Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah... Rezeki...


Pertama sekali, inginku ucap SYUKUR di atas rezeki ALLAH ini. Alhamdulillah, aku disahkan pregnant buat kali ke-2.


Actually, memang aku & hubby belum bersedia
untuk menambah bilangan ahli keluarga. Tapi... tapi... kami tahu ALLAH telah merancang yang terbaik untuk kami. Maka, kami terima ketentuanNya ini dengan seikhlas hati.


At first, memang nak senyap-senyapkan aja berita nie. Tapi bila dah sembang-sembang dengan Mommy Rose, she told me that,

"Macam unfair pulak time dapat yang sulung, heboh bercerita. Tapi yang 2nd senyap2 aje."


Jadi, haruslah hebohkan jugak ye tak? Hehe!


Perasaan??? Memang pada mulanya rasa bersalah sangat dekat my baby Afeef sebab kecik-kecik lagi dah nak dapat adik. Tapi bila mengadu nasib dekat my mom, my mom cakap,

"Takpelah, nanti Afeef besar ada kawan. Taklah dia boring sorang-sorang"


Betul jugakkan??? Terus ibu mengandung 6weeks ni jadi happy. Wee~~~


My hubby pulak bila nak happykan isterinya, selalu je cakap ayat ni,

"B rasa this time baby girl pulak kot. Bestnye kalau dapat sepasangkan?"


Wawa... mengharap sudah dapat baby girl. Lagi-lagi yang super comel macam gambar bawah nie.

Time 'pregnant'kan Afeef dulu memang hari-hari tengok gambar baby nie.


Even takde iras, tapi bagi ibu, Afeef da super comel dah! Hehe!


Tapi kalau dapat baby boy pun alhamdulillah! Rasanya possibility nak dapat baby boy pun memang tinggi sebabnya my hubby punya siblings ada 6 orang lelaki, 2 orang je perempuan. Haha... Apepun, tak kisah la kan, asalkan baby inside sihat dan dapat membesar dengan sempurna.


Just nak sharing apa kata-kata orang bila dapat tahu yang aku preggy lagi. Macam yang dekat group We are 2011 Babies yang aku join kat fb tu, ramai yang ucap CONGRATES. Alhamdulillah.

Kawan-kawan pun ramai yang cakap CONGRATES. Selain itu, ada jugak yang bercakap seperti di bawah,

"Wow aktifnya!"
"Uish rushingnya!"

"Tah merancang pakai ape tah si Pya tuh?" (terbaca dekat komen kawan-kawan yang sememangnya suka bergosip) Ku maafkan dikau wahai sahabat.

"Dahsyat betul penangan si *my hubby* tuh!"
"Cepat betul laki ko bagi bonus tahunan ea"


Dan bermacam lagilah ayat yang dirasakan agak kurang selesa di dengar. Takpelah,
Ku maafkan dikau wahai sahabat.


Apepun, aku dan hubby bersyukur sebab, memang 'ANAK' ni pembawa rezeki. ALHAMDULILLAH masa 'pregnant'kan Afeef, my hubby dapat tukar kerja plus gaji berganda-ganda naik. Then bila aku disahkan pregnant 2nd baby, hubby terus dapat beli rumah dan tukar kereta baru. Dan lagi, aku bersyukur even masih belum bekerja, jadi fulltime housewife, my hubby masih boleh menanggung segala permintaan yang bukan-bukan dari bini dia ni. Haha...


Last but not least...

Ibu, Ayah & Abang Afeef sayang sangat-sangat dekat Adik =)

Tuesday, April 5, 2011

3d/4d Scan @ Vision College (29 Weeks ++)


Ohoh... mood tengah nan ado sekarang ni. Daku keciwa... wawawa... Sebabnya??? Gara2 my baby la ni. Oh he is so pemalu (-_-).


Ceritanya bermula pada hari Sabtu yang lepas. Seperti y
ang digembar-gemburkan oleh pemilik belog, pada hari Sabtu yang lepas, beliau bersama sang suami pun pergilah ke Vision College untuk scan 3d/4d baby. Nak dijadikan cerita, punyalah excited kami berdua ni nak menengok our baby dalam perut ni. Tapi bila sonographer tu start scanning process, the result was... sungguh menghampakan (-_-). Our baby yang pemalu itu telah menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya ok!



"Saya malu la ibu".


Bila dah agak2 15 minit scanning process tu tapi my baby still takmo alih tangan & kakinya, sonographer tu pun suruh me keluar jalan2 around 20 minit. Sambil berjalan sambil goyang2kan perut dengan harapan agar my baby akan alihkan tangan & kakinya. Haha... Sempat minum teh & makan roti dekat kedai kek depan Vision College tu sementara menunggu 20 minit.


Jemput minum.
Abaikan tangan saya yang dah macam rangka itu (-_-)


Bila 20 minit dah berlalu, me pon masuk balik bilik scan
tadi. But sadly, my baby still malu2 masih lagi dengan tangan dan kaki di atas mukanya (-_-). Sonographer tu pon macam give up je so re-scheduled balik appointment lain which is pada hari ini 5/4. Sedihnya ibu boyot ni tak tau nak cakap macam mana.


