Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 23, 2010

Sad Story...


Lame da tak update blog nie. Since da kerja plus busy membulatkan mata jadi burung hantu tengah-tengah malam godek tesis, blog nie pun da dilupakan buat sementara waktu. Tapi selalu je gi terjah blog orang. Tapi sekarang nie pun macam dah jarang bloggers update blogkan???

Beria je nak menceceh cerita sedih kat orang. Haha... Tak kire, nak cerita jugak. So, ape la sangat cerita sedihnye??? Emm.. so sad bila my hubby da start ke offshore last Wednesday. Kalau before dis dia ke Singapore buat testing mesin shut-down tu, sekarang nie dia dah kena naik platform pulak set-up mesin tue. Dah la tengah-tengah bulan pose nie pulak dia kena pergi. Katanye maybe dalam two weeks je. Pastu tiba-tiba katenye tak sure lagi boleh balik raye ke tak??? Means, ada kebarangkalian la me beraya sorang2 dis year! Waaa.... Tak suka!!!

Malam before my hubby nak gerak tue, mulanya igt boleh la nak control emo. Takmo nangis-nangis. Tapi mengenangkan bila dia dah sampai sane line takde, means tak boleh nak tepon selalu, then kalau my hubby nak tepon pun kene beratur ikut line macam orang gune public phone sebab ade 2-3 kerat je phone atas platform tu, menangis tersedu-sedu jugak dibuatnye... Abes basah jugak la t-shirt my hubby sebab me buat lap air mata. Sob...sob...

Ok, itu kes-1. Kes-2 nye, start dari hari Khamis la me berbuka sorang2. Sedey... Macam anak terbiar je berbuka sorang2. Sampaikan nak pergi bazar ramadhan pun takde mood. Makan je ape ade kat rumah. Pastu sambil makan nangis lagi...

Pastu lagi satu hal bila nak solat. Before dis, kalau me boleh solat, kami akan solat sama-sama, means solat berjemaah. Jarang sangat2 kami solat asing melainkan bila time kerja je. So, bila time nak solat tu, tertengok kain pelekat my hubby kat atas tempat letak sejadah tu, mula la nak nangis lagi... Abis solat nangis lagi...

Time nak tido lagi la. Dah biasa ada teman kat sebelah, nie bila pusing je tengok takde orang. Nangis lagi... Nasib baik my hubby ada tinggal t-shirt yang dia dah pakai. So me pun amek buat teman tido. Spray2 perfume dia kat t-shirt tu then peluk time tido. Bila terbangun pagi tengok t-shirt tu takde, terus cari-cari then bila jumpe, cium-cium then baru boleh tido balik. Sob...sob...

Begitulah keadaannye bila kena tinggal. Bila mak tepon tanye kabar, mulala nangis-nangis lagi dekat mak. Pelik... But since dah kawin ni langsung tak boleh berenggang langsung dengan my hubby. Tapi bila mengenangkan life yang seterusnya akan macam ni jugak, means akan selalu ditinggal oleh my hubby, me jadi macam redha jela...

Last-last, me buat keputusan nak quit kerja. But tengoklah keadaan macam mane. Maybe after raya. So, kalo kena tinggal lagi, me balik dok celah tiak my mum. Haha...

P/s: Tengah tulis entry nie pun mata dan bergenang-genang... Sob...sob...

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Datang Lagi...


Salam...

Ramadhan datang lagi... Sedar tak sedar, dah masuk 3 hari kita berpuasakan? Oh before that, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Masih belum terlewat lagikan?

Seronok menengok semua orang berpuasa. But for me, sangat tak seronok!!! Almaklumla, bestie yang every month datang tu dah datang. But so sad, sebab awal-awal lagi tak boleh berpuasa. Lagi sgt2 sedih sebab igt bestie tue dah taknak datang terus sebab dia datang sangat2 lewat. Takpela, maybe belum ada rezeki lagi...

