Bismillahirrohmanirrahim & Assalamualaikum w.b.t.
Apa itu Lecithin dah diceritakan di dalam entry sebelumnya. But meh la nak copy lagi, senang ye dak tak payah nak pergi tengok lagi dekat entry lain.
So apa itu Lecithin?
Lecithin Shaklee adalah pengemulsi semulajadi daripada kekacang soya. Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina (suatu komponen neuropenghantar asetikolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf). Kolina adalah sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya yang menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.
Pengemulsi semulajadi yang dimaksudkan yang terdapat di dalam Lecithin Shaklee adalah, ia membantu dalam memecahkan lemak-lemak di dalam badan manusia (agen pecah lemak) terutama lemak-lemak yang terdapat di dalam salur darah. Seterusnya lemak-lemak tersebut akan terapung-apung di salur darah dan tidak melekat di salur darah. Kesannya, badan akan mampu menyingkirkan lemak-lemak tidak berguna dengan lebih mudah. Selain membantu mengurangkan kebarangkalian menghidap strok, Lecithin juga amat sesuai dimakan untuk kurus secara sihat. Pengambilan bersama Alfafa Complex mampu mempercepatkan pembuangan lemak-lemak dari badan kerana Alfafa Complex mampu membuang toksin dan lemak-lemak yang terapung di salur darah dengan lebih cepat dari badan.
Agen Pecah Lemak semulajadi
So, entry kali ni just nak tunjukkan, IYE KE LECITHIN NI BOLEH PECAHKAN LEMAK? Mula-mula join Shaklee pun aku tengok iklan orang jual Lecithin, "Agen Pecah Lemak" katanya. Dalam hati, iye ke boleh pecahkan lemak? Macam tipu je. Haha. Sampailah satu hari terjumpa satu poster menunjukkan demo Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak. Tapi tak bolehlah nak copy poster tukan? Penat-penat orang tu buat poster sendiri kita senang-senang je nak ambil kesempatan. Buatlah demo sendirikan? Mana tahu lebih menarik dan mampu mempengaruhi orang membeli Lecithin. Haha.
So, terjadilah poster di bawah semalam. Dengan bantuan hubbyku sayang. Dia tolong kacau-kacau minyak plus menjaga 2 budak ligat, Afeef dan Arissa dari mengacau ibunya membuat demo. Hehe. Thank you so much B! Love you till Jannah! *sempat
Poster, Lecithin Shaklee sebagai Agen Pecah Lemak!
Oklah kan? Walaupun tak semenarik mana, tapi ada jugalah effort untuk buktikan kepada my lovely customer yang membeli SET BAJET KURUS (Lecithin + Alfafa) bahawa memang betul Lecithin ni mampu memecahkan lemak di dalam badan mereka.
Oh, meh la nak ceritakan details tentang demo semalam.
1. 2 sudu minyak masak (contoh lemak) dimasukkan ke dalam segelas air. Kelihatan minyak dan air tidak akan bercampur walaupun kita kacau-kacau mereka berdua.
2. 3 biji Lecithin ku korbankan untuk demo di atas ye. Huhu! So, pecahkan 3 biji Lecithin dan masukkan ke dalam campuran minyak dan air tadi.
4. Kelihatan minyak (contoh lemak) terurai dengan lebih dahsyat sekali selepas seketika. Haha. Nampak tak, nampak tak?
5. Campuran minyak, air dan LECITHIN SHAKLEE selepas beberapa minit. Kelihatan minyak (contoh lemak) sudah terurai sehingga mencecah bawah gelas.
5. Hasil akhir, minyak (contoh lemak) tersebut tidak melekat di tepi-tepi dinding gelas.
Teruja betul tengok demo sendiri buat. Haha! So, boleh imagine tak lemak-lemak dalam badan kita bila kita consume Lecithin? Lemak akan diuraikan dengan sangat pantas dan akan terapung-apung di salur darah (itulah yang dimaksudkan dengan emulsikan lemak). Means, salur darah kita tidak akan diliputi lemak tebal yang mampu menyempitkan salur darah dan membawa kepada penyakit jantung, strok dah masalah lain berkaitan jantung. Plus, bila Lecithin berjumpa dengan mana-mana lemak di dalam badan kita, InshaAllah lemak tersebut akan diemulsikan dan sekirannya anda mengambil suplemen untuk detoks seperti Alfafa atau Herb-Lex, lemak-lemak tersebut akan lebih mudah dibuang dari badan.
Alfafa Complex sebagai Agen Detoks yang superb!
Ada 2 saiz ye, botol kecil ada 330 biji & botol besar ada 700 biji.
Bulan ni PROMOTION Alfafa Complex, so harga terlajak murah sangat u olls! Rugi tak beli!
So, terang tak kisah Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak? So lepas ni boleh try sebotol Lecithin ya! Haha!
Oh cawan tu hadiah dari officemate hubby dulu masa kitorang kahwin, Kak Ti, secretary bos lama hubby di Trisystem. Thank you Kak Ti! Cantik sangat gelas tu, boleh buat coklat mousse. Haha tapi tak buat-buat pun. Dok tengok je Ana Olson buat tapi diri ini asyik didownkan oleh 2 orang budak ligat yang tak bagi can langsung ibu dia duduk lama-lama dekat dapur. Haha. Ni budak 2 orang bawah ni.
Buah hati pengarang jantung, ulu hati, perut dan sebagainya. Haha!
Oklah, mau tidur. Pukul 2 am sudah. Nak update blog kene tengah-tengah pagi sebab time ni lah 2 orang budak di atas nyenyak tidur. Dah seminggu update blog tengah-tengah malam mata pun dah kembali panda bear. Sungguh tak best! Huhu!
Bersambung lagi nanti, InshaAllah.
Wassalam.
2 comments:
waaahh setelah sekian lama akhirnya update jugak blog! hehehe
Nurza Awi: iye Ju, bisnes punye pasal. Haha! btw tq Ju visit blog Pia!
Post a Comment