Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 18, 2012

Update tentang adik Afeef @ 25weeks ++


Last week, 10/4/12 : Selasa, hubby dapat apply half day. Actually agak susah untuk hubby nak apply half day sebab his job is super banyak! So, kami tiga beranak pun berangkatlah ke Klinik Kesihatan Masai untuk buat check-up adik. Ini first time actually check-up di KK Masai sebab sebelum ni selalu check-up di KK
my brother Aki @ Sg. Rambai Melaka. Disebabkan dah overdue check-up, nurse KK Sg. Rambai called suruh tumpang check je kat KK Masai.

*sadis betul hidup merata nie. Hubby selalu outstation, so terpaksa menumpang di rumah mak then sebab tu la selalu pergi check-up dekat KK Sg. Rambai*


KK Masai sangat sarat dengan orang time kami tiga beranak pergi tue. Dari pukul 10am, sampai dekat pukul 1pm baru check-up habis =(. Kalau kat KK Sg. Rambai, mahu setengah jam je boleh habis check-up. Nasib Afeef behave je duduk dengan ayah dia sementara ibu check-up.


So, here is the result:

Alb: N
Gula: N
Hb: 12.0
Berat: 62kg! > 3.5kg
Tekanan Darah: 123/60
Tinggi Rahim: 25


Muahaha! Naik 3.5kg tue! Masa last check-up 19weeks berat baru 58.5kg. Perut pun tak nampak langsung. Memang berat naik mendadak preggy adik nie. But ibu sangat happy sebab tak muntah-muntah teruk macam preggy Afeef dulu =)


Then kelmarin, 16/4/2012 : Isnin, pergi ke Poliklinik Yuslina untuk scan adik. Nak tau sangat-sangat gender adik nie boy ke girl. Nak pergi buat routine check-up kat hosp. private, rasa macam malaslah pulak nak membazir duit. Kalau dulu selalu check-up Afeef dekat DEMC itupun sebab comp lama hubby yang bayar. Haha... Pergi Poliklinik Yuslina pun dah agak lewat around 9pm. Nasib ada seorang patient je time tue so tak la lama tunggu. Dr. Yuslina sangatlah friendly. Masa scan tue dr. cakap everything is normal. Uri kat atas but adik still dalam kedudukan melintang, kepala belum ke bawah lagi.


So, masa nak tau gender adik, dr. pointkan curser kat 'tut' adik, then hubby sajalah cakap "boy ea dr?" Then dr. kata "Ehhh, tak lah. Macam ni flat je biasa girl! Kalau boy dia macam ada buah besar."
Tersengih-sengih kami laki bini dalam bilik tue. Ngeh ngeh! Tapi dr. kata, biasanya kalau scan nampak macam girl, boleh jadi baby tue boy. If nak double confirm lagi, kene buat scan 4d. Tapi kalau nak buat pun better dalam weeks ke 28-30. So, harus la menunggu lagi 2 weeks++ untuk double confirm gender adik. But ibu still so so happy sebab still ada chance yang adik ni girl =) Tapi, kalau adik ni boy pun, ibu tak kisah sayang =)


Presenting adik Afeef =)


Muka Abang Afeef baru bangun tido. Monyok je sebab ibu paksa posing. Haha!


Oklah, itu je cerita hari nie. Afeef tengah tido nie, nak kena jadi supermak kejap buat keja rumah laju-laju.

Monday, April 16, 2012

Kehendak yang macam-macam...


Since dah pindah ke rumah sendiri nie, hari-hari aku dok pikir nak beli macam-macam benda. *Benda* tu means, kelengkapan rumah. Sampai aku dah buat checklist barang-barang yang sangat panjang dalam memo kat handphone! Haha! Tapi bukan aku sorang je kemaruk macam tue, hubby pun sama hokeh! Selalu jugak nampak hubby buka my handphone tengok checklist barang-barang. Sampai kadang tu boleh before nak tido siap bincang bagai nak beli apa, nak decorate rumah macam mana... Haha!



Tapi iyelah kan, barang-barang rumah ni semuanya mahal-mahal. Jadi kami laki bini pun haruslah berjimat-cermat, beli yang mana penting je dulu. Every month beli sikit-sikit. Nak beli sekaligus memang tak mampulah kan? Dah la hubby sorang je yang bekerja. So agak terbatas di situ =(



So, last 2 weeks ada homefair kat PERSADA. Gigih la aku ngan hubby pergi dengan niat nak cari affordable kitchen cabinet. But sangat menghampakan sebabnya the price still agak mahal. Nak yang sesimple as below but the price is around RM4000++. Over budget la pulak =(

Simple but nice huh?


