Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khayla Arissa Bt. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 27, 2011

Kelahiran Muhammad Afeef & cerita sebelum bersalin


Assalamualaikum semua! Ibu Afeef dah kembali bersiaran! Dulu ibu boyot, sekarang da tukar jadi ibu Afeef. Hee... Rindunya nak berbelog. Rindu nak menaip, rindu nak blogwalking ke blog kawan-kawan, rindu nak mengomen. Tapi bila dah ada anak ni, masa sangatlah terbatas. Ni Afeef tengah syiok tido ni so curik2 la masa sekejap nak story tentang kelahiran dia ke dunia.


10 Jun 2011, Jumaat.

Around 2 pm, pergi ke bilik air untuk lepaskan hajat kecil. Tengok-tengok ada keluar lendir darah. Terasa macam nak melompat bintang je dalam bilik air tu. Haha... Cool je lagi sebab tak sakit pon. Tunggu hubby balik dari kerja, sementara tu mengemas barang untuk di bawa balik ke kampung, Muar. Isnin dan selasa hubby ada seminar di Renaissance Hotel, KL so ingat nak berhoney'baby'moon sekali la kat sana. So, sabtu dan ahad ingat nak spend time dekat kampung dulu before pergi ke KL.

Hubby balik je terus bagitau da keluar lendir darah. Hubby cuak then terus gegas-gegas balik kampung. Kononnya nak bersalin kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) jela. Disebabkan tak sakit-sakit lagi, so pospone pagi esoknya baru pergi HPSF.

11 Jun 2011

Sampai-sampai je kat HPSF, terus kena check ctg & upacara seluk-menyeluk tula. But sadly, bukaan baru 1cm dan dinding rahim
still tebal lagi. Tapi still kena admit jugak sebab memang procedure HPSF memang kena admit for 24 hours untuk pantauan.

Paling tak suka kena cucuk mende alah ni :(


Seharian kat wad, lendir darah still keluar but tak rasa sakit-sakit pun. Air ketuban pun tak pecah. Doc buat scan, degupan jantung baby ok, air ketuban ok, so doc tambah pulak hari edd dari 18 Jun ke 26 Jun. Kalau still baby tak keluar, 27 Jun kena induce. So, ibu boyot pun discharge la dari HPSF dengan rasa hampa sebab baby still takmo keluar. Tapi yang seronoknya, masih boleh berhoney'baby'moon dengan hubby di KL. Yeay!!! My mom kat kat kampung risau je anaknya yang menunggu hari ni ligat lagi berjalan. Haha...


12-14 Jun 2011

Selamat sampai di Renaissance Hotel, KL. Yeay! Hubby pergi seminar, aku berendam dalam bathtub main buih sabun plus tengok movies kat Star Movie. Hee...


Sangat best hotel ni! ^_^

Malamnya kami makan Pizza Hut. Sebelum bersalin baik melantak abes-abesan. Haha...

Me @ 39 weeks ++

Esok malamnya makan nasi kandar dekat Nasi Kandar Pelita. Sedapnya!

Ketam goreng tu sedap gilos!

Selama kat hotel tu aku tak lunch pun sebab dah melantak breakfast free yang super sedap kat hotel.

Sempat snap first trip punya breakfast je.
Yang lain dah tak ingat nak snap dah sebab khusyuk sangat makan. Hee..


15-17 Jun 2011

Selamat sampai di rumah, Taman Scientex, Johor. Dah mula rasa sakit-sakit especially time nak tidur tapi tak la kerap sangat. Dalam sejam sekali sakit.


17 Jun 2011

Malam sebelum kelahiran Afeef, sempat tengok movie dekat laptop dengan hubby cerita Kungfu Panda 2. Sambil tangan usap-usap perut boyot then cakap-cakap ngan hubby bila la baby nak keluar. Then time nak tidur mula terasa sakit-sakit mengeras yang agak menyakitkan. Tapi cool lagi. Tunggu sampai esok sebab takut false alarmkan?

Sampai la ke subuh menahan sakit. This time memang hubby jaga masa tengok perut mengeras setiap 5 minit. Lendir darah pun keluar banyak. So hubby paksa pergi Hospital Sultan Ismail (HSI) sebab hospital tu paling dekat. Hospital kerajaan je la sebab company baru hubby tak tanggung cost untuk wife bersalin. Huhu...

