Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 17, 2013

Kisah Kelahiran Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq


Assalamualaikum w.b.t


Ok, this is my second baby's birth story (kisah kelahiran cidebab Afeef boleh baca di sini ye). Sebelum daku lupa ingatan, baik cepat-cepat tulis pengalaman melahirkan puteri kesayangan, Khayla Arissa. Ouh before that, Khayla Arissa is 6 months, 3 weeks & 4 days old already! Ngahaha giler lama ibu dia peram cerita!


Kenangan masa 'pregnant'kan Arissa. 
Me @ 36weeks


22 Julai 2012, Ahad

Around 3pm, pergi ke bilik air untuk melepaskan hajat kecil. Tengok-tengok ada keluar lendir darah. Secalit je pun. Heheh. Tapi ibu boyot time tu dah happy sangat-sangatlah! Tapi disebabkan tak sakit perut pun lagi, so rileks je kat rumah. Takde nak gegas-gegas pergi hospital pun sebab masa 37 weeks aritu dah pergi hospital sebab perut mengeras-ngeras 10 minit sekali tapi jalan baru buka 1cm dan dinding rahim pun tebal lagi. False alarm! So kali ni biar sakit kaw-kaw punya baru nak pergi hospital. Haha.


23 Julai 2012, Isnin (39 weeks 5 days)

Start malam pukul 12am kut, perut dah start sakit. Tapi still boleh tahan. Lama-lama sakit makin teruk dan bila dah tak boleh nak menahan terus kejut hubby. Hubby pegang my perut dan check memang mengeras 5 minit sekali. Hubby ajak pergi hospital cepat tapi aku still refuse. Nak tunggu after subuh sebab kesian dekat cidebab Afeef, takkan nak mengangkut dia sekali teman ibu dia beranak. At least, hantar dia dekat rumah baby sitter dulu baru pergi hospital.

Sampailah ke Subuh menahan sakit. Hubby yang memahami tolong ngurut belakang badan sampai dia pun tertidur-tidur. Bila azan Subuh berkumandang, aku cepat-cepat mandi, solat Subuh dan bersiap. Hantar Afeef dekat rumah baby sitter dulu then sempat lagi borak-borak dengan Kak Lin tu. Dia siap buat cerita seram lagi katanya adik dia kehilangan baby yang dikandung 9 bulan dalam perut sebab lambat pergi hospital. Tergamam sekejap aku dengan hubby so kami pun cepat-cepat bertolak ke Hospital Sultan Ismail, Pasir Gudang. On the way tu aku terasa baby still aktif dan sambil-sambil tu mulut dah kumat-kamit baca surah Nabi Yunus plus berdoa semoga semuanya selamat.

Lebih kurang pukul 9am kami laki bini sampai dekat bilik saringan HSI (tempat ibu-ibu mengandung kena seluk-seluk nak check bukaan rahim tu). Seperti biasa, kena salin baju pink dan tunggu giliran. Bila HO panggil nak buat VE, terus sakit perut hilang. Haha. Tapi alhamdulillah bukaan dah 4 ke 5cm. But sadly, tak boleh masuk labor room lagi sebab labor room penuh! Terpaksa ditolak masuk wad dulu. Tapi nak masuk wad pun satu hal, lama sangat prosedurnya. Hukhuk!


Pukul 11.32am baru dapat masuk wad =(


Dekat wad, nurse datang pasang ctg dekat perut dan kelihatan contraction sudah semakin kerap. Memang bila baring je atas katil rasa macam dah nak patah pingganglah. Bila tengok muka aku macam pucat je tahan sakit, semua nurse-nurse praktikal berkerumun datang dekat katil aku. Semua sibuk nak pegang-pegang perut aku. Haha. Hilang sekejap rasa sakit melayan kerenah nurse-nurse praktikal yang banyak tanya. Lama juga lah borak-borak dengan nurse praktikal sambil-sambil menahan sakit perut pinggang semua. Tak lama kemudian doktor datang suruh pergi bilik belakang. Katanya nak pecahkan air ketuban. This time masa pecahkan air ketuban tu tak rasa sakit langsung. Tapi... bila balik dekat atas katil, terus badan rasa menggigil sakit perut yang amat sangat!

