Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Current Project II...


Project I dulu adalah project lekat2 customize sticker dekat paper bagkan? Even belum siap part B punya, aku proceed dengan project II pulak. Kekee... (Nanti da abes majlis belah saya, saya sambung tepek sticker kamu ye B!). So, ape project dis time. Kalau hari tu main lekat-lekat, project kali ni kena potong-potong pulak (or kerat-kerat???)

Potong ape??? Bukan potong wayar Streamyx yew. Hehee... Actually, project ni regarding gift yang nak dibagi dekat budak2 time wedding nanti. Beberapa minggu lepas, me da hantar softcopy header utk gift tu dkt IPrint, Taman U. Buat dalam 125 copy sebab nak cukupkan 1000. Satu paper A4 dapat dalam 8 header. Nape tak print sendiri??? Actually, mahu print guna glossy paper. Disebabkan my printer tak dapat nak print glossy paper (ink takmo lekat), so... my B suggest print je dekat kedai je. Sonang!

Current Project II

A4 paper yang nak kena potong 8.
Ni da kire jimat gler la ni. Kekee...


Ni yang da potong2. Baru 200++. Huu~ banyak lagi kena potong.

Sebab kotak kecik tu tak muat, kena la tukar kotak besar pulak.

Sampel gift. Ok la kan??? Nak bagi budak2 jew pon.
*Cookies tu tukar mashamallow nanti*

Current Project II (^_^)

Suppose aku tak boleh buat lagi benda2 ni sebab kena study for last papar Isnin ni plus kena buat assignment yang lagi 3 tak siap. Tapi disebabkan G.E.R.A.M menengok paper2 yang banyak tuw, so me spent la masa dalam sejam potong2 benda tu. Sejam dapat potong dalam 200. So, kena istiqamah after abes last paper nanti untuk selesaikan kerjaan memotong ni.

1 jam = 200
1000 = 5 jam

Huu~ Macam org takde kerjakan nak spend 5 jam untuk kerja memotong ni. Actually, igt nak balik buat dekat rumah je nanti after abes sem ni. Tapi memandangkan keadaan di rumah yang tidak mengizinkan. Contohnya akan dengar bebelan my mum yang maybe macam ni...

"Tula... takde kerja cari kerja..."

Hehee... So, wajiblah kan siapkan before balik kalau taknak dengar bebelan sebegitu.

Nasib la bilik kat UTM ni ada 2 meja study. So, satu meja untuk study, then satu meja lagi untuk kawen. Eh bukan... Meja untuk buat kerja2 berkaitan kawen. Hehee...

Marshamallow pun Kak Fuza kata da boleh ambil. Dia tak boleh nak pos sebab sekarang ni cuaca tak menentu. Takot kalau panas sgt nanti cair pulak marshamallow tuw. So, maybe kena pergi ambil jugak la after exam ni... Nasib baik driver tegar aka my adik bongsu da abes matric. Boleh la heret dia ke mane jua nanti. Kekee...

Okla. Nak sambung study. M.A.L.A.S sebenarnya ni (-_-). Biasalah kan... Last paper mesti da takde mood. Tapi tah macam mana last paper ni boleh 4 kredit pulak??? Adoi! Nak taknak kena struggle jugak... Nanti jiwa jugak merana kalau tak boleh jawab paper nanti...


Saturday, April 17, 2010

Customize Chocolate Wrapper!


Saya mahu coklat ituw!!!



Customize chocolate wrapper!
Source:Chocolate Wrapper

Agak2 sesuai tak kalau nak dijadikan doorgift untuk diberi kepada family belah lelaki nanti??? Nak buat macam dekat bawah ni then letak TQ Tag. Da kehabisan idea betol! nie Yang penting, save budget yang sememangnya da lari ni. Kekee...

Macam cute jew kan???



Thursday, April 15, 2010

Veil...oh Veil...


