Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 19, 2011

Kisah tentang cidebab Afeef & adiknya =)


Kisah 1: Tentang si Abang, Cidebab Afeef.



Sudah 6 bulan ++

Alhamdulillah, Afeef sudah genap 6 bulan tanggal 17 Disembe
r yang lepas. Dan hari nie Afeef dah pun berumur 6 bulan 2 hari. Cepatnya masa berlalu... Terasa seperti baru je melahirkan Afeef ke dunia semalam. Sakit contraction pun masih boleh ingat lagi. Haha!


Diploma in Breasfeeding

Dan alhamdulillah, aku berjaya fully breastfeed Afeef until now, even ada tipu-tipu sikit time bulan puasa dulu, sebab terpaksa top-up dengan susu fm sebotol dua sehari. Ceritanya kalau nak baca di sini yea. But now, Afeef dah sangat pandai. Bukan je susu fm dia tolak, tapi botol susu pun dia taknak! Pernah la jugak try bagi Afeef susu fm bila mana Afeef still menangis after menyusu, tapi dia muntahkan balik susu fm tu. Then, terfikir yang si anak ni confuse puting ke??? Tapi bila dah belikan botol susu Tommie Tippie yang comel, gemok-gemok dan puting seakan puting ibu tu pun anakanda tolak, terpaksalah ibu minum bergelen-gelen air masak bagi refill balik susu. Huhu... Risau jugak kot-kot la susu merudum disebabkan 2nd pregnancy ni, tapi alhamdulillah, susu still mencukupi untuk Afeef =)


Dah pandai meniarap! Yeay!

Alhamdulillah... Afeef dah boleh meniarap dengan sendiri pada umurnya 5 months, 3weeks & 3 days! Sekarang ni, pantang letak je terus meniarap! So, bila anak teruna da mula meniarap, haruslah kena belikan Alphabet & Numerals Foam Puzzle Mat
seperti kat bawah nikan? Dengan harapan kasi Afeef leka sikit bila dah meniarap, baru ibu boleh buat kerja dengan senang hati. Hehe!

Mana nak cari mat macam ni yang saiz dia besar yea? Dapat cari semua saiz kecik-kecik 10cmx10cm je =(


Start solid food

Actually dah start bagi Afeef solid food masa Afeef berumur 5 bulan seminggu. Sebabnya, nengok geng-geng ibu semua da start bagi solid food seawal 4months ++. So, sajalah try-try bagi sikit-sikit dulu.


Beli cerelec, farley's rusk & puree buah Heinz. Mula-mula tu semua pon Afeef taknak! Habis dimuntahkan balik je semua makanan tu. Then ibu decide taknak bagi la selagi Afeef tak cecah umur 6 bulan. Tapi hubby suruh bagi jugak sikit-sikit. Lama-lama, only farley's rusk sahaja yang Afeef boleh makan. Cerelec hanya 2-3 suap je boleh. Yang 2 botol puree buah Heinz tu habes dibuang ke tong sampah je sebab seriously memang Afeef tak boleh telan. Membazirnya =(


Then semalam dah start buat porridge campur carrot sikit. Langsung Afeef taknak! Puree pisang pun ada pernah buat tapi Afeef muntahkan balik. Adoi risaunya si anak tak nak makan ni. Takkan nak bagi makan biskut je hari-hari. Ada tak mommies yang mengalami situation macam ni... Nak buat macam mane yea? =(


Ok, tamat kisah cidebab Afeef.


Kisah 2: Tentang si Adik, dalam Perut Ibu.

Alhamdulillah, adik Afeef dah 9weeks ++. Masa pergi scan 2 minggu lepas, dapat tengok adik Afeef dah ada degupan jantung dan kepala dah! Ya Allah, tak sangkanya dah besar anak ibu dalam perut nie. Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan sempurna yea di dalam sana.


Masa ni adik Afeef baru 7weeks ++


Perbezaan 'pregnant'kan Afeef & Adik Afeef.

1. Nausea

Time 'pregnant'kan Afeef, nausea teruk sangat sampai 9 bulan. Even kadang tu sampai hari-hari muntah hijau yakni jus gastrik, sebab perut kosong, tapi tekak ni nak muntah jugak! Then selalu jugak pergi keluar makan dengan hubby, then ondaway balik muntah semua makanan di tengah jalan. Balik rumah still dengan perut kosong. Then balik rumah still nak muntah lagi. Muntah angin. Huhu, kenangan betul!

But 'pregnant'kan adik Afeef, buat masa ni baru sekali je kot muntah. Itupun time gosok gigi before solat subuh. Sebabnye, tertelan sikit ubat gigi tu. Haha... Loya-loya sikit ada la tapi takde muntah-muntah teruk. Alhamdulillah.


2. Cooking

Time 'pregnant'kan Afeef dulu, langsung tak boleh masak. Bau tumis-tumisan orang belakang rumah masak pun dah boleh menyebabkan rasa nak muntah yang sangat dahsyat! Kesian sangat kat hubby sebab hari-hari kena makan luar.

