Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 28, 2011

Cidebab Afeef. Kesayangan Ibu & Ayah


Dah 5months.1week.2days old

Saturday, November 12, 2011

Tupperware Comel!!!


Lamanya tak update belog! Disebabkan kekangan masa menguruskan my cidebab Afeef yang 24 hours nak ibunya berkepit dengannya, belog kesayangan ni terpaksalah diabaikan buat sementara waktu. Kalau ada waktu senggang pun, sempat ber'fb' sahaja, itupun time Afeef ralat main mainan barunya iaitu, MR. FROGIE...


Afeef's bff (>0<)


Next toy wajib beli ulat gonggok pulak. Dah terpengaruh dengan Shida neh. Hehe! Tapi memang LAMAZE's toys semuanya kiut miutlah! Rasa nak beli je sekarang tapi takpelah, tunggu next month pulak. 1 bulan 1 toy je. Ayahnye tak kasi beli banyak-banyak, membazir katanya. Huhu!

MRS. ULAT. Hadiah untuk Afeef next month...


Eh.. eh dah lari tajuk pulak. Ingatkan nak tulis entry pasal tupperware. Yup, TUPPERWARE!!! Ada tak agak-agak kawan-kawan belog yang minat beli tupperware nie. Actually, aku nie baru je nak terjebak dengan kegilaan tupperware ni, dek terpengaruh dengan my sis. Time pergi melawat my sis last 2 weeks, saje je menengok-nengok her fridge. TERBELIAK la jugak mata tengok pelbagai variasi tupperware yang kalerpul siap pelbagai saiz dalam fridgenya tu. Tersusun rapi hokeh! Tetiba insaf sekejap diri nie. Dah la masak kat rumah pun jarang, fridge pun tonggang-langgang. Huhu!


Then balik je ke rumah, aku dok godek-godek hadiah kawin dulu-dulu. Banyak jugak rupanya yang bagi hadiah tupperware nie. Hehe! So, aku pun mula meng'organize'kan fridge yang sememangnya dah macam tongkang-pecah (3 weeks takde kat rumah, asyik travel ikut hubby meeting). Masukkan sayur-sayur, ikan, daging, ayam yang baru dibeli semua dalam tupperware then SUSUN! Tunjuk kat hubby, hubby kata "Haa... baru la ada rupe peti ais". Haha!


Bila dah giler tupperware nie, mula la meng'goggle' barangan jenama TUPPERWARE. Mak aih.... tak sangka pulak barangan TUPPERWARE ni semua comel-comel (sebab yg mine punya orang bagi hadiah kawen tu tak comel! Haha!). Contohnya adalah seperti di bawah,







Kan... kan... COMELkan???
Sumber: tupperware-zainariah

Mau jugak kopak duit hubby karang aku mintak belikan tupperware-tupperware di atas neh! Haha! Tak dapat beli semua, dapat beli set yang colour blue ngan pink yang dua dari atas tu pun dah ok. Hehe! Tapi seriously, bila fridge dah organize dengan cantik, barulah datang mood nak masak dengan membuak-buak. Lagi-lagi bila jumpa satu belog nie, JINTANMANIS, hari-hari aku masak yo! Sanggup biarkan Afeef nanges melalak-lalak sekejap semata-mata nak berasapkan dapur mencuba pelbagai resepi baru.


Singgah la belog itu ye kawan-kawan kalau nak resepi-resepi menarik. Semalam je aku baru try masak daging salai masak lemak cili padi (beria aku menyalai daging atas dapur gas!). Before tu dah try masak daging masak lada hitam, daging masak merah, nasi goreng kampung,... kek batik. Hubby balik rumah senyum je nengok-nengok kat dapur dah ada macam-macam lauk.


Hoh panjang pulak entry nie. Bila dah start menaip, nak buat ending pun susah. Last but not least, nak tepek gambar my anak teruna yang dah nak masuk 5 months 17 aribulan nie.

My cidebab Afeef. Gelak sampai sepet-sepet mata. Haha!