First of all, thanks a lot to my bestie
IKA sebab tolong Pya settlekan bab veil ni. Waaa.... Terharu tahap dewa!!! Mane dapat je blog yang jahit beads, cepat je Ika pas website address dkt Pya. Thanks a lot tau Ika!!! Dan akhirnya aku dapat jugak tempah veil chiffon yang sememangnya dimahukan dari dulu. (^_^)

So, veil yang dah di order ala2 cam kat bawah ni...

But, maybe akan pakai tudung dekat dalam but still thinking nak pakai tudung yang ade awning or pakai tudung bawal biase je then lilit2 jadi segitiga dekat depan tu.

Hurmm... kalau tanye B ni, mesti dia cakap "Ikut la nak pakai macam mane pun". Tau sgt dah...

So, kepada bride 2-b yang tercari-cari dekat mane nak tempah veil, tempah la dekat Kak Hawa Vispera ye. Range harga pun sgt berpatutan (^_^)



Tuesday, April 13, 2010

My Wedding Cake...


First of all, B.O.S.A.N nyer ngadap info segala berkenaan exam!!! Boleh ke macam tu? Hahaa... Ok, nak rest sekejap dengan membelog. Mahu story regarding my wedding cake...

Dulu, aku suke gile wedding cake yang simple and plain. Just maybe la ade sikit2 je bunga. Macam yang dekat bawah ni...


Tapi yang kat bawah ni pun sgt cutekan??

Source: Google

Tapi memandangkan kebanyakan pembuat kek yang anda lihat comel2 segala ni menetap dekat area KL, so agak susah la nak berurusan dengan mereka sebab me stay dekat Muar. Huuu~~ sedeykan???

So, terpaksalah mencari alternatif lain mencari pembuat kek yang rumahnya hampir2 dengan my house. Then, kebetulan my bf semasa di matrix dulu Bain pun sedang mencari wedding cake for her cousin. And she found wedding cake yang aku rase OMG! Cutenya! See below okay!

Wedding Cake from RatuKek.
Search je Ratukek mesti jumpa punya owner dia


Da survey2 harga dia. Kalau 6"+9", price around RM170. If 6"+12", price around RM200. Muahaahaha... sgt murahkan? Save budget saya. Eh bukan! Save budget my sis yang nak tolong sponsorkan my wedding cake. Huuu~ Thanks a lot my sis! Sayang bangat sama kamu!!!

But the problem is, Ratukek ni dekat area Seremban. Huuu~ jauh la jugakkan? Igt nak suruh my brother yang dekat Melaka tu tolong amekkan. Tu pun kalau dia willing. Kalau tak???? Erm.. nantila fikir macam mane.

Da settlepun dengan RatuKek tentang base kek & theme colour. Actually, RatuKek ni da tak terima order dalam bulan Mei & Jun. Tapi sis tu sgt baik hati nak buatkan jugak my order. Huuu~ Terharu!!!

Alamak! Da nak dekat pukul 12! Okies... bersambung nanti...

P/s: Sungguh tiada mood mo study. Nie akibat sengal2 pinggang la ni. Adoi... sungguh la tension (-_-)


Current Project! Huhu...


Lamenyew tak update blog! Huuu~ Ni gare2 ke'busy'an yang teramatlah sesangat! Hari2 dapat menatap 2-3 saat je blog ni. Nak menaip entry baru sungguh tiada masa. So busy dengan final exam sekarang ni. Tapi hari ni macam terasa nak update jugak! Tak kira! Hahaa...

Actually, ini bukanlah current project. Dah buat project ni before exam aritu. Just kena buat sikit-sikit sebab ia memerlukan istiqamah yang teramat sgt! Haha... Nak tau ape benda projectnya??? Jeng... jeng... jeng...


JOM MAIN LEKAT2! Hahaa!!


