Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 18, 2014

Yukids Island, The Curve!

Bismillahirrohmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Rajin pulak dia ni memblog ye. Hehe. Ok, ni cerita semalam. Al-kisahnya, disebabkan kesian Afeef dan Arissa macam boring je duduk dekat rumah, daku pun kuatkan mental dan fizikal tekad membawa anak-anak keluar berjalan (Ceh sebenarnya sendiri yang boring kat rumah, haha!)

Actually nak pos barang Shaklee customer. So alang-alang keluarlah berjalan sekali ye dak? After pos barang tu, menyinggah sekejap dekat Dunkin Donut tempat favourite Afeef dan Arissa. 


Happynya dapat makan donut. Ada pulak donut snowman Olaf tu. Afeef beria nak yang tu tapi sayang nak makan haha!

Jumpa mommy Yun dekat Dunkin Donut. Sempat nyembang sekejap aje. Thank you mommy Yun sebab bagitau tentang Yukids Island ni =)

Mommy Yun. Kenal dekat blog je. Dekat 4 tahun dah kenal =)
(Yun, pinjam gambar Yun sbb Pia tak nampak sangat eyebag dlm gambar ni haha!)


Lepas tu baru bertolak ke The Curve. Parking kereta dekat Tesco sebabnya balik nak beli barang dekat situ. Then baru bergerak ke The Curve. 

Yuki Island dekat tingkat 2 ye. Dekat dengan Reject Shop dan Pusat Slimming Dorra. Nak senang. pergi dekat hall The Curve tu, Yuki Island betul-betul atas dia. Means, kalau dari Yuki Island tengok pemandangan bawah, nampak la hall The Curve tu (sekarang ada decoration Christmas!). Ni pun mommy yun punya instruction. Sekejap je dah jumpa! Thank you Yun! =)

Charge nak masuk RM30 perkid. Boleh main seharian ye. Nak keluar masuk pun boleh as long as simpan kertas bangle dia tu. So dak Afeef dan Arissa kena Rm60 plus socks semalam total RM68. Socks RM4 kalau tak silap. So kalau nak pergi sini WAJIB bawa socks ye. Afeef dan Arissa dah lama tak pakai socks so memang takdelah kat rumah. Terpaksa ibu membeli jugak. Oh nasib ibu pakai socks so jimat RM4 hehe!



  Suka betul main mende macam pasir ni. Tapi ni bukan pasir, tapi macam plastik bentuk beras. Ibu pun tumpang main mula-mula. Lepas tu baru tau ibu boleh duduk dekat bangku aje sebenarnya. Haha! Yg tukang jaga tu pun friendly sangat takde nak marah-marah.

Boring main pasir main ball pulak. Afeef jumpa geng. Ke mana-mana dengan budak tu je. Anak orang Indon hehe.


Yukids Island ni dari permainan kanak-kanak dari Jepun kalau tak silap. Selain main pasir/beras dan ball, ada permainan belon yang terapung-apung, ada gelongsor, ada tempat gayut-gayut, ada permainan blok. Sorry tak banyak gambar yang disnap sebabnya tak teringat nak memblog pasal Yukids Island ni. Huhu.

Parents yang nak bawak anak-anak buat aktiviti indoor memang recommend sangat pergi Yukids Island ni. Confirm 2 jam punya dalam ni huhu! Kut ada wifey nak shopping dengan aman, hubby boleh la teman anak-anak main dalam ni dulu kan? =)

Ok itu aje review ni. Rasanya lepas ni memang confirm nak bawak lagi dak Afeef dan Arissa datang sini. Plus malam tadi 2 orang budak ni tido nyenyak sangat! Penat sangat le tu main seharian kat situ. Hehe.

Tuesday, December 16, 2014

Stroller Review > Halford Fliplite Twin Stroller

Bismillahirrohmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ini dibuat di atas permintaan my uni friend, Juju dan beberapa orang kenalan berkenaan Halford Fliplite Twin Stroller yang dibeli daku sebulan lepas. Yang bertanya ni semua dah ada 2 anak kecik plus yang tengah preggy second baby. Hope entry ni membantu ye!