So harus menabung lebih lagi la bulan-bulan seterusnya untuk mendapatkan kitchen cabinet idaman itu. Huhu... Then time nak balik tue tiba-tiba kami laki bini ternampak pulak LED TV yang sangat affordable. Siap free home theater system hokeh!

Normal price is RM449, but we got it free!
Cutekan bulat-bulat =)


Mulanya memang tak terasa nak beli pun sebabnya my parents dah bagi pinjam TV Toshiba lama since baru kawen dulu. Tapi... tapi... it's not LED TV. Hihi! Lastly hubby termakan jugak pujuk rayu salesman tersebut. Tak dapat kitchen cabinet, dapat LED TV pun alhamdulillah! Boleh slash 1 barang dah! Yippie!!! *kesian orang semua dah lama pakai LED TV, ko baru nak merasa. Heheh*



Kabinet TV pun dah terbeli. Meja makan pun dah terbeli. Sofa, pakai sofa lama dulu. Masih elok lagi. Bila dah vacuum sofa lama tu nampak macam sofa baru pulak =) So part living room hampir complete. Just yang paling penting sekarang ni nak buat partition untuk divide living room dengan kitchen. Still thinking nak buat pakai simen batu terus or pakai kayu je dulu. Hurrmmm...


Oh, semalam sempat kami laki bini mengecat living room. Actually jiran sebelah rumah nie kerja dekat kedai cat, so dia dengan baik hati telah menyedekahkan setin tong cat Jotun color kuning cair kepada kami. Mahal tue setin cat Jotun berharga RM99! So untuk tidak membazir, kami telah mengecat ruang makan dengan cat kuning cair dan ruang tamu dengan color light brown.


Part living room tinggal nak cari decor sikit-sikit je lagi. Nak gantung-gantung frame gambar, nak beli vase isi ranting-ranting kayu, tukar carpet baru and langsir baru too! Hihi...


Alamak cidebab da bangun! Bersambung lain kali ye...

Monday, April 9, 2012

Cidebab Afeef menang contest dari Huggies & Onebabyworld! Yeay!


Ini cerita lapuk sebenarnya. Tapi disebabkan hadiah baru sampai, jadi macam new story pulak. Haha!


Actually, bila si ibu cidebab takde kerja di rumah, online sajalah kerjanya. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tue, salah seorang geng blog, mama Sheeda bagitau yang dia menang contest dari Huggies tru Facebook. Dia suruh aku join sekaki sebab sangat senang contest tue. Just post gambar baby kat wall Huggies ikut tema pada hari tersebut. Siapa paling cepat, dapatlah hadiah. So, tanpa membuang masa, aku pun postlah gambar cidebab tepat pada waktunya. Heheh! & alhamdulillah, cidebab menang tempat ke-3 kalau tak siap. Menang hadiah Huggies Tent Car! Yeay!


Tapi... at first, Huggies hanya pos sebungkus pampers Huggies Ultra & voucher Giant bernilai RM50. Siap surat mintak maaf bagai sebab lambat post hadiah. Ibu cidebab nie dah sedih dah sebab ingat tak dapat Huggies Tent Car tue. Tuptup 2 weeks after tue, Huggies post pulak Huggies Tent Car! Wee~~~ Ibu cidebab so happy!


Voucer Giant dah selamat dibelanjakan. Haha!


Contest ke-2 adalah contest dari Onebabyworld. Contest ni payah yang amat. Sebabnya, ibu cidebab kena suruh orang like banyak-banyak gambar cidebab & gambar yang paling banyak di'like' akan menang hadiah. Contest ni cidebab just menang hadiah saguhati je. Tapi ibu dah sangat-sangat bersyukur. Dapat hadiah bottle drying rack, 2 bib besar & satu storage box comel. Tapi ada 2 orang geng blog, mama Yun & mama Yuyu dapat hadiah saguhati jugak. Tapi mereka dapat 2 helai cloth diapers. Ibu cidebab sebenarnya agak kecewa tak dapat cd sebab memang teringin sebenarnya nak belikan cidebab cd, tapi ayahnya tak bagi. Huhu... So mengharap yang dari hadiah OBW nie. But takpelah, takde rezeki cidebab nak try cd.


Mula ingat benda apa nie??? Bukan cdkah???


Oh rupanya bottle drying rack, bib & storage box


Dan inilah semua koleksi hadiah yang cidebab menang!



