Bismillahirrohmanirrahim & Assalamualaikum wbt.
Baru blogwalking ke blog kawan-kawan lama. Bestnya lahai! Semuanya berupdate! Aku seorang je kut yang bersawang-mawang. Sobsob.
Ok, 2013 in memory.
1. Hubby dapat transfer kerja baru!
Tak ingat tarikh tepatnya tapi dalam bulan Mei macam tu hubby dapat offer tempat kerja baru. Hubby dekat tempat kerja lama asyik dibebani dengan masalah rakan sekerja & senior yang agak annoying. Mungkin sebab my hubby baru berumur 27 tahun dan positionnya itu memerlukan untuk dia mengarahkan orang yang lebih tua, jadi my hubby jadi bahan umpatanlah di tempat kerjanya itu. Sobsob...
Tidak tahan dengan situasi di tempat kerja, dengan kerja selambak yang diberikan, orang lain duduk goyang kaki, balik-balik kerja stres je muka, so one day my hubby cakap "Tak boleh jadi ni, kene cari kerja lain!". Huhu! Aku pun okkan aje sebab yelah, bukan kerja pun. Housewife aje so memang tak jadi masalah besar pun if hubby nak transfer kerja. Just sayang nak tinggalkan rumah kecil kami di Pasir Gudang.
So, here we are, menetap di Flora Damansara, Damansara Perdana sekarang. Petempatan Negro terunggul di Malaysia! Haha! Pindah main terjah, tengok rumah sewa pun dekat website Mudah je. Tergamam sekejap masa malam pindah rumah tu. Seminggu kami berkira-kira nak beli perabot baru sebab kesemua perabot disewakan fully furnished dalam rumah lama dulu. Then bila hubby dah start kerja, dan tempat kerja pun sangat dekat, lama-lama macam ter 'OK' pulak duduk sini. Even jiran pun Negro, tapi buat hal sendirilah masing-masingkan? Doa pada Allah banyak-banyak semoga tiada yang buruk sepanjang duduk di Flora Damansara ni. Dan perabot pun dan terbeli. Mungkin ada rezeki beli rumah nanti barulah kami berpindah kut. Ntah bila la agaknya. Huhu...
2. I'm Shaklee Distributor!
Haha, nak juga cakapkan? Ntah la, mungkin terasa seperti baru dapat kerja baru. From zero housewife yang hanya buat kerja rumah dan jaga anak-anak, sekarang dah ada kerja. Buat kerja dapat gaji, tak buat kerja tak dapat gaji. Hehe. So, nak bonus banyak, haruslah ada sales banyak. Buat masa ni medium aku promote barang Shaklee cuma FaceBook dan alhamdulillah sambutan dari kawan-kawan amatlah menggalakkan. Bulan pertama alhamdulillah dapatlah bonus RM230. Oklah kan starting bisnes. Bulan ni alhamdulillah meningkat bonusnya, syukur Alhamdulillah. Dan hubby pun sangatlah supportive, siap gantikan handphone lama yakni my Galaxy Young kepada si handphone giant di bawah. Gift sebab dapat 10 orang customer bulan pertama bisnes katanya. Hee. Love you so much dear hubby!
Macam mimpi je. Ahah!
3. Disahkan Demam Denggi!
2 minggu lepas, badan tiba-tiba terasa seram sejuk! Cakap dekat hubby macam nak demam. So esoknya memang demamlah. Haha! Hubby terpaksa EL jaga anak-anak. Jumaat rasanya hari kena demam tu. Sabtu tu ada wedding pula di kampung hubby, di Kuala Kangsar. Demam-demam tu balik juga sebab sepupu rapat hubby kahwin. Tapi aku... terbaring aje di rumah opah hubby. Memang tak boleh bangun langsung. Yang MIL pulak dah syak-syak aku preggy lagi. Haha hadoi!
Malam Ahad tu pergi ke klinik. Doktor cakap maybe disebabkan tonsil bengkak so sebab tu demam. Memang tekak rasa peritnya Ya Allah! Allah aje tahu azabnya. Telan semua benda tak boleh. Minum plain water pun tak boleh. Air suam lagilah! Terasa seperti tekak dihiris-hiris pisau tajam. So bila dah balik rumah sendiri, aku pun google-google tentang tonsil bengkak. Memang kebanyakannya cakap tonsil bengkak tu kombonya demam. So aku redha ajelah. Suruh hubby beli ais-krim vanila. Memang makanan aku selama 2-3 hari cuma ais-krim vanila & milo sejuk sahaha. Boleh imagine tak? Kerempeng terus badan, tapi syok juga. Haha!
Then hari ke-4, tiba-tiba tangan naik biji-biji merah seperti di bawah.
So gatal! Menggaru je kerjanya. Huhu. Call my brother, Dr. Zakaria dan dia suruh aku pergi hospital or klinik kerajaan ambil darah. Masa tu baru terdetik dalam hati, eh aku ni kene denggi ke? So malam tu gegas-gegas balik Muar sebab nak minta tolong my mak tengokkan my hubby yang kena menjaga Afeef & Arissa kalau aku kene admit.
Esoknya pergi KK Parit Bakar dan dokter pun suruh ambil darah. Di bawah resultnya.
Doktor cakap, ni memang tanda-tanda denggi. Platlet darah kurang. So dia bagi balik dulu sebab aku pun dah tak demam. Just keluar biji-biji merah menggatal tu je. She advise to minum sup ketam dan air 100 Plus banyak-banyak. Esoknya kene ambil darah lagi nak check. If platlet darah menurun kene admit wad. Huaa dalam kepala memang tak naklah kan masuk wad, si genit Arissa kuat ngamok tu sapo nak handle, ayahnye sendiri pun kadang-kadang surrender. Huhu.
So balik tu my mak dah siap-siap masakkan sup ketam, plus tanya opinion kawan-kawan ada petua tak nak baikkan denggi. Ramai bagi suggestion minum air perahan pucuk betik. Sebab kat kampungkan so memang adalah daun betik tu. My mak cepat je buatkan jus pucuk betik. Telankan ajelah walaupun pahitnya sampai sekarang duk teringat lagi. Haha! Nak baik punya pasal. 100 Plus pun minum juga. Sempat whatsapp my brother cakap if platlet darah still tak naik esok taknak admit boleh tak? Dia jawap seperti di bawah.
"Nak gamble nyawa buat la". Hahaha hadoi! Dan alhamdulillah esoknya ambil darah dan result darah platlet darah dah kembali normal! Horay bebas denggi! Tapi badan still weak. Nak tidur je kerja. Melepek je atas sofa selepas tu lebih kurang 2 hari. Then my hubby belikan Performance Drink Shaklee sebab ramai suggest tu baik juga untuk orang yang kene denggi. Alhamdulillah lepas minum tu badan kembali cergas. Haha sempatkan promote Shaklee.
Performance Drink by Shaklee, terbaik!
Banyak lagi kisah menarik 2013, tapi ini ajalah yang sempat ditulis. Semoga tahun 2014 kehidupan lebih berkat, bahagia & penuh memori indah, Amiinn..
Oh la mak, dah pukul 3am! Esok nak jumpe my master dalam Shaklee, Lyana Mansor at Pullman, Putrajaya. Saja nak jumpa sebab belum pernah jumpa. Sebelum ni berjumpa di FaceBook aja. Nak tau kisah kejayaan beliau yang berumur hanya setahun lebih tua dari aku tapi dah jadi Master Coordinator Shaklee kau! Bestnya! Teringin menjadi seperti beliau juga. Doakan ya!
Ok, bersambung lagi nanti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment