Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

Jelajah I-City & Wedding Farid



Semenjak kawin ni, kami laki bini jarang ben
o keluar berjalan. Kalau berjalan pun mesti tak ke Muar, ke Lumut yakni kampung halaman masing-masing. Tengok wayang tu adalah sekali dua. Maybe sebab dah feel kami laki bini suka menghabiskan masa di rumah dan membuat aktiviti rekaan sendiri seperti menanam rumput, mencabut rumput yang menggangu rumput yang kami tanam, menengok tv siaran tempatan (ye, rumah kami tiada astro lagi) dan sebagainya yang boleh dilakukan di rumah. Sangat boringkan??? Hihi...


So, Sabtu yang lepas kami laki bini berjaya memecah
tradisi dengan menjelajah ke I-City. Haha... Ingatkan best lah sangat tempatnya. Penuh dengan pokok-pokok berlampu je pun. Tapi disebabkan dah menjejakkan kaki, kami laki bini pun buat-buat macam tempat tu best jela sebab taknak spoil mood. Ambil gambar pun buat-buat muka hepi padahal... Hokeh malas cerita panjang. Layan jela gambar di bawah ye!


Sang suami tersayang!

Muka masing-masing buat-buat hepi. Haha...


Then, keesokan harinya pula kami laki bini ke Kundang menghadiri majlis perkahwinan geng satu kelas time sekolah rendah dulu. Oh, maybe ada yang tak tahu kami laki bini ni dah kenal dari zaman belum akhil baligh lagi iaitu darjah 5. Haha... Tapi kenal je since darjah 5, bercintunnya start zaman matriks.


Kawan kami ni namanya Faridatul Farhana, tapi disebabkan beliau ni ala-ala tomboy gitu time skewl dulu, so kami panggil dia Farid. Dulu tomboy, sekarang ni... Wow! Meletop mak! Cantik bangat! Anyway, congrates Farid dan pasangannya Najmi. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Aminnn....

Me wif the bride & groom

8 comments:

buRn said...

yeahh! 1st..best2!

Farah Zamri said...

kak pya,
ehek..
apesal mcm kecik je perot tu haa??

Pya said...

To Hubby:

=)

To Farah:

Akk asek muntah je farah, mane nak beso perut. Time makan je dia buncit. Haha...

xcyoobe said...

cheese keju. tak sempat aku jadi org first bagi komen. btw lawa la I-city tu. kat mana ye?

- Mimi - said...

aip..suma pic sorok prut ni..hehe

Pya said...

To Bro Aki:

Haih, ade pulak lwn2 bg first komen eh. haha... I-city ni dekat2 ngan uitm shah alam je bang ki. Boleh tahan la tempat dia. Tp crowded giler ngan org

Pya said...

To mimi dear:

Da letak da pic dgn perut tu then abu buang! huhu... Act, bj tu agak jarang so t'sensored sikit. Hihi...

Hanif Kaizuki said...

sikit nye gambar...xpe la...jnji ada...drpd aku ni x dpt g lnsg...huhuhu...wah...silver,white n pink kaler...banyak nye...semoga farid n pasangan nye berbahagia...(rugi tol aku x g...)