Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 12, 2013

Baby Sebamed. Product Baby Terbaik di Dunia!


Assalamualaikum w.b.t

Untuk para-para bakal ibu, ataupun yang sudah bergelar ibu dan mempunyai anak yang bermasalah kulit seperti daku, silalah segera pergi ke Guardian ya untuk membeli produk baby Sebamed ni. Hehe... 

My babies Afeef dan Arissa both ada masalah kulit. Yang si abang kulit sensitif nyamok! Haha. Pantang nyamuk gigit, habis berkudisss teruk kulitnya. Sila lihat gambar di bawah ye. Masa tu tak tau binatang apakah yang menggigit beliau. Lama-lama setelah beberapa eksperimen dibuat, baru tau kena gigit nyamuk rupanya! Sadis mak!


Kesiankan? Eh rindu pulak cidebab Afeef time ni. Hehu...

So, bila kulit dah berkudis-kudis ni, adalah pakaikan juga sabun Sebamed untuk dia. Tapi sekarang dah jarang kena sebab dah tau dia tak boleh dekat dengan nyamukkan? So ibu dia sangat berjaga-jagalah terutama kalau balik my kampung. Sebelum keluar rumah kena lap-lap badan dengan mosquito repellant wipes. Beli brand Baby Kiko sebab wangi! Hehe.


Yang si adiknya, Arissa pulak allergi habuk kut. Bila dah start mengesot, dia meneroka segenap pelusuk bawah meja makan, meja kopi dan segala meja, so tangan dan kaki dia selalu tumbuh ruam-ruam merah. Kadang lagi teruk dekat seluruh kepala dan leher. Menggaru habis dia. Kesian. So ibunya pun belikanlah rangkaian produk Sebamed baby untuk dia. Sabun, syampu dan lotion. Memang bila dah pakai produk Sebamend baby ni banyak sangat perubahan yang positif. Tapi itu budak sangat ligat. Huhu. So kadang elok ruamnya kadang naik balik. Tapi kulit Arissa sangat lembut gebu bila pakai produk Sebamed baby ni.
 


Rangkaian produk Sebamed Baby. 
Thanks Juju bagitau yang botol besar baby liquid cleanser tu ada dijual di Guardian. Puas hati dapat beli botol besar. Hehe...


So, kepada para-para bakal ibu, sangat digalakkan untuk membelikan bayi baru lahir anda nanti sabun Sebamed Baby ni ye sebab kulit baby baru lahir sangat sensitif. Teringat time Afeef dan Arissa baru lahir dulu my emak dan makcik tukang urut mandikan both dengan sabun Johnson Baby. Habis naik merah-merah satu badan. Sayangnya sebab masa tu tak tahu pun ada produk Sebamed Baby ni. Huhu...


Oklah nak tepek juga gambar 2 budak kesayangan ni. 

Adik, Arissa.

 Abang, Afeef. Kejap je dah besar kamu ye!


Bersambung lain kali yep! 

Wassalam...

Sunday, February 17, 2013

Kisah Kelahiran Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq


Assalamualaikum w.b.t


Ok, this is my second baby's birth story (kisah kelahiran cidebab Afeef boleh baca di sini ye). Sebelum daku lupa ingatan, baik cepat-cepat tulis pengalaman melahirkan puteri kesayangan, Khayla Arissa. Ouh before that, Khayla Arissa is 6 months, 3 weeks & 4 days old already! Ngahaha giler lama ibu dia peram cerita!


Kenangan masa 'pregnant'kan Arissa. 
Me @ 36weeks


22 Julai 2012, Ahad

Around 3pm, pergi ke bilik air untuk melepaskan hajat kecil. Tengok-tengok ada keluar lendir darah. Secalit je pun. Heheh. Tapi ibu boyot time tu dah happy sangat-sangatlah! Tapi disebabkan tak sakit perut pun lagi, so rileks je kat rumah. Takde nak gegas-gegas pergi hospital pun sebab masa 37 weeks aritu dah pergi hospital sebab perut mengeras-ngeras 10 minit sekali tapi jalan baru buka 1cm dan dinding rahim pun tebal lagi. False alarm! So kali ni biar sakit kaw-kaw punya baru nak pergi hospital. Haha.


