Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, November 12, 2011

Tupperware Comel!!!


Lamanya tak update belog! Disebabkan kekangan masa menguruskan my cidebab Afeef yang 24 hours nak ibunya berkepit dengannya, belog kesayangan ni terpaksalah diabaikan buat sementara waktu. Kalau ada waktu senggang pun, sempat ber'fb' sahaja, itupun time Afeef ralat main mainan barunya iaitu, MR. FROGIE...


Afeef's bff (>0<)


Next toy wajib beli ulat gonggok pulak. Dah terpengaruh dengan Shida neh. Hehe! Tapi memang LAMAZE's toys semuanya kiut miutlah! Rasa nak beli je sekarang tapi takpelah, tunggu next month pulak. 1 bulan 1 toy je. Ayahnye tak kasi beli banyak-banyak, membazir katanya. Huhu!

MRS. ULAT. Hadiah untuk Afeef next month...


Eh.. eh dah lari tajuk pulak. Ingatkan nak tulis entry pasal tupperware. Yup, TUPPERWARE!!! Ada tak agak-agak kawan-kawan belog yang minat beli tupperware nie. Actually, aku nie baru je nak terjebak dengan kegilaan tupperware ni, dek terpengaruh dengan my sis. Time pergi melawat my sis last 2 weeks, saje je menengok-nengok her fridge. TERBELIAK la jugak mata tengok pelbagai variasi tupperware yang kalerpul siap pelbagai saiz dalam fridgenya tu. Tersusun rapi hokeh! Tetiba insaf sekejap diri nie. Dah la masak kat rumah pun jarang, fridge pun tonggang-langgang. Huhu!


Then balik je ke rumah, aku dok godek-godek hadiah kawin dulu-dulu. Banyak jugak rupanya yang bagi hadiah tupperware nie. Hehe! So, aku pun mula meng'organize'kan fridge yang sememangnya dah macam tongkang-pecah (3 weeks takde kat rumah, asyik travel ikut hubby meeting). Masukkan sayur-sayur, ikan, daging, ayam yang baru dibeli semua dalam tupperware then SUSUN! Tunjuk kat hubby, hubby kata "Haa... baru la ada rupe peti ais". Haha!


Bila dah giler tupperware nie, mula la meng'goggle' barangan jenama TUPPERWARE. Mak aih.... tak sangka pulak barangan TUPPERWARE ni semua comel-comel (sebab yg mine punya orang bagi hadiah kawen tu tak comel! Haha!). Contohnya adalah seperti di bawah,







Kan... kan... COMELkan???
Sumber: tupperware-zainariah

Mau jugak kopak duit hubby karang aku mintak belikan tupperware-tupperware di atas neh! Haha! Tak dapat beli semua, dapat beli set yang colour blue ngan pink yang dua dari atas tu pun dah ok. Hehe! Tapi seriously, bila fridge dah organize dengan cantik, barulah datang mood nak masak dengan membuak-buak. Lagi-lagi bila jumpa satu belog nie, JINTANMANIS, hari-hari aku masak yo! Sanggup biarkan Afeef nanges melalak-lalak sekejap semata-mata nak berasapkan dapur mencuba pelbagai resepi baru.


Singgah la belog itu ye kawan-kawan kalau nak resepi-resepi menarik. Semalam je aku baru try masak daging salai masak lemak cili padi (beria aku menyalai daging atas dapur gas!). Before tu dah try masak daging masak lada hitam, daging masak merah, nasi goreng kampung,... kek batik. Hubby balik rumah senyum je nengok-nengok kat dapur dah ada macam-macam lauk.


Hoh panjang pulak entry nie. Bila dah start menaip, nak buat ending pun susah. Last but not least, nak tepek gambar my anak teruna yang dah nak masuk 5 months 17 aribulan nie.

My cidebab Afeef. Gelak sampai sepet-sepet mata. Haha!

16 comments:

Farah Zamri said...

kak pya,semangat betul si afeef!
tak berkesempatan lagi nak jumpa kak pya dgn afeef.
geram pulak tgk pipi tembun dia tu!
xpelah,as long as dia sihat & gembira,Alhamdulillah.

btw,beli tupperware tu mmg sgt elok :)
walaupun harga dia expensive but i bet it is a good investment.
barang tupperware tahan lasak & tahan lama!
mmg worth it every single cents yang kak pya nak invest,insyaAllah.

mysara said...

pya.. tupperware tu mmg comel2 n tahan lasak.. my pun guna brg tupperware utk organise brg2 dlm peti es... tersusun je pastu brg2 pun elok je tahan lama sket... nk masak pun sng... : )
brg dia mmg mahal tp tahan lasak pastu ade guarantee.. klo nk murah better masuk ahli berbaloi2 :) murah dpt.. bonus dpt... my masuk ahli tp xde buat sale pun cuma beli utk pakai sendiri n bile mak beli pakai nama my pun my dah dpt rm50 bonus tu..hehe

Anak Tajul Molok said...

afeefffffffffffffffffffffffffff!!!! geramnyeeeeeeeeeeeeee!!!!

Siti Syuhada said...

Ulat lamaze tue sgt bagus coz ade music...k.ct pon tgh collect tupperware nie..gie jadi member la pya dpt 20% off..jadi membe rm60 jer..:D

^nanie^ said...

hye pya..afeef comelll..u look so cute when u smile with your tongue!;p

~YUN~ said...

lamaze memang best kan,afif pn suke,sebab kaler2,hehe!aneway,memang organize kalau ader tupperware,barang dapur pn xrosak and tahan lama..=)

b.E.L.L.e said...

hubby aku duk men kutu ngan akak2 kt opis die..tp die men kutu bkn dpt duit tp dapat tupperware. every certain months selalu la die bwk blk tupperware..hehe..aku pon pelik cemane die boley terjebak men kutu ngan akak2 opis die tuh.dahla die sorg je laki yg join.haha...

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

comel nye afeef ni pya.. alololo...rambut die lebat tu yg mahal tu...
ingt nak beli ulat jugak utk akid... haihhh... geram je dgn mainan bby skang... mcm2 jenis..

Pya said...

To Farah:

Iye farah, da 8.9kg. Baru 5mo. Nurse kate da takuk obese. Haha... Tp sbb dia minum susu ibu je so takpe nurse kata =). InsyaAllah ade rezeki nnt kita jumpe k buleh farah jumpe afeef =)

Tula, akak dpt byk jugak hadiah tupperware time kawen dulu. Skrg ni giler nak bt collection pulak. hehe!

Pya said...

To Mysara:

Da ramai hasut jadi ahli ni. Haha.. Tulakan my, geram barang dia cute2. Kalo susun elok2 mesti kemas je. Even mahal tp rasa berbaloi belikan?

Pya said...

To Eyra:

Thanks kak eyra! hehe!

Pya said...

To kak CT:

Da beli da ulat tu kak ct tapi afeef still ngan Mr. Frogienye. Huhu...

20% off kalo jadi member! waa syoknya! harus ni jadi member!

Pya said...

To Nanie:

Thanks auntie Nanie! Sgt jarang dpt amek gmbr afeef camni. selalu muka dia serius je kalo amek gmbr. Hehe!

Pya said...

To YUN:

Sgt best kan Yun lamaze toys tu. Murah pun sama! hehe...

Waa... ramai geng tupperware ni rupenye. Hehe... yg syok tu susun2 dlm fridge, kaler2, comel je =)

Pya said...

To bain:

Weh babe, bertuah la ko mizi selalu bwk tupperware. Haha..Tak payah nak suh beli lagi. Tadah tgn je dapat. =)

Kire byk ler tupperware rumah ko ea. Aku ni br nak start bt collection. Sikit baru. huhu...

Pya said...

To Puan Dot:

Thanks a lot auntie fida! hehe!... rambut depan je lebat auntie, belakang tebuk2. Cukur bantal. Hehe...

Tula, mainan baby skrg semua comel2. Geram nak membeli je. Padahal anaknye bukan main sgt pon, ibu je terlebih excited. Hehe!