Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Baby's Stuffs. Show all posts
Showing posts with label Baby's Stuffs. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Tungku Baby


Mula2 sekali nak ucap thanks a lot dekat bloggers yang bagi komen dekat entry
Admitted to HPSF due to Premature Contraction tu. Thanks sangat2 sebab ramai yang mendoakan ibu boyot ni. Terharu... (baru lepas balas komen semua tadi).


Actually, aku rasa bersyukur jugak sebenarnya sebab dapat merasa kena prem contraction tu. Sekurang-kurangnya dapat la tau my body ni dapat ke tak menahan rasa sakit contraction tu. Kalau la rasa sakitnya lebih kurang sama, InsyaAllah boleh menahannya dengan baik. Tapi kalau sakitnya lagi teruk, harap sangat tak terjerit2 menahan sakit macam yang selalu dengar time dekat wad dulu. Huhu... Ngeri woh bila teringat balik.


Oh dis time nak cerita tentang tungku baby. Lama dah nak beli sebenarnya. Tapi semalam baru dapat beli. Hihi... Tu pun setelah puas merayu plus disoal oleh hubby seperti, "Mak B dulu takde beli tungku baby pun. Buat sendiri je. Kitorang adik beradik elok je". Haha... Kena kaw! Tapi tak kira, nak beli jugak! Ala, dulu takde orang jual tungku baby, sekarang ni je baru orang sibuk2 nak jual. So apela salahnye belikan? Heheh...


So semalam dah terbeli pun tungku baby ni dekat pasar malam Puncak Alam. RM10 je. Dulu masa my kak long pantang, her baby boy my mom tungku guna daun sireh je. My mom cakap baby boy ni susah sikit nak jaga especially bebird dia. Kena tungku selalu takut kena angin pasang (mende ape angin pasang ni pun aku kurang selidik. heheh...). More info pasal tungku baby ni boleh baca dekat belog tuan yang menjual tungku baby yang aku beli ni.

Ada 3 kaler, putih, merah & biru belang2. Hubby suh beli kaler putih.
(duit dia, haruslah dengar kata diakan?)


Bahan2 dalam tungku baby ni adalah jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam.


Cara penggunaan:

Memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan seterika. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam di bahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit bagi baby boy. Setiap bahagian lakukan 5-10 kali tuaman. Lakukan 2 kali sehari selepas mandi.


Sesapa nak pesan tungku baby ni boleh la buat pesanan tru belog yang dinyatakan di atas ye. Ceh, beria tolong promote, macam dapat komisen je. Heheh...

Tuesday, May 10, 2011

barut baby & baby's hospital bag ^_^


Dalam banyak2 barang baby, barut baby adalah barang terakhir yang aku beli. Kenapa??? Sebabnya, awal2 lagi my mom beria-ria kata nak tolong buatkan. Tapi dah tau dah, kesudahannya memang tak terbuat jugak. Hal ini kerana beliau terlalu sibuk dengan ayam2 belandanya. Haha... Nak jahit sendiri memang taklah kan sebab mesin jahit pon nan ado. Last2 beli barut baby ni online jela. Sonang!


Beli barut baby ni dekat Sis Rosniah, Bilik Jahit AnggunFlora. Memang dah lama skodeng2 website sis ni. Sis ni ada terima tempahan seperti set tilam kekabu baby, barut baby, nursing cover, diapers bag dan bermacam-macam lagilah! Harga memang agak mahal tapi berbaloi2 la sebab jahitan sis ni memang kemas yang amat! Tak percaya cuba tengok barut baby dekat bawah ni...


Kemaskan jahitannya ^_^


So, tengahari tadi, sampai sudah parcel yang mengandungi barut baby dari sis Niah. Wee~~~ Happynya ibu boyot ni! ^_^


Yeay! Complete sudah barang baby!


Beli 2 saiz. 5 saiz biasa, 6" x 18" & 5 saiz besar sikit, 6" x 20"


Beli 2 saiz sebabnya ramai orang kata baby cepat membesar. So kena prepare barut saiz besar 2-3 helai. Mula ingat nak la jugak beli barut baby yang colourful, tapi takut pulak my mom bising. Last2 beli kaler putih je. Oh, dapat2 je barut baby tadi terus basuh guna mesin basuh. Tak larat dah eh nak menonggeng2 basuh guna tangan. Heheh...


