Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 22, 2011

Afeef with his BAPE Beanie Hat ^_^


Agaknya memang trend sekarang kot semua baby harus ada BAPE Beanie Hat ni. Bila nengok baby bergambar dengan B. Beanie Hat ni, baby bersebut terus jadi super comel! Haha... Jadi, haruslah belikan Afeef pun B. Beanie Hat jug
akkan???


Kan... kan... comelkan???


Hubby naik rimas bila si isteri asyik merengek je nak belikan si anak B. Beanie Hat ni, terus memesan sampai 2 serkup comel ni. Perli la tu! Haha... Hubby beli kat belog
little stuff nie. Murah! RM10 je for one pcs. Tapi only few colors je yang ada. Hubby pilih color dark brown and light yellow (sebab my hubby tau isteri dia memang obses dengan color brown). So, last week selamat sampai sudah B. Beanie Hat ni.


BAPE Beanie Hat yang comel!


Kat bawah ni gambar Afeef bergambar dengan B. Beanie Hatnya!


Afeef with Pak Kienya!

Afeef with ayah!

Afeef with Ibu!




Rasa macam nak beli color lain pulak. Nak buat collection. Haha...

Macam nak kena beli color merah pulak la. Canteks kan color merah? Grey pon macam menawan je...


Terlebey sudah si emak neh! (>0<)


Thursday, September 8, 2011

About Breastfeeding


Semua orang sibuk cerita pasal breastfeeding, so aku pun nak cerita jugak la. Haha... Boley ke macam tu? But sadly nak bagitau, I manage to fully breastfeed my baby time dalam pantang je. Sedih ok! Sebabnya, masuk bulan ke-2 dah bulan Ramadhan dan milk production adalah sangat merudum. So waktu siang kenalah topup den
gan susu fm sebotol dua. Time malam pulak susu adalah mencurah2 sebab bila dah berbuka puasa tu telan segala jenis air so susu adalah sangat banyak. Nak buat stok tapi still tak boleh sebab my baby sangat kuat menyusu. Tiap kali dia menyusu adalah 2 jam sekali dan sekelip mata cik B yang engorged tu kembali ke bentuk asal. Haha...


I miss my confinement session. Time tu susu adalah sangat banyak. Sampai adalah banyak kali jugak kena bengkak susu yang melampau. Hubby kesian so belikanlah breastpump Medela Swing. First time pump dapatlah 4oz itupun selepas my baby bergantung sejam sebelumnya. Kira banyak jugaklahkan???

First time pump


Dan since raya hari tu da try nak fully bf my baby balik. Alhamdulillah berjaya! Tapi serious aku kena minum air super banyak & makan nasi pun super banyak. Harap-harap la badan tak naik sebab currently my weight da kembali ke berat asal, 55kg. Ingat nak turunkan lagi tapi bila dah asyik makan je, mimpi la kot berat nak turun lagi. Haha...


Just nak share sikit story masa terpaksa-rela bagi my baby Afeef susu fm. Masa tu malam kalau tak silap. Afeef da habis menyusu kedua-dua belah cik B tapi still menangis melalak meraung-raung. Ingatkan perut dia kembung. Tapi bila tepuk-tepuk dengan jari takde la rasa kembung pun perutnya. Pampers pun dah tukar but still melalak lagi. Masa tu memang takde langsung susu fm kat rumah, almaklumla dah nekad nak fully breastfeed. Last-last terfikir yang si anak ni tak cukup susu ke? Hubby memang taknak beli susu fm. Aku yang kesiankan si anak ni pun dalam terpaksa merayu-rayu kat hubby beli susu fm coz takut la kan anak tak cukup susu. Yela, sanggup ke nengok anak yang satu ni kelaparan tak cukup susu. Last-last hubby akur then keluar cari susu fm tengah-tengah malam. Nasib ada satu kedai 24 jam ni jual susu for infant S26.


