Welcome to my blog!!! This is my story. Enjoy reading my sweet moments that so-called LIFE
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Thursday, September 8, 2011
About Breastfeeding
Semua orang sibuk cerita pasal breastfeeding, so aku pun nak cerita jugak la. Haha... Boley ke macam tu? But sadly nak bagitau, I manage to fully breastfeed my baby time dalam pantang je. Sedih ok! Sebabnya, masuk bulan ke-2 dah bulan Ramadhan dan milk production adalah sangat merudum. So waktu siang kenalah topup dengan susu fm sebotol dua. Time malam pulak susu adalah mencurah2 sebab bila dah berbuka puasa tu telan segala jenis air so susu adalah sangat banyak. Nak buat stok tapi still tak boleh sebab my baby sangat kuat menyusu. Tiap kali dia menyusu adalah 2 jam sekali dan sekelip mata cik B yang engorged tu kembali ke bentuk asal. Haha...
I miss my confinement session. Time tu susu adalah sangat banyak. Sampai adalah banyak kali jugak kena bengkak susu yang melampau. Hubby kesian so belikanlah breastpump Medela Swing. First time pump dapatlah 4oz itupun selepas my baby bergantung sejam sebelumnya. Kira banyak jugaklahkan???
Dan since raya hari tu da try nak fully bf my baby balik. Alhamdulillah berjaya! Tapi serious aku kena minum air super banyak & makan nasi pun super banyak. Harap-harap la badan tak naik sebab currently my weight da kembali ke berat asal, 55kg. Ingat nak turunkan lagi tapi bila dah asyik makan je, mimpi la kot berat nak turun lagi. Haha...
Just nak share sikit story masa terpaksa-rela bagi my baby Afeef susu fm. Masa tu malam kalau tak silap. Afeef da habis menyusu kedua-dua belah cik B tapi still menangis melalak meraung-raung. Ingatkan perut dia kembung. Tapi bila tepuk-tepuk dengan jari takde la rasa kembung pun perutnya. Pampers pun dah tukar but still melalak lagi. Masa tu memang takde langsung susu fm kat rumah, almaklumla dah nekad nak fully breastfeed. Last-last terfikir yang si anak ni tak cukup susu ke? Hubby memang taknak beli susu fm. Aku yang kesiankan si anak ni pun dalam terpaksa merayu-rayu kat hubby beli susu fm coz takut la kan anak tak cukup susu. Yela, sanggup ke nengok anak yang satu ni kelaparan tak cukup susu. Last-last hubby akur then keluar cari susu fm tengah-tengah malam. Nasib ada satu kedai 24 jam ni jual susu for infant S26.
Bila sumbat je susu fm 4oz ke mulut my baby, masyaAllah, my baby sedut dengan rakusnya susu tu. Masa tu kami laki-bini terasa nak berderai air mata. My baby KELAPARAN rupanya. Sedih sangat time tu. Lepas habis susu fm 4oz tu barulah my baby Afeef tidur nyenyak malam tu sampai berdengkur-dengkur. Terasa insaf sekejap malam tu. Disebabkan mindset yang nak fully breastfeed, si anak pulak kelaparan.
So after kejadian tu, bila mana Afeef menangis melalak meraung-raung lagi tanpa sebab, kami laki bini pun dah tau solutionnya selain menyapu minyak Yuyi di perut dan tukar pampers. Biarlah orang nak kata ape pun, "bagi anak susu lembu la" hape la... Yang penting anak aku sihat dan tak kelaparan. Bukannya aku taknak langsung breastfeed my baby, tapi dah kalau susu tak cukup nak buat macam manakan?
Just nak bagitau mommies kat luar sana, fully breastfeed baby adalah suatu yang sangat digalakkan. Tapi depends jugak pada keadaan. Yang banyak susu badan tu BERSYUKURLAH dan janganlah RIAK. Ni sampai bila tengok ada ibu bagi susu fm dekat anak dah berfikiran macam-macam yang buruk. Kita tak tau keadaan ibu-ibu lain kat luar sana tu yang terpaksa bagi anak susu fm (like my case). In case la kalau kita kenal ibu-ibu yang memang ada susu badan tapi taknak bagi dekat anak. Tu dah lain cerita. Memang patut kena ceramahlah kan?
Kisah lain. Macam my elder sis, baru bersalin 8/8 hari tu tapi terpaksa bagi anak susu fm sebab susu badan sangat sikit. Minumlah banyak mana air pun susu badan tetap sikit dan cik B tak engorged pun. Kalau dah keadaan si ibu macam tu, takkanlah nak biar je anak hisap cik B kalau takde susukan? Mestilah meraung si anak tu lapar. Sometimes kesian dekat my sis sebab terpaksa beli susu fm yg mahal tu tiap-tiap minggu. Nurse KK yang datang check-up baby pulak tak habis-habis perli sinis my sis cakap "ai cuti sampai 3 bulan takkan tak boley bagi anak susu badan kooottt!". My sis senyap je. Hoh kalaulah aku ada time tu, nak je aku sound balik nurse KK tu cakap "kot la kalo anak aku ni mati kelaparan, ade ko nak tanggung?". Grrrr.....
Zaman sekarang ni semua benda nak kena pakai duit. Lagi-lagi pulak susu fm yang sememangnya dah tahu mahal. Siapa tak nak jimat, tak payah beli susu fm, bagi je susu badan. Me too kalau boleh nak tolong hubby berjimat cermat taknak beli susu fm kalau susu badan banyak. Tapi kalau la dah desperate susu badan sikit, nak buat macam manakan? Ini pun aku dan hubby dah bersyukur sebab my milk dah kembali banyak. But still susu fm mesti ada kat rumah in case Afeef tak cukup susu lg.
Dan Alhamdulillah aku dah jumpe my milk booster. Yakni air kopi 434. Heheh... minum je kopi tu tak lama je penuh cik B. Tapi takut jugak nak minum banyak-banyak sebab kopikan? Milo O panas pun one of my milk booster. Oh, if ada sesiapa yang terasa dengan entry ini aku awal-awal lagi nak mintak maaf ni. Di bulan yang mulia ni marilah kita saling bermaaf-maafan. Heee... Daa...
Subscribe to:
Posts (Atom)