Projek lekat2 customize sticker dkt favor bag. Ini lah favor bag yang dibeli dari OleOle manis tu. Banyak ooo nak kena lekat. Mine punya ada 1000, belah B punya pun ada 1000. So berapa? 2000 lah kan? Banyakkan??? Kekee... But takpe, aku sgt suka buat benda alah nie. Yang penting favor bag tu jadik comel!

Mula2 kena buat eksperimen dulu. Masukkan gumpalan kertas dalam favor bag, then ikat ngan reben. Then, bila da siap, baru tampal sticker. Agak2 da dapat ukuran yang ok tu, ape lagi... start la projek tampal2 sticker tu.

Customize sticker

Favor bag

Lekat-lekat

Yang da siap!

Inilah current projectnya! Kekee...

Hasilnya! Konon2 la..

Kenape hasilnya kaler lain?? Hehee.. Yang kaler ala2 gold ni belah B punya. Oleh sebab favor bag saya buat eksperimen tu da terkoyak (sgt ganaskan???), so, saje amek belah B punya 1 buat eksperimen lagi. Hahaa... Jangan marah ye B!

Actually, my side punya da siap lekat. Just tinggal tebuk lubang untuk letak reben. B punya baru nak start. Tp da tergendala sebab exam. Hehee. Nantilah abes exam sambung.

Ohh.. ade banyak lagi preparation nak kena buat. Kena packing marshamallow lagi. Huhu... Actually igt nak bagi kat budak2 je marshamallow tu. But my mum suh letak sekali dalam favor bag tu. Tah muat ke tak? Mesti gemok gile favor bag tu nnt. Jangan terkoyak suda tengah2 orang merewang masukkan barang dlm beg tu. Huuu~ Hopefully makcik2 yang tolong nnt tak ganas macam saye ye. Haha...

Okies... Mo study. Besok paper ke-3. Waaa... cepatlah abes exam!!!


Update ttg Nikah Legal Stuffs!


1. Kad pengenalan beserta salinan - done!

2. Salinan kad pengenalan wali - done!

3. Salinan kad pengenalan saksi borang bagi pemohon - done!

4. Surat akuan bujang beserta salinan - in progress

5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan beserta salinan - done!

6. Laporan pemeriksaan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan shj - done!

7. Dokumen kebenaran berkahwin di luar kawasan pasangan beserta salinan dan laporan pemeriksaan HIV - done!

8. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan beserta salinan - in progress

P/s: Lagi 2 benda tak settle lagi. Ni gare2 ketua kampung yang selalu tiada dkt rumah la nie. Penat my apak pergi rumah tapi takde jew. (-_-)

P/p/s: After abes exam ni nak terus cabut balik rumah! But still kena balik u balik sbb kena settlekan assignment yg tak siap lagi. Wawaa....


Thursday, April 1, 2010

Saksi & Borang Nikah!


Petang tadi ada seorang pakcik datang rumah. That time aku di bilik tgh tensi2 menyiapkan assignmentsss... Tiba-tiba je my mum buat terjah suruh greet pakcik berkenaan sebab beliau merupakan bakal saksi time nikah nanti. Rupanya pakcik tu sepupu my mum. Ohh.. sangat baik pakcik berkenaan. Sangat detail penerangannya regarding borang nikah dan lain-lain. Seorang lagi saksi adalah imam surau berdekatan rumah. Siap dah bagi potostat ic lagi...

Just nak buat reminder tentang apa yang tak settle lagi berkenaan borang nikah.

1. Kad pengenalan beserta salinan - done!

2. Salinan kad pengenalan wali - done!

3. Salinan kad pengenalan saksi borang bagi pemohon - done!
(Saksi bukan dari kalangan keluarga terdekat/jurunikah/ketua kampung/penghulu kawasan dan kakitangan Pejabat Agama berkenaan dan terdiri daripada orang lelaki sahaja)

4. Surat akuan bujang beserta salinan - in progress
(daripada penghulu/ketua kampung or majikan beragama Islam sahaja)

5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan beserta salinan - done!
(B, jgn lupa sent nanti k!)