23 Julai 2012, Isnin (39 weeks 5 days)

Start malam pukul 12am kut, perut dah start sakit. Tapi still boleh tahan. Lama-lama sakit makin teruk dan bila dah tak boleh nak menahan terus kejut hubby. Hubby pegang my perut dan check memang mengeras 5 minit sekali. Hubby ajak pergi hospital cepat tapi aku still refuse. Nak tunggu after subuh sebab kesian dekat cidebab Afeef, takkan nak mengangkut dia sekali teman ibu dia beranak. At least, hantar dia dekat rumah baby sitter dulu baru pergi hospital.

Sampailah ke Subuh menahan sakit. Hubby yang memahami tolong ngurut belakang badan sampai dia pun tertidur-tidur. Bila azan Subuh berkumandang, aku cepat-cepat mandi, solat Subuh dan bersiap. Hantar Afeef dekat rumah baby sitter dulu then sempat lagi borak-borak dengan Kak Lin tu. Dia siap buat cerita seram lagi katanya adik dia kehilangan baby yang dikandung 9 bulan dalam perut sebab lambat pergi hospital. Tergamam sekejap aku dengan hubby so kami pun cepat-cepat bertolak ke Hospital Sultan Ismail, Pasir Gudang. On the way tu aku terasa baby still aktif dan sambil-sambil tu mulut dah kumat-kamit baca surah Nabi Yunus plus berdoa semoga semuanya selamat.

Lebih kurang pukul 9am kami laki bini sampai dekat bilik saringan HSI (tempat ibu-ibu mengandung kena seluk-seluk nak check bukaan rahim tu). Seperti biasa, kena salin baju pink dan tunggu giliran. Bila HO panggil nak buat VE, terus sakit perut hilang. Haha. Tapi alhamdulillah bukaan dah 4 ke 5cm. But sadly, tak boleh masuk labor room lagi sebab labor room penuh! Terpaksa ditolak masuk wad dulu. Tapi nak masuk wad pun satu hal, lama sangat prosedurnya. Hukhuk!


Pukul 11.32am baru dapat masuk wad =(


Dekat wad, nurse datang pasang ctg dekat perut dan kelihatan contraction sudah semakin kerap. Memang bila baring je atas katil rasa macam dah nak patah pingganglah. Bila tengok muka aku macam pucat je tahan sakit, semua nurse-nurse praktikal berkerumun datang dekat katil aku. Semua sibuk nak pegang-pegang perut aku. Haha. Hilang sekejap rasa sakit melayan kerenah nurse-nurse praktikal yang banyak tanya. Lama juga lah borak-borak dengan nurse praktikal sambil-sambil menahan sakit perut pinggang semua. Tak lama kemudian doktor datang suruh pergi bilik belakang. Katanya nak pecahkan air ketuban. This time masa pecahkan air ketuban tu tak rasa sakit langsung. Tapi... bila balik dekat atas katil, terus badan rasa menggigil sakit perut yang amat sangat!

Nurse-nurse praktikal semua dah kelam-kabut heboh dekat wad katanya aku dah nak terbenarak. Haha. Tapi memang dah rasa sakit nak meneranlah bila sampai atas katil tu. Rasanya tak sampai 10 minit pun lepas doktor pecahkan air ketuban tu. Hubby dah cemas dekat sebelah katil dah tak tau nak buat apa. Tup-tup doktor yang pecahkan air ketuban tadi datang dan bagitahu yang ada satu labor room dah kosong.