Halford Fliplite Twin Stroller
Pertama kali tengok hati dah jatuh cinta! Haha!

Actually, daku memang terasa agak desperate nak membeli twin stroller ni. Sebabnya, Afeef dengan Arissa kalau nampak stroller lama Sweet Cherry tu confirm berebut nak duduk dalam. Kadang tu sampai ada adegan adik menggigit abang sebab tak bagi si abang duduk dalam strolle. Sadiskan?

Stroller lama. Kadang tu sumbat je 2-2 dalam ni. Hehe.


Kebetulan 4 Disember 2014 ada trip family ke Bali, so daku dan hubby pun planning nak cari twin stroller yang ringan dan boleh lipat-lipat macam payung so that senang la kan nak travel.

Survey punya survey, jumpa twin stroller ni dekat Axeana Baby Store. Harga dari RM899 dapat RM689 (sekarang lagi murah weh, updated 15 Disember 2014, harga dapat RM679!). Berat dia 11.7kg. Oklahkan sebab twin stroller. Bila dah masuk bonet pun boleh sumbat macam-macam lagi dalam bonet. Tapi jangan ingat ringan sangat. Berat juga sebenarnya haha! 


Jimat RM220 di situ!


Antara color yang ada. Tapi daku memang berkenan color hot red tu! 
Hubby pun berkenan sama =)




Before pergi tu dah call dulu kedai Axeana Baby Store dan confirmkan ada tak stroller idaman hati color merah. Bila owner kedai kata ada, gegas-gegaslah kami ke kedai tu dekat Cheras. Dah tengok-tengok, letakkan Arissa dengan Afeef (nasiblah Afeef still boleh duduk kalau tak cancel beli), belajar cara nak fold, so alhamdulillah terbeli sudah Halford Fliplite Twin Stroller ni. 

 Bila dah fold, strollernya jadi begini.


Ni kalau berjalan mata orang tengokkan aje dak 2 orang ni. Lepas tu tanya si ibu,
"Ni kembar ke?" Hehe...


Ikutkan Afeef dah terlebih muatan ni. Tengoklah hai, sempit dia duduk. Sebelah tu boleh tampung 15kg je sebenarnya. Afeef dah 17 ke 18kg. Tapi kitorang lantakkan. Bak kate auntie Apai, jangan bobos sudah. Hahak! Kalau bobos pakailah sebelah aje untuk Arissa.

Ingatkan nak suruh dak Afeef duduk bila dia penat aje. Sekali pantang nampak stroller terbukak, cepat-cepat dia nak duduk. Arissa pun sama. Dua-dua suka duduk dalam stroller ni, alhamdulillah! Bila dah duduk, kene kunci so senanglah ibu dan ayah nak berjalan-jalan dekat shopping mall dengan aman. Hehe.





Pergi Bali hari tu pun nasiblah bawah stroller ni. Alhamdulillah diorang duduk senyap aje. Just kadang-kadang tengok cousins main tu je la diorang tak boleh duduk diam dalam stroller, nak join sekali.

Afeef walaupun dah terlebih muatan, tengok dia tido dalam stroller ni pun macam selesa jugak la. Boleh la kan nak buat nap sekejap.


 Nyenyak kau!

Overall, memang puas hati sangat dengan stroller ni. Berbaloi dengan harga dia compare dengan Mclaren ke yang cecah ribu-riban tu kan? Pakainya pun bukanlah lama sangat.

Oh ada juga survey twin stroller yang lain. Tapi compare dengan Halford Fliplite ni stroller tu kena buka atapnya dahulu baru boleh fold. Yang Halford ni tak payah dibuka atapnya, terus boleh fold je.

