Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 21, 2010

Di saat Kebosanan Keseorangan di Rumah


Bosannya! Hubby pagi2 da pegi keje. Yang aku pulak, disebabkan tengah jobless lagi sekarang ni, tinggal la keseorangan di rumah. Ape yang aku buat??? Kemas rumah, sapu halaman rumah, basuh pinggan mangkuk, siram pokok bunga yang sekangkang kera tu, facebooking, blogwalking, then tengok tv cite feveret, Alisa & Putera Katak. Almaklum la, rumah tak masuk Astro. So, tgk siaran tempatan je la.


Bila dah bosan nie, mula la desperate nak cari kerja. Dulu masa mula2 habis settlekan tesis, beria cakap nak duduk rumah puas-puas. Tapi sekarang nie dah lain pulak. Maybe sebab tgh preggy ni, bila tinggal sorang rase macam sunyi sgt. Kadang-kadang tu sampai bercakap dengan anak-anak kucing sebelah rumah sorang-sorang. Main-main dengan mereka, tidokan mereka. Haha... Serious! Dah bosan tahap dewa la tu!


Kadang-kadang cakap jugak dengan baby dlm perut ni, (even perut tak besa lagi) supaya baby cepat-cepat keluar. Then boleh teman ibu bila ayah pegi keja. Tak la ibu bosan duduk sorang-sorang dekat rumah.


Oklah, cukup la luahan perasaan hari ni. Nantikan hubby bace sedih pulak dia. Oh, patut la tangan kanan ni rase sesengal tak hilang lagi. Rasenye orang dekat lab hari tu amek darah tak betol kot. Macam salah cucuk. Dekat urat tak kena. Yang kena cucuk sebelah urat. Patut la sengal semacam je tangan kanan ni seminggu. Waaaa... seriknya nak kena amek darah lagi!

4 comments:

xcyoobe said...

masa amik darah kat sungai rambai ada kena macam tu ke?

lebam tu sebab ada darah keluar sikit2 ke dalam surrounding tissue disebabkan teknik yg tak betoi. saman la hospital tuh. hehehe

Sophie said...

Ms kat sg rambai bekas cucuk sehari dah ilang. Ni seminggu pon lebam tak ilang lagi. Haha... nak saman karang dia tak bg beranak pulak kat hospital dia.

O J O L A L Y said...

hehehe pia...tulah lumrah orang mengandung...tak per terima aje..dulu akak lagilah cucuk sana cucuk sini..lobam2..... pikir aje ni dugaan kecik dariNYA....al maklum darah tinggi masa peknan..

urine tu doc check nak tgk kencin kotor ker tak..apapun jaga diri masa ni yekk.....banyak2 baca alquran

Sophie said...

Waaa kak Dckey!!! Terharunya kak Dckey drop komen. Thanks kak Dckey!!

oo.. yg urine test tu nak check kencing kotor ke? hihi... nurse tu tak ckp papepon. ape la... igt nak check diabetes.

InsyaAllah, pya bykkan bc Quran. Thanks again kak Dckey!