6. Laporan pemeriksaan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan shj - done!

7. Dokumen kebenaran berkahwin di luar kawasan pasangan beserta salinan dan laporan pemeriksaan HIV - in progress
(B, cepat! Abah dah bising!)

8. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan beserta salinan - in progress
(daripada penghulu @ ketua kampung @majikan jika kakitangan kerajaan sahaja)

9. Of course borang nikah yang telah complete - tak complete lagi =(

p/s: B, saksi nikah bagitau kamu pun kena interview nanti. Jangan nak ngelat cakap takpayah kena interview ye!
p/ss: banyak kerja pun still ada mood nak update blog. huuu~



Tuesday, March 30, 2010

Henna / Inai Berukir...


Actually, ada terbaca tentang hukum memakai henna or inai berukir dalam Islam dekat blog sis Sabby. Sgt panjang lebar tentang penerangannya. & sgt bagus untuk dibuat rujukan. *Thanks Sis!* Tapi mesti ramai pernah dengar tentang article Datuk Abu Hassan regarding Inai Berukir Dilaknat Allah. Dekat bawah ni adalah salah satu petikan dalam article tersebut.

Dalam Kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari pula hadis bilangan 1685 menyebut maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang memperunakan (memberikan) rambunya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"

Then, dalam blog sis Sabby, sis tu ada mention tentang ni...

"Bagi hadith yg dipetik oleh Uztaz Abu Hassan tu, if you read it again pun, terang2 kat hadith to mention perempuan yang dilaknat Allah SWT is yang mengukir dengan tusukan(alat pengukir), hence this hadith is more on tatoo not Henna drawing...He went on saying, When it comes to hukum Haram, Allah SWT always explains it in specific, jarang hukum haramnya yg tak mention in detail in Islam..Like in this issue, Tatoo memang disebut haram, but if you read every single hadith about henna in Islam, esp hadith sahiih, is All on penggunaan Henna by the muslims during the time of Rasulullah SAW..."

Then, terbaca lagi blog hennaratusehari. Lagi detail penulisan dia. Antara yang 'tertarik ' adalah seperti di bawah:

"Hukum memakai inai bagi kaum wanita adalah diharuskan. Namun hanya sekadar di tangan hingga ke pergelangan tangan sahaja, dan tidak melukis/mencorak dengan gambar/lukisan yang dilarang seperti haiwan, logo yang berkaitan dengan ajaran yang sesat atau sebagainya.

- Isu ini diambil dari forum pertanyaan JAKIM
-

Setelah dikaji selidik, hehe... confirm boleh pakaikan?? Tapi, kalau ikutkan, my dad memang keras tak bagi aku pakai henna berukir ni. Tapi kalau pujuk2 confirm cair punya. Haha... My mum just tak bagi buat crowded2 sgt. Tak hingin pun yang crowded2 sgt. Nak simple sesimple yang bawah ni je...

Simple ke macam ni??? Haha..
Source: google

Ok, confirm nak pakai. Sekali seumur hidup je pun nak pakai. Lepas ni maybe dah takkan pakai lagi. B, saya nak pakai ye henna berukir ni... Hehe...


Monday, March 29, 2010

Homestay ke?


Hari ni, my dan & my mum ajak pergi book tempat untuk family B menginap sepanjang 2 hari wedding nanti. My dad beria ajak pergi satu tempat homestay ni sebab sangat cantik katanya. Then, after sembahyang zohor, kami tiga beranak pergilah ke tempat tersebut. MasyaAllah, sgt cantik rumah homestay tersebut! Dah la sangat dekat my house! Terus book tanpa berfikir. Haha...

Main House. Sgt besar!

2 Bilik ni kecil sikit. But sgt selesa!

Parking

Hopefully family bakal mertua selesa stay dekat sini. (^_^)


Friday, March 26, 2010

Reminder for Myself...


