Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 17, 2013

Kisah Kelahiran Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq


Assalamualaikum w.b.t


Ok, this is my second baby's birth story (kisah kelahiran cidebab Afeef boleh baca di sini ye). Sebelum daku lupa ingatan, baik cepat-cepat tulis pengalaman melahirkan puteri kesayangan, Khayla Arissa. Ouh before that, Khayla Arissa is 6 months, 3 weeks & 4 days old already! Ngahaha giler lama ibu dia peram cerita!


Kenangan masa 'pregnant'kan Arissa. 
Me @ 36weeks


22 Julai 2012, Ahad

Around 3pm, pergi ke bilik air untuk melepaskan hajat kecil. Tengok-tengok ada keluar lendir darah. Secalit je pun. Heheh. Tapi ibu boyot time tu dah happy sangat-sangatlah! Tapi disebabkan tak sakit perut pun lagi, so rileks je kat rumah. Takde nak gegas-gegas pergi hospital pun sebab masa 37 weeks aritu dah pergi hospital sebab perut mengeras-ngeras 10 minit sekali tapi jalan baru buka 1cm dan dinding rahim pun tebal lagi. False alarm! So kali ni biar sakit kaw-kaw punya baru nak pergi hospital. Haha.


23 Julai 2012, Isnin (39 weeks 5 days)

Start malam pukul 12am kut, perut dah start sakit. Tapi still boleh tahan. Lama-lama sakit makin teruk dan bila dah tak boleh nak menahan terus kejut hubby. Hubby pegang my perut dan check memang mengeras 5 minit sekali. Hubby ajak pergi hospital cepat tapi aku still refuse. Nak tunggu after subuh sebab kesian dekat cidebab Afeef, takkan nak mengangkut dia sekali teman ibu dia beranak. At least, hantar dia dekat rumah baby sitter dulu baru pergi hospital.

Sampailah ke Subuh menahan sakit. Hubby yang memahami tolong ngurut belakang badan sampai dia pun tertidur-tidur. Bila azan Subuh berkumandang, aku cepat-cepat mandi, solat Subuh dan bersiap. Hantar Afeef dekat rumah baby sitter dulu then sempat lagi borak-borak dengan Kak Lin tu. Dia siap buat cerita seram lagi katanya adik dia kehilangan baby yang dikandung 9 bulan dalam perut sebab lambat pergi hospital. Tergamam sekejap aku dengan hubby so kami pun cepat-cepat bertolak ke Hospital Sultan Ismail, Pasir Gudang. On the way tu aku terasa baby still aktif dan sambil-sambil tu mulut dah kumat-kamit baca surah Nabi Yunus plus berdoa semoga semuanya selamat.

Lebih kurang pukul 9am kami laki bini sampai dekat bilik saringan HSI (tempat ibu-ibu mengandung kena seluk-seluk nak check bukaan rahim tu). Seperti biasa, kena salin baju pink dan tunggu giliran. Bila HO panggil nak buat VE, terus sakit perut hilang. Haha. Tapi alhamdulillah bukaan dah 4 ke 5cm. But sadly, tak boleh masuk labor room lagi sebab labor room penuh! Terpaksa ditolak masuk wad dulu. Tapi nak masuk wad pun satu hal, lama sangat prosedurnya. Hukhuk!


Pukul 11.32am baru dapat masuk wad =(


Dekat wad, nurse datang pasang ctg dekat perut dan kelihatan contraction sudah semakin kerap. Memang bila baring je atas katil rasa macam dah nak patah pingganglah. Bila tengok muka aku macam pucat je tahan sakit, semua nurse-nurse praktikal berkerumun datang dekat katil aku. Semua sibuk nak pegang-pegang perut aku. Haha. Hilang sekejap rasa sakit melayan kerenah nurse-nurse praktikal yang banyak tanya. Lama juga lah borak-borak dengan nurse praktikal sambil-sambil menahan sakit perut pinggang semua. Tak lama kemudian doktor datang suruh pergi bilik belakang. Katanya nak pecahkan air ketuban. This time masa pecahkan air ketuban tu tak rasa sakit langsung. Tapi... bila balik dekat atas katil, terus badan rasa menggigil sakit perut yang amat sangat!

