Assalamualaikum w.b.t.
Entry ini dibuat di atas permintaan my uni friend, Juju dan beberapa orang kenalan berkenaan Halford Fliplite Twin Stroller yang dibeli daku sebulan lepas. Yang bertanya ni semua dah ada 2 anak kecik plus yang tengah preggy second baby. Hope entry ni membantu ye!
Halford Fliplite Twin Stroller
Pertama kali tengok hati dah jatuh cinta! Haha!
Actually, daku memang terasa agak desperate nak membeli twin stroller ni. Sebabnya, Afeef dengan Arissa kalau nampak stroller lama Sweet Cherry tu confirm berebut nak duduk dalam. Kadang tu sampai ada adegan adik menggigit abang sebab tak bagi si abang duduk dalam strolle. Sadiskan?
Stroller lama. Kadang tu sumbat je 2-2 dalam ni. Hehe.
Kebetulan 4 Disember 2014 ada trip family ke Bali, so daku dan hubby pun planning nak cari twin stroller yang ringan dan boleh lipat-lipat macam payung so that senang la kan nak travel.
Survey punya survey, jumpa twin stroller ni dekat Axeana Baby Store. Harga dari RM899 dapat RM689 (sekarang lagi murah weh, updated 15 Disember 2014, harga dapat RM679!). Berat dia 11.7kg. Oklahkan sebab twin stroller. Bila dah masuk bonet pun boleh sumbat macam-macam lagi dalam bonet. Tapi jangan ingat ringan sangat. Berat juga sebenarnya haha!
Jimat RM220 di situ!
Antara color yang ada. Tapi daku memang berkenan color hot red tu!
Hubby pun berkenan sama =)
Before pergi tu dah call dulu kedai Axeana Baby Store dan confirmkan ada tak stroller idaman hati color merah. Bila owner kedai kata ada, gegas-gegaslah kami ke kedai tu dekat Cheras. Dah tengok-tengok, letakkan Arissa dengan Afeef (nasiblah Afeef still boleh duduk kalau tak cancel beli), belajar cara nak fold, so alhamdulillah terbeli sudah Halford Fliplite Twin Stroller ni.
Bila dah fold, strollernya jadi begini.
Ni kalau berjalan mata orang tengokkan aje dak 2 orang ni. Lepas tu tanya si ibu,
"Ni kembar ke?" Hehe...
Ikutkan Afeef dah terlebih muatan ni. Tengoklah hai, sempit dia duduk. Sebelah tu boleh tampung 15kg je sebenarnya. Afeef dah 17 ke 18kg. Tapi kitorang lantakkan. Bak kate auntie Apai, jangan bobos sudah. Hahak! Kalau bobos pakailah sebelah aje untuk Arissa.
Ingatkan nak suruh dak Afeef duduk bila dia penat aje. Sekali pantang nampak stroller terbukak, cepat-cepat dia nak duduk. Arissa pun sama. Dua-dua suka duduk dalam stroller ni, alhamdulillah! Bila dah duduk, kene kunci so senanglah ibu dan ayah nak berjalan-jalan dekat shopping mall dengan aman. Hehe.
Pergi Bali hari tu pun nasiblah bawah stroller ni. Alhamdulillah diorang duduk senyap aje. Just kadang-kadang tengok cousins main tu je la diorang tak boleh duduk diam dalam stroller, nak join sekali.
Afeef walaupun dah terlebih muatan, tengok dia tido dalam stroller ni pun macam selesa jugak la. Boleh la kan nak buat nap sekejap.
Nyenyak kau!
Overall, memang puas hati sangat dengan stroller ni. Berbaloi dengan harga dia compare dengan Mclaren ke yang cecah ribu-riban tu kan? Pakainya pun bukanlah lama sangat.
Oh ada juga survey twin stroller yang lain. Tapi compare dengan Halford Fliplite ni stroller tu kena buka atapnya dahulu baru boleh fold. Yang Halford ni tak payah dibuka atapnya, terus boleh fold je.
So itu ajelah reviewnya. Alhamdulillah memang daku nak ber'window shopping bertiga dengan dak Afeef dengan Arissa ni pun still boleh handle lagi dengan adanya stroller ni. Memang membantu sangat! Even jenuh jugak nak menolak, tapi ibu ok je sebab tak payah nak main-main kejar-kejar diorang ni. Risau tau sekarang ni kalau dekat mall terleka sekejap anak-anak dah hilang je
p/s: Tak boleh lupa si Afeef hilang 10 minit dekat Aeon IOI Mall Puchong sehari sebelum raya tahun lepas. Sampai termenangis ibu. Mencari dekat tempat mainan kanak-kanak. Last2 si ayah terjumpa dekat tempat pakaian dalam perempuan. Huhu Afeef...Afeef. 10 minit je hilang dah buat ibu azab sangat! Rasa nak pecah dada sebab takut ='(
3 comments:
Haa thanks Piaa!! Boleh lah letak dlm registry baby wish list..tunggu baby dlm perut ni besar sampai 6 bulan kot..rasanya boleh agak kopem Mujahid ni gaduh dgn Adik punye nak duduk dlm stroller punya pasal mcm Arissa dgn Afeef..huhu
11 kg agak berat jugak tu..stroller tu senang lipat jugak syukurlah..tgk gamba afeef duduk stroller mcm best tu mmg boleh beli lah stroller nih! hehe
To Nurza Awi:
Welcome Ju! Harap membantu ye. Tapi ju try la survey lagi kut ada yg lagi ringan plus affordable. hehe. pia aritu sempat survey 2 stroller je. 1 tu berat 13kg. Yg ni pun semangat jugak nak ngangkat hehe
Hi, remember the girl in the curve that ask u how much & where u bought this twin stroller n u show me ur blog. Thank for the review!
Post a Comment