Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 23, 2010

Nausea Again??? Arghhh!!


Lately, aku muntah teruk balik. Sehari kadang-kadang lebih 4x sehari. Dulu masa baru 2 months preggy memang tak payah cakap la. Makan ape je confirm keluar balik! Dah la muntah teruk, masak pun tak boleh. Segala bau-bauan semuanya pasti akan meloyakan termasuklah bau dapur, bau orang belakang rumah menumis, then sometimes bau selimut gebu (yang dulu dirasakan bau yang paling sedap) pun rase loya nak bau. Bila dah tak boleh masak, hari-hari sebelum hubby pergi kerja, dia akan belikan stok nasi lemak untuk aku. Sehari dua boleh la telan. Hari-hari makan nasi lemak tak ke haru?? Then my hubby dah tak larat sangat tengok wife dia ni muntah teruk hari-hari, dia pun membuat keputusan menghantar aku pulang ke rumah my mum. 3 minggu jugakla aku dekat sana = berjauhan dengan hubby. Tapi demi kesihatan, terpaksa jugak la.


Dekat rumah my mum, hari-hari my mum yang masakkan. So, breakfast, lunch, makan petang, dinner semua lengkap. Mula-mula tu memang la muntah jugak. Tapi dah 2-3 hari duduk rumah my mum, dah tak muntah dah. Just kalau salah makan je baru muntah teruk. Macam hari tu, jiran sebelah rumah my mum bagi seplastik buah ciku. Then aku pun sedap-sedap makan sampai dekat 10 bijik! Last-last hambek ko. Muntah teruk 2-3 hari. Seriknya~~~


Then bila dah 3 minggu, dah rasa macam ok banyak. So, disebabkan kesian dekat my hubby tinggal sorang-sorang, aku pun buat keputusan balik ke rumah. Tapi nak dijadikan cerita, balik je rumah aku muntah teruk lagi. Huuuaaaaa~ Pegi check-up baby 3 months, berat aku turun 0.05kg dari yang sebelumnya. Doc nasihat, kena banyak makan makanan berkhasiat. Tapi dah kalau makan asyik muntah je macam mane tu?? Last-last doc bagi ubat tahan muntah.


Ubat tahan muntah yang tak berkesan!


Even dah telan ubat tahan muntah pun aku still muntah jugak. Sabo kan jela. Then sekarang ni aku dah start takde selera nak makan. Cakap je ape, spagetti, mekdi, nasi ayam, nasi ayam penyet, roti canai ke... Semuanya... terase meloyakan! Ape yang boleh diterima perut hanya roti cokelat dengan buah pisang je. Nasi plus lauk-lauk lain pun kalau makan pasti ke toilet bowl la jawabnya. =( Kalau selamat dalam perut tu, alhamdulillah la...


Oh oh oh~~ Semoga nause ni cepat-cepat hilang. Dah tak sabar rasanya nak makan best-best macam dulu. Baru terasa nikmatnya dulu dapat merasa makan sedap-sedap. Huhu... Kadang-kadang kesian dekat si kecik ni. Tah dapat zat yang cukup ke tidak sebab ibunya asyik tak lalu nak makan je. Harapkan 2 biji pil yang aku telan hari-hari ni jela bagi zat dekat dia.


Asid Folik. Nasib ko kecik cenonet!


Vitamin lain


Oh, nak tunjuk sikit peneman aku di kala lara di tinggal keseorangan di rumah. Hihi... Anak kucing jiran sebelah. So so gebu!!! Bulu dia macam kapas! Dah tu sangat manja pulak tu.


Si Comel yang manja =)


8 comments:

nadiah said...

emm sbr ek pya. memang gitulah dugaannya. sy dlu mcm pya gak, tp bila msuk je, 4bulan, muntah loya2 tu terus hilang. hehe. pastu nikmat mkn pon melampau2 hingga berat naik byk. hehe!!

Sophie said...

Oh yeke nad! Hopefully same la macam nad. Dah tak larat dah ni asyik muntah je. Perut asyik lapar je. Anyway, thanks drop a comment =)

xcyoobe said...

try makan salad la. potong timun lawa2, carrot, ladys finger yg di boil, kukus, then cecah dengan hummus yg diperbuat daripada green peas.... hmmm sodapppp

alianurashikin said...

siannyer...sabar kak ea...hope akak n baby sehat2 selalu =)

Nad Nazira said...

nad punye pregnancy simptom lain sket..tak serupe org..


nad boleh makan macam biase. takde muntah-muntah morning sickness tu..ada gak loye2 time gosok gigi pagi2..pastu mase awal pregnant asyik nak tido je. takleh tak makan..bile rase lapar tu datang terus sendawa-sendawa angin..

masak sume boleh..tu je..;p

Sophie said...

To Bro Aki:

Makan salad tak kenyang la abg kie. Waaa... Bila nak ilang ni. Rase nak balik umah mak balik. Tp nnt abu majok pulak! Huaaa~

Sophie said...

To Alia dear:

Thanks alia. Doakan baby akk sihat eh. Sbb dia sgt tak cukup makan lately. Akk makan asyik kuar balik je =(

Sophie said...

To Nad Nazira:

Bestnya Nad! Kalau Pya macam Nadkan best... Anyway Nad, thanks drop a comment =)