So itu ajelah reviewnya. Alhamdulillah memang daku nak ber'window shopping bertiga dengan dak Afeef dengan Arissa ni pun still boleh handle lagi dengan adanya stroller ni. Memang membantu sangat! Even jenuh jugak nak menolak, tapi ibu ok je sebab tak payah nak main-main kejar-kejar diorang ni. Risau tau sekarang ni kalau dekat mall terleka sekejap anak-anak dah hilang je 

p/s: Tak boleh lupa si Afeef hilang 10 minit dekat Aeon IOI Mall Puchong sehari sebelum raya tahun lepas. Sampai termenangis ibu. Mencari dekat tempat mainan kanak-kanak. Last2 si ayah terjumpa dekat tempat pakaian dalam perempuan. Huhu Afeef...Afeef. 10 minit je hilang dah buat ibu azab sangat! Rasa nak pecah dada sebab takut ='(


Friday, November 7, 2014

Majlis Aqiqah & Kesyukuran, Muhammad Afeef & Khayla Arissa (7.Jun.2014)

Assalamualaikum w.b.t.

Lama menyepi. Kesian blog ni. Terabai sungguh huhu. Minta maap ye blog.

Perihal tajuk. Dah nak akhir tahun dah ni baru nak story tentang majlis aqiqah dan kesyukuran my babies. Majlis simple2 aje. Syukur alhamdulillah selamat dah qiqahkan anak-anak dengan menyembelih 3 ekor kambing, Muhammad Afeef 2 ekor dan Khayla Arissa seekor.

Lama dah nak buat majlis aqiqah untuk anak-anak ni. Tapi ada je masalahnya. Lebih afdal buat masa anak-anak baby lagi. Tapi takpelahkan, as long as buat juga. Aqiqah ni untuk manfaat ibu dan ayah jugak sebenarnya agar pahala yang anak-anak buat tidak tergantung. Means, kalau tak buat aqiqah untuk anak-anak, jika anak-anak buat sesuatu kebaikan tu, ibu ayah tak dapat pahala bersama (tu disebut pahala tergantung). So bila dah buat aqiqah tu, apa kebaikan anak-anak buat ibu ayah dapatlah tempias pahala itu inshaAllah. Doa ibu agar anak-anak ibu ayah jadi anak yang soleh dan solehah ye, saham pahala buat ibu dan ayah bila ibu dan ayah dah takde nanti.

Nak dijadikan cerita, aku pun adalah ter'excited' sikit bila nak buat majlis aqiqah ni. Excited part nak siapkan goodie bags je sebenarnya. Hehe. Perkara yang paling renyah tapi bahagia je bila dah siapkannya. Hubby pun tak kisah sangat apa yang nak letak dalam goodie bags tu. Just bila aku suggest nak bagi personalized yassin, my hubby terus approved, yeay!

Actually aku dah lama survey-survey personalized yassin dekat ilikecard ni. Dari zaman kahwin, birthday Afeef dulu pun aku ada guna khidmat Faizah ilikecard ni. Memang kemas sangat end product dia tu yang aku duk terpahat dalam ingatan nak ambil Faizah ni juga untuk buat personalized yassin. Alhamdulillah semuanya dapat seperti yang dimahukan. Thank you Faizah sebab sudi melayan kerenah customer yang cerewet ni haha.


Berkenan dengan design paisley atas ni. So terus minta Faizah buatkan design yang sama tapi tema color hijau + pink! 

 Outcome nya. Suka... Hehe!

Plus ada juga order mini mineral, sticker for paperbag dengan signage.



Paperbag aku beli dekat kedai cina dekat KL. Nama kedai tu Wakim Enterpirse tak silap. Boleh visit website dia http://wakimpack.blogspot.com Sebab dekat situ murah sangat. Paperbag bertangkai bawah ni 100 pcs RM90. Paling murah pernah dapat rasanya.


Paperbag dia macam ni. Besar!


Buat goodie bags ni tak banyak pun. My mak jemput dalam 100 orang je itupun orang-orang kampung terdekat je. Tapi disebabkan kambing 3 ekor sembelih, so banyak buat berkat makanan tu (berkat means bagi bekal makanan dekat orang). Alhamdulillah takdelah membazir makanan.

Sekitar Majlis Aqiqah & Kesyukuran Afeef & Arissa, 7.Jun.2014.


Bunga telur ada bear comel ikut tema color hijau tu drama sangat nak beli. My mak tak bagi beli sebab katanya membazir. 50 pcs RM99. Tapi aku yang kedegilan ni nak jugak beli. Tapi terharu sebab orang yang datang rumah berebut-rebut nak bunga telur ni kelakar pulak nengoknya, haha!


