Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 7, 2014

Set Kurus Bajet & Terbaik dari Shaklee


Bismillahirrohmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t.

Selepas 5 bulan lebih menjadi pengguna setia Set Bajet untuk Ibu Menyusu iaitu ESP dan Alfafa, dan selepas aku bergelar Shaklee Independant Distributor, barulah aku mencuba Lecithin pula. Alfafa dan Lecithin merupakan SET BAJET KURUS yang amat mampu dimiliki oleh semua orang ye!

 SET KURUS BAJET by Shaklee

ESP + Alfafa Complex + Lecithin merupakan 
Set Bajet untuk Ibu Menyusu & Slim

Kenapa nak makan Lecithin? Haha sebabnya selepas bersalinkan Arissa, perut adalah sangat tidak syok dilihat. Gelebeh-gelebeh. Mungkin disebabkan semasa berpantang selepas melahirkan Arissa, aku ambil remeh hal berbengkung. Sebab berpantang sendirikan? Bila berbengkung tu rasa macam susah sangat nak buat kerja. Tak macam berpantang selepas bersalinkan Afeef dulu, berpantang di rumah mak so memang 44 hari berpantang dan dapat berbengkung dengan jayanya. Perut pun sekejap je dah macam sebelum pregnant. But sadly selepas kelahiran kedua, perut tidak seindah dilihat seperti dahulu. Huaaa!


So apa itu Lecithin

Lecithin Shaklee adalah pengemulsi semulajadi daripada kekacang soya. Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina (suatu komponen neuropenghantar asetikolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf). Kolina adalah sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya yang menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Pengemulsi semulajadi yang dimaksudkan yang terdapat di dalam Lecithin Shaklee adalah, ia membantu dalam memecahkan lemak-lemak di dalam badan manusia (agen pecah lemak) terutama lemak-lemak yang terdapat di dalam salur darah. Seterusnya lemak-lemak tersebut akan terapung-apung di salur darah dan tidak melekat di salur darah. Kesannya, badan akan mampu menyingkirkan lemak-lemak tidak berguna dengan lebih mudah. Selain membantu mengurangkan kebarangkalian menghidap strok, Lecithin juga amat sesuai dimakan untuk kurus secara sihat. Pengambilan bersama Alfafa Complex mampu mempercepatkan pembuangan lemak-lemak dari badan kerana Alfafa Complex mampu membuang toksin dan lemak-lemak yang terapung di salur darah dengan lebih cepat dari badan.


 Klik pada gambar untuk pembesaran ya!

Alhamdulillah, selepas sebulan mengambil Lecithin, perut macam ada kurang gelebeh. Kurang ye bukan kempis sepenuhnya. So aku keep consume juga Lecithin sampailah bulan Disember ada PROMOTION OMEGA GUARD pulak. Omega Guard ni membakar lemak 2 kali ganda daripada Lecithin. Lecithin adalah agen pecah lemak manakala Omega Guard pula agen bakar lemak. Omega Guard juga mampu meneutralkan hormon leptin di dalam badan iaitu hormon yang menghantar isyarat lapar kepada otak. So, bila makan Omega Guard ni rasa lapar akan berkurangan, InshaAllah dan anda akan mudah berdiet. Akan cerita lebih lanjut tentang Omega Guard ni dalam entry akan datang ya!

SET KURUS TERBAIK by Shaklee

Alhamdulillah, kesan memakan ESP + Alfafa + Lecithin dan Omega Guard secara konsisten, beserta meminum sekurang-kurangnya 2 liter plain water sehari, perut yang mengelebeh semakin kembali kepada bentuk asal seperti sebelum pregnant dulu. Haha happynya! 

Berminat untuk mendapatkan SET BAJET KURUS atau SET KURUS TERBAIK? Contact saya ok ataupun tinggalkan komen anda di bawah beserta nombor telefon. Saya sendiri akan menghubungi anda =)

Sofiah Abdollah | 011-11335711
Shaklee Independant Distributor [1074019]

Wassalam.

No comments: