Mari bermula dengan sarapan pagi iaitu nasi goreng putih plus air soya kotak. Huu... kenyang perut suka hati (^_^)
Actually, nasi goreng putih tu made for my hubby today untuk dia bawak bekal ke ofis. Malas nak makan luar katanya plus nak saving. Heheh... Rasanya dah lama betol me tak masakkan makanan berat untuk hubby since preggy ni. Air milo panas hari-hari wajiblah buat untuk dia. Tapi kalau makanan, tak biskut cap hup seng, roti bakar sapu mentega tabur gula sikit je me hidang untuk hubby pagi-pagi. Sangatlah pemalaskan si isteri. Maybe betul kata orang, kalau mengandung anak lelaki, si ibu akan jadi malas serba-serbi. Heheh...
Lately, badan sangat rasa tak sedap. Perut berangin then kadang-kadang muntah. Selera makan pulak tersangatlah kurang. Sometimes tu fikir macam mana la perut nak membesar kalau bila makan je muntah balik. Kesian si kecik di dalam mesti asyik kelaparan.
Ok lupakan pasal itu. Berbalik kepada tajuk di atas. Semalam me dapat utusan regarding konvokasi yang bakal berlangsung. Hepi (^_^)
So, kalau sekarang ni me dah 21 weeks, time konvo nanti maybe around 27 weeks (6 months ++). Huhu... Bakal naik stage dengan perut boyotlah gamaknya. Tapi nasib baik juga my belly tak besar sangat sekarang ni. Risau jugak tak larat nak beratur panjang plus naik stage amek scroll nanti. So sekarang ni harus berfikir nak pakai baju apa nanti. Baju pesyen-pesyen confirm dah tak bermain di fikiran. Maybe pakai baju kurung je kot. Oh, nak kena ke Jakel ni beli kain cepat! Wehee...