Khemah ni mula togel je. Lepas tu aku insist my mak suruh jugak letak langsir color hijau. Tak pasal-pasal kena add-on RM300. Takpelah nak meriah punya pasal. Togel je boring orang nengokkan?


Ibu dan adik yang comots

Tak banyak gambar pun. Huhu. Masing-masing busy. Tema hijau + pink sebenarnya, tapi mana tah hilang pink, tinggal hijau je. Haha. 




My family. My Precioussss (sebut macam Gollum cakap dalam filem The Hobbit or The Lord of The Ring ye). 

Baju family sedondondon dari Hugo Cloth (boleh cari dalam Semua House. Cantik-cantik baju, rambang mata. Beli baju raya sedondon pun cantik tapi kain dia kain plain je la. Yang perempuan ada sulam-sulam sikit)

Syukur alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab ibu dan ayah aqiqahkan Afeef & Arissa.  Lega sangat dah buatkan aqiqah abang dan adik. Ibu dan ayah sayang abang dengan adik sangat-sangat!

p/s: Nasiblah tak buat masa baby, kalau tak mesti ibu request dekat ayah nak ada boyan, deco2 bagai haha. Selamat banyak duit ayahkan...

Thursday, February 13, 2014

Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee! My feveret supplement ever!

Bismillahirrohmanirrahim dan Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak update blog! My lappy kesayangan telah rosak sekian lama akibat diketuk-ketuk oleh anak-anak kesayangan. Huhu.

Ok tak boleh lama. Terus ke tajuk, Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee ni. Seriously, daku memang berjanji pada diri sendiri untuk consume suplemen ni selagi hayat di kandung badan. Haha ayat tak menahan! Tapi serious, best gile kentang kut SR Vita-C Plus ni. Ok nak listkan apa perubahan yang aku dah rasai selama hampir 3 bulan consumed suplemen ni.

- Jerawat susah nak naik. Kalau naik pun cepat surut.
- Parut jerawat bawah dagu yang dulu belum hilang satu dah tambah satu dah hilang!
- Kulit seluruh badan cerah sekata. Kesan-kesan gelap dekat kaki (sebab dulu keluar tak pakai stokin), area buku lali dan lutut semua semakin pudar.
- Selsema jarang menyinggah. Ada la juga tapi alhamdulillah tak menghidap lama.

Kan kan bestkan my testimoni? Tak percaya? Meh la cuba sebotol. Heheh.



Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee!

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan dan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam!

---------------------------------------------------------------------------
KHASIAT SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS:

♡ Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. 'Perkataan KOLAGEN itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.' Pengamal SR Vita-C Plus ini akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, selain luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

♡ Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Penghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok.

♡ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ia tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Perokok amat memerlukan vitamin C agar dapat membersihkan darah dan mengelakkan kerosakan buah pinggang.

♡ Vitamin C berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Stress mampu memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C, sistem imun seseorang akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Juga memperbaiki insomnia dan masalah mental seperti keresahan.

♡ Penyakit SKURVI adalah akibat kekurangan vitamin C. Pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Oleh itu, pengambilan vitamin C mampu mengatasi segala masalah di atas.

♡ Kekangan masa dan tekanan kehidupan menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum. Dr. Bruce Miller mencadangkan dos yang diperlukan oleh badan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji buah oren. Sebiji Sustained Release Vita-C Plus adalah bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren!

♡ Meningkatkan sistem imun. Membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

♡ Memerangi kanser. Anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia merbahaya dari badan.

♡ Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat!

---------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS Shaklee:

- Vitamin C pertama SEMULAJADI dan bertindak secara 'Sustained Release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.

- Ia dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

- Vitamin C yang didatangkan bersama-sama dengan Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

- Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan.

Namun, kesan pengambilan vitamin C ini bukanlah sekelip mata. Ia mengambil masa dan kesan optimum akan dirasai sekiranya anda konsisten di dalam pengambilan.

Sebotol mengandungi 180 biji dengan pengambilan cuma sebiji sahaja selepas sarapan pagi. Sebotol tahan 6 bulan!

