Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 27, 2010

Bilalah dapat berkonvo lagi...


Today, got message from my classmate, Ika. Tut...tut... (bunyi message). Aku yang baru nak bangun tido pagi tadi pun cepat-cepat ambil handphone (yg hidup segan mati tak mau tu). Then, baca la msg tu...


Message tu berbunyi,


"Update for dissertation MBG! Hantar final draft, 2 copy binding, 5 Nov @ 7 Nov 2010. Harap maklum."


Terus bulat mata!! Dalam hati kata,


"Ha! Kena submit draft 5 Nov! Giler ke ape!!! Chapter 4 pun baru nak start da nak kena submit 5 Nov!"


Ape lagi... Aku terus bangun capai towel mandi (masa mandi siap fikir nak syampu rambut ke tak sebab nak cepat). Haha... Habis mandi and siap-siap semua terus on lappy then terus study case. Dah tak igt ape dah! Yang igt, nak kena siapkan tesis cepat! Sebab haruslah konvo sem ni sebab jeles menengok gambar di bawah ini.


Congrates buat Abu, Apamz, Aizat, Imran, Malinja, Wong, Lilian, Poy Yee, Wan Wei & Kak Intan yang selamat berkonvo Master semalam!

Source: Fb Imran


Tengok! Siap ambil gambar tium-tium dengan ikan lagi! Mana tak jeles! Haha... So, haruslah berkonvo sem ni kalau nak ambil gambar dengan jubah besar yang ada strip purple (utk fakulti Alam Bina). Beza dengan konvo yang dulu, cuma topi die je plus line keemasan tu...


Berkonvo kali pertama. Bilalah nak konvo kali ke-2 pulak.


Dalam kelam-kabut mentelaah case law tu, tiba-tiba terigt nak reply message Ika balik. Dalam message tu berbunyi,


"Awalnya! Kate 11 Oct!"


Then Ika replied.


"X. before ni kalo ikotkan 11 Oct. Lagi awal. Huhu"


Aku da pelik. Ha? Bukan 5 Nov tu lagi-lagi awal ke???


Then barulah aku sedar yang sebenarnya aku telah salah faham. 5 Nov tarikh submit draft tu diigtkan 5 Oct. Haha... orang mamai baru bangun tido la katakan. Bulan Nov dengan Oct pun dah tak kenal. Before dis kena submit final draft 11 Oct. So bila ika message bgtau kena submit 5 Nov tu aku igt 5 Oct (lagi cepat 6 hari). So, terus cool down then bukak blog type entry ni. Haha...


Time abes solat Zohor, terus buat sujud syukur. Syukur sgt-sgt sebab masih ada banyak masa utk aku menyiapkan tesis. Sungguh tak tenteram hidup nie bila mengenangkan tesis ni. Huhu...


Oklah. Nak sambung buat tesis. (mentang-mentang tarikh submit da de'extend'kan, siap main blog ye kau!). Doakan aku dpt habiskan tesis ni dengan tenang ye kawan-kawan. Bubbye!

Friday, September 17, 2010

Perihal Muka


Hellow! Selamat pagi semua! (Kalau baca entry nie waktu petang jadi selamat petang. Kalau baca entry nie waktu malam jadi selamat malam ye!)

Just hari nie nak share sikit pengalaman 24 tahun me menjaga muka. Actually, my face nie takdelah punya masalah yang kronik sgt pun. Kalau orang tengok dari jauh or kalau orang tak telek betul-betul my face nie mesti akan cakap:

"Eh, kulit u bersih la... Takde problem pun." Takpun,

"Eh, bersihnya kulit u. Pakai ape ye?"

Haha...

Bersih la sangat... Padahal, kalau sental dengan make-up remover tu, baru tau 'bersih' nyew kulit muka I. Haha...

Actually, me nak cerita sikit satu story nie. Kalau dulu, memang kulit muka ni susahlah nak ada masalah. Senang je nak jaga. Tak payah nak pakai ape-ape produk penjagaan muka. Just cuci muka je, tu pun pakai cleanser cap Safi mentimun tu. Then, kalau tiba-tiba muka nie naik jerawat, tepek-tepek dengan Oxy dah! Esoknye hilang.