Alhamdulillah! Tapi, tak tau la lepas nie ibu cidebab rajin ke tak lagi nak join contest2 nie. Sebabnya pinggang ni pun dah macam tak boleh nak duduk ngadap lappy lama-lama. Sengal! Huhu...


Oh, bawah nie adalah gambar lucky cidebab. 2-2 contest aku letak gambar nie. Hehee...


With his cute bannie hat =)

Friday, April 6, 2012

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak, ibu pun tumpang sekaki. Hehe!!!


Assalamualaikum w.b.t.



Woha! Lamanya tak update blog! Rindunya!!! *Rasanya tiap kali update blog mesti cakap mukadimah nie dulukan?* Haha!


Rasanya nie paling lama aku tak update blog. Almost 4 months kot. Last entry bulan Disember. Teringin sangat nak update tapi... tapi... ada je yang menghalang. Tapi hari nie, tiba-tiba terasa nak tengok nuffnang. Sekali terbulat mata sekejap sebab tiba-tiba ada *banyak* duit. Muahaha... (sila lihat ada tanda * di situ) Alhamdulillah rezeki jugak. Tak update blog pun ada jugak yang sudi singgah & klik my nuffnang ye. Terima kasih semua!


Sejak mengandungkan adik Afeef nie, alhamdulillah rezeki sangat mencurah-curah.
Rezeki yang paling best adalah, kami anak-beranak dah selamat berpindah ke rumah sendiri. Even bukanlah rumah idaman yang mahal-mahal, tapi syukur... Sekurang-kurangnya tak la terbang RM600 ke tuan rumah setiap bulan. Kalau terbang duit pun, ke harta sendiri. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, rumah ni boleh la di sewa & akan cari rumah yang lagi selesa. Hubby teringin sebenarnya nak beli rumah semi-D. Dah jumpa pun yang berkenan tapi rumah tu bakal siap 2 tahun lagi. So, rasa macam better beli rumah biasa-biasa je dulukan dari nak menyewa sampai rumah siap. Kan?


Rezeki lain. Before pindah rumah bulan Februari hari tue, hubby
sempat tukar kereta. Alhamdulillah dapat jugak kereta idamannye. Tak nyenyak tido malam selagi tak beli kereta tue. Huhu... Ibu dengan Afeef nie menumpang jela. Dari kereta Saga BLM ke Mazda3. Sangat bangga dengan my hubby sebab umur belum pun masuk 26 tahun tapi dah merasa pakai kereta idaman. Aku??? Huhu... Kerja pun tak lagi. So tak merasa la nak beli-beli barang idaman lagi. =(


Hubby's new baby =)


Rezeki lain. Hubby dapat naik pangkat lagi! Woha! So so happy for him. But disebabkan naik pangkat lagi, hubby kene pergi training di Scotland for one week. Huhu... Berjauhan lagi la nampaknya. Baru je kene tinggal, hubby pergi offshore 3 weeks kat Miri hari tue. Takpelah, happy hubby naik pangkat lagi mengatasi sedih kene tinggal kot. Hehe!


Rezeki lain. Got presents from hubby! Wee~~~ New handbag & shoes. Thanks my dear! Love you so much! =)



Cerita tentang Cidebab Afeef.
Mesti mau selit cerita anak-anak. Hehe! Perkembangan Afeef sekarang:

- Sudah tumbuh 2 batang gigi bawah masa umur 8mo 2weeks

- Masih belum merangkak tapi dah ada tanda-tanda nak angkat montot & tangan
- Sudah mula makan puree buah ibu buat. Kalau tak dulu lueh je. But still refuse nak makan bubur nasi. Nestum je yang dia nak telan

- Pandai lambai tangan sebut "tata"

- Pandai cium ibu kalau ibu sua pipi. =)
- Sudah boleh duduk dengan stabil tapi ibu yang dudukkan, belum boleh duduk sendiri
- Dah pandai nak keluar berjalan. Pantang nampak ibu bukak pintu mengamuk nak keluar. Huhu...


Itu je kot.

Latest pic with cidebab Afeef =)


Cerita tentang adik Afeef tak banyak. Adik Afeef baru je masuk 24weeks. Dah mula membonjol-bonjolkan perut ibu yg boyot nie. Hehe! Berat ibu pun makin naik mendadak. Adik Afeef baru 24weeks berat ibu da 60kg. Preggy Afeef dulu, 28weeks baru 59kg. Berbezakan? Haha...


Oh oklah, cidebab sudah mengamuk. Tak sihat sangat hari nie dia. Montot dia merah-merah. Asyik poo-poo je lately. Nak basuh poo-poo pun meraung-raung. Bersambung lain kali...