Sampai-sampai HSI dalam pukul 9am terus kena upacara seluk-menyeluk tu and guest what, jalan dah terbuka 4cm dan air ketuban pun dah kurang. Pelik sebab aku takde rasa air mengalir pun. So doc decide nak induce takut baby lemas. Aku redho jela kena induce sebab nak baby selamatkan? Even tau induce tu menyakitkan, tapi bila da rasa, MASYAALLAH, memang sakit sangat! Rasanya sakit tu 5 kali ganda sakit contraction yang 5 minit sekali tu. Memang ALLAH bagi sakit tu pada orang yang boleh tahan je kot. Yang tak tahan ALLAH bagi bersalin tanpa induce. Nak mintak epi, HSI memang takde offer epi. Yang ada cuma pethidine & oksigen je.

Pukul 10.45am aku ditolak masuk labor room. Kena HO lelaki pulak yang bertugas nak sambut my baby. Adoi! Relakan ajela. Kena seluk lagi then HO tu pecahkan air ketuban. Orang kata pecahkan air ketuban tak sakit, tapi aku rasa sakit je. Huhu... Tapi sakit yang boleh tahan la. Lepas tu baru rasa sakit contraction yang perrghh! SAKIT woh! Nurse cantik datang pasang ctg. Sembang-sembang ngan nurse tu dia kata nanti da induce lagi sakit. Sakit berkali-kali ganda. Huu... sabo jela... Pukul 11 lebih camtu baru aku kena induce.

Muka tengah tahan sakit :(

Pukul 11.30am aku dah tak boleh tahan sakit contraction tu. Rasa macam nak pinggang nak terputus dua je. :( Pegang besi tepi katil tu sampai biseps ngan triseps aku sakit balik. Hubby suruh pegang tangan dia tapi macam tak sampai hati je. Last-last terpaksa jugak aku mintak kat HO tu pethidine. Dah masuk pethidine, hamek ko. Mamai terus. Mula-mula memang rasa sakit tu berkurang, tapi dah lama-lama rasa tak berfungsi dah pethidine tu. Menanggung la rasa sakit contraction yang maha dahsyat dalam keadaan mamai.


Pukul 2.45pm suppose HO tu kena check bukaan balik. Tapi pukul 2.30pm tu aku dah terasa sakit then macam nak meneran dah. HO tu terus check bukaan then ALHAMDULILLAH dah fully dilated, 10cm. HO tu apalagi suruh aku push kuat-kuat. Bermulalah upacara push-mengepush yang tak sampai 8 minit, then keluarlah seorang makhluk ALLAH dari perutku yang selama ini kukandung hampir 10 bulan tepat jam 2.38pm.

Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq
aka
my TEMBAM!


Tak habis-habis aku ucap ALHAMDULILLAH masa HO tunjukkan my baby yang dah keluar. Lepas tu letakkan atas dada. Biru sungguh kulitnya. Then nurse bawak my baby keluar untuk dibersihkan dan hubby ikut keluar untuk azankan baby. HO yang bertugas meneruskan tugasnya mengeluarkan uri dan sesi jahit-menjahit. Agak banyak jugakla aku kena jahit. Huhu..

Begitulah kisah kelahiran Muhammad Afeef. 3 jam lebih yang sangat azab tu terubat dengan melihat wajah anak tersayang. ALHAMDULILLAH!


Oh, bagi yang nak tahu maksud Muhammad Afeef tu, maksudnya:

Muhammad: yang terpuji.
Afeef: sederhana, jujur dalam pertuturan dan perbuatan, suci dari kejahatan nafsu berahi.


More Pics of Muhammad Afeef:

Wednesday, June 22, 2011

Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq


Alhamdulillah... selamat sudah.


Name : Muhammad Afeef B. Muhammad Abu Bakar As-Siddiq
Date of Delivery : Friday, 17th June 2011 (39 weeks 6 days)
Time : 2.38pm
Place of Delivery : Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Birth Weight : 3.00kg
Birth Height: 50cm
Normal delivery but induced.


Sorry guys lama tak bersiaran. Almaklumla rumah baru tak pasang internet lagi. Sekarang tengah menjalani confinement session di Muar, Johor. Nanti free update lagi k!