Tapi sekarang tidak lagi. Sedih! Nie semua gara-gara gatal pergi try buat facial muka time last year degree dulu. Sampai sekarang ni my face asyik tumbuh white heads je. Banyak pulak tuw!!! Lagi-lagi dekat pipi sebelah kanan. Selambak! Anyone boleh suggest produk muka apa yang berkesan untuk hilangkan white heads???

Ramai kawan suruh me try produk 'Tia Amelia'. Tapi bila da guna, kulit jadi macam tegang semacam. Then rasa macam panas je. Bila panas mesti la muka pun jadi merah-merah. Terus stop guna. Abes terbang jugak la duit beli produk tu sebab beli satu set. Siap dengan toner semualah! Maybe sebab my skin punya type sensitive kot. Sebab tu tak sesuai. :(


Tia Amelia's Product. Source: Googles

Then, me try produk 'Syahirah'. Tapi still tak berkesan jugak. Harap muka jadi terlebih putih macam tepung gomak ada. White heads tu still maintain selambak dekat muka. Lepas tu my hubby selalu complain, lagi-lagi time nak tido yang me da bau macam 'ubat' bila pakai mosturizer Syahirah tu. Haha...

Syahirah's Product. Source: Google

Dah tak tau nak pakai apa dah! But still jugak la pakai produk Syahirah tu sebab da belikan? Igt macam nak try Aveana, D'navechee's product. Macam bagus je. Sebabnye, terbaca ada satu testimoni tu cakap macam ni:

From: Rusmaizar
"Ok. Saya baru menggunakan produk ini. Sebelum ini kulit muka saya suka naik jerawat yang kecil2. Selepas menggunakan produkni. Muka saya makin kurang jerawat. Kulit wajah saya nampak bersih dan berseri. Kini saya lebih yakin menggunakannya. Saya juga bagitahu pada kawan2 untuk cuba produk ini."

Jerawat kecil-kecil tu means white heads la kan kan??? Harus cepat ni beli product ni!! Hihi...

Aveana's Product. Source: http://www.dnavechee.com.my/ms


Oklah. Nanti nak paw my hubby suh dia belikan. Kiki...

Tata....

Tuesday, September 14, 2010

Raya yang tak berapa nak Raya...


Salam...

Apepun, mula-mula sekali mestilah kena bagi ucapan rayakan? Jadi...


"Selamat Hari Raya Semua!!! Maaf Zahir & Batin sekiranya ada tersilap, tersasul, terkecil hati, terguris ke dengan apa yang ditulis oleh saya selama ini... Takde duit raya ke? Ehehee..."


Jadi, berbalik kepada tajuk. Kenapa raya tahun ni macam tak berapa nak raya??? Meh nak buat list sikit.

1. Sebab da kawin, so da tak dapat duit raya. Malah kena bagi duit raya lagi dekat anak-anak buah-buahan semua. Haha...

2. Hanya dapat beraya 2 hari sahaja di rumah mak & apak tercinta. Selalunya sampai raya sebulan habis, me beraya dekat rumah mak. But since da kawen ni kena la fairkan? Raya ke-2 dah ke rumah opah my hubby di Kuala Kangsar. Lepas tu raya ke-5 da kena keje. Ade ke patut???

3. Semua orang beraya sakan ambil gambar. Tah macam mane tahun ni boleh terlupa nak ambil gambar family beraya. Lagi sedih takde gambar beraya berdua dengan hubby. Sungguh takde feeling raye...

4. Mengenangkan tesis yg progressnye macam siput sedut tu. Alahai... sungguh spoil mood nak raye. Siap da bawak buku seberat 5 kilo tu balik kampung beraya sekali lagi. Tapi tak bukak2 pun. Mintak-mintak after resign ni me semangat la sikit nak habiskan tesis tu. Sungguh tak tenteram tido, makan, tengok tv semua bila mengenangkan tesis.

Ok, itu shj listnya. Nanti kalau ada me tambah lagi.

Tetiba rasa sedih bila mengenangkan ketupat raya tahun ni tak berapa nak jadi. Terlebih isi beras, so jadi ketupat keras! Haha.. Ampun mak!