Berminat? Contact saya untuk dapatkan harga istimewa ye!

Tuan Kedai,
Sofiah Abdollah | 011.11335711
sofiah.abdollah@gmail.com
Your Shaklee Independant Distributor [1074019]

Sunday, January 12, 2014

Set Kulit Sihat & Cantik dari Shaklee!


Bismillahirrohmanirrahim & Assalamualaikum w.b.t.

Dua hari tak update blog kesayangan. Haha addicted sudah! Rupanya sangat penat menjadi seorang WAHM ni. Apa tu WAHM? Short form yang sangat glamour dikalangan Shaklee Independant Distributor sekarang yang mana mereka berhenti kerja dan menjadi 'Working at Home Mother'. Yes, daku bukan lagi fulltime housewife, tapi WAHM! Tepuk2 bahu sendiri. Haha!

Setiap masa berfikir tentang marketing strategy untuk jual suplemen Shaklee, camno nak buat iklan yang boleh pengaruh orang beli. Dan sekarang ni hobi terbaru daku adalah mengambil gambar suplemen-suplemen Shaklee! Haha! Penuh dah handphone dengan gambar suplemen. Plus buat poster-poster suplemen sendiri. Lama tak ngedit gambar, ketar-ketar tangan masa first time pegang mouse. Lama dah tak buka laptop sebenarnya sebab Afeef suka ketuk-ketuk laptop kesayangan sampai hang! Huhu. Selama ni pun berfacebook & insta tru phone je.

Oklah, this time nak bercerita tentang Set Kulit Sihat & Cantik dari Shaklee. Suplemen ini membantu anda menyihatkan kulit dari dalam dan seterusnya menjadikan kulit luaran cantik dan berseri-seri, InshaAllah dengan pengambilan yang konsisten.

Set Kulit Sihat & Cantik Lengkap

Mengandungi, ESP.

Boleh baca khasiat ESP di gambar ye. 
Nanti akan buat satu entry tentang ESP

Sustained Release Vita-C Plus.

Boleh baca khasiat Sustained Release Vita-C Plus di gambar ye. 
Nanti akan buat satu entry tentang Vita-C Shaklee ni.

Vita-E Complex.

 Boleh baca khasiat Vita-E Complex di gambar ye. 
Nanti akan buat satu entry tentang Vita-E Shaklee ni.


Secara ringkasnya tentang Set Kulit Sihat & Cantik dari Shaklee ni.

ESP: Ia merupakan sumber protien lengkap. Seperti mana yang kita tahu sel-sel badan kita adalah terdiri daripada proteinkan? So, bila sel-sel badan jadi tidak sihat apabila diserang radikal bebas, kulit akan menjadi kusam, ditumbuhi jerawat dan jeragat. Jadi, bila consume ESP ni, sel-sel yang terdiri daripada protein akan diperbaharui dan hasilkan kulit akan jadi lebih sihat dan berseri-seri. ESP juga mampu membantu memudarkan parut jerawat, chicken pox dan jeragat di wajah.
[ESP tahan sebulan setengah]

Sustained Release Vita-C Plus: Sebiji Vita-C mengandungi vitamin C yang terdapat di dalam 7 buah biji oren. Ia mampu membantu menghasilkan kolagen dalam kulit dan hasilnya kulit akan menjadi lebih anjal dan awet muda. Ia juga mampu mencerahkan kulit seluruh badan secara sekata. Selain itu, Vita-C Shaklee juga boleh dijadikan masker (akan buat entry lain tentang ni ye).
[Sustained Release Vita-C Plus tahan 6 bulan woh!]

Vita-E Complex: Mampu membantu dalam memudarkan jeragat dan mengurangkan kedutan di wajah. Ia juga membantu mengurangkan keradangan kulit. Seperti contoh, Vita-E mampu mengurangkan merah-merah, kesakitan dan gatal-gatal pada kulit akibat ditumbuhi jerawat yang sangat kronik.Ia juga merupakan anti-oksida dan mampu melambatkan penuaan. Jadi hasilnya wajah akan menjadi awet muda. Selain itu, Vita-E Shaklee juga boleh dijadikan masker (akan buat entry lain tentang ni ye).
[Vita-E Complex tahan 4 bulan woh!]