Bila sumbat je susu fm 4oz ke mulut my baby, masyaAllah, my baby sedut dengan rakusnya susu tu. Masa tu kami laki-bini terasa nak berderai air mata. My baby KELAPARAN rupanya. Sedih sangat time tu. Lepas habis susu fm 4oz tu barulah my baby Afeef tidur nyenyak malam tu sampai berdengkur-dengkur. Terasa insaf sekejap malam tu. Disebabkan mindset yang nak fully breastfeed, si anak pulak kelaparan.


So after kejadian tu, bila mana Afeef menangis melalak meraung-raung lagi tanpa sebab, kami laki bini pun dah tau solutionnya selain menyapu minyak Yuyi di perut dan tukar pampers. Biarlah orang nak kata ape pun, "bagi anak susu lembu la" hape la... Yang penting anak aku sihat dan tak kelaparan. Bukannya aku taknak langsung breastfeed my baby, tapi dah kalau susu tak cukup nak buat macam manakan?


Just nak bagitau mommies kat luar sana, fully breastfeed baby adalah suatu yang sangat digalakkan. Tapi depends jugak pada keadaan. Yang banyak susu badan tu BERSYUKURLAH dan janganlah RIAK. Ni sampai bila tengok ada ibu bagi susu fm dekat anak dah berfikiran macam-macam yang buruk. Kita tak tau keadaan ibu-ibu lain kat luar sana tu yang terpaksa bagi anak susu fm (like my case). In case la kalau kita kenal ibu-ibu yang memang ada susu badan tapi taknak bagi dekat anak. Tu dah lain cerita. Memang patut kena ceramahlah kan?


Kisah lain. Macam my elder sis, baru bersalin 8/8 hari tu tapi terpaksa bagi anak susu fm sebab susu badan sangat sikit. Minumlah banyak mana air pun susu badan tetap sikit dan cik B tak engorged pun. Kalau dah keadaan si ibu macam tu, takkanlah nak biar je anak hisap cik B kalau takde susukan? Mestilah meraung si anak tu lapar. Sometimes kesian dekat my sis sebab terpaksa beli susu fm yg mahal tu tiap-tiap minggu. Nurse KK yang datang check-up baby pulak tak habis-habis perli sinis my sis cakap "ai cuti sampai 3 bulan takkan tak boley bagi anak susu badan kooottt!". My sis senyap je. Hoh kalaulah aku ada time tu, nak je aku sound balik nurse KK tu cakap "kot la kalo anak aku ni mati kelaparan, ade ko nak tanggung?". Grrrr.....


Zaman sekarang ni semua benda nak kena pakai duit. Lagi-lagi pulak susu fm yang sememangnya dah tahu mahal. Siapa tak nak jimat, tak payah beli susu fm, bagi je susu badan. Me too kalau boleh nak tolong hubby berjimat cermat taknak beli susu fm kalau susu badan banyak. Tapi kalau la dah desperate susu badan sikit, nak buat macam manakan? Ini pun aku dan hubby dah bersyukur sebab my milk dah kembali banyak. But still susu fm mesti ada kat rumah in case Afeef tak cukup susu lg.


Dan Alhamdulillah aku dah jumpe my milk booster. Yakni air kopi 434. Heheh... minum je kopi tu tak lama je penuh cik B. Tapi takut jugak nak minum banyak-banyak sebab kopikan? Milo O panas pun one of my milk booster. Oh, if ada sesiapa yang terasa dengan entry ini aku awal-awal lagi nak mintak maaf ni. Di bulan yang mulia ni marilah kita saling bermaaf-maafan. Heee... Daa...

Cukur Rambut Afeef Hari ke-9


Really want to write about this entry. About 'Cukur Rambut' baby. Yes, tak semua parent nak cukur rambut baby mereka. Macam aku jugak, kalau la hubby tak berkeras nak cukur rambut my baby Afeef, memang aku biarkan aje rambut tu. Sayang hokeh rambutnya! Lahir2 je dah lebat kemain.

Oh rindunya time my baby rambut cenggini...