Banyak lagi rupanya benda yang tak settle lagi. Huhuu...


1. Settlekan borang nikah & segala yang seangkatan dengannya.
2. Distribute invi card.
3. Fitting baju for reception. Discuss tentang pelamin, hiasan bilik tidur bla..bla..
4. Tempah t-shirt for brothers.
5. Settlekan doorgift utk budak-budak. (print header guna glossy paper, cari plastik & order marshamallow)
6. Cari doorgift utk family B.
7. Cari tudung & veil.
8. Cari bunga manggar.
9. DIY penanda arah
10. Ambil gambar utk bunting.
11. Kemas rumah baru di Puncak Alam! Ngeee...

&

Settlekan assigment yang berbelas2 lagi tak siap & study for final exam! Waaaaaa.... mo nangis!!!

Wednesday, March 24, 2010

Try DIY dis!


Actually, idea ni datang bila dapat TQ tag dari ilikecard2. Love the packaging. See below k!


Then bila tengok packaging tu, tiba2 terfikir... macam comel je kalau dapat letak marshamallow dalam plastic tukan? Gift yg sesuai sgt if nak bagi budak2. *if my mum approve la*

So, tangan ni gatal nak try DIY header atas plastic tu. Then, terjadilah sumting yang tak seberapa dekat bawah ni...

Ni front header

Ni belakang header

Then, kunun2 bila da lekat dengan plastic, jadilah macam ni...


B kate comel! Haha.. Untuk budak2 ok kot kan???

Oh, tentang marshamallow, da survey2 dekat blog fuza marshamallow *Ika bagitau pasal blog ni*. Harga pun sgt ok. (^_^)


Tuesday, March 23, 2010

TQ Tag!


Yey! Dah dapat TQ tag dari ilikecard2! Tq Faizah for the cute TQ tag! TQ tag ni buat tak banyak. Just 50 pieces je. Nak tempek dekat doorgift yang mahu diberi kepada family B nanti.

For both side. Choc for me & gold for B

TQ tag da ade, tp doorgiftnya still tak tau nak bagi ape. Haha...


Sunday, March 21, 2010

Our Invitation Card!


Yey! Our invi card suda siap!

Actually, invi card ni ade 2 kaler. Satu dark choc & satu lagi putih.
Ngape ade 2 kaler??

Mula tu igt nak ambil kaler putih
je.
Tp bila da tgk sample kaler dark choc tu, terus da tak hingin nak kaler putih tu. Haha..
Tp B said, his mum tak suke kaler gelap2.
So invi card kaler putih for his family & dark choc for my family. Hehee.. (^_^)





So, kepada kawan2 yg da sent address tu, insyaAllah tak lame lagi sampai la invi card ni k!
& kepada bloggers yg willing nak attend my wedding, sgt dipersilakan bagi address ye (^_^)

Sunday, March 14, 2010

Cerita Cake Lagi...


Thanks a lot to Zaza yang bagitau ttg blog inawhiz.blogspot.com

Alahai... comel sgt2 cakes & cupcakes Kak Wiz nie. Yang tak tahan tgk tue bila all her cakes especially wedding cakes ade patung bride & groom atas dia. So CUTE!!! Contoh macam dekat bawah ni...


Antara lain yang menarik hati:


P/S: Tetibe terigt masa kecik2 dulu. Suka pergi library dalam base TLDM Lumut. Suka tengok buku pasal fondant cake. Bila nak balik rumah, nyorok2kan buku tu supaya org lain tak boleh baca. Then, esoknya pegi lagi nengok2 buku tu. Haha... lawakkan?

Tetiba terasa, kan best kalau boleh bukak business jual cakes, cards & souveniers. Kerja if minat mesti tak bosankan? Ni buat penat belaja tinggi2 tp endingnya tak tau ke mane. Lain la if JPA nak hire kerja. Huu~