Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, January 30, 2011

Entering 20 Weeks on My Birthday!


29 Januari 2011 yang lalu adalah bersamaan hari kejadianku ke-25 tahun. Syukur
ke hadrat Allah S.W.T. di atas kesempatan yang diberikan kepadaku untuk bernafas ni buminya ini. Alhamdulillah~~ & Thanks kepada semua yang wish 'happy birthday to me' tidak kira sama ada yang calling, message tru handphone or tru fb. Sangat-sangat terharu!!!


& to my darling hubby, thanks sayang sebab nyanyi2 lagi lagu 'happy b
irthday to me' tepat jam 12 a.m. Sungguh terharu~~~ Love u till infiniti...


Dan di hari kejadianku jugak I have reached 20 weeks. Half way dah. Alhamdulillah~~ But still, ramai yang cakap my perut sangat kecik. Sampai ramai tak perasan yang aku ni dah mak buyong 5 bulan. Sedih la jugak tapi nak buat macam m
ane, dah memang keturunan kot ikut my mum dulu 'perut ketat'. Baby kat dalam perut muat2 je. Takde space kot dia nak berernang-renang kat dalam. Haha. But scan masa 16 weeks dulu doc kata baby OK je. Alhamdulillah~~


Tapi nak dikatakan cerita, 4-5 hari ni my tulang pelvic sangat-sangat la sakit. Sakit sampai kalau duduk & bila nak bangun mesti nak nangis dulu sebab sakit sangat. Serious sakit! Pernah sampai menangis teresak-esak sebab sakit nak bangun dari kereta. Mom-to-be yang lain pun rasa macam tu jugak ke bila entering 20 weeks?? Then kalau sakit, sakit sampai weeks ke berapa? Or sampai bersalin ke rasa sakitnya?? Takutnya!!!


Then me ade terbace info dekat 'Weekly Pregnancy Calendar b
y Baby Bump':

"Increased blood flow is making the pelvic area extra-sensitive"


Tapi ni bukan extra sensitive dah! Sangat2 extra sensitive ni! Sampai me takut sangat nak duduk even atas tempat lembut pun bila nak bangun sakit sangat-sangat. =(


Hopefully rasa sakit ni cepat hilang... Lagi rela sakit pinggang kot dari sakit tulang punggung yang Allah je tahu sakitnya bila nak duduk & bangun.


Baby pulak da start gerak-gerak dari awal bulan ke-4 haritu. Sometimes rasa geli pon ada. Hihi... Bila cakap dekat doc baby da start kick, doc kate tu bukan baby's kick. Tu baby gerak2 je coz baby belum pandai kick. Heheh. Malu den.


Oh, sakit tulang punggung ni membataskan aku untuk duduk menulis belog lama-lama. Till my fingers meet the lappy's keybord again! Daa~~~


Monday, January 10, 2011

suka menjadi boyot @ tidak suka menjadi boyot?


Time: 4.33pm

Weather: Hujan renyai-renyai (sambil mata nak terkatup-katup tapi masih mahu menulis belog)
(Meniru gaya my bro tulis karangan bahasa melayu beliau di fb. kehkeh..)


Malam Jumaat hari tu (6/1), my kak long ada call. Just nak tanya samada yang aku masih muntah-muntah teruk atau tidak. Sangat caring rite my sista?? (^_^) Then aku jawab, "Yup, masih muntah-muntah, tapi Alhamdulillah alergi terhadap dapur dah hilang dan aku sudah boleh masak."

Then my kak long tanye lagi,

"Perut macam mane. Dah nampak dah?"

Then aku jawab,

"Kalau makan dia buncit la, kalau tak makan dia kempis balik".
Heheh...

Bila aku meluahkan rasa kerisauan tentang perut aku yang tak naik-naik ni, my kak long pun selamber je cakap.

"Biarlah perut tu tak boyot. Nanti kalau boyot susah nak bawak. Tengok kak long dulu, perut maintain je sampai orang ofis semua ingat tak mengandung. Last-last baby keluar besar jugak."

Then, bila terfikir balik apa yang kak long aku cakap, aku pun dah tak berapa risau kalau perut ni tak boyot. As long as baby sihat, InsyaAllah.

Tapikan, bila tengok mum to be lain yang perut boyot-boyot tu, jeles pun ade jugak! Nak la jugak perut macam tu. Bila tengok mum to be yang dah preggy 17 weeks then perut pun dah bulat ke depan, mesti aku tengok perut sendiri pulak then cakap sorang-sorang.

"Iskhh.. nape perut aku tak naik-naik ni...?" Risau datang balik (-_-')

14 Jan ni InsyaAllah 4th check-up dengan Dr. Mazita dekat DEMC. Harap sangat perkembangan baby ok & baby sihat. Perut tak boyot pun tak pelah asalkan baby sihat. Kan...kan?? (Cubaan menyedapkan hati sendiri
(-_-') )


Sunday, January 9, 2011

Mohd Muaz Rafaligh...