Nurse-nurse praktikal semua dah kelam-kabut heboh dekat wad katanya aku dah nak terbenarak. Haha. Tapi memang dah rasa sakit nak meneranlah bila sampai atas katil tu. Rasanya tak sampai 10 minit pun lepas doktor pecahkan air ketuban tu. Hubby dah cemas dekat sebelah katil dah tak tau nak buat apa. Tup-tup doktor yang pecahkan air ketuban tadi datang dan bagitahu yang ada satu labor room dah kosong.

Cepat-cepat aku diangkat ke strecher dan berlari-lari nurse tolak aku masuk labor room. Kelam-kabut sangat time tu. Hubby pun berlari-lari ikut sama but sadly dia kena tahan dekat depan pintu masuk labor room sebab nak kena isi form bagai sebab nak teman isteri bersalin. Yang aku ni sampai-sampai je labor room memang badan dah menggigil-gigil tahan nak meneran. Masa nurse-nurse angkat aku dari strecher ke atas katil pun aku dah terteran sikit rasanya sebab memang tak boleh dah nak menahan. Alhamdulillah, bila nurse letak je aku atas katil dekat labor room tu, check bukaan bawah dah fully dilated, 10cm. Terus je aku push sekuat hati sebab masa tu contraction memang sangat kuat. Alhamdulillah dengan sekali push, keluarlah puteri kesayangan seberat 2.88kg tepat jam 1.45pm.

Beberapa minit after Arissa lahir, hubby pun masuk labor room. Nurse cakap dekat hubby yang baby dah lahir dah pun. Hubby senyum kelat je, terkilan kut tak dapat teman masa aku melahirkan. Hubby keluar balik ambil wudu' dan qamatkan Arissa.

Even though masa melahirkan Arissa bagi aku adalah agak mudah compared dengan abangnya yang aku kena induce bagai, tapi part kena jahit kat bawah tu time Arissa lagi sakit kut. Hukhuk. Tak tau kenapa tapi aku siap sedut oksigen sebab tak tahan sakit kena jahit. Lama woh nurse tu jahit. Katanya nak kena jahit elok-elok. Adoyai. Sampai khayal aku sedut oksigen tu sebab banyak sangat. Oh lupa nak cakap, doktor pun tak sempat nak sambut aku bersalin, nurse yang sambut. Hukhuk! Takpelah asalkan dah lepas semua. Syukur Ya Allah!





 Khayla Arissa, day 1.


Oh, bagi yang nak tahu maksud Khayla Arissa tu, maksudnya: 

Khayla: Yang cantik
Arissa: Azam dan kuat. Personaliti yang menarik dan menawan. Keyakinan diri yang tinggi. Tetap pendirian tetapi bersedia mendengar pendapat orang lain.


Perkembangan Arissa.


Arissa, 5 hari

 Arissa, 7 hari

Arissa, 10 hari (dah selamat cukur rambut hari ke-7)

Arissa, 12 hari

 Arissa @ 1 mo

 
 Arissa, day 50 of life


 Arissa @ 5mo

Latest Arissa @ 6mo ++



 My kesayangans =)

5 comments:

yOURs said...

ibu, still remember time afeef dulu msk labor room around 11am then delivered at 2.38am, time arissa msk labor room around 1.35pm then delivered at 1.45pm.. tak sempat nk tengok... but Alhamdulillah, makbul juga doa dimudahkn kelahiran bg keduanya ;) Luv u so much!

~YUN~ said...

besnya tgk pya da ader sepasang!teringin!akan diusahakan tahun depan..doakan yun ye...hehehe! =)

DCKEY OJOLALY said...

alhamdulillah dipermudahkan...kak dckey paling ngeri kena jahit ....aaaa siap gigit tuala lagiii

Nurza Awi said...

comelnyee arissa...alhamdulillah mudahnya lahir..

ramai yg kata part jahit jahit tu yg sakit. uhuhu..nnt aku tulis gak pengalaman bersalin..hihi. suka baca..tqtq Pia. I lebiu! Semangat sikit rasa nak bersalin bila kawan kawan cerita pengalaman masing masing. Kena positif kan!!

AuraFIza said...

Eksaited and takut jugak baca cerita pya ni. Seronoknya dah dapat merasa pengalaman terindah tu. Kite ni ntah bila lagi. Hukhuk..