Cepat-cepat aku diangkat ke strecher dan berlari-lari nurse tolak aku masuk labor room. Kelam-kabut sangat time tu. Hubby pun berlari-lari ikut sama but sadly dia kena tahan dekat depan pintu masuk labor room sebab nak kena isi form bagai sebab nak teman isteri bersalin. Yang aku ni sampai-sampai je labor room memang badan dah menggigil-gigil tahan nak meneran. Masa nurse-nurse angkat aku dari strecher ke atas katil pun aku dah terteran sikit rasanya sebab memang tak boleh dah nak menahan. Alhamdulillah, bila nurse letak je aku atas katil dekat labor room tu, check bukaan bawah dah fully dilated, 10cm. Terus je aku push sekuat hati sebab masa tu contraction memang sangat kuat. Alhamdulillah dengan sekali push, keluarlah puteri kesayangan seberat 2.88kg tepat jam 1.45pm.

Beberapa minit after Arissa lahir, hubby pun masuk labor room. Nurse cakap dekat hubby yang baby dah lahir dah pun. Hubby senyum kelat je, terkilan kut tak dapat teman masa aku melahirkan. Hubby keluar balik ambil wudu' dan qamatkan Arissa.

Even though masa melahirkan Arissa bagi aku adalah agak mudah compared dengan abangnya yang aku kena induce bagai, tapi part kena jahit kat bawah tu time Arissa lagi sakit kut. Hukhuk. Tak tau kenapa tapi aku siap sedut oksigen sebab tak tahan sakit kena jahit. Lama woh nurse tu jahit. Katanya nak kena jahit elok-elok. Adoyai. Sampai khayal aku sedut oksigen tu sebab banyak sangat. Oh lupa nak cakap, doktor pun tak sempat nak sambut aku bersalin, nurse yang sambut. Hukhuk! Takpelah asalkan dah lepas semua. Syukur Ya Allah!





 Khayla Arissa, day 1.


Oh, bagi yang nak tahu maksud Khayla Arissa tu, maksudnya: 

Khayla: Yang cantik
Arissa: Azam dan kuat. Personaliti yang menarik dan menawan. Keyakinan diri yang tinggi. Tetap pendirian tetapi bersedia mendengar pendapat orang lain.


Perkembangan Arissa.


Arissa, 5 hari

 Arissa, 7 hari

Arissa, 10 hari (dah selamat cukur rambut hari ke-7)

Arissa, 12 hari

 Arissa @ 1 mo

 
 Arissa, day 50 of life


 Arissa @ 5mo

Latest Arissa @ 6mo ++



 My kesayangans =)

Wednesday, February 6, 2013

About Diapers


Assalamualaikum w.b.t.

My friend Juju minta tolong review sikit pasal diapers ape yang daku pakaikan untuk my babies. Juju ni actually adalah my ex-classmate masa zaman U dulu plus housemate masa di blok H19, KTF, UTM Skudai (tetiba rindunya zaman di rumah H19 itu.). Hee... Tumpang excited sama nengok mom-to-be ni buat checklist untuk her baby mujahid. Teringat pulak zaman preggykan cidebab Afeef dulu. Best woo hari-hari duk fikir barang baby je sampai selagi tak beli tu nak tido malam pun tak lena. Ahaks!

Oklah. Jom cerita!

Masa preggykan Afeef dulu, the first diapers yang aku beli adalah:


1. Drypers!

 Beli Drypers adalah sebab dapat free 6 keping diapers tu ye. Hehe.


Review pasal Drypers. Emm... Ianya tak lembut sangat tak keras sangat, tak nipis sangat tak tebal sangat. Mulanya Drypers adalah sangat ok. Sebab Afeef pun bukan jenis yang selalu kene nappy rash kut. Guna Drypers sampai Afeef umur 2-3 bulan je. Lagi teruja beli Drypers ni sebab ade satu time tu design dia sangat comel seperti gambar di bawah.

 Masa ni cidebab Afeef umur 2 mo++.
 Comelkan design dia. Hehe. 


Tapi adalah sangat tertekan hokeh pakai Drypers ni. Sebabnya, anak terunaku ini selalu sahaja kalau pee mesti bocor tang tepi pinggang. Tak sure kenape (maybe bebird dia ternaik kut. Ehee.. ). Kalau dia tido dalam buaian tu, sampai kadang menitik-nitik air kencing dia. Rasanya boleh katakan hari-hari kena tukar kain buaian. Stress mak! So, tukarlah ke diapers lain pulak.