Tengok name kat atas tu mesti nak cakap,
"Perghh name... glamor habis!" Kan..kan??? Hehe...


Tersangatlah kreatif mama & papanye memberi nama ke
pada baby yang selamat dilahirkan pagi tadi (jam berapa kurang pasti). Syukur Alhamdulillah~


Apepun, me nak ucapkan setinggi-tinggi langitlah TAHNIAHnye kepada Rohaida Amin @ nama timangannya Edot which is my ex-roomate sewaktu di
zaman uni dulu merangkap teman baik yang pernah tido sekatil sebantal, makan setupperware, berjogging bersama, bermain bola baling bersama, panjat pintu gate KTF bersama (sewaktu merayap ke bilik Apai di KTR selepas jam 12 mlm), dan yang paling penting teman menyiapkan projek studio & assignment bersama.


With Edot (bertudung hitam) time my engagement dulu

Baby Muaz yang comel gubuss!


Apepun, tahniah sekali lagi buat my best friend di atas kelahiran anak sulungnya. Semoga baby Muaz menjadi anak yang soleh ya! Amin...

Tuesday, January 4, 2011

Pantang Larang Semasa Mengandung


Saje nak share tentang pantang larang semasa mengandung. Sama ada nak percaya atau tidak itu terpulang. Menurut yang menulis pantang larang ni, ianya bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Jadi, apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturun secara lisan sejak zaman-berzaman.


Pantang Larang Semasa Mengandung:

1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

2. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

3. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

4. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

5. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

6. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

7. Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

8. Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

9. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

10. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.


Pantang Larang Lain tapi lebih kurang sama.

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

1. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

2. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

3. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


P/s: Yang tang minum air kelapa tu tak tau la betul ke tak sebab aku da banyak kali minum kelapa time awal-awal preggy. Maybe lain orang lain kot kesannya.

Monday, January 3, 2011

Sayonara 2010 & Welcome 2011!!!


Hari nie 3 Jan 2011. Terlambat sudah nak ucap Selam
at Tahun Baru kepada semua bloggers. Apepun, semoga tahun baru nie akan menjadikan kita masing-masing lebih matang dan berjaya dalam hidup (skemanya ayat!)


Bila blogwalking je blog rakan-rakan bloggers yang lain
, masing-masing dah list-down azam tahun 2011. Yang buat senarai kesyukuran pun ada! Baguskan?? Dan tiba-tiba terasa nak buat benda yang sama pulak. So, mari kita lihat senarainya.


Senarai Kesyukuran Tahun 2010

1. Selamat menjadi suri kepada Muhammad Abu Baka
r As-Siddiq B. Khairi pada tanggal 8 Mei 2010 iaitu pada hari kejadian beliau.

Gambar review kejadian 8 Mei 2010.

Majlis nikah & berinai

Hantaran dari sang isteri kepada sang suami

Hantaran dari sang suami kepada sang isteri

(Gambar sanding tak larat nak upload. Haha)


2. Mendapat duit poket setiap bulan dari pakcik tersayang untuk menampung perbelanjaan pengajian sarjana.

3. Mengetahui diri ni preggy setelah 4 bulan menanti. Alhamdulillah.

4. Berjaya menghabiskan sarjana dan akan berkonvo dengan sukahati pada April tahun ini. Wallah!


Seterusnya,


Senarai Azam Tahun 2011

1. Menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. Tidak mahu lagi keras hati & merajuk berhari-hari. Heheh...

2.
Mencari pekerjaan tetap dengan gaji yang lumayan. Selepas itu barulah boleh menjadi anak yang solehah dengan mem'bank-in'kan duit bulanan kepada ibubapa tercinta. Heheh...

3. Sentiasa solat di awal waktu.

3. Banyakkan mengaji Al-Quran lagi-lagi time preggy nie.

4. Menjadi ibu yang penyayang & bertanggungjawab sekiranya diberi peluang untuk melahirkan anak kesayangan dengan selamat. InsyaALLAH.

5. Mahu makan makanan berzat untuk diberi kepada anak kandungan kesayangan. Tolonglah hilang cepat simptom muntah-muntah nie!!!

6. Mahu lebih rajin menvariasi masakan untuk suami. Ni kalau tak asyik masak kari ayam, siakap 3 rasa, sup ayam, nasi goreng, ikan masak kicap, telur & ikan masak sambal. Ape lagi masakan yang sedap ye???

7. Mahu men'decorate' rumah sewaan menjadi lebih selesa diduduki.

8. Mahu bercuti berdua-duaan ke suatu pulau yang cantik sambil snorkeling melihat ikan nemo.

9. Mahu handphone baru. Heheh...


Tu je kot azamnya. Sikit je kan? Tak cukup sepuloh pun! Just berharap tahun 2011 nie akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Amin...


P/s: Azam tahun lepas hanya satu je tercapai kot yakni mendapatkan segulung sarjana. Heheh...