Ok, cerita pasal puasa pulak. Start dengan sahur. Dulu, before kahwin, tugas hari2 time sahur adalah menghidang lauk-pauk plus buatkan air je. But sekarang ni bila dah kahwin, kenalah rajin2kan diri masak. But sangat seronok bila tengok hubby makan sampai habis apa yang dimasak. Kebiasaannya, lauk yang dimasak utk makan malam tu akan dipanaskan balik je untuk sahur. Nasib ada microwave, senang keje. Haha... Thanks to Dr. Wan (my uncle's bff) sebab hadiahkan microwave as wedding gift!!! Sgt teruja dpt present ituw! Hehe...

Time berbuka pulak, my hubby mcm takde selera je nak makan berat2. So before dis, me just buat cucur and goreng keropok lekor. Just semalam je my brother in law datang rumah then ajak my hubby pg berbuka di luar. Me tak ikut sebab perut meragam.

So, today... nak masak ape ye? Tiba2 macam nak masak ayam masak merah. Lauk berbuka maybe beli je kot. Tgklah keadaan macam mane. Kalau rajin buat lah mee goreng ke, mihun goreng ke.... Haha... Rajin ke???

Haha.. gile bosan punye entry...

Thursday, August 5, 2010

Tentang Aurat...


Pagi2 lagi dah menjelajah ke blog orang lain. Tapi malangnya, semua masih tak berupdate. Huhu... Sgt malas nak berbelog sekarang ni. Maybe sebab dah start masuk sem baru then dah kena start mentelaah untuk dissertation. Warrghhh! Sungguh tertekan! Lagi sanggup sit for examssss dari buat thesis. Manyak poning ooo....

Ok lupekan... Actually, entry kali nie adalah berkenaan dengan apa yang ditulis oleh my bff, Bain regarding 'Bila Lelaki Menjadi Dayus'

But, first of all, me nak mintak maaf kalau ade sesiapa yang tersinggung ye...

Sangatlah menyokong tentang apa yang dikatakan oleh my bff nie. Bukan ape, trend orang sekarang ni, memang suka dedah sane dedah sini kot even pada asalnya bertudung litup.

Antara yang pelik regarding bab2 aurat nie. Ni from my observation la kan...

1. Ramai bride yang actually pada umumnya memakai tudung. Tapi suka meletakkan gambar2 time make-up nikah or sanding yang tidak menutup aurat. Bukan setakat bagi reveal tang rambut, tapi ada yang siap pakai singlet tu yang tak tahan...

2. Ramai bride yang time akad nikah elok je bertudung litup. Sejuknye mak pak mertua tengok menantu macam tue. Tapi... bila time sanding, mak aihh... terbuka semua especially tang dada. Semua nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Kalau 1000 jemputan, 1000 orang la yang menengok aurat tu...

3. Gambar pre-wedding. Kalau boleh semua bride to be mesti nak amek gambar pre-weddingkan? Gambar pre-wedding pulak mesti punyalah ada adegan2 yang memerlukan pegang sana pegang sini. Better jangan tunjuk la gambar macam tu ok. Nak tunjuk gambar2 yang tak pegang2 takpe =)

4. Like my bff said, ade setengah gurl ni, time pegi keje or majlis2 formal pakai tudung elok je. Tapi bila dah keluar dengan bf ke, tunang ke, husband ke, terbang tudung tu tah ke mana. For those yang dah especially dah kahwin tu, please la... kesian dekat hubby masing2. Sanggup ke melihat hubby yang disayang diseksa kelak akibat perbuatan kita yang tidak menutup aurat.

5. Pakai tudung tapi still tak mengikut hukum. Means, pakai tudung tapi nampak bahagian dada, pakai lengan pendek, pakai baju ketat yang menampakkan bentuk anggota badan. Ishh... Kadang2 tu sedih tengok gurl zaman sekarang ni. Lagi2 sekarang ni da ade trend pakai tudung yang ade bonjot2 kat belakang tu. Even ramai dah tau fesyen tu berdosa, tapi sebab nak cantik, sanggup buat jugak. Astagfirullah...

Ok..ok.. cukuplah tu. Banyak lagi kalau nak dicerita bab aurat ni. Tapi yelahkan, manusia semua ada kekurangan. Me too! But I'm so lucky sebab dapat hubby yang sgt...sgt...sgt menjaga aurat I. Thank you dear!!!

Lurve my hubby so much!!!!!

P/s: Untuk renungan bersama, info mengenai cara menutup aurat yang betul, sila baca di sini.