2. PetPet


PetPet ni yang bagusnya ia sangat-sangat lembut. Tapi cidebab Afeef still tak serasi jugak. Kencing BOCOR lagi. Hukhuk. Tak habis guna pun rasanya PetPet ni dah bertukar ke diapers lain.


3. Huggies 

Ada 2 jenis Huggies yang my babies pakai. Afeef merasa pakai Huggies Total Protection (red color). Yang ni memang lagi fail lah! Huhu. Sekejap je dah BOCOR tang pinggang. Kadang tu tengok kat diapersnya still kering lagi. Pelik yang amat! Plus ia sangat nipis. Ade lagi tersimpan dalam bonet kereta hubby. Pakai bila urgent je. Huhu. Tapi kalau pakai ni biasanya 2 jam dah kene tukar. Memang tak sesuailah untuk daku yang pemalas ni. Heheh.


Then Huggies Ultra (green color).


Yang ni bukan beli but dapat hadiah cidebab Afeef menang hadiah masuk contest Huggies. Tapi time tu Afeef dah pakai saiz XL, yang hadiah tu saiz M. So sedekah dekat adik dia je yang time tu masih dalam perut. Hehe. Yang Huggies Ultra pulak sangat tebal plus keras sikit. Arissa pakai macam tak berapa selesa plus nappy rash tumbuh banyak! Nasib la dapat free, kalau beli hoho mahal tu!


5. MamyPoko!



Sekarang, both Afeef & Arissa pakai MamyPoko. Its true MamyPoko adalah diapers yang termahal besides Huggies Ultra, tapi kepuasan memakainya adalah sangat penting. Actually, Afeef ni kalau takde kes bocor tang pinggang tu diapers mane-mane pun ok je dengan dia. Tapi la hai... dia nak diapers mahal jugak baru tak bocor. Huhu. Kopak ayahnye membeli setiap bulan.

Oh review pasal MamyPoko. Ia sangat lembut juga macam Pet Pet cuma ia sangat-sangat tebal & ketahanan dia menahan 'pipis' (bak kata dekat plastik MamyPoko tu) sangat TERBAIK! Hoho. Kulit baby pun takkan basah even diapers dah melayut-layut penuh air kencing. Barang berkualiti sememangnya mahalkan?

Honestly, aku beli Mamypoko ni time promotion je. Biasanya dekat Tesco Seri Alam, Masai ni sebulan sekali mesti ada promotion MamyPoko ni. Retail price kalau tak silap RM51.90 kut. Tapi kalau ada promotion, tinggal RM41.90 je. Kadang tu lagi best, beli 2 packs dapat RM82. Time promotion itu adalah time hubby dah bergaji, so ape lagi... boronglah kami sorang baby 2 packs Mamypoko.

Oh, yang memakai fully MamyPoko hanyalah cidebab Afeef sahaja ye. Adiknya Arissa siang pakai pampers lain. Malam je baru pakai MamyPoko. Ni kes ibu dia nak tolong ayahnya berjimat-cermat. Heheh. So ape Arissa pakai time siang?


6. Whoopee!



Review pasal diapers ni. Hurmm... Ianya agak keras berbanding MamyPoko & PetPet tapi lembut sikit compared to Huggies Ultra. Lebih kurang macam Drypers la senang cerite. Biasa kalau nak tukar diapers mesti akan perasan muntut Arissa agak lembab-lembab tak macam pakai MamyPoko. But now Arissa pun dah selalu kena nappy rash. Maybe jugak kut sebab pakai Whoopee ni. Tapi masih ada sepeket yang tak bukak lagi. Nak habiskan kesian pulak dekat anak dara kecik tu selalu lepas mandi dia garu-garu tut dia, GATAL kut. Haha. Kalau tengok muka dia sambil menggaru tu, mak aih syok je. Then habis merah-merah dah tutnya. So maybe after this both Afeef & Arissa kena pakai fully MamyPoko. 