Yeay barut baby siap dibasuh & disidai!


Disebabkan cuaca yang terik dan panas yang amat, so sekejap je barut dah kering. Lipat2, simpan dalam container/storage.


Lega dah siap simpan semuanya ^_^


Beli container tu dekat TESCO masa balik kampung hubby dekat Lumut last 2 weeks. Murah, RM19.90 je. Ingatkan nak la jugak beli bakul rotan besar macam mommy Yuyu tu, tapi tak jumpa la. Jumpa yang kecik je dekat IKEA itupun muat2 letak bedak plus toiletries baby je. Last2 beli container sudah! Heheh...

Barang2 baby yang mahu dibawak balik kampung.


Bila barang baby dah lengkap semuanya, barulah ibu boyot ni terhegeh-hegeh nak kemas bag baby. Bag baby tak beli pon. Tengok kat JJ bag baby sume cinonet je, tak jadi nak beli. Pakai je bag ape yang ada kat rumah ni. Carik punya carik jumpa bag souvenier yang company hubby bagi. Bedallah!


Again, checklist Baby's Bag:

3 x baby's cloth (2 pasang lengan pendek, 1 pasang lengan panjang) /
2 x receiving blanket /
1 x baby towel /
1 x baby hat /
2 x mittens & booties /
3 x barut baby /
2 x washcloth /
2 x nappies /
6 x diapers /
Baby wipes /
Baby wash, baby lotion, baby powder & baby oil (travel set) /
Minyak Yuyi /
4 x plastik bag /

Siap sudah pack baby's bag! ^_^


Bag baby je dah siap pack. Bag ibu belum lagi. Ada beberapa barang yang belum dibeli lagi macam nursing bra & disposable panties. Takpe ada masa lagi. Nanti dah siap awal2 boring pulak lepas tu tak tau nak buat ape dah. Haha boleh plak macam tu.


P/s: Mommy Rose dah kena tahan wad dah. Tak hari ni esok kot bersalin (terbaca di wall fbnya). Bestnya di minggu ke 37 hari ke 5 dah ada tanda baby nak keluar. Maybe sebab Mommy Rose ni kuat berjalan sebab tu dapat bersalin awal. Jom moms-to-be kita rajin2kan diri berjalan supaya senang bersalin. InsyaAllah...


Monday, April 18, 2011

Checklist Hospital Bag


Baru lepas habis melipat baju2 baby. Berpeloh la jugak melipatnya. Pastu adalah terajin pulak meng'iron' receiving blanketnya (ikut mommy Yuyu). Tapi adalah sangat tak syiok sebab baju2 tersebut sudah berkedut2 sedikit (-_-).


Nak jugak tepek gambar baju baby yang dah dilipat.
Sila jangan muntah hijau ye!


Oh, semalamkan time membasuh bajus baby ni telah terhilangkan satu mitten. Alhamdulillah dah jumpa balik! Yeay gumbiranya ibu boyot ni tak terkata. Hubby yang jumpa, bawah tangga rupanya. Lepas tu hubby telah meminta maaf sebab katanya his fault sebab masa bawak turun baldi penuh baju baby tu dia dengan tak sengajanya telah terjatuhkan mitten tu.


"Oh it's ok lah dear! Asalkan dah jumpa balik ^_^"


Tapikan adalah sangat sedih jugak sebab hubby telah memarahi saya kerana ingat saya telah careless menjatuhkan mitten dalam lobang toilet tu sem
asa membasuh bajus baby semalam. Hoh!


Inilah mitten yang telah membuatkan si ibu & ayah sedih semalam. Heheh...


Oh sangat panjang mukadimahnye ye. Ok, jom kita nengok barang ape yang perlu di bawak ke sepital nanti (rumusan setelah melihat2 ke blog ibu2 boyot yang lain).


