Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 11, 2012

Preparation to celebrate Afeef 1st Birthday!


Assalamualaikum w.b.t.

Hoh lamanya tak update blog. Dah makin sarat ni makin pemalas pulak ibu boyot ni. Bukan malas nak update blog je, malas dalam semua perkaralah! Haha... Tujuan asal sebenarnya nak tulis entry tentang Afeef sakit terkena jangkitan kuman dalam darah, Staphylococal Scalded Skin Syndrome tu. Tapi bila tengok2 balik gambar time Afeef sakit tu, hati jadi sebak tersangatlah pulak. So cancellah! Kita tulis entry pasal preparation nak sambut birthday Afeef pulak. Haa ini baru cerita happy so ibu boyot ni adalah feel nak menaip =)


Actually, tak buat party meriah2 pun untuk Afeef. Just buat small birthday party. Itupun sebab my parents and my brother Akie nak datang 17th June tu (oh lupa nak mention, birthday Afeef is on 17th June). Sebabnya, keesokan harinya my abah terpaksa admit kat Hosp. Sultanah Aminah sebab ada buat scan jantung. So, sambut ber-6 jelah gamaknya. Tapi yang penting ada kek spesial untuk Afeef, makan2 sikit dan yang paling penting, bergambar buat kenangan. Kan??? =)


So, minggu lepas ibu boyot ni adalah ter'excited' sikit telah menempah paper bunting untuk birthday party anak terunanya. Buat kecik2 je tapi siap tempah paper bunting bagai. Haha... Bukan dah tempah paper bunting je, siap bertema lagi kaw! Temanya adalah BUMBLE BEE!!! Hehee... Tempah dekat Faizah, owner ilikecard. Actually pernah tempah thank you tag dekat dia dulu time kawen and surprisingly, she did the paper bunting ikut tema yang kita nak dalam masa sehari je! Giler bagus Faizah ni kan? Bukan paper bunting je, door gift, customize yassin for aqiqah, paper bag cantik2 pun semua boleh tempah kat Faizah ni. So recommended! =)


Contoh paper bunting yang ditempah

Yang ni yang Faizah buatkan ikut tema, Bumble Bee =)


Ok, paper bunting done! Cake pun sudah selamat ditempah semalam dekat Secret Recipe. Kebetulan pulak Secret Recipe ada buat fondant cake tema Bumble Bee. So happy ibu boyot ni!

Contoh cake tema Bumble Bee from Secret Recipe


Afeef pulak ibu dah belikan romper Polo color kuning untuk dipakai time birthday party nanti. Heheh... Ada ternampak kelmarin t-shirt kuning tema Bee kat Jusco tapi ayah Afeef tak berkenan la pulak. Plus t-shirt tu sangat besar! So ibu beli tru online jela *ayah tak tau ni*. Heheh... Beli size 18-24month. Harap2 muatlah untuk anak teruna ibu yang cidebab ni =)

Comelkan???


So tinggal nak beli balloon sikit plus benda remeh2 lain macam paper plate. Ceh budget macam ramai je nak jemput padahal ahli keluarga sendiri je.


Hurmm, ok la. Da tak larat nak duduk lama2 atas kerusi keras ni. Bersambung lain kali. Lastly mestilah kene tepek gambar cidebab Afeef kesayangankan? Ni gambar hari Sabtu lepas, time lepaking dekat Secret Recipe, Jusco Permas Jaya.

Afeef @ 11 months, 3 weeks & 2 days

Wassalam...

4 comments:

^nanie^ said...

lame x blogwalking kt cni..whoaaaaa afeef turn one soon!happy besday afeef..klu dekat boley aunty dtg..(cea...mcm la pya jemput..) haha

Dina Sallehudin said...

boolat sungguh afeef ni dear... geram i tgk hehe

diyadeary said...

Piya..
Cepatnya masa berlalu!!
Awww.. Gebunya Afeef, gerammmmm. Hee

ily♥ said...

Assalamualaikum...
Singgah sini n follow your blog..
Salam perkenalan..

btw, afeef sgt comel. chubby.