Berdasarkan pengalaman sendiri yang dah consume ESP selama 5 bulan, Sustained Release Vita-C selama 2 bulan & Vita-E Complex selama 2 minggu, kesannya pada kulit wajah dan seluruh badan sangat ketara! Jerawat pun dah tak tumbuh mencanak-canak terutama di waktu hormon tidak stabil. Haha ayat cover.

Oh, setiap pembelian Set Kulit Sihat & Cantik akan mendapat free shaker comel seperti di bawah ye.

Comelkan? Ringan dan senang di basuh.

Sebenarnya masih mencari shaker seperti di bawah ni. Tapi still tak jumpa-jumpa. Jumpa yang comel seperti di atas je. Oklah kan asal dapat free shaker kan? Hehe. 


Anyone ada contact untuk saya beli shaker seperti di atas untuk borong, boleh tinggalkan komen ye!


Shaker lama seperti di bawah yang colourful sudah kehabisan stok! Huhu.

Shaker ni pun sebenarnya saya dapat free. Beli susu Afeef! Hahak!


Oklah, mata dah tak berapa nak larat ni. Blog ni pun kalau type panjang-panjang mesti orang boring nak bacakan?

Oh, hari ni COD barang dekat kawan UTM dulu, Lyanto! Hehe! Lama tak jumpa ko Lyan. Harapnya dapatlah kesan terbaik dari suplemen Shaklee ye aku doakan sentiasa. =)

With Lyan =)

So, yang mana berminat nak beli Set Kulit Sihat & Cantik or mana-mana suplemen Shaklee dari saya, boleh contact number di bawah ye!

Sofiah Abdollah | 011.11335711
SID [1074019]
COD area Bandar Damansara Perdana, Ikea, The Curve dan sewaktu dengannya.

#Dalam progress nak buat FanPage di FaceBook. ILOVENaturalSupplement =)


Wassalam.

Wednesday, January 8, 2014

Demo Lecithin Shaklee sebagai Agen Pecah Lemak


Bismillahirrohmanirrahim & Assalamualaikum w.b.t.

Apa itu Lecithin dah diceritakan di dalam entry sebelumnya. But meh la nak copy lagi, senang ye dak tak payah nak pergi tengok lagi dekat entry lain.


So apa itu Lecithin

Lecithin Shaklee adalah pengemulsi semulajadi daripada kekacang soya. Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina (suatu komponen neuropenghantar asetikolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf). Kolina adalah sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya yang menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Pengemulsi semulajadi yang dimaksudkan yang terdapat di dalam Lecithin Shaklee adalah, ia membantu dalam memecahkan lemak-lemak di dalam badan manusia (agen pecah lemak) terutama lemak-lemak yang terdapat di dalam salur darah. Seterusnya lemak-lemak tersebut akan terapung-apung di salur darah dan tidak melekat di salur darah. Kesannya, badan akan mampu menyingkirkan lemak-lemak tidak berguna dengan lebih mudah. Selain membantu mengurangkan kebarangkalian menghidap strok, Lecithin juga amat sesuai dimakan untuk kurus secara sihat. Pengambilan bersama Alfafa Complex mampu mempercepatkan pembuangan lemak-lemak dari badan kerana Alfafa Complex mampu membuang toksin dan lemak-lemak yang terapung di salur darah dengan lebih cepat dari badan.


 Agen Pecah Lemak semulajadi

So, entry kali ni just nak tunjukkan, IYE KE LECITHIN NI BOLEH PECAHKAN LEMAK? Mula-mula join Shaklee pun aku tengok iklan orang jual Lecithin, "Agen Pecah Lemak" katanya. Dalam hati, iye ke boleh pecahkan lemak? Macam tipu je. Haha. Sampailah satu hari terjumpa satu poster menunjukkan demo Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak. Tapi tak bolehlah nak copy poster tukan? Penat-penat orang tu buat poster sendiri kita senang-senang je nak ambil kesempatan. Buatlah demo sendirikan? Mana tahu lebih menarik dan mampu mempengaruhi orang membeli Lecithin. Haha.