So hari ni hubby telah curi tulang sekejap semata-mata
meneman sang isteri buat sekali lagi scan 3d/4d. Again, my baby still covered his face. Tapi ada jugak la masa2 yang dia alih tangan & kakinya. Itupun sekejap yang amat. Sedey (-_-).


Ini jela gambar yang agak jelas pon. Yang lain semua tak clear! Nyampah!


But tak boleh nak salahkan diorang jugak. Dah
memang my baby nyorok2 mukanya so sangatlah susah nak capture gambar yang jelas. Tapi takpelah. At least dapat cd yang penuh dengan gambar & video my baby dalam perut. RM90 tu kira berbaloi-baloi la. Haisy sungguh tak sabar nak tengok my baby depan mata. Nak cium2 pastu nak gomol2 puas2. Huhu...


So before balik tu kami laki bini sempatlah bergambar di Vision College tu. ^_^


Cd 'Baby of Sofiah' ^_^


Me & hubby @ Vision College.


P/s: Kena balas jasa baik hubby dengan temankan dia main futsal malam ni. Hoho... Baik ada makna tu rupanya... ^_^

Wednesday, March 9, 2011

Nama Baby Boy ^_^


Akhirnya, setelah bertelagah beberapa kali dengan hubby, akhirnya kami dapat juga kata sepakat untuk menamakan baby boy kami nanti. Bagi kami, nama tu cukup sempurna plus dengan maknanya yang baik.


Just sekarang ni tiba-tiba terasa yang nama baby boy tu terlalu panjang. Ditambah pulak dengan nama hubby yang dah sememangnya panjang yang amat, Muhammad Abu Bakar As-Siddiq! Huh! Tapi tak kire, nak jugak letak nama tu kat baby boy even panjang. Heheh...


Dan sememangnya kami akan meletakkan nama 'Muhammad' juga di depan nama baby boy nanti. Sebabnya, my mum ada cakap, dia agak menyesal tak menamakan nama anak-anak lelakinya dengan nama depan 'Muhammad'. Me ada 4 orang adik-beradik lelaki dan hanya seorang je my mum ter'eksiden' letak nama Mohd Faizal. Yang lain tu Zulkefly, Zakaria & Harith.


Sebabnya lagi, my mum ada dengar banyak ceramah agama yang menggalakkan meletak nama 'Muhammad' di hadapan nama anak lelaki yang mana, sekiranya namanya diletakkan 'Muhammad' di hadapannya, maka, sewaktu pertimbangan amalan di padang mahsyar kelak, nama 'Muhammad' itu dahulu akan dipanggil. Means, sesiapa yang ada 'Muhammad' di hadapan, mereka tidaklah menunggu terlalu lama untuk dihisab compare dengan yang tiada 'Muhammad' di hadapan.


Begitulah ceritanya...


Sekadar berkongsi apa yang my mum cakap & menyebarkan apa yang baik untuk kebaikan bersama. Sharing is caring rite! ^_^

Sunday, January 9, 2011

Mohd Muaz Rafaligh...


Tengok name kat atas tu mesti nak cakap,
"Perghh name... glamor habis!" Kan..kan??? Hehe...


Tersangatlah kreatif mama & papanye memberi nama ke
pada baby yang selamat dilahirkan pagi tadi (jam berapa kurang pasti). Syukur Alhamdulillah~


Apepun, me nak ucapkan setinggi-tinggi langitlah TAHNIAHnye kepada Rohaida Amin @ nama timangannya Edot which is my ex-roomate sewaktu di
zaman uni dulu merangkap teman baik yang pernah tido sekatil sebantal, makan setupperware, berjogging bersama, bermain bola baling bersama, panjat pintu gate KTF bersama (sewaktu merayap ke bilik Apai di KTR selepas jam 12 mlm), dan yang paling penting teman menyiapkan projek studio & assignment bersama.


With Edot (bertudung hitam) time my engagement dulu

Baby Muaz yang comel gubuss!


Apepun, tahniah sekali lagi buat my best friend di atas kelahiran anak sulungnya. Semoga baby Muaz menjadi anak yang soleh ya! Amin...

Monday, March 15, 2010

Oh Baby!!!


Ni baby boy...
Lahir petang Rabu (10 March 2010) jam 6.20pm
Baby kepada Along (Abg B) wif Kak Zie
Cucu sulung family B
CHUMEL kan??? (^_^)

*B, baby boy ni nanti panggil kamu apa ya???*

Tak sabar nak pegang baby ni...
Next week auntie Pya datang datang jenguk ye...

Muhammad Haziq Al-Lutfillah Bin Muhammad Firdaus

Bestnya if dalam family ada baby kan???
My mum da merungut sebab my kakak sulung plus 2 org kakak ipar da tak nak ada baby lagi
Huuu~
& sekarang semua menunding jari ke arah ku untuk misi mendapatkan baby
Opss!!! Lambat lagi la gamaknya...
Haha...