Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 2, 2012

Cidebab Afeef 1st BeeDay Party (BumbleBee Theme)


Assalamualaikum w.b.t


Hoho! Dah sebulan lebih dah cidebab Afeef sambut birthday baru terkedek-kedek ibunya nak buat story. Eh eh, ade ke orang baca blog ko yang dah berlapuk bersarang nih? Haha... Takpelahkan, ibu story sebagai kenang-kenangan untuk anak ibu yang cidebab ni baca dah besar esok.


Alhamdulillah, 17th June 2012 yang lepas genap setahun cidebab Afeef. Besar dah! Dah pandai jalan even suka jatuh berlepuk macam nangka busuk (ini budak nak jatuh tak reti nak duduk sendiri main jatuh je). Afeef dah berjalan few steps masa umur dia 11 bulan lebih lagi. Disebabkan badannya yang semangat, dia tak merangkak, maka oleh yang demikian dia terus berjalan. Haha! Berdiri pun kena orang tarikkan badan dia sampai berdiri lepas tu terus dia terkedek-kedek berjalan. Just 2-3 minggu lepas baru dia boleh memapah dan berdiri sendiri tanpa pertolongan orang. Alhamdulillah!


So, 17 Jun yang lepas my parents pun ada datang untuk sambut bersama birthday cucu kesayangan mereka ni. Sebabnya, keesokkan hari tu my abah ada appoinment dengan pakar jantung dekat Hosp. Sultanah Aminah. Sambutlah kami berenam je plus my abang Akie pun ada sama. Tak jemput orang pun sebab aku pun tengah sarat tak larat nak melayan tetamu time tu (preggykan adik Afeef, Arissa 9 bulan time tu). Haha... Nanti Afeef dah ada kawan sekolah baru ibu buat majlis besar-besar sikit yea.


Meh nak tepek sikit gambar-gambar time birthday party Afeef =)


 AbahTok & MakTok Afeef =)

 Me, busy preparing the food. Hehe...

Birthday cake yg super yummylicious! BumbleBee Theme.
Afeef makan 2-3 suap je yang lain semua orang tua yang bedal! Haha!

Nak tunjuk paper bunting/banner yang comel tu sebenarnya

 Makan KFC jer
 
 Mula-mula ibu dukung Afeef =)

 Pastu ayah sibuk nak dukung birthday boy pulak. Haha!

 Cidebab Afeef super happy dikepit oleh ibu & ayah =)

 Time nak tiup lilin

 Time nak potong cake

Birthday present from Pak Kie!


Hoh! Gambar birthday boy sorang-sorang lupe nak snap!  =(


Tetiba rindunya dekat cidebab Afeef! Dia dekat rumah bs sekarang ni sementara aku berpantang sendiri. Tak sabar nak habis pantang nak jaga 2-2 baby sendiri. Hopefully dapatlah handle dengan baik, inshaAllah amin...


Last but not least, gambar cidebab Afeef kelmarin. Time ni baru balik dari rumah bs. Miss him so much!

Ibu sayang sangat-sangat dekat Afeef!


Sunday, July 29, 2012

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq


Assalamualaikum w.b.t.




Alhamdulillah... selamat sudah melahirkan yang kedua ni.


Name : Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq
Date of Delivery : Monday, 23rd July 2012 (39 weeks 5 days)
Time : 1.45pm
Place of Delivery : Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Birth Weight : 2.88kg
Birth Height: 47cm
Normal delivery, SVD


Khayla bermaksud, yang cantik
Arissa bermaksud, azam yang kuat


Wah lamanya tak update blog! Super malas betol skrg ni. Haha... Gambar time birthday party abang Arissa, Afeef pun tak sempat nak letak lagi. Alhamdulillah leganya da beranak. Cukuplah kot 2 je buat masa sekarang ni (Bila cakap macam tu kat nurse-nurse yang datang check, makcik ngurut, semua cakap "Cakap bolehlah nak 2 je, nanti-nanti mesti lekat lagi". Wahaaa! Takutnya nak beranak lagi). Dah dapat sepasang ni, Syukur Ya Allah! Lagi-lagi bersalinkan Arissa ni tak kena induce pun plus sakit bersalin pun sekejap je (hampir terberanak dekat wad lagi > nanti ye cerita pengalaman bersalin). Tapi yelahkan, siapa yang pernah melalui bersalin secara normal ni je yang tahu betapa sakitnya nak keluarkan kepala baby ikut bawah nun walaupun sakitnya sekejap. Dengan kena jahitnye lagi. Huhu... Tapi itulah perempuankan. Berjihad, bertarung nyawa demi melahirkan zuriat suami tercinta. Ececehh... 