So, terjadilah poster di bawah semalam. Dengan bantuan hubbyku sayang. Dia tolong kacau-kacau minyak plus menjaga 2 budak ligat, Afeef dan Arissa dari mengacau ibunya membuat demo. Hehe. Thank you so much B! Love you till Jannah! *sempat



Poster, Lecithin Shaklee sebagai Agen Pecah Lemak!


Oklah kan? Walaupun tak semenarik mana, tapi ada jugalah effort untuk buktikan kepada my lovely customer yang membeli SET BAJET KURUS (Lecithin + Alfafa) bahawa memang betul Lecithin ni mampu memecahkan lemak di dalam badan mereka.

Oh, meh la nak ceritakan details tentang demo semalam.

 
1. 2 sudu minyak masak (contoh lemak) dimasukkan ke dalam segelas air. Kelihatan minyak dan air tidak akan bercampur walaupun kita kacau-kacau mereka berdua.

2. 3 biji Lecithin ku korbankan untuk demo di atas ye. Huhu! So, pecahkan 3 biji Lecithin dan masukkan ke dalam campuran minyak dan air tadi.

3. Campuran tersebut dikacau selama beberapa minit. Kelihatan minyak (contoh lemak) sudah mula terurai walaupun dalam masa beberapa saat.

4. Kelihatan minyak (contoh lemak) terurai dengan lebih dahsyat sekali selepas seketika. Haha. Nampak tak, nampak tak?

5. Campuran minyak, air dan LECITHIN SHAKLEE selepas beberapa minit. Kelihatan minyak (contoh lemak) sudah terurai sehingga mencecah bawah gelas.


5. Hasil akhir, minyak (contoh lemak) tersebut tidak melekat di tepi-tepi dinding gelas. 


Teruja betul tengok demo sendiri buat. Haha! So, boleh imagine tak lemak-lemak dalam badan kita bila kita consume Lecithin? Lemak akan diuraikan dengan sangat pantas dan akan terapung-apung di salur darah (itulah yang dimaksudkan dengan emulsikan lemak). Means, salur darah kita tidak akan diliputi lemak tebal yang mampu menyempitkan salur darah dan membawa kepada penyakit jantung, strok dah masalah lain berkaitan jantung. Plus, bila Lecithin berjumpa dengan mana-mana lemak di dalam badan kita, InshaAllah lemak tersebut akan diemulsikan dan sekirannya anda mengambil suplemen untuk detoks seperti Alfafa atau Herb-Lex, lemak-lemak tersebut akan lebih mudah dibuang dari badan.

Alfafa Complex sebagai Agen Detoks yang superb! 
 
 Ada 2 saiz ye, botol kecil ada 330 biji & botol besar ada 700 biji.

 Bulan ni PROMOTION Alfafa Complex, so harga terlajak murah sangat u olls! Rugi tak beli!

Testimoni dari seorang kawan yang baru setengah bulan consume SET BAJET KURUS (Lecithin + ALfafa)

So, terang tak kisah Lecithin sebagai Agen Pecah Lemak? So lepas ni boleh try sebotol Lecithin ya! Haha!

Oh cawan tu hadiah dari officemate hubby dulu masa kitorang kahwin, Kak Ti, secretary bos lama hubby di Trisystem. Thank you Kak Ti! Cantik sangat gelas tu, boleh buat coklat mousse. Haha tapi tak buat-buat pun. Dok tengok je Ana Olson buat tapi diri ini asyik didownkan oleh 2 orang budak ligat yang tak bagi can langsung ibu dia duduk lama-lama dekat dapur. Haha. Ni budak 2 orang bawah ni.

Buah hati pengarang jantung, ulu hati, perut dan sebagainya. Haha!

Oklah, mau tidur. Pukul 2 am sudah. Nak update blog kene tengah-tengah pagi sebab time ni lah 2 orang budak di atas nyenyak tidur. Dah seminggu update blog tengah-tengah malam mata pun dah kembali panda bear. Sungguh tak best! Huhu!

Bersambung lagi nanti, InshaAllah.

Wassalam.