Assalamualaikum w.b.t.
Rajin pulak dia ni memblog ye. Hehe. Ok, ni cerita semalam. Al-kisahnya, disebabkan kesian Afeef dan Arissa macam boring je duduk dekat rumah, daku pun kuatkan mental dan fizikal tekad membawa anak-anak keluar berjalan (Ceh sebenarnya sendiri yang boring kat rumah, haha!)
Actually nak pos barang Shaklee customer. So alang-alang keluarlah berjalan sekali ye dak? After pos barang tu, menyinggah sekejap dekat Dunkin Donut tempat favourite Afeef dan Arissa.
Happynya dapat makan donut. Ada pulak donut snowman Olaf tu. Afeef beria nak yang tu tapi sayang nak makan haha!
Jumpa mommy Yun dekat Dunkin Donut. Sempat nyembang sekejap aje. Thank you mommy Yun sebab bagitau tentang Yukids Island ni =)
Mommy Yun. Kenal dekat blog je. Dekat 4 tahun dah kenal =)
(Yun, pinjam gambar Yun sbb Pia tak nampak sangat eyebag dlm gambar ni haha!)
Lepas tu baru bertolak ke The Curve. Parking kereta dekat Tesco sebabnya balik nak beli barang dekat situ. Then baru bergerak ke The Curve.
Yuki Island dekat tingkat 2 ye. Dekat dengan Reject Shop dan Pusat Slimming Dorra. Nak senang. pergi dekat hall The Curve tu, Yuki Island betul-betul atas dia. Means, kalau dari Yuki Island tengok pemandangan bawah, nampak la hall The Curve tu (sekarang ada decoration Christmas!). Ni pun mommy yun punya instruction. Sekejap je dah jumpa! Thank you Yun! =)
Charge nak masuk RM30 perkid. Boleh main seharian ye. Nak keluar masuk pun boleh as long as simpan kertas bangle dia tu. So dak Afeef dan Arissa kena Rm60 plus socks semalam total RM68. Socks RM4 kalau tak silap. So kalau nak pergi sini WAJIB bawa socks ye. Afeef dan Arissa dah lama tak pakai socks so memang takdelah kat rumah. Terpaksa ibu membeli jugak. Oh nasib ibu pakai socks so jimat RM4 hehe!
Suka betul main mende macam pasir ni. Tapi ni bukan pasir, tapi macam plastik bentuk beras. Ibu pun tumpang main mula-mula. Lepas tu baru tau ibu boleh duduk dekat bangku aje sebenarnya. Haha! Yg tukang jaga tu pun friendly sangat takde nak marah-marah.
Boring main pasir main ball pulak. Afeef jumpa geng. Ke mana-mana dengan budak tu je. Anak orang Indon hehe.
Yukids Island ni dari permainan kanak-kanak dari Jepun kalau tak silap. Selain main pasir/beras dan ball, ada permainan belon yang terapung-apung, ada gelongsor, ada tempat gayut-gayut, ada permainan blok. Sorry tak banyak gambar yang disnap sebabnya tak teringat nak memblog pasal Yukids Island ni. Huhu.
Parents yang nak bawak anak-anak buat aktiviti indoor memang recommend sangat pergi Yukids Island ni. Confirm 2 jam punya dalam ni huhu! Kut ada wifey nak shopping dengan aman, hubby boleh la teman anak-anak main dalam ni dulu kan? =)
Ok itu aje review ni. Rasanya lepas ni memang confirm nak bawak lagi dak Afeef dan Arissa datang sini. Plus malam tadi 2 orang budak ni tido nyenyak sangat! Penat sangat le tu main seharian kat situ. Hehe.
No comments:
Post a Comment