Hurmm, nak tulis panjang-panjang tapi nantilah dulu. Kumpul idea dulu. Kalau type sekarang mesti ayatnya tak menarik sebab tengah lapar (haha ampun, den tak puasa!). Bersambung lain kali ye!


Wassalam...
 

Monday, June 11, 2012

Preparation to celebrate Afeef 1st Birthday!


Assalamualaikum w.b.t.

Hoh lamanya tak update blog. Dah makin sarat ni makin pemalas pulak ibu boyot ni. Bukan malas nak update blog je, malas dalam semua perkaralah! Haha... Tujuan asal sebenarnya nak tulis entry tentang Afeef sakit terkena jangkitan kuman dalam darah, Staphylococal Scalded Skin Syndrome tu. Tapi bila tengok2 balik gambar time Afeef sakit tu, hati jadi sebak tersangatlah pulak. So cancellah! Kita tulis entry pasal preparation nak sambut birthday Afeef pulak. Haa ini baru cerita happy so ibu boyot ni adalah feel nak menaip =)


Actually, tak buat party meriah2 pun untuk Afeef. Just buat small birthday party. Itupun sebab my parents and my brother Akie nak datang 17th June tu (oh lupa nak mention, birthday Afeef is on 17th June). Sebabnya, keesokan harinya my abah terpaksa admit kat Hosp. Sultanah Aminah sebab ada buat scan jantung. So, sambut ber-6 jelah gamaknya. Tapi yang penting ada kek spesial untuk Afeef, makan2 sikit dan yang paling penting, bergambar buat kenangan. Kan??? =)


So, minggu lepas ibu boyot ni adalah ter'excited' sikit telah menempah paper bunting untuk birthday party anak terunanya. Buat kecik2 je tapi siap tempah paper bunting bagai. Haha... Bukan dah tempah paper bunting je, siap bertema lagi kaw! Temanya adalah BUMBLE BEE!!! Hehee... Tempah dekat Faizah, owner ilikecard. Actually pernah tempah thank you tag dekat dia dulu time kawen and surprisingly, she did the paper bunting ikut tema yang kita nak dalam masa sehari je! Giler bagus Faizah ni kan? Bukan paper bunting je, door gift, customize yassin for aqiqah, paper bag cantik2 pun semua boleh tempah kat Faizah ni. So recommended! =)


Contoh paper bunting yang ditempah

Yang ni yang Faizah buatkan ikut tema, Bumble Bee =)


Ok, paper bunting done! Cake pun sudah selamat ditempah semalam dekat Secret Recipe. Kebetulan pulak Secret Recipe ada buat fondant cake tema Bumble Bee. So happy ibu boyot ni!

Contoh cake tema Bumble Bee from Secret Recipe


Afeef pulak ibu dah belikan romper Polo color kuning untuk dipakai time birthday party nanti. Heheh... Ada ternampak kelmarin t-shirt kuning tema Bee kat Jusco tapi ayah Afeef tak berkenan la pulak. Plus t-shirt tu sangat besar! So ibu beli tru online jela *ayah tak tau ni*. Heheh... Beli size 18-24month. Harap2 muatlah untuk anak teruna ibu yang cidebab ni =)

Comelkan???


So tinggal nak beli balloon sikit plus benda remeh2 lain macam paper plate. Ceh budget macam ramai je nak jemput padahal ahli keluarga sendiri je.


Hurmm, ok la. Da tak larat nak duduk lama2 atas kerusi keras ni. Bersambung lain kali. Lastly mestilah kene tepek gambar cidebab Afeef kesayangankan? Ni gambar hari Sabtu lepas, time lepaking dekat Secret Recipe, Jusco Permas Jaya.

Afeef @ 11 months, 3 weeks & 2 days

Wassalam...

Wednesday, April 18, 2012

Update tentang adik Afeef @ 25weeks ++


Last week, 10/4/12 : Selasa, hubby dapat apply half day. Actually agak susah untuk hubby nak apply half day sebab his job is super banyak! So, kami tiga beranak pun berangkatlah ke Klinik Kesihatan Masai untuk buat check-up adik. Ini first time actually check-up di KK Masai sebab sebelum ni selalu check-up di KK
my brother Aki @ Sg. Rambai Melaka. Disebabkan dah overdue check-up, nurse KK Sg. Rambai called suruh tumpang check je kat KK Masai.