Baby's Bag:

4 x baby's cloth (2 pasang lengan pendek, 2 pasang lengan panjang)
2 x receiving blanket
1 x baby towel
1 x baby hat
2 x mittens & booties
3 x barut baby
2 x washcloth @ sapu tangan kecik
2 x nappies
6 x diapers
4 x plastik bag (untuk isi uri & baju kotor)
Baby wipes
Baby wash, baby lotion & baby powder, baby oil (travel set)


Mommy's Bag:

IC ibu & ayah

Kad kahwin & Sijil Nikah (thanks Mommy Nad Nazira!)
Kad lawatan hospital

3 x blouse/t-shirt

3 x kain batik
1 x sweater

2 x socks

1 x towel

6 x disposable panties
2 x nurs
ing bra
4 x nursing pad

Maternity pad
Toiletries
Al-Quran
Telekung (thanks Mommy Nad Nazira!)
Tudung
Kurma for tahnik

Air selusuh

Slipper

Handphone & charger

Camera

Minyak Angin (thanks mama Amani!)

plus


Baju hubby 2 pasang

Towel


....................................................


Ade yang tertinggal ape2 tak? Hopefully takdelah kan? Barang baby sudah boleh packing tapi barang ibu banyak tak settle lagi. Huhu... Takpelah, buat checklist dulu. So, next adalah shopping barang ibu pulak seperti:


- Nursing bra
- Nursing pad
- Disposable panties

- Socks

- Maternity pad



Oh, Mommy Aini ada advice, siap2 pakai disposable panties before nak ke hospital nanti. Nasihat yang berguna tu ye mom-2-b sekalian. ^_^


Oklah, nak pegi nengok Nur Kasih. Daa~


P/s: Cakap pasal Nur Kasih, teringat one of my friend baru sahaja mendapat hidayah dari Allah. Sudah bertudung litup dan segala percakapannya adalah sangat indah di dengar, semuanya berkisar hal agama, usrah dan segala berkaitan Allah. Syukur Alhamdulillah! Kepada Nurzawani Muktarah @ Juju, Pya doakan semoga Jue di bawah jagaan Allah sentiasa. Amin~


Lagi satu, Selamat Bertunang Jue! Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin & hingga akhir hayat! Amin~~~


Ayukan kawan saya ni? ^_^

Sunday, April 17, 2011

Yeay! Basuh Baju Baby = DONE!


Yeay! Selesai sudah kerjaan membasuh baju baby. Alhamdulillah! Hari2 dok pikir bilalah nak basuh baju baby ni. Pikir2 balik macam awal lagi. Ingatkan dah masuk 32 weeks nanti baru nak hegeh2 basuh baju baby. Tetapi, setelah dinasihat oleh Mommy Nad Nazira & setelah menengok geng boyot yang seangkatan seperti Mommy Yuyu dah p
un basuh baju2 babynya (siap dah pack pon hospital bag!), so me pun dengan S.E.M.A.N.G.A.T telah menyelesaikan misi ini pada hari ini. Ngeeee!!!


Oh sebelum itu, jom kita nengok proses2 ibu Pya
basuh baju baby dia. Hubby kata si isteri sangat cerewet sebab basuh baju baby pon ade step2 pastu lama pulak tu. Haha...


Keluarkan dulu baju baby. Time ni rasa sayangnye nak basuh sebab kalau basuh nanti mesti ade kedut2 dah tak comey dah. Haha...


Me using baby laundry detergent jenama Tollyjoy. Beli yang kecik je. Ala, nak pakai sabun biasa pon boleh. Saje gatal gak nak beli baby laudry detergent ni. Btw, sabun ni sangat wangi okeh!


Ok, mula2 basuh blanket baby dulu. Basin ni kecik sangat so kena basuh one by one. Receiving blanket ni sebab tengok kain dia sangat lembut, so terbeli lagi 1 set untuk buat bedung baby. Hehe...


Pastu basuh napkin baby pulak. Oh sungguh syiok basuh napkin baby ni sebab kaler dia putih gebu gitu.


Then basuhlah baju2 baby. Time ni lagi syiok tengok baju2 baby yang kecik2 tu. Siap boleh berangan lagi dah ade anak time ni. Hoho...


