Welcome to my blog!!! This is my story. Enjoy reading my sweet moments that so-called LIFE
Thursday, September 8, 2011
Cukur Rambut Afeef Hari ke-9
Really want to write about this entry. About 'Cukur Rambut' baby. Yes, tak semua parent nak cukur rambut baby mereka. Macam aku jugak, kalau la hubby tak berkeras nak cukur rambut my baby Afeef, memang aku biarkan aje rambut tu. Sayang hokeh rambutnya! Lahir2 je dah lebat kemain.
Tapi... setelah mengetahui kebaikan cukur rambut baby, sememangnya aku relakan aje hubby cukur rambut my baby Afeef. Itu pun suppose nak cukur hari ke-7. Tapi disebabkan hubby bekerja & hanya dapat balik menjenguk kami anak-beranak yang berpantang di Muar hari ke-9, maka hari ke-9 la gamaknya my baby Afeef kena cukur dek ayahnya. Sedih dalam rela je menengok si anak kena cukur rambut. Huhu...
Before kena cukur rambut:
Time kena cukur rambut:
Afeef after kena cukur rambut:
Nasib baik time kena cukur rambut tu my baby Afeef behave je. Tido je sepanjang 4 jam kena cukur. YES, 4 jam hokeh hubby cukur rambut my baby. Sebabnya, rambut Afeef sangat lebat dan kena gunting sikit-sikit dulu baru cukur. Cukur pun kena sangat berhati-hati sebab kulit kepalanya sangat lembut takut sangat luka time cukur tu.
Oh. Actually nak mention kebaikan mencukur rambut bayi baru lahir ni. Terbaca dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.
Antara kebaikannya:
# Meningkatkan tahap kesihatan anak
# Membuka selaput kepala
# Mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria bau
Selain tu ada juga info lain mengenai kebaikan cukur rambut baby baru lahir dari belog
AhmadHumaizi iaitu:
# Bayi yang baru lahir perlu dicukur habis kepalanya..bukan hanya menggunting hujung rambut sikit2 sahaja.
# Penerangan dari seorang ustazah dari Jabatan Agama pula, apabila seorang bayi baru lahir, dia diikut oleh seekor syaitan (penulis tidak ingat nama syaitan itu). Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun (kepala) bayi dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada ibu bapa dan Allah SWT dan pelbagai perkara yang tidak baik lagi (tujuan syaitan berada di muka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga hari kiamat)
# Jadi, kita perlu mencukur habis rambut bayi kita supaya syaitan tersebut pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Qadr dan Surah Al-Insyirah.
# Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan dikatakan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah2 tersebut untuk membantu menenangkan bayi.
# Kebaikan mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi-rambut baru yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik dan kuat berbanding rambut yang telah ada semasa lahir.
Alhamdulillah, selamat sudah my baby Afeef cukur rambut. Dan sekarang Afeef dah 2 bulan ++ rambutnya pun dah tumbuh lagi lebat. Tapi of cos la kan cukur bantal. Huhu...
So, mommies semua... jangan la sayang nak cukur rambut baby sebab banyak sangat kebaikannya. & lagi satu, kalau nak cukur pun jangan disertai dengan majlis cukur jambul sebab dah banyak fakta mengatakan cukur jambul itu bidaah. Just kalau nak buat majlis pun time aqiqah je. More information baca sini k!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
ak nk share post ko ngn akk ipar ak ye sbb ank buah ak lm ckur rmbut lg!
opie!
BABY~!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Opie:
Dialu2kan. ^_^ & congrates da dpt anak buah.
Eyra:
Yee kak eyra!!! Heee....
tq pya for sharing this,yun pn xcukur lg Rayyan..xsakit ek cukur pkai shave,hubby yun xberanilaaa..huhu
Wah baby sudah cukur rambut. Mine xcukur lg even dah masuk 3MO. Sebabnya xtau cmne nk cukur... same as yun, xsakit ke just cukur gtu je. Cm scary jek... Thanks for sharing the info.
Sgt2 bguna siap ade pic lg! LIKE LIKE LIKE!!!
Yun:
hubby pya mula2 pun tak berani jugak yun. tp dia buat2 berani je sbb dlm family pya mmg semua tak reti cukur rmbt baby. kami adik-beradik semua makabah pya tak pernah cukur. huhu..
kena bt sgt hati2 yun. sbb tu mkn mase 4 jam. lenguh berhenti pastu smbg balik. huhu.. rsnya tak sakit kot sbb afeef tak nanges pun dia tido je sepnjg kena cukur tu.
Nurul:
Nurul, pya pun mula2 takut nengok hubby cukur guna shave tu. tp hubby mmg buat sgt lembut & sgt hati2. guna sampai 3 shave. tak sakit kot sbb afeef tido je time kena cukur tu tak nanges pun ^_^
Post a Comment