*sadis betul hidup merata nie. Hubby selalu outstation, so terpaksa menumpang di rumah mak then sebab tu la selalu pergi check-up dekat KK Sg. Rambai*


KK Masai sangat sarat dengan orang time kami tiga beranak pergi tue. Dari pukul 10am, sampai dekat pukul 1pm baru check-up habis =(. Kalau kat KK Sg. Rambai, mahu setengah jam je boleh habis check-up. Nasib Afeef behave je duduk dengan ayah dia sementara ibu check-up.


So, here is the result:

Alb: N
Gula: N
Hb: 12.0
Berat: 62kg! > 3.5kg
Tekanan Darah: 123/60
Tinggi Rahim: 25


Muahaha! Naik 3.5kg tue! Masa last check-up 19weeks berat baru 58.5kg. Perut pun tak nampak langsung. Memang berat naik mendadak preggy adik nie. But ibu sangat happy sebab tak muntah-muntah teruk macam preggy Afeef dulu =)


Then kelmarin, 16/4/2012 : Isnin, pergi ke Poliklinik Yuslina untuk scan adik. Nak tau sangat-sangat gender adik nie boy ke girl. Nak pergi buat routine check-up kat hosp. private, rasa macam malaslah pulak nak membazir duit. Kalau dulu selalu check-up Afeef dekat DEMC itupun sebab comp lama hubby yang bayar. Haha... Pergi Poliklinik Yuslina pun dah agak lewat around 9pm. Nasib ada seorang patient je time tue so tak la lama tunggu. Dr. Yuslina sangatlah friendly. Masa scan tue dr. cakap everything is normal. Uri kat atas but adik still dalam kedudukan melintang, kepala belum ke bawah lagi.


So, masa nak tau gender adik, dr. pointkan curser kat 'tut' adik, then hubby sajalah cakap "boy ea dr?" Then dr. kata "Ehhh, tak lah. Macam ni flat je biasa girl! Kalau boy dia macam ada buah besar."
Tersengih-sengih kami laki bini dalam bilik tue. Ngeh ngeh! Tapi dr. kata, biasanya kalau scan nampak macam girl, boleh jadi baby tue boy. If nak double confirm lagi, kene buat scan 4d. Tapi kalau nak buat pun better dalam weeks ke 28-30. So, harus la menunggu lagi 2 weeks++ untuk double confirm gender adik. But ibu still so so happy sebab still ada chance yang adik ni girl =) Tapi, kalau adik ni boy pun, ibu tak kisah sayang =)


Presenting adik Afeef =)


Muka Abang Afeef baru bangun tido. Monyok je sebab ibu paksa posing. Haha!


Oklah, itu je cerita hari nie. Afeef tengah tido nie, nak kena jadi supermak kejap buat keja rumah laju-laju.

Monday, April 16, 2012

Kehendak yang macam-macam...


Since dah pindah ke rumah sendiri nie, hari-hari aku dok pikir nak beli macam-macam benda. *Benda* tu means, kelengkapan rumah. Sampai aku dah buat checklist barang-barang yang sangat panjang dalam memo kat handphone! Haha! Tapi bukan aku sorang je kemaruk macam tue, hubby pun sama hokeh! Selalu jugak nampak hubby buka my handphone tengok checklist barang-barang. Sampai kadang tu boleh before nak tido siap bincang bagai nak beli apa, nak decorate rumah macam mana... Haha!



Tapi iyelah kan, barang-barang rumah ni semuanya mahal-mahal. Jadi kami laki bini pun haruslah berjimat-cermat, beli yang mana penting je dulu. Every month beli sikit-sikit. Nak beli sekaligus memang tak mampulah kan? Dah la hubby sorang je yang bekerja. So agak terbatas di situ =(



So, last 2 weeks ada homefair kat PERSADA. Gigih la aku ngan hubby pergi dengan niat nak cari affordable kitchen cabinet. But sangat menghampakan sebabnya the price still agak mahal. Nak yang sesimple as below but the price is around RM4000++. Over budget la pulak =(

Simple but nice huh?


So harus menabung lebih lagi la bulan-bulan seterusnya untuk mendapatkan kitchen cabinet idaman itu. Huhu... Then time nak balik tue tiba-tiba kami laki bini ternampak pulak LED TV yang sangat affordable. Siap free home theater system hokeh!