Tapi... setelah mengetahui kebaikan cukur rambut baby, sememangnya aku relakan aje hubby cukur rambut my baby Afeef. Itu pun suppose nak cukur hari ke-7. Tapi disebabkan hubby bekerja & hanya dapat balik menjenguk kami anak-beranak yang berpantang di Muar hari ke-9, maka hari ke-9 la gamaknya my baby Afeef kena cukur dek ayahnya. Sedih dalam rela je menengok si anak kena cukur rambut. Huhu...


Before kena cukur rambut:


Tah kenape suka ambil gambar posing yang same je. Haha... tak kreatip langsung si ibunye.


Time kena cukur rambut:



Afeef after kena cukur rambut:


Botak suda anak terunaku. Hee..


Nasib baik time kena cukur rambut tu my baby Afeef behave je. Tido je sepanjang 4 jam kena cukur. YES, 4 jam hokeh hubby cukur rambut my baby. Sebabnya, rambut Afeef sangat lebat dan kena gunting sikit-sikit dulu baru cukur. Cukur pun kena sangat berhati-hati sebab kulit kepalanya sangat lembut takut sangat luka time cukur tu.


Oh. Actually nak mention kebaikan mencukur rambut bayi baru lahir ni. Terbaca dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.


Inilah rupa bukunya. My friend Mira hadiahkan masa my wedding dulu.


Antara kebaikannya:

# Meningkatkan tahap kesihatan anak
# Membuka selaput kepala
# Mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria bau


Selain tu ada juga info lain mengenai kebaikan cukur rambut baby baru lahir dari belog
AhmadHumaizi iaitu:

# Bayi yang baru lahir perlu dicukur habis kepalanya..bukan hanya menggunting hujung rambut sikit2 sahaja.

# Penerangan dari seorang ustazah dari Jabatan Agama pula, apabila seorang bayi baru lahir, dia diikut oleh seekor syaitan (penulis tidak ingat nama syaitan itu). Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun (kepala) bayi dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada ibu bapa dan Allah SWT dan pelbagai perkara yang tidak baik lagi (tujuan syaitan berada di muka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga hari kiamat)

# Jadi, kita perlu mencukur habis rambut bayi kita supaya syaitan tersebut pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Qadr dan Surah Al-Insyirah.

# Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan dikatakan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah2 tersebut untuk membantu menenangkan bayi.

# Kebaikan mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi-rambut baru yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik dan kuat berbanding rambut yang telah ada semasa lahir.


Alhamdulillah, selamat sudah my baby Afeef cukur rambut. Dan sekarang Afeef dah 2 bulan ++ rambutnya pun dah tumbuh lagi lebat. Tapi of cos la kan cukur bantal. Huhu...


So, mommies semua... jangan la sayang nak cukur rambut baby sebab banyak sangat kebaikannya. & lagi satu, kalau nak cukur pun jangan disertai dengan majlis cukur jambul sebab dah banyak fakta mengatakan cukur jambul itu bidaah. Just kalau nak buat majlis pun time aqiqah je. More information baca sini k!

Tuesday, September 6, 2011

My Cidebab Afeef ^_^


Lama gilos hokeh tak update belog ni. Al maklum la rumah baru di Pasir Gudang ni barulah terpasang intenet semalam. Tu pun pakai P1 Wimax. Na
k pasang Streamyx macam leceh je sebab TM baru je pasang line & maybe take time kot baru boleh dapat connect dengan intenet.


Oh rindunya nak berblogging! Terasa ruginya sepanjang Afeef membesar ni tak dapat nak update perkembangan dia dalam belog ni. Btw, Afeef dah 2 month ++! Badan makin debab & pipi makin melayut-layut. Haha...


Afeef 1 month:


Afeef 2 month:

See de pipi? Makin labuhkan?


Ni baru lepas mandi. Saje nak tunjuk pampers kiut. ^_^


Aloh, my cidebab da bangun dari tido la. Sambung lain kali ye! Daaa...