Then ape lagi, bilas & sidai! Part sidai paling lama sebab baju2 baby tu sangat kecik pastu hanger yang ade pulak besar. Jenuh nak muatkan jugak baju baby tu masuk hanger. Haha..


Yang kelakarnya, ade jiran2 depan rumah siap ngintai2 lagi nengok me sidai baju baby ni. Haha... Adakah awal sangat me basuh baju baby? Taklah kan? Nanti dah boyot sangat tak larat pulak nak basuh.


Ok, next adalah kerja2 lipat2 baju then pack hospital bag pulak! Wee tak sabar pulak nak mem'packing'. Tapi bag baby belum beli lagi. Dah survey aritu kat Jusco beg Pureen kaler brown tapi macam kecik la pulak. Hoh! Pakai beg plastik je boleh tak?


P/s: Cerita sedih di sebalik ibu Pya membasuh baju babynya. Satu mitten dah hilang! Penat dah carik tapi tak jumpa. Masuk lobang toilet ke? Tak mungkin la pulak. Uuuu sedey... (-_-)

Monday, April 4, 2011

Suprise from Adik Farah for my baby ^_^


Wanna wish lots of thanks to
adik Farah sebab bagi akak suprise! ^_^ Seriously memang akak tak sangka yang Farah nak bagi akak gift ni. Ingatkan nak bagi akak invitation untuk birthday party ke, ape ke... (memandangkan Farah kata bukan wedding invitation). Hehee...


Kenal adik Farah ni dalam dunia belog. Tapi rupa2nya adik Farah ni satu fakulti rupanya with me dulu. Kira junior la even lain course. She's taking architecture course. Pernah terjumpa sekali je dulu dekat Jusco Taman U Skudai dekat McD & she's so peramah like kenal macam dah lama je bila bersembang tu. ^_^


So, ape suprisenye???


Wee~ Dapat kotak teddy yang cute!


So, ape dalamnya???


Rompers for my baby! Wee~~


Ibu baby sangatlah happy sampai tersenyum sorang2 sampai nampak gusi. Sebabnya, dapat tambah collection rompers lagi for my baby ^_^


So now my baby dah ada:
5 rompers for newborn, 2 for 3-6 months, & yang adik Farah bagi 2 for 6-9 months.


Thanks Farah! Lurve u so much!!! (Baby akak pon said "thanks auntie ke kakak Farah sebab hadiahkan rompers cute ni ^_^)


P/s: Nak cerita pasal 3d/4d @ Vision College tapi... ermm... Aina, nanti Pya story k!

Wednesday, March 16, 2011

lump sum punya story. baca la kalau rajin ^_^


Time: 11.40 pm



Hubby tengah tido. Krohh... krohh.
.. krohh bunyinya. Hehe... Setelah memastikan beliau nyenyak tido, me pon merayap slow2 ke bilik sebelah. Tujuan??? Membelog la ape lagi! Wehee! Rindu pulak lame dah tak tulis belog (ceh baru tak sampai seminggu dah kate lame). Hari2 mem'blogwalking' je kejenye tapi nak update belog sendiri mak aiiih takde moodnya!


Sebab takde mood??? Antaranya:



1- Hubby
guna my work station.

Konon2 my work station la ni ^_^


Hoho... Hubby sangat busy this week. Balik2 rumah je after solat Isya' terus dengan selamber sambung buat keje2 ofis using my work station. Kadang2 tu buat keje sampai ke pagi. Kadang2 tu lagi, sambung pulak lepas solat Subuh. Fuhh! Busy betol! Then baru hari ni beliau dapat tido awal sebab keje2 yang menimbun tu dah siap. Balik rumah tadi pon dekat pukul 9 pm. Penat bini dia tunggu dia sampai tertidur-tidur pastu terbangun pastu tertidur balik (-_-).


2- Agenda mengemas rumah

Selama hubby tinggal seorang masa me duduk k
g 2 minggu ++ tu, selama tu jugaklah rumah tak berkemas. Habuk seinchi sudah! Nak tak nak me kena kemas jugak even badan ni selalu tak bapa nak sihat. 1 hari kemas 1 bilik. 1 hari lap part tangga. 1 hari kemas dapur. 1 hari kemas hall. So hari ni boleh kata 90% dah siap mengelap segala habuk2 yang ada. Esok sambung mengelap habuk part mana yang ter'miss' pulak.


