembu dekat dia. Tanda-tanda dia alergic susu lembu ialah bila dia minum, muka dan seluruh badan akan naik biji-biji merah dan dia akan menggaru! Kesian sangat-sangat. Then belikan Isomil yang berbau tu, langsung dia lueh. Huhu!


So one day tiba-tiba dekat FaceBook terjumpa Lyana Mansor, dia promote set menyusu bajet dari Shaklee. She is my Master now in Shaklee. Terdetik hati nak mencuba. Iyelahkan, kita ikhtiar selain berdoa pada Allah dikurniakan susu yang banyak. WhatsApp Yana nak beli set menyusu bajet yakni ESP + Alfafa. Resultnya, alhamdulillah susu badan dari cair menenes bertukar menjadi super pekat likat! Plus sebab minum air banyak so susu pun bertambah banyak. But still aku tak buat stok pun. Direct feeding je. Bengkak je sua, settle. Haha! (yang lelaki baca statement ni jangan imagine pulak ye, aku lempang juga karang)

So, here are SET MENYUSU BAJET yang aku cuba. Buat ibu-ibu yang susah hati susu drop boleh cubajaya set ini dulu ye. Berkesan atau tidak itu bergantung kepada badan juga. But it really works on me!



SET BAJET untuk IBU MENYUSU


So sampailah sekarang aku consume ESP dan Alfafa Complex ni. And suprisingly, ESP ni rupanya sangat bagus untuk mencantikkan kulit seluruh badan. 2 minggu consume ESP ni aku tenung-tenung kat cermin, ape pasal la kulit muka ni gebu semacam. Lembut sangat. Jerawat pun macam dah lama tak menepek. Haha! Serious tau. Tak tipu.

Alfafa pulak Yana cakap tu KACIP FATIMAH moden selain daripada khasiat dia membanyakan susu. Haha aku pun iyekan ajelah. Tapi memang betul pun ok. Plus masalah sembelit pun hilang dengan jayanya, syukur alhamdulillah! Hubby sekarang pun dah consume Alfafa sebab dia cakap, makan Alfafa dia bangun pagi dengan bertenaga. Dah tak pening-pening lalat lagi time nak bangun subuh tu.


Khasiat Alfafa disenaraikan di atas ye. Tak nampak? Meh baca bawah ni.

Khasiat Alfafa Complex:

- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
- Menghilangkan kelesuan & tekanan
- Memberikan kelegaan semasa haid
- Merawat arthitis
- Bagus untuk elergi & ekzema
- Merawat athma
- Mencuci usus bagi membuang toksin
- Meneutralkan asid dalam badan
- Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
- Merawat masalah keputihan
- Membantu menegangkan payudara
- Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Membantu masalah penghadaman & pencernaan
- Meningkatkan stamina suami juga isteri
- Melegakan sembelit
- Membuang angin dalam badan
- Sebagai milk booster


Ada 2 size, botol kecil ada 330 biji dan botol besar ada 700 biji.


Oh, just nak cerita, selepas melahirkan Arissa, bengkung pun kurang sebab berpantang sendirikan, so perut adalah sangat tak syok dilihat. Gelebeh-gelebeh. Haha. So last two month aku try Lecithin pula untuk kempiskan perut. Kesannya alhamdulillah perut semakin mengempis dan kain-kain baju kurung, seluar-seluar lama dah boleh pakai dengan jayanya, syukur!


Set terbaik untuk ibu menyusu. Susu badan banyak, ibu pun slim.


Dan di bawah ni adalah Master Coordinator, Lyana Mansor. Alhamdulillah berjumpa juga dengannya hari ini walaupun sekejap. Best sangat discuss pasal bisness Shaklee dengan Yana sebab dia sangat friendly. Maybe 18 Januari ni akan berjumpa dengannya lagi untuk sharing pasal bisnes lagi. Thank you so much ye Yana sebab sudi luangkan masa dengan Pia (hahah macam la Yana baca blog ni).

with Masterji, Lyana Mansor.


Oh, anything pasal Shaklee boleh contact saya melalui contact number di bawah ye ataupun tinggalkan komen anda. Bulan ni promotion Alfafa ye, harga jatuh merudum tau! Rugi sangat tak beli. Untuk kesihatan dalaman seisi keluarga.

Sofiah Abdollah | 011.11335711
SID [1074019]

Wassalam.