Oh, ada juga review tentang diapers ni dekat one of my fav blogger, sis Diah. Baca juga lah ye entry sis ni Ju.


Next entry inshaAllah 'Kisah Kelahiran Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq'.

Wassalam...



Tuesday, January 15, 2013

Nursing Wear for Muslimah


Assalamualaikum w.b.t.


Ok, terajin pulak hapdate blog hari ini. Ngee...

Nak story sikit pasal nursing wear. For me, nursing wear ni sangat-sangatlah penting sebab I'm still fully breastfeed lil Arissa. Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan dah. Production susu pun alhamdulillah mencukupi untuk Arissa even kadang tu aku kene minum air sampai buncit-buncit perut sebab nak kasi refill susu. Heheh.

So bulan ni sempatlah aku grab 2 helai nursing wear. Tak banyak pun yang aku ada. But sekarang ni terasa macam nak buat collectionlah pulak sebabnya dah jumpa tempat nak beli nursing wear yang sangat comfy seperti di bawah.




Ok, 3 di atas sudah dimiliki. Yang di bawah ni berangan nak beli. Sebulan 1 pun jadilah. Heheh.






Cantikkan? Yang penting tutup aurat, cover part lengan tu. Sebab kebanyakan baju nursing yang dijumpai adalah banyak yang lengan 3 suku plus ada strip dekat cik B's area. Tu yang tak syok tu. Huhu.

Aloh cidebab Afeef dah bangun pulak. Sambung lagi nanti. Daa...

Sunday, January 13, 2013

Kehendaks untuk bulan ini.


Assalamualaikum w.b.t.

Eh dah 2013 dah eh? Haha... Gile lama tak update blog. Siap boleh lupe pasword bagai. Haha... Ok sekian.

So, bulan ini adalah bulan yang teramat-amatlah boros bagi aku ye! Sebabnye, aku telah menghabiskan banyak duits untuk beli barang-barang seperti di bawah ini and of course la barang 2 budak kenit, Afeef dan Arissa. Barang mak dia ade la satu je. Sobsobsob.


# KOREAN PYJAMAS


Ok daku telah membeli kesemua di atas. Untuk Afeef, aku beli size 3y hokeh sebab anak teruna ni membesar cepat sangat. Untuk Arissa pulak terpaksa beli yang 2y sebab itu yang paling kecik. Tapi ada sikit unfair sebab abang dapat 5 helai adik dapat 3 je. Takpe ye dik, nanti adik punya kita beli lagi dekat Jusco ye! Hehe! Ni tak dapat lagi pun. Sebabnya orang tu kate end of Feb baru sampai bajunya. Agaknya dia borong kat Korea kot.


# FISHER PRICE DIAPERS BAG



Hokhok cute gilerkan? Actually diapers bag lama dah tercabut pulak pemegangnye. So I really need a new diapers bag. Takkan nak sepah-sepah je pampers, baju anak blabla dalam keretakan. Nanti hubby bising. Huhu.


# ZOO PACKS LITTLE KID BACKPACKS

Kununnye nak kasi kat Afeef la letak softbook dia. Sekali dia tak heran pun. Haha. Takpelah, bag ni ibu isi mainan Afeef bila kita balik kampung ye!


# BRIGHT STAR ROARING FUN PLAY GYM FOR LITTLE NUR AMNI SOFIA ANAK SI APAIYAPALOT
Tak payah kenal la sape apaiyapalot ni. Haha. Ni name blog dia. Mak Nur Amni Sofia ni namanya Zuraida tapi nama manjanya Apai. Haha. Dah selamat bersalin dah kawan aku sorang ni. So sebab tak dapat lagi nak menjenguk baby Amni, auntie Pya kasik playgym je la dulu ye. Actually play gym ni sama macam Arissa punya. Sangat kalerpul sampai mak dia pun excited sama nak main. Haha.


NEXT WISHLIST >


# Little Bean Baby Walker for Arissa




Ok, nak tepek sikit gambar kenit-kenit kesayangan, Afeef & Arissa.


Bersambung lagi next time, inshaAllah =)