But 'pregnant'kan adik Afeef ni alhamdulillah, aku boleh masak seperti biasa. Wee~~~ suka!


3. Seri muka

Bukan kuih seri muka yea. Hehe... Time 'pregnant'kan Afeef dulu, hubby selalu puji my face sangat-sangat berseri. Kalau keluar tu, pakai compact powder selapis pun dah cukup. Jerawat satu pun susah nak keluar.

But, this time pregnant, jerawat sangat suka keluar. Bukan jerawat besar, tapi jerawat kecil-kecil tu. Jerawat besar ada juga tapi tak la banyak. If nak keluar, harus tepek BB cream tebal sikit then baru sapu compact powder. Tapi itu pun still muka tak naik seri. Huhu...


4. Recites Quran

Time 'pregnant'kan Afeef dulu, aku akui, susah sangat aku nak habiskan satu page Quran. Kalau surah Yusuf tu, tah berapa minggu baru habis. Sebabnya, kalau baca je mesti nafas macam tak cukup dan mencungap-cungap.

But this time pregnant, boleh spent time lama untuk mengaji Quran. Alhamdulillah! Dah tak tercungap-cungap macam 'pregnant'kan Afeef. Mungkin sebab cukup makan dan tak muntah-muntah lagi kot.


Hoho, panjang pulak kalau dah menulis. Harus pen off sekarang. Sebabnya, cidebab bawah ni dah bunyi-bunyi nak nenen. Bersambung lain kali yea...


Kesayangan Ibu dan Ayah, Muhammad Afeef =)

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah... Rezeki...


Pertama sekali, inginku ucap SYUKUR di atas rezeki ALLAH ini. Alhamdulillah, aku disahkan pregnant buat kali ke-2.


Actually, memang aku & hubby belum bersedia
untuk menambah bilangan ahli keluarga. Tapi... tapi... kami tahu ALLAH telah merancang yang terbaik untuk kami. Maka, kami terima ketentuanNya ini dengan seikhlas hati.


At first, memang nak senyap-senyapkan aja berita nie. Tapi bila dah sembang-sembang dengan Mommy Rose, she told me that,

"Macam unfair pulak time dapat yang sulung, heboh bercerita. Tapi yang 2nd senyap2 aje."


Jadi, haruslah hebohkan jugak ye tak? Hehe!


Perasaan??? Memang pada mulanya rasa bersalah sangat dekat my baby Afeef sebab kecik-kecik lagi dah nak dapat adik. Tapi bila mengadu nasib dekat my mom, my mom cakap,

"Takpelah, nanti Afeef besar ada kawan. Taklah dia boring sorang-sorang"


Betul jugakkan??? Terus ibu mengandung 6weeks ni jadi happy. Wee~~~


My hubby pulak bila nak happykan isterinya, selalu je cakap ayat ni,

"B rasa this time baby girl pulak kot. Bestnye kalau dapat sepasangkan?"


Wawa... mengharap sudah dapat baby girl. Lagi-lagi yang super comel macam gambar bawah nie.

Time 'pregnant'kan Afeef dulu memang hari-hari tengok gambar baby nie.


Even takde iras, tapi bagi ibu, Afeef da super comel dah! Hehe!


Tapi kalau dapat baby boy pun alhamdulillah! Rasanya possibility nak dapat baby boy pun memang tinggi sebabnya my hubby punya siblings ada 6 orang lelaki, 2 orang je perempuan. Haha... Apepun, tak kisah la kan, asalkan baby inside sihat dan dapat membesar dengan sempurna.


Just nak sharing apa kata-kata orang bila dapat tahu yang aku preggy lagi. Macam yang dekat group We are 2011 Babies yang aku join kat fb tu, ramai yang ucap CONGRATES. Alhamdulillah.

Kawan-kawan pun ramai yang cakap CONGRATES. Selain itu, ada jugak yang bercakap seperti di bawah,

"Wow aktifnya!"
"Uish rushingnya!"

"Tah merancang pakai ape tah si Pya tuh?" (terbaca dekat komen kawan-kawan yang sememangnya suka bergosip) Ku maafkan dikau wahai sahabat.

"Dahsyat betul penangan si *my hubby* tuh!"
"Cepat betul laki ko bagi bonus tahunan ea"


Dan bermacam lagilah ayat yang dirasakan agak kurang selesa di dengar. Takpelah,
Ku maafkan dikau wahai sahabat.


Apepun, aku dan hubby bersyukur sebab, memang 'ANAK' ni pembawa rezeki. ALHAMDULILLAH masa 'pregnant'kan Afeef, my hubby dapat tukar kerja plus gaji berganda-ganda naik. Then bila aku disahkan pregnant 2nd baby, hubby terus dapat beli rumah dan tukar kereta baru. Dan lagi, aku bersyukur even masih belum bekerja, jadi fulltime housewife, my hubby masih boleh menanggung segala permintaan yang bukan-bukan dari bini dia ni. Haha...


Last but not least...

Ibu, Ayah & Abang Afeef sayang sangat-sangat dekat Adik =)