3-
Badan tak sihat

Bila dah hari2 mengemas, so ape lagi. Sakit pingganglah, sakit kakilah, tanganlah. Then hari ni terkena selsema loh pulok! Maybe sebab dah beberapa hari bergelumang dengan habuk yang seinchi itu. Bila dah selsema haruslah sakit kepala
kan? Hoho... dugaan sungguh! Tapi terasa berbaloi sebab rumah dah bersih. ^_^


4-
Mata pedih tak boleh nengok lappy lama2.

Ini mata saya ye.

My left eye tiba2 macam ada internal bleeding loh pulok. Pedih sangat! Tak tahu kenape. Bangun2 tido je dah siap sedia jadi cenggini. Kalau tengok lappy lama2 confirm berair.



Ok, kita story hal lain pulak. Ni story minggu lepas punya tapi nak tepek gak kat belog.


11 Mac 2011

Hari tu hari Jumaat malam Sabtu. Hubby ber
sungguh ajak keluar berjalan sebab kesian dekat bini dia asyik terperap dalam rumah je. So, kami decide ke Jusco Bukit Raja untuk menengok wayang cerita Melayu terhebat alaf ini. Cerita ape lagi kalau bukan...

Yeah! Hikayat Merong Mahawangsa!


Hoho... tak sangka seh orang Melayu boleh buat movie cenggini. Tabik spring ah dekat KRU! Siap selit babak2 kelakar yang memang unexpected betol! Haha... Memang tak rugilah kalau tengok.


Before menengok si Merong yang kachak bergaya, kami laki bini sempat la makan dekat Johnny. Pergghh... penuh giler orang sampai hubby kena beratur nak amek turn makan. Tapi sebab dah teringin sangat nak makan kat situ, so sanggup la tunggu lama pon.

See! Punyalah ramai orang!


Dekat 15 minit jugak tunggu, akhirnya sampai jugak turn kami untuk makan. Hoyeh!

Hubby dengan muka tak sabar nak makan ^_^

Extra meal! Last2 tak habis sebab dah kenyang yang amat.

Muka serius sebab tengah lapar

Bila sedar hubby tengah ambil gambar terus sengih sampai nampak gigi ^_^


Overall, hari itu kami laki bini sangat hepi. Kenyang dapat makan steamboat sedap plus dapat menengok si Merong lelaki kachak. Heheh...


Update baby stuffs.


Remember my entry pasal rompers baby? Yang tentang me ada beli rompers baby for newborn. Actually rompers tu dah sampai hari isnin hari tu. But one of the rompers KOYAK!

See!

Adess! Sadis sungguh hati ibu mengandung ni (-_-). Terus mms kakak penjual rompers tu. Then kakak tu bagi 2 choice sama ada nak dia ganti baru or nak dia pulangkan balik duit untuk 1 romper. So me yang kesian kat kakak tu pon mintak ganti duit jela. Nak suruh dia ganti romper baru kesian pulak dekat dia nak mengeposnye lagi. But romper yang koyak ni dia bagi free je. Oklah kan???


Oh di sebalik sad story di atas, ada good story jugak. Pasal rompers baby lagi. Hehe... Setelah ditanya2 dekat owner Super Baby Planet ada lagi tak rompers cute yang I LOVE MOMMY & DADDY tu, owner tu cakap kebetulan ada orang cancel order. So, bertuahnya sayakan? ^_^ Bila tanya2 lagi design yang mana, owner tu bagi design yang bawah ni.


Hoyeh! Dapat jugak ibu belikan anak ibu rompers comel ni ^_^


Then hari ni rompers dah sampai. Rompers ni saiz 3-6 months so agak besarlah. Hubby tengok pon excited sebab sangat cute! Kualiti kain pun sangat bagus!

The packaging pon cantekkan?

Tak sabar nak pakaikan dekat anak ibu nanti ^_^


Overall baby dah ada 7 rompers, 5 for newborn & 2 for 3-6 months. So ibu, enough buying rompers baby for now! Asyik membeli rompers je, benda lain tak beli. Heheh. So, meh nengok sikit barang baby ape tak beli lagi:


- Barut baby.