Normal price is RM449, but we got it free!
Cutekan bulat-bulat =)


Mulanya memang tak terasa nak beli pun sebabnya my parents dah bagi pinjam TV Toshiba lama since baru kawen dulu. Tapi... tapi... it's not LED TV. Hihi! Lastly hubby termakan jugak pujuk rayu salesman tersebut. Tak dapat kitchen cabinet, dapat LED TV pun alhamdulillah! Boleh slash 1 barang dah! Yippie!!! *kesian orang semua dah lama pakai LED TV, ko baru nak merasa. Heheh*



Kabinet TV pun dah terbeli. Meja makan pun dah terbeli. Sofa, pakai sofa lama dulu. Masih elok lagi. Bila dah vacuum sofa lama tu nampak macam sofa baru pulak =) So part living room hampir complete. Just yang paling penting sekarang ni nak buat partition untuk divide living room dengan kitchen. Still thinking nak buat pakai simen batu terus or pakai kayu je dulu. Hurrmmm...


Oh, semalam sempat kami laki bini mengecat living room. Actually jiran sebelah rumah nie kerja dekat kedai cat, so dia dengan baik hati telah menyedekahkan setin tong cat Jotun color kuning cair kepada kami. Mahal tue setin cat Jotun berharga RM99! So untuk tidak membazir, kami telah mengecat ruang makan dengan cat kuning cair dan ruang tamu dengan color light brown.


Part living room tinggal nak cari decor sikit-sikit je lagi. Nak gantung-gantung frame gambar, nak beli vase isi ranting-ranting kayu, tukar carpet baru and langsir baru too! Hihi...


Alamak cidebab da bangun! Bersambung lain kali ye...

Monday, April 9, 2012

Cidebab Afeef menang contest dari Huggies & Onebabyworld! Yeay!


Ini cerita lapuk sebenarnya. Tapi disebabkan hadiah baru sampai, jadi macam new story pulak. Haha!


Actually, bila si ibu cidebab takde kerja di rumah, online sajalah kerjanya. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tue, salah seorang geng blog, mama Sheeda bagitau yang dia menang contest dari Huggies tru Facebook. Dia suruh aku join sekaki sebab sangat senang contest tue. Just post gambar baby kat wall Huggies ikut tema pada hari tersebut. Siapa paling cepat, dapatlah hadiah. So, tanpa membuang masa, aku pun postlah gambar cidebab tepat pada waktunya. Heheh! & alhamdulillah, cidebab menang tempat ke-3 kalau tak siap. Menang hadiah Huggies Tent Car! Yeay!


Tapi... at first, Huggies hanya pos sebungkus pampers Huggies Ultra & voucher Giant bernilai RM50. Siap surat mintak maaf bagai sebab lambat post hadiah. Ibu cidebab nie dah sedih dah sebab ingat tak dapat Huggies Tent Car tue. Tuptup 2 weeks after tue, Huggies post pulak Huggies Tent Car! Wee~~~ Ibu cidebab so happy!


Voucer Giant dah selamat dibelanjakan. Haha!


Contest ke-2 adalah contest dari Onebabyworld. Contest ni payah yang amat. Sebabnya, ibu cidebab kena suruh orang like banyak-banyak gambar cidebab & gambar yang paling banyak di'like' akan menang hadiah. Contest ni cidebab just menang hadiah saguhati je. Tapi ibu dah sangat-sangat bersyukur. Dapat hadiah bottle drying rack, 2 bib besar & satu storage box comel. Tapi ada 2 orang geng blog, mama Yun & mama Yuyu dapat hadiah saguhati jugak. Tapi mereka dapat 2 helai cloth diapers. Ibu cidebab sebenarnya agak kecewa tak dapat cd sebab memang teringin sebenarnya nak belikan cidebab cd, tapi ayahnya tak bagi. Huhu... So mengharap yang dari hadiah OBW nie. But takpelah, takde rezeki cidebab nak try cd.


Mula ingat benda apa nie??? Bukan cdkah???


Oh rupanya bottle drying rack, bib & storage box


Dan inilah semua koleksi hadiah yang cidebab menang!



Alhamdulillah! Tapi, tak tau la lepas nie ibu cidebab rajin ke tak lagi nak join contest2 nie. Sebabnya pinggang ni pun dah macam tak boleh nak duduk ngadap lappy lama-lama. Sengal! Huhu...


