Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 4, 2011

Pantang Larang Semasa Mengandung


Saje nak share tentang pantang larang semasa mengandung. Sama ada nak percaya atau tidak itu terpulang. Menurut yang menulis pantang larang ni, ianya bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Jadi, apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturun secara lisan sejak zaman-berzaman.


Pantang Larang Semasa Mengandung:

1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

2. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

3. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

4. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

5. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

6. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

7. Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

8. Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

9. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

10. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.


Pantang Larang Lain tapi lebih kurang sama.

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

1. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

2. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

3. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


P/s: Yang tang minum air kelapa tu tak tau la betul ke tak sebab aku da banyak kali minum kelapa time awal-awal preggy. Maybe lain orang lain kot kesannya.

6 comments:

NADZIRAH said...

PYA, ORG TUA2 KATE MINUM AIR KELAPA TIME DAH 7 BLN SPAI NK BERSALIN..NNT KULIT ANK PUTIH, CANTIK..

nadiah said...

aah, lain org lain ragamnya kan. kalu pya minum air kelapa xde pape, ok la tu.

org tua ada jgk cakap, jgn lilit tuala kat tengkuk atau pakai tudung lilit2 sbb takut baby terlilit tali pusat, emm taktau la nak caya ke tak. tp org kekadang pakai je tudung lilit2 tu, hrp xde pape lah. :)

ally said...

org dulu2 mmg byk pantang kan..mana yg logik tu kita ikut je la..kalo x ikut, tawakal saja..mudah2an semuanya selamat..amin...*sy pun awal2 pregnant dulu byk minum air kelapa & air tebu, mujur la xde ape..InsyaAllah..lain org ketahanan bdn lain kan*

Pya said...

To Nad:

InsyaAllah akan diamalkan bila dah 7 bulan nnt. Tp lately mmg suka sgt minum air kelape la nad tak tau nape...

Pya said...

To Nadiah:

Pya tak pernah dgr pulak petua tu nad. Anyway thanks bagitau. Even tak berapa percaya sgt ttg petua2 ni, tp bila dah tau tu mesti terasa mcm nak ikut jugak. Just yang penting kena bykkan berdoa =)

Pya said...

To Ally:

Pya air tebu tak berani sgt sbb kak long dulu ade kes pasal air tebu tu. Tp air kelapa tu pya pun tak tau kenape suka sgt. Pantang tgk pokok kelape tepi jalan yg buah segar bugar tu terus kepingin nak minum air kelape. Huhu...