My mum beria-ria nak tolong buatkan. Me sebenarnya malas nak menyusahkan my mum sebab tau my mum sekarang dah liat nak sewing. Beliau sekarang lagi hiraukan ayam2 belandanya dari menjahit. So tengoklah macam mana nanti.

- Bathtub baby.

- Bedding set.

- Kelambu baby.

- Set tilam kekabu.

- Laundry detergent.


Banyak lagi rupenye basic stuffs yang tak beli lagi. Takpe, pelan2 kayuh. Ado 3 bulan ++ lagi. Tapi seronok beli barang baby ni sikit2 sebab baru tak nampak duit keluar banyak. Last2 nengok dah penuh bilik dengan barang baby ^_^. Oh, baby dah ada bilik dia sendiri. Tak sabar nak decorate bilik kecik tu cantek2. Kunun2 nak buat bilik baby macam dekat bawah ni.

Simple and cute!

Hoho... Berangan kuatlah ibu ni! Tunggu ayah kayo dulu barulah boleh ibu berangan nak buat bilik macam ni. Nak harap ibu yang harap guna duit balance biasiswa dulu memang tak cukup la nak beli bagai2 ni.


Oklah. Penat dah. Jam pon dah nak pukul 1.30 am. Mata pon dah start pedih. Kita sambung lain kali ye. Adioss!


P/s: Lately baby suka nendang2 belah kanan je. Sampai sengal perut belah kanan ni.
"Takpelah baby. Tendanglah sekuat hati kat mana2 belah pon ibu tak kisah asalkan anak ibu ni sehat walafiat kat dalam."


P/s/s: Tak sabar nak tunggu 31.3 dan 4.2 ni. 31.3 ade check-up @ DEMC dan 4.2 pulak ada appointment @ Vision College nak buat scan 3d/4d nak menengok baby.
"Harap sangat anak ibu ni sihat & sempurna semuanya. Tapi sebelum tu teman ibu pegi konvo dulu ye baby!" ^_^

Friday, March 11, 2011

comelnya comelnya!!!


Barang baby mestilah comelkan? Kalau ada yang cakap tak come
l tu memang nak kena belasah lah jawabnya. Haha... Kebelakangan ni, my hobby adalah suka menengok rompers baby. & semalam (setelah terkedek-kedek dengan hubby), akhirnya dah tercapai cita-cita nak beli rompers baby for newborn yang colourful sikit. Dah ada 2 rompers baby for newborn tapi kaler putih suci bersih. So, yang beli semalam tu adalah yang berkaler-kaler sikit. Wehee!!


Yeay, anak ibu dapat rompers lagi!


Belum sampai lagi pon rompersnya sebab baru hari ni sis yang jual tu pos. Tak sabarnye nak tengok! So, rasanya dah tak boleh membeli lagi kot baju for newborn. After dis kena cari baju baby saiz besar sikit. Then semalam jugak ternampak rompers baby for 3-6months yang comelnya yang amat dekat fb. Haisy! Geramnya! Cuba tengok gambar bawah ni comel tak???



Comelkan?
Source: Super Baby Planet


But sadly, semuanya dah soldout (mesti hubby cakap "nasib baik!"). Heheh... Isy, mane nak dpt lagi rompers yang cute-cute macam ni. Dapat sepasang macam atas tu pon jadilahkan? ^_^


P/s: Hoho... bukan main lagi si kecik dalam perut ni gelodak2. "Anak ibu suka ye rompers comel2 ni. Nanti kita rengek kat ayah mintak shopping barang baby lagi ye ^_^".

Thursday, March 3, 2011

Hoyeh! Itu Barang Baby Sudah Sampai! ^_^


Baru order kelmarin, hari ni sudah sampai! Sangat cepat woh servicenya.
Hepi ^_^


Bought this tru online @ LittleWhiz.com


Receiving Blanket, Bumble Bee ^_^


Hoho... tak sabar rasanya nak pakaikan dekat baby boy nanti ^_^. Cepat2 keluar ye anak ibu. Nanti boleh pakai selimut comel ni ^_^