Oh, bawah nie adalah gambar lucky cidebab. 2-2 contest aku letak gambar nie. Hehee...


With his cute bannie hat =)

Friday, April 6, 2012

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak, ibu pun tumpang sekaki. Hehe!!!


Assalamualaikum w.b.t.



Woha! Lamanya tak update blog! Rindunya!!! *Rasanya tiap kali update blog mesti cakap mukadimah nie dulukan?* Haha!


Rasanya nie paling lama aku tak update blog. Almost 4 months kot. Last entry bulan Disember. Teringin sangat nak update tapi... tapi... ada je yang menghalang. Tapi hari nie, tiba-tiba terasa nak tengok nuffnang. Sekali terbulat mata sekejap sebab tiba-tiba ada *banyak* duit. Muahaha... (sila lihat ada tanda * di situ) Alhamdulillah rezeki jugak. Tak update blog pun ada jugak yang sudi singgah & klik my nuffnang ye. Terima kasih semua!


Sejak mengandungkan adik Afeef nie, alhamdulillah rezeki sangat mencurah-curah.
Rezeki yang paling best adalah, kami anak-beranak dah selamat berpindah ke rumah sendiri. Even bukanlah rumah idaman yang mahal-mahal, tapi syukur... Sekurang-kurangnya tak la terbang RM600 ke tuan rumah setiap bulan. Kalau terbang duit pun, ke harta sendiri. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, rumah ni boleh la di sewa & akan cari rumah yang lagi selesa. Hubby teringin sebenarnya nak beli rumah semi-D. Dah jumpa pun yang berkenan tapi rumah tu bakal siap 2 tahun lagi. So, rasa macam better beli rumah biasa-biasa je dulukan dari nak menyewa sampai rumah siap. Kan?


Rezeki lain. Before pindah rumah bulan Februari hari tue, hubby
sempat tukar kereta. Alhamdulillah dapat jugak kereta idamannye. Tak nyenyak tido malam selagi tak beli kereta tue. Huhu... Ibu dengan Afeef nie menumpang jela. Dari kereta Saga BLM ke Mazda3. Sangat bangga dengan my hubby sebab umur belum pun masuk 26 tahun tapi dah merasa pakai kereta idaman. Aku??? Huhu... Kerja pun tak lagi. So tak merasa la nak beli-beli barang idaman lagi. =(


Hubby's new baby =)


Rezeki lain. Hubby dapat naik pangkat lagi! Woha! So so happy for him. But disebabkan naik pangkat lagi, hubby kene pergi training di Scotland for one week. Huhu... Berjauhan lagi la nampaknya. Baru je kene tinggal, hubby pergi offshore 3 weeks kat Miri hari tue. Takpelah, happy hubby naik pangkat lagi mengatasi sedih kene tinggal kot. Hehe!


Rezeki lain. Got presents from hubby! Wee~~~ New handbag & shoes. Thanks my dear! Love you so much! =)



Cerita tentang Cidebab Afeef.
Mesti mau selit cerita anak-anak. Hehe! Perkembangan Afeef sekarang:

- Sudah tumbuh 2 batang gigi bawah masa umur 8mo 2weeks

- Masih belum merangkak tapi dah ada tanda-tanda nak angkat montot & tangan
- Sudah mula makan puree buah ibu buat. Kalau tak dulu lueh je. But still refuse nak makan bubur nasi. Nestum je yang dia nak telan

- Pandai lambai tangan sebut "tata"

- Pandai cium ibu kalau ibu sua pipi. =)
- Sudah boleh duduk dengan stabil tapi ibu yang dudukkan, belum boleh duduk sendiri
- Dah pandai nak keluar berjalan. Pantang nampak ibu bukak pintu mengamuk nak keluar. Huhu...


Itu je kot.

Latest pic with cidebab Afeef =)


Cerita tentang adik Afeef tak banyak. Adik Afeef baru je masuk 24weeks. Dah mula membonjol-bonjolkan perut ibu yg boyot nie. Hehe! Berat ibu pun makin naik mendadak. Adik Afeef baru 24weeks berat ibu da 60kg. Preggy Afeef dulu, 28weeks baru 59kg. Berbezakan? Haha...


Oh oklah, cidebab sudah mengamuk. Tak sihat sangat hari nie dia. Montot dia merah-merah. Asyik poo-poo je lately. Nak basuh poo-poo pun meraung-raung. Bersambung lain kali...