Nurse-nurse praktikal semua dah kelam-kabut heboh dekat wad katanya aku dah nak terbenarak. Haha. Tapi memang dah rasa sakit nak meneranlah bila sampai atas katil tu. Rasanya tak sampai 10 minit pun lepas doktor pecahkan air ketuban tu. Hubby dah cemas dekat sebelah katil dah tak tau nak buat apa. Tup-tup doktor yang pecahkan air ketuban tadi datang dan bagitahu yang ada satu labor room dah kosong.

Cepat-cepat aku diangkat ke strecher dan berlari-lari nurse tolak aku masuk labor room. Kelam-kabut sangat time tu. Hubby pun berlari-lari ikut sama but sadly dia kena tahan dekat depan pintu masuk labor room sebab nak kena isi form bagai sebab nak teman isteri bersalin. Yang aku ni sampai-sampai je labor room memang badan dah menggigil-gigil tahan nak meneran. Masa nurse-nurse angkat aku dari strecher ke atas katil pun aku dah terteran sikit rasanya sebab memang tak boleh dah nak menahan. Alhamdulillah, bila nurse letak je aku atas katil dekat labor room tu, check bukaan bawah dah fully dilated, 10cm. Terus je aku push sekuat hati sebab masa tu contraction memang sangat kuat. Alhamdulillah dengan sekali push, keluarlah puteri kesayangan seberat 2.88kg tepat jam 1.45pm.

Beberapa minit after Arissa lahir, hubby pun masuk labor room. Nurse cakap dekat hubby yang baby dah lahir dah pun. Hubby senyum kelat je, terkilan kut tak dapat teman masa aku melahirkan. Hubby keluar balik ambil wudu' dan qamatkan Arissa.

Even though masa melahirkan Arissa bagi aku adalah agak mudah compared dengan abangnya yang aku kena induce bagai, tapi part kena jahit kat bawah tu time Arissa lagi sakit kut. Hukhuk. Tak tau kenapa tapi aku siap sedut oksigen sebab tak tahan sakit kena jahit. Lama woh nurse tu jahit. Katanya nak kena jahit elok-elok. Adoyai. Sampai khayal aku sedut oksigen tu sebab banyak sangat. Oh lupa nak cakap, doktor pun tak sempat nak sambut aku bersalin, nurse yang sambut. Hukhuk! Takpelah asalkan dah lepas semua. Syukur Ya Allah!





 Khayla Arissa, day 1.


Oh, bagi yang nak tahu maksud Khayla Arissa tu, maksudnya: 

Khayla: Yang cantik
Arissa: Azam dan kuat. Personaliti yang menarik dan menawan. Keyakinan diri yang tinggi. Tetap pendirian tetapi bersedia mendengar pendapat orang lain.


Perkembangan Arissa.


Arissa, 5 hari

 Arissa, 7 hari

Arissa, 10 hari (dah selamat cukur rambut hari ke-7)

Arissa, 12 hari

 Arissa @ 1 mo

 
 Arissa, day 50 of life


 Arissa @ 5mo

Latest Arissa @ 6mo ++



 My kesayangans =)

Wednesday, February 6, 2013

About Diapers


Assalamualaikum w.b.t.

My friend Juju minta tolong review sikit pasal diapers ape yang daku pakaikan untuk my babies. Juju ni actually adalah my ex-classmate masa zaman U dulu plus housemate masa di blok H19, KTF, UTM Skudai (tetiba rindunya zaman di rumah H19 itu.). Hee... Tumpang excited sama nengok mom-to-be ni buat checklist untuk her baby mujahid. Teringat pulak zaman preggykan cidebab Afeef dulu. Best woo hari-hari duk fikir barang baby je sampai selagi tak beli tu nak tido malam pun tak lena. Ahaks!

Oklah. Jom cerita!

Masa preggykan Afeef dulu, the first diapers yang aku beli adalah:


1. Drypers!

 Beli Drypers adalah sebab dapat free 6 keping diapers tu ye. Hehe.


Review pasal Drypers. Emm... Ianya tak lembut sangat tak keras sangat, tak nipis sangat tak tebal sangat. Mulanya Drypers adalah sangat ok. Sebab Afeef pun bukan jenis yang selalu kene nappy rash kut. Guna Drypers sampai Afeef umur 2-3 bulan je. Lagi teruja beli Drypers ni sebab ade satu time tu design dia sangat comel seperti gambar di bawah.

 Masa ni cidebab Afeef umur 2 mo++.
 Comelkan design dia. Hehe. 


Tapi adalah sangat tertekan hokeh pakai Drypers ni. Sebabnya, anak terunaku ini selalu sahaja kalau pee mesti bocor tang tepi pinggang. Tak sure kenape (maybe bebird dia ternaik kut. Ehee.. ). Kalau dia tido dalam buaian tu, sampai kadang menitik-nitik air kencing dia. Rasanya boleh katakan hari-hari kena tukar kain buaian. Stress mak! So, tukarlah ke diapers lain pulak.


2. PetPet


PetPet ni yang bagusnya ia sangat-sangat lembut. Tapi cidebab Afeef still tak serasi jugak. Kencing BOCOR lagi. Hukhuk. Tak habis guna pun rasanya PetPet ni dah bertukar ke diapers lain.


3. Huggies 

Ada 2 jenis Huggies yang my babies pakai. Afeef merasa pakai Huggies Total Protection (red color). Yang ni memang lagi fail lah! Huhu. Sekejap je dah BOCOR tang pinggang. Kadang tu tengok kat diapersnya still kering lagi. Pelik yang amat! Plus ia sangat nipis. Ade lagi tersimpan dalam bonet kereta hubby. Pakai bila urgent je. Huhu. Tapi kalau pakai ni biasanya 2 jam dah kene tukar. Memang tak sesuailah untuk daku yang pemalas ni. Heheh.


Then Huggies Ultra (green color).


Yang ni bukan beli but dapat hadiah cidebab Afeef menang hadiah masuk contest Huggies. Tapi time tu Afeef dah pakai saiz XL, yang hadiah tu saiz M. So sedekah dekat adik dia je yang time tu masih dalam perut. Hehe. Yang Huggies Ultra pulak sangat tebal plus keras sikit. Arissa pakai macam tak berapa selesa plus nappy rash tumbuh banyak! Nasib la dapat free, kalau beli hoho mahal tu!


5. MamyPoko!



Sekarang, both Afeef & Arissa pakai MamyPoko. Its true MamyPoko adalah diapers yang termahal besides Huggies Ultra, tapi kepuasan memakainya adalah sangat penting. Actually, Afeef ni kalau takde kes bocor tang pinggang tu diapers mane-mane pun ok je dengan dia. Tapi la hai... dia nak diapers mahal jugak baru tak bocor. Huhu. Kopak ayahnye membeli setiap bulan.

Oh review pasal MamyPoko. Ia sangat lembut juga macam Pet Pet cuma ia sangat-sangat tebal & ketahanan dia menahan 'pipis' (bak kata dekat plastik MamyPoko tu) sangat TERBAIK! Hoho. Kulit baby pun takkan basah even diapers dah melayut-layut penuh air kencing. Barang berkualiti sememangnya mahalkan?

Honestly, aku beli Mamypoko ni time promotion je. Biasanya dekat Tesco Seri Alam, Masai ni sebulan sekali mesti ada promotion MamyPoko ni. Retail price kalau tak silap RM51.90 kut. Tapi kalau ada promotion, tinggal RM41.90 je. Kadang tu lagi best, beli 2 packs dapat RM82. Time promotion itu adalah time hubby dah bergaji, so ape lagi... boronglah kami sorang baby 2 packs Mamypoko.

Oh, yang memakai fully MamyPoko hanyalah cidebab Afeef sahaja ye. Adiknya Arissa siang pakai pampers lain. Malam je baru pakai MamyPoko. Ni kes ibu dia nak tolong ayahnya berjimat-cermat. Heheh. So ape Arissa pakai time siang?


6. Whoopee!



Review pasal diapers ni. Hurmm... Ianya agak keras berbanding MamyPoko & PetPet tapi lembut sikit compared to Huggies Ultra. Lebih kurang macam Drypers la senang cerite. Biasa kalau nak tukar diapers mesti akan perasan muntut Arissa agak lembab-lembab tak macam pakai MamyPoko. But now Arissa pun dah selalu kena nappy rash. Maybe jugak kut sebab pakai Whoopee ni. Tapi masih ada sepeket yang tak bukak lagi. Nak habiskan kesian pulak dekat anak dara kecik tu selalu lepas mandi dia garu-garu tut dia, GATAL kut. Haha. Kalau tengok muka dia sambil menggaru tu, mak aih syok je. Then habis merah-merah dah tutnya. So maybe after this both Afeef & Arissa kena pakai fully MamyPoko. 

Oh, ada juga review tentang diapers ni dekat one of my fav blogger, sis Diah. Baca juga lah ye entry sis ni Ju.


Next entry inshaAllah 'Kisah Kelahiran Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq'.

Wassalam...