Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 23, 2015

Rumah Kami

Bismillahirrohmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Entry pertama untuk tahun 2015 huhu! Hilang terus mood nak memblog sebabnya laptop ni dah agak uzur. Kejap elok kejap dia mati-mati. Ni pun hubby dah tolong format balik so alhamdulillah bertahan je. Rindu nak memblog sebabnya ini jelah diary yang ada untuk tatapan di hari tua. Banyak moment best tak sempat nak tulis dalam blog ni tapi takpelah slow-slow tulis ye dak?

Perihal rumah kami. Syukur alhamdulillah Ahad lepas kami dah selamat dapat kunci rumah. Actually ini rumah kedua yang my hubby beli. Rumah pertama di Taman Scientex, Pasir Gudang. Tetapi disebabkan hubby pun dah dapat kerja area KL, makanya kami decided untuk menjual rumah di Pasir Gudang itu dan membeli sebuah rumah area Selangor. Disebabkan kampung daku di Muar, Johor dan kampung hubby di Manjung, Perak, makanya elok sangatlah kami settle down di tengah2 iaitu di Selangor. Rumah di Pasir Gudang pun dah selamat dijual kepada my good friend masa dekat UTM Skudai dulu, Apai. Thank you Apai sebab beli rumah aku hehe!

Niat membeli rumah di area Selangor ni dah lama. Tapi mungkin masih belum rezeki, dan kami andaikan mungkin Allah nak berikan kami rumah yang lagi terbaik. Kebetulan, bulan lepas sahabat baikku (juga sahabat hubby), suaminya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan. My hubby terus terdetik, kalau tak beli rumah sekarang, dia risau sangat if anything happen to him daku dan anak-anak tiada tempat berteduh. Mungkin niatnya yang baik itu Allah permudahkan. Search-search rumah untuk dibeli di Mudah.com terjumpa rumah untuk dijual di Bangi Avenue, Kajang. Tengok-tengok terus jatuh cinta. Makanya hari Sabtu (tah berapa haribulan) hubby ajak jalan-jalan area Bangi Avenue tu. Kawasannya baru membangun. Ada Tesco yang masih dalam construction, ada taman tema air yang besar!

Balik je dari melawat kawasan tu hubby terus search tru Mudah.com agen or owner yang menjual rumah di Bangi Avenue tu. Alhamdulillah terjumpa dengan direct owner En. Azhari. Terus set appointment esoknya, Ahad untuk melihat-lihat rumah.


Bangi Avenue 2


Hubby berdiskusi dengan En. Azhari tentang pembelian rumah. Daku jalan-jalan tengok rumah ngee!


Paling best berkenaan rumah ni adalah ianya fully extended! Tak payah pening-pening kepala nak renovate besarkan dapur ke sebab memang dah takde space dah. Mula tu sedih la jugak takde tanah nak tanam-tanam cili padi, daun kari, daun pandan, serai ke kan tapi takpelah. Mak tanam dalam pasu je nanti heuheu.

Ada 4 bilik (satu bilik dekat tingkat bawah), 4 bilik air. Setiap bilik di tingkat atas ada bilik air! (Penat la mak nak nyental jamban nanti huehue!). Cumanya takde stor. But kami dah decide bawah tangga nak tutup jadikan stor. Banyak barang tak pakai so memang wajib ada stor. Bilik bawah dah jadi guest room so tak boleh nak letak barang-barang.

InshaAllah dalam masa terdekat ni nak simenkan bawah tangga ni nak jadikan stor. Lepas dah settle part stor, grill dengan lampu kipas semua barulah kami akan berpindah, inshaAllah awal bulan September.


Bilik di tingkat bawah (guest room). Comel je bilik ni hehe.


Dapur pun comel je hehe. Pening fikir design apa untuk dapur ni sebab comel sangat.


Bilik air di tingkat bawah.



Ruang tamu di tingkat atas.



Bilik Afeef. Ibu dah berangan nak cat color light blue belang-belang silver hahaks! Nasib ayah ok je serahkan bulat-bulat warna-warna cat ni dekat ibu ngee!



Bilik Arissa pulak ibu nak cat color light pink belang-belang silver haha. Tapi tak tau la rajin ke tak nak buat belang-belang tu.  Kita tengok nanti hasilnya ye!



Master bedroom.


Living hall. 


Rumah kami. Syukur alhamdulillah. Jadi orang Kajang kami